Tuesday, December 8, 2009

Mentality Perkhidmatan di Malaysia

Aku cukup hangat hati hari ini. Aku tak makan tengah hari kerana nak ambil iPhone yang aku tempah di Maxis KLCC.

Telepon tu aku tempah lebih sebulan yang lalu. Tak ada stok jadi kena tunggu stok (mind you, what kind of company that brag about Rm 2.2 Billion IPO tapi masih masalah dengan inventori dan tak dapan meramalkan deamnd and supply!) OK kerana aku dah lama mengidamkan iPhone ni jadi aku tunggu lah juga.

Aku tak tahu sistem apa yang dia orang pakai - notification tak boleh dibuat ditalipon aku, jadi kena pakai telepon isteriku (tak masuk akal tapi berlaku). Ok lah nak buat macam mana sebab sistem Maxis ni jenis tongong (lebih teruk dari bangang).OK.. sabar.

Hari ini aku tak makan lunch, lepas meeting terus naik LRT pergi KLCC. Sampai disana kena ambil nombor. Orang depan aku adalah dalam 5 - 6 orang. Aku ingatkan cepat. Aku sampai dalam pukul 12.30. Sabar lah tunggu lah juga sampai pukul 1.45. Darah Bugis aku dah mendidih. Rasa nak sepak saja orang yang jaga servis counter tu. Aku ada meeting pukul 2.00 kat opis. Dah pukul 1.55, aku dah tak tahan lagi. Dengan panas hati aku terpaksa lah balik office. Mind you I am wasting almost 2 hours for nothing! Lapar... sakit hati.... entah apa lagi sumpah seranah yang aku ada.

Inilah masalah dengan monopoli. Aku tak tahu macam mana kerajaan boleh lepaskan benda yang monopoli yang macam ini. Cuma maxis saja yang legally can jual iPhone. Padah nya pegguna macam aku yang terpaksa membayar harganya. Si sysrikat talipon celaka tu laughing all the way to the bank.

Pangalaman pahit dengan telephone SP ni bukan saja dgn Maxis, tapi juga denagn Digi dan Celcom! Dulu aku pakai Celcom .. Tapi billing servernya screw up big time. Statement bill tak boleh pakai kena check satu satu sebab mungkin bertindih. Nak minta the most up to date bill kena tnguu dekat seminggu. Aku fed up... tukar dgn Digi. Sepas beberapa bulan pakai Digi, aku nak buat auto debit dari kad kredit aku. Simple thing like that also, dia mintak macam macam - mintak aku punya kredit kad statement for the last 3 months lah... Fed up aku terminate, try Maxis. Terpengaruh dgn Digi aku tukar dari Maxis keDigi ... OK lagi sampai lah aku nak pakai iPhone. Digi tak ada iPhone ... Kena tukar Maxis balik. So apa yang jadi? macam kat atas tu lah.

Sesiapa yang nak ambil iPhone dari Maxis - jawapnya kena ambil separuh hari cuti kalau tak sehari cuti.

memang fed up gila... Aku rasa kalau Malaysia open up the Telekom market, lama dah syarikat ni bungkus!

Thursday, November 5, 2009

Politik Malaysia - Aku dah penat!

Aku tersangkut di Pheonix airport Arizona USA. Menunggu penerbangan ke LA untul balik ke KL melalui Hong Kong. Di TV kat airport ni bising dengan kes tembak di Fort Hood Texas.

Kemudian aku melayari Malaysiakini, Harakah daily, detik daily, Aljazeera. Semua berita didalamnya membuat aku penat! Penat dengan perasaan frust! Apa dah jadi dengan manusia? Apa dah jadi dengan pilitik diMalaysia? Apa dah jadi dengan "rule of law" di Malaysia? Apa dah jadi dengan prinsip keadilan di Malaysia? Semuanya telah dilacorkan! MACC, Polis, Kehakiman telah ditukarkan menjadi pelacur kelas terendah. Palacur tua yang sangat hodoh! Apa yang tinggal lagi kalau badan tertinggi yang sepatutnya menjaga semua rakyat telah menjadi pelacur?

Jawapan Najib diparlimen pasal wang royalti minyak Kelantan, lagi menyakitkan hati. Duit rakyat kelantan diambil, direntap, dirompak sesuka hati. Yang lebih menyakitkan hati tiada seekor pun "beruk" UMNO dikelantan yang membantah! Menyokong Najib lebih utama dari memperjuangkan keadilan terhadap rakyat kelantan? Beruk beruk UMNO ini sanggup menggadaikan hak rakyat Kelantan semata mata menjaga kedudukan dalam UMNO. Adakah pemimpin seperti ini patut dipilih. Yang lebih menyakitkan hati adalah sesetengah rakyat kelantan yang bodoh, buta tuli dan mudah dibeli! Masih sanggup menyokong UMNO yang jelas telah mengkhianati mereka. Manusia jenis apa mereka ini. Sanggup menggadaikan maruah untuk dapat sepuluh ringgit. Otak bodoh mereka ini sanggup hilang berjuta kerana dapat sepuluh, lima puluh ringgit. Bukan kan ini bodoh tahap cipan, lebih bodoh dari Pak pandir.

Kemudian apa yang berlaku di Selangor. Masih ada dalam PAS karat karat UMNO. Masih memperjuangkan "bangsa" dan bukannya Islam. Kalau kita mahu Islam dihormati, kita mesti menunjukkan contoh yang baik. Islam tak kenal warna. islam tak kenal bangsa. Islam is for ALL! untuk yang Islam dan bukan Islam. Segala yang dilakukan mesti dalam kerangka dakwah. Untuk berdakwah kita kena berhemah. orang yang jahil mesti di ajar dengan lembut. Kita mesti berhujah dengan logik. Bukannya terus mengharamkan sesuatu. Konsert, arak dan sebagainya. mana perginya pemuda PAS yang dulu sanggup turun ke konsert-konsert untuk berdakwah kepada orang Islam jahil dan bukan Islam dan menasihati kenapa konsert tu tak bagus? Masaalh arak bukan saja masaalah orang Islam. Orang bukan Islam pun ada masaalh arak. ada masaalah judi. keluarga hancur kerana arak dan judi. Kenapa isu arak ini tak di tangani dari segi "humanity". kenapa diseret islam dalam masaalah arak? Ini sikit sikit haram, sikit sikit keluar ayat Quran. memang betul Quran tu betul, tapi orang bukan Islam tak akan percaya kepada apa yang Quran cakap - kalau tak dah berbondong bondong masuk Islam! Sebagai orang Islam yang percaya kepada Quran, kita tahu apa yang Quran kata tu betul dan masuk akal, jadi berhujahlah dengan logik dan menggunakan akal dengan orang bukan Islam ini. Keluarkan statistik berapa penagih arak di Malaysia. Keluarkan statistik berapa orang bawah umur menagih arak. keluarkan statistik, berapa keluarga yang hancur lebur kerana arak dan judi. Kalau Staistik tak ada, lakukan kaji selidik. bentang kan penemuan dan berhujah lah dengan mengguna kan fakta ini. Kalau kita ada "strong case" terhadap arak, tak ada pihak yang akan dapat berhujah sebaliknya. PAS kena jadi PAS zaman Salahuddin menerajui Pemuda dulu. Lembut bagai air, tapi meninggalkan bekas.

Cina DAP ni pun satu, mereka saja yang betul. PAS saja yang salah. Dah tahu PAS tu kawan, kenapa nak hentam PAS saja. Kalau dalam PAS tu ada Nasruddin, dalam DAP ada Karpal Singh!. Kalau dalam PAS tu ada HAssan Ali, DAP ada Jeff Oii! Jangan asyik nak menyuruh PAS mendisiplin kan Nasruddin dan Hassan Ali. DAP kena disiplinkan KArpal Singh dan Jeff Oii!

So semuanya menyebabkan aku sakit hati dan frust! Kerana frust, aku kurang baca surat khabar. Aku kurang pergi Blog. Tapi satu saja aku tak kan berhenti - Aku akan terus meyokong ABU - Asalkan Bukan Umno! Dan aku akan terus menyokong Niz Aziz!

Thursday, October 15, 2009

Parti Cap keris setuju PAS memperjuangkan Islam

Aku ucapkan tahniah kepada menantu mantan perdana menteri kerana akhirnya mengaku PAS adalah sebuah parti yang memperjuangkan Islam. Ini berdasar kan kepada ucapannya dalam EGM parti cap keris telanjang.

Inilah takdir Allah, dalam putar putar putar - terkeluar juga kebenaran. Ini untuk orang yang terbuka minda lah yang suka menganalisa setiap kenyataan. Dema mesti paham apa yang tersirat disebalik yang tersurat. Untuk orang yang kurang cerdik, kenyataan ini cuma sekadar ayat ayat bodek saja.

Menantu bekas PM ini, berkata PAS sudah lari dari dasar perjuangan Islam kerana berkerja sama dengan DAP. Betulka? Zaman nabi dulu diadakan kerjasama dengan puak puak Yahudi, tapi tak pula nabi berhenti dari mendakwah kan Islam kepada mereka. Tak pulak tersasar perjuangan Rasuallullah. Walhal Islam tambah diterima dan berkembang dengan pesat.

Peliknya bila PAS berjuang bersendirian dahulu, parti cap keris inilah nombor wahid mengatakan PAS sesat, PAS bukan perjuangan Islam sebenar dan bermacam macam label lagi.

Pikirkan lah.....

Friday, October 9, 2009

Jahatnya Utusan Meloya!

Aku singgah di kedai runcit pagi ini. Semasa aku nak membayar, ternampak akhbar utusan Meloya dengan muka depan "Provokasi PAS". Disebelas ayat ini di paparkan gambar serangan bom dipakistan.

Akhbar ini betul betul jahat. Kerana kalau orang yang tidak berhati hati, sekali imbas, PAS provokasi BN dan gambar itu menunjukkan hasil perbuatan PAS. Keadaan huru hara, kereta meletup, orang bertempiaran lari... Bagi Melayu yang rendah IQ, itulah impression pertama yang akan ada diotak mereka. Betul betul jahat, tahap celaka!

Walhal provokasi pun bukannya tepat pun. Kerana yang dituduh ialah PAS memuat pauran palsu (kononnya, kalau ahli PAS kena tutuh, kena belasah sure tak betul, kalau luka pun mesti mencederakan diri sendiri, kalau buat lapuran polis pun, mesti lapuran itu hilang ke, tak terima ke!) Antaranya ia mengatakan Hrakah telah menarik balik berita tersebut, tapi bila aku pergi keharakan, ada berita utama mengatakan Salahuddin Ayub sepenuhnya bertanggung jawap terhadap berita tersebut. jadi, siapa yang temberang?

Aku cukup kesian dengan Melayu yang tiada Internet dan Malas membaca akhbar bukan BN. Sure kena kelentong.

1Malaysia Kena Kelentong oleh projek 1temberang.

Thursday, October 8, 2009

Sape Yang pukul orang PAS?

Pemimpin UMNO adalah sangat istikamah dalam mempertahankan kejahatan. Aku dengar berita radio sinar pagi tadi yang Muhyiddin Yasin tak mengaku orang UMNO yang tibai orang PAS.

Aku tak tahulah macam mana UMNO ada pemimpin yang sebegini. Aku dulu adalah sikit harapan yang Muhyiddin akan menjadi seorang yang boleh diharap untul membetulkan UMNO, tapi pehhh..bila dah jadi TPM, BONGKAKnya makin menjadi jadi. Menawarkan rasuah secara terbuka (Jambatan Manik Urai) dan mempertahankan gangster UMNO (kes ahli/penyokong PAS ditibai di Bagan Pinang). Dan banyak lagi kenyataan yang tidak cerdik (bodoh lah tu) yang keluar dari mulutnya.

Kalau ikut logik Muhyiddin ni, aku rasa mungkin ahli BENDERA dari Indonesia yang nak ganyang Malaysia tu kot yang tibai ahli PAS. Yelah, bendera PAS adalah merah putih macam bendera Indonesia (cuma ada bulan hijau disudut atas kiri). Dia orang ni marah sebab PAS ciplak bendera dia orang kot? Kah kah kah kah ......

Aku memang dah meluat tahan gaban kepada parti cap ayam ni. Dah geli telinga dengan alasan alasan bodoh tahap cipan yang keluar dari mulut mulut Najib, Muhyiddin, Hishamuddin, dan segala menteri angguk angguk, geleng geleng .... UMNO leader... Grow up! We are just fed up!

Sunday, September 13, 2009

Kenangan Raya waktu dulu

Pengakhiran Ramadha ini membuatkan aku rindu terhadap arwah emak. membuatkan aku rindu terhadap suasana kampung dan kesederhanaan kami semasa dulu untuk menyambut raya. Persiapan untuk raya hanya ala kadar dan dibuat sendiri oleh emak. Emak akan berpakat dengan Wah lebor (Mak saudara sepupu) dan Mak baruh (emak yang memelihara aku) untuk membuat kuih muih. Di tempat aku sebenarnya tiada istilah "kuih" yang ada hanyalah "penganan" atau "koi". Koi yang mesti ada adalah koi goyang (loyang?), koi lipat, koi lemben bakor dan dodol. Kalau ada rezeki lebih mak akan buat koi semprit. Bila tiba hari raya, ketiga-tiga buah rumah mempunyai koi yang sama, rupanya sama dan rasanya pun sama! Yang lain cuma lemang dan rendang, sebab buat lemang dan rendang adalah mengikut cita rasa masing masing.

Semasa aku kecil dulu, aku tak paham kenapa mak suka buat kuih yang sama setiap tahun. Bila aku besar barulah aku paham bahawa budget mak kecil saja. kalau ada duit lebih emak lebih suka simpan. "Untuk kome belajor masuk universiti nanti" kata mak. Apa tidaknya nak buat koi goyang cuma perlukan tepung beras, telur, air dan minyak masak untuk menggoreng. Untuk koi buahulu, cuma perlukan telor ayam, gula dan tepung gandum. Untuk koi lemben bakor, cuma perlukan telur, air, gula dan tepung ubi. Telor selalunya mak ambil telur ayam kampung yang banyak mak bela.

Aku selalu protes kerana tiap tiap tahun mak buat kuih yang sama. Apatah lagi kuih kuih tersebut bukannya aku suka sangat. aku lebih suka makan biskut ala ala orang putih yang ada majerin dan macam macam bahan lagi. Bila aku bising emak akan kata "makan aje mane yang ade, kite ni bukannya oghang kaye". Aku cuma diam dan tak paham apa maksud emak.

Bila dah tua tua ni, barulah aku paham. Sebenornya mak tak ada duit nak buat koi mahal mahal. Mak tak ada duit nak beli bahan bahan yang diperlukan untuk membuat biskut ala ala orang putih. Sebenarnya, kuih tu tak penting buat mak. Tapi pelajaran kami adik beradik lebih penting dari kuih kuih yang mewah. Selepas aku paham, baru aku rasa betapa enaknya kuih muih yang mak buat. Bukan kerana resepinya, tetapi kerana kasih sayang yang emak curahkan semasa membuat kuih muih tersebut.

Kini setelah mak dah tiada, tiada lagi kuih kuih tersebut bila hari raya. Yang boleh masak macam emak cuma kakak sulung aku, Encik Shimah (orang parit, kakak sulung dipanggil Yong atau Encik). Itu pun tak seberapa kerana emak tak pernah menurunkan resepinya secara bertulis, cuma secara lisan dan "try and error". Bila aku terjumpa kuih kuih tersebut dikedai, aku cuba beli. Tapi tidak seenak yang dibuat oleh mak. Kerana ia tiada bahan utama - iaitu kasih sayang mak terhadap anak anaknya!

Kini semua itu dah tiada. Isteriku berasal dari negeri lain, semestinyalah kuih muihnya pun lain. Lagi pun isteriku berkerja, tiada masa untuk membuat kuih. Semuanya kuih muih yang ada semua menggunakan satu bahan aja - kertas "cap kepala Agong'! Anak anak aku pun terlepas untuk menikmati bahan utama untuk membuat kuih muih tersebut - kasih sayang ibu mereka.

Pada anak anak aku, kuih tak lebih dari kuih - untuk dimakan. Tapi pada aku kuih kuih yang mak sediakan bukan sekadar kuih, tetapi adalah lambang kasih sayang emak pada apak dan pada kami adik beradik. Itulah yang tak dapat disediakan oleh sesiapa pun selain dari mak.

Friday, September 11, 2009

Berita Putar Alam

Didalam perjalan balik selepas menghantar anak aku kekelas Taekwondo pagi ini, aku pasang radio ERA. Kebetulam sedang menyiarkan berita. Yang aku tertarik adalah cara orang Malaysia spin the story. Aku ingatkan menteri menteri saja pandai putar cerita. Rupanya penyakit putar alam ini dah berjangkit ke radio stesen!

Berita itu berbunyi begini .... Pasukan bolasepak malaysia menang besar keatas LESOTHO dengna jarigan 5 - 0. Ini selepas pasukan malaysia kalah di dalam siri perlawanan Timur Tengah, Arab Saudi 1 - 2 ......

Nampak berita macam gah saja ... "Menang besar" tapi dengan pasukan mana? LESOTHO! Eh Lesotho tu menatang apa? Kat Mana ek? kepab pasukan Brazil Kah? Pasukan yang handal dari Eropah kah? Rupa rupanya Lesotho ni adalah sebuah negeri miskin di Afrika! Kalau nak bandingkan rasanya macam budak darjah enam lawan bola dengan budak tadika! sepatutnya bukan 5 - 0, sepatutnya 20 - kosong lah!

Samalah dengan berita PM nak bagi orang Felda Bonus, angkanya mencapai ratus juta. Beritanya begini, kerajaan mengagihkan ratus juta kepada peserta felda. Tapi kalau kita fikir, campur, tolak bahagi, dapatlah seorang kurang dari RM 200.00! Inilah ynag dikatakan berita putar alam!

Satu lagi contoh (bukan betul, just to prove the point); Di China ada seramai 10,000 orang doktor, manakala Malaysia mempunyai 5,000 orang doktor. Pada orang ynag malas nak menganalisa akan berasa - wow ramainya doktor di negara China! Dua kali ganda di Malaysia!, Tapi ynag cerdik akan bertanya - doktor tu kerjanya apa? Mengubat pesakit, Jadi seornag doktor diChina terpaksa merawat berapa orang? 1.5 Billion/10,000. Manakala Malaysia, 25 Million/5,000! Jadi sebenarnya, diMalaysia keadaannya lebih baik!

Orang Malaysia ni kadang kadang malas nak menganalisa berita. Dan pihak pihak pengeluar berita ini memangnya nak memberikan "Feel good factor" sahaja. Semua nampak gah, semua nampak terrer, tapi sebenar nya hampeh!

Thursday, September 10, 2009

Teka Siapa Juara Menyediakan Minuman Arak?

Cuba teka, didalam "Cullinaire Malaysia 2009" untuk "Most Outstanding F&B Personnel Award" kat KL ni, sapa agak agak juara - Adakan si Ah Chong? Si Ramasamy? Si Fernandez? Si Kalung a/l Nungkan?

Ha ha ha .... jawapannya, none of the above! Jawapannya adalah - Mohd Saufi Pajian! Aku rasa orang yang ada nama "Mohd" ni Islam lah kot. Si Mohd ni adalah bartender kat Kuala Lumpur Convention Center. Kalau dah namanya bartender, tak kan lah jual teh tarik kot? Tak percaya? Bukak muka surat M40 dalam Star hari ini, Friday 11.

Ini bukan kali pertama aku jumpa yang orang melayu ni juara menyediakan arak, kalau tak silap beberapa tahun lepas, Juara dan naib juaranya semuanya Melayu! Tak percaya lagi? Pergilah ke club club and pub pub kat KL & PJ, kita akan jumpa, banyak Melayu berkerja sebagai penyedia arak.

Dalam Islam, bukan hanya arak yang haram, segala aktiviti yang berkaitan arak adalah haram. Bukan main main, arak adalah dosa besar.

Kadang kadang pelik juga. Dah tak ada kerja lain ke? Aku rasa, sebab utama ini berlaku adalah kurang nya kepercayyan kepada agama. Pada puak puak ni (macam dalam kumpulan cap keris) Islam ini adalah, buat mesjid besar besar, bagi anak yatim shopping masa kat nak raya, bila nak kawin, bila nak kenduri doa selamat dan bila dah mati. Yang lain tu, semua membujur lalu, melintang patah! Iniah padahnya kalau orang islam dah hilang roh islam. Buat maksiat, muka tetap macam sardin. Mana percaya kepada benda benda ghaib lagi seperti dosa, pahala, syurga dan neraka. Kalau ikut kaedah Islam, kalau dah tak percaya benda benda ghaib itu - jawapnya tak islam lah. Tak percaya? bukak Quran, ayat dalam Surah Albaqarah.

Jadi, pak haji pak haji, mufti mufti, keluarlah dari bilik bilik aircond, keluarlah untuk untuk melihat lihat dunia sebenar. Tak payah cakap berbelit belit, tak payah nak dengar repot yang berjela jela. Tak payah nak dengar cakap pangampu pengampu. Turun padang lah seperti mana Sultan Alaudin Riayat Shah Melaka mengangkap pencuri. Baginda sendiri menyamar dan menangkap pencuri tersebut. Jadi, belilah seluar Jean, baju kemeja, tinggal kan kopiah dan serban kat rumah, ambil kunci kerete, jalan jalan lah kat kawasan bukit Bintang, Bangsar dan Hartamas. jenguk jenguk lah club club dan hotel hotel dikawasan ini. Orderlah martini, cocktail etc - dan tengok lah siapa yang akan menghidangkannya!

Sunday, September 6, 2009

ISU KUIL - Lain Bengkak Lain Yang Bernanah

Dipetik dari Malaysiani:
Hisham: Pakatan members too objected temple
Sep 6, 09 7:39PM
The home minister said he knew the numbers of PKR and PAS, as well as BN members, involved in the protest.

Satu lagi taktik putar alam. Yang menjadi isu besar sekarang bukannya isu pasal setuju tak setuju. Mesti ada yang setuju dan yang tak setuju dalam semua isu. Penyokong parti cap apa pun boleh setuju atau tak setuju. Itu adalah hak masing masing. Nak demo pun boleh, tak salah sebab itu adalah hak masing masing.

Ynag menjadi persoalannya ialah tindakan golongan ini yang melampau dan biadap. Isu disini ialah:
1. Kenapa nak pijak kepala lembu? Kenapa nak provok perkara yang menyentuh sensitiviti agama?
2. Kena perlu mengugut hatta mahu menumpahkan darah?
3. Kenapa tidak bertindak matang dengan berdialog secara ilmiah?

Itulah yang menjadi perkara pokok. Harap Hishamuddin berhenti memusingkan isu ini. Kerana semakin dipusing, semakin tak masuk akal, dan semakin meluat sekelian rakyat marhain.

Bergaduh Boleh, Berhujah ...?

Satu perasaan menusuk kedalam hatiku bila abu melihat video semasa dislog bersama penduduk di Shah Alam. Sedih, malu, marah, sakit hati, semua ada.
Sedih - kerana melihat betapa orang Melayu sudah tiada adap - hatta memanggil MB "bodoh".
Malu - Kerana sikap biadap orang orang yang mengaku Melayu
Marah - kerana sikap puak puak UMNO yang mengapi api kan perasaan penduduk
Sakit Hati - Sikap kurang ajar puak UMNO terhadap pemimpin yang cuba menyelesaikan masaalah mereka.

Semasa Bush menghentam orang orang Islam, orang Islam begitu marah. Bush sebenarnya tidak paham Islam, dan setakat yang aku tahu, Bush tak pernah pun keluar dari Amerika sebelum menjadi Presiden. Aku rasa puak puak di Shah Alam ini pun tak pernah keluar negerisama seperti Bush kerana mereka bersikap ala Bush.

Semasa aku di Adelaide Australia sebagai pelajar, masjid masjid didirikan dikawasan penduduk Kristian. Hatta ada sebuah Masjid di Marion yang asalnya adalah sebuah gereja. Cuba kita pakai hujjah puak UMNO ni - Rumah ibadat cuma boleh didirikan kalau pengikut agama itu adalah majoriti. Jawapnya di Australia, tidak akan ada sebuah masjid pun! Serasis rasis orang Australia ni, mereka masih toleran terhadap keperluan beribadat orang Islam.

Dikota Baru, kuil Hindu terletak ditengah tengah Kota Baru, sebelah pusat mebeli belah KBMall. OK saja. Tak ada aku dengar orang Kelantan merungut. Walhal, cuma beberapa kerat saja orang Hindu diKelantan.

Apa masalahnya dengan kuil Hindu? Sekurang kurangnya belia belia India akan dapat mempelajari agama mereka dan akan menjadi menjadi orang takutkan Tuhan. Alasan mengatakan, kalau kuil dibina maka bertambah banyaklah jenayah? Masuk akalkah? Adakah orang yang beragama akan melakukan jenayah? kenapa tak membantah kalau Kasino atau rumah urut didirikan? Tempat inilah sarang maksiat dan akan menambahkah jenayah.

Puak puak UMNO ini mengatakan kerajaan Pakatan adalah lemah. Ini adalah satu pendapat yang terbalik. Bermusyawarah bekan bermakna lemah. Bermusyawarah bermakna kerajaan Pakatan ini sensitif kepada kehendak rakyat. Kerajaan Pakatan begitu terbuka dan berani mengambil risiko bertemu rakyat. Kerajaan inilah yang kita mahu. Mahukah kita kepada kerajaan Selangor yang sudah Almarhum? Bersultan dimata, beraja dihati? Membujur lalu melintang patah, Setiap kehendak pemimpin mereka adalah sabda yang tak boleh disanggah? Kalau berani menentang jawapnya tidur dalam lokaplah jawapnya, kalau tak pun dihadiahkan ISA.

Lagi satu, yang aku perhatikan, orang UMNO ni tak boleh berhujah secara Ilmiah. Kalau mereka tak tahu nak berhujah atau tersepit, mulalah ajak bergaduh, mencarut, memaki, mengugut dan macam macam lagi. Jadi puak puak ni bila diberi peluang berhujah - terjadilah apa yang berlaku di Shah Alam. Mungkin inilah sebabnya pemimpin pemimpin mereka, kalau diajak berdebat, akan megeluarkan banyak dalih!

Thursday, September 3, 2009

Zamry yang Pelik - Suka membaca Terbalik

Kata Tajuk berita dalam Malaysiakini: "Zambry: People can now see who they really are" Itu adalah komen menteri besar Perak yang haram tentang persidangan ADUN Perak pada 2 september.

Zamry ni memeng putar alam. Kalau dulu, aku adalah sikit rasa hormat; sebab dia ni graduan UIA - sekurang kurang nya - batang nyiur tu tak adalah disangka huruf Alif. Peliknya mamat ni ialah, dia menganggap perjuangan ADUN PR tu tak elok. Tapi pada aku sebagai rakyat Perak yang sejati (dah lebih tujuh keturunan di Perak) merasa bangga sebab mereka inilah pejuang sejati! Pejuangan yang tak pernah henti sehingga menang. Perjuangan yang menuntuk hak mereka yang diragut puak puak keris telanjang laknatullah! ADUN PR ini tahan uji. Tak pernah menyerah. Aku merasa bangga memangkah mereka ini dipilihan raya yang lalu. (Kecuali 4 ekor katak botong yang mengkhianati amanah rakyat). Aku yakin rakyat Perak yang sihat mindanya berpendapat seperti aku.

Zamry ni patu rasa malu kerana menggunakan segala kemudahan kerajaan untuk menghentam ADUN PR. Sepatutnya dia berasa malu dan dibulan yang Ramadan yang mulia ini bertaubat dan meminta maaf kepada rakyat Perak kerana telah meragut hak mereka.

Yang aku tahu semakin banyak siZamry bercakap semakin menunjukkan kebebalan beliau:
1. Menjatuhkan kerajaan pilihan rakyat dengan cara yang sangat tak bermaruah
2. Bersikap angkuh dan tah nampak perbuatannya menjadi peragut itu salah
3. Bersekongkol dengan puak yang tebal sifat assobiyah (perkauman)
5. Bersekongkol menjatuhkan speaker DUN dengan tidak bermaruah

Seruan aku kepada aku kepada siZamry ini, sudah sudahlah. Tobat nasuha. Bubarkan DUN Perak dan berikan kuasa memilih kepada rakyat Perak. Sekurang kurangnya, engkau akan akan dilihat seorang yang bermaruah dan berani. Selagi DUN tak dibubarkan, engkau adalah seorang yang dayus, sedayus dayusnya.

Friday, August 21, 2009

Nik Aziz atau Muhyiddin Yang kena Bertaubat?

Satu lagi polemik murahan dari Muhyiddin. Muhyiddin suruh Tok Guru bertaubat. Masuk akalkah? Seorang yang hidupnya jujur, yang sentiasa memikirkan tentang Islam dan yang sentiasa mengajar agama kepada rakyat, yang menghasilkan buku buku Islam dan yang sentiasa menyuruh manusia patuh kepada perintah Allah disuruh bertaubat? Muhyiddin ni memang dah habis modal kot?

Tak taulah orang UMNO ni. Mungkin sesetengahnya macam yang disebut dalam Quran, diberi mata, tak dapat melihat, diberi telinga tapi tidak mendengar! Kaedah Islam ini mudah saja, kalau nak tahu yang benar dari yang salah - adakan debat. Supaya terungkap yang hak dari yang batil.

Apa yang sedihnya ialah prosess meng"UMNO"kan segala galanya diMalaysia. Bermula dengan institusi raja, Polis, tentera, MACC dan yang terbaru ialah para mufti! Orang orang yang sepatutnya menjaga Islam, yang sepatutnya mengeluarkan fatwa kepada perkara perkara besar seperti seperti ISA, politik wang dan sebagainya, masih lagi sanggup dipergunakan oleh sebuah parti seperti UMNO.

Sila baca petikan dibawah - penjelasan isu ini oleh Tok Guru. Selapas itu, bolehlah Muhyiddin bertaubat!

Putar Belit: Tuan Guru Nik Aziz Mahu Saman Akhbar!
post info
By Anwar Ibrahim
Categories: Sidenotes
0 Comments

nukilan Annual Bakhri Haron

Mengikuti penjelasan balas Tok Guru Nik Abdul Aziz semasa menangani isu “ahli Umno tak masuk Syurga” cukup menarik. Ia seakan-akan atau hampir seiras dengan hantaran “peluru buatan” yang diletupkan kepada khalayak sebelum ini iaitu “cakap saya( Nik Aziz) mesti didengar” (Utusan Malaysia, Jun 2009) yang berakhir dengan permohonan maaf secara terbuka oleh akhbar ejen Umno itu. Ramai pemerhati meramalkan fitnah dan putar belit dalam pusingan ini mungkin boleh berakhir secara “sad ending” juga. Ini mudah dijangka sebaik saja meneliti reaksi Timbalan Presiden Umno yang melatah diluar dari sukatan.

Anehnya, cukup dengan satu signal bahawa Majlis Fatwa perlu membuat keputusan yang dikeluarkan oleh Muhyidin Yasin pada pagi 19 Ogos 2009, pada keesokan harinya yakni pada 20 Ogos 2009, pihak Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan “bahawa kenyataan Menteri Besar Kelantan (Nik Abdul Aziz itu) salah dan seleweng”. (Berita Harian, muka depan, 20 Ogos 2009). Amboi, segeranya !

Tidakkah terfikir oleh para Mufti kita yang menganggotai Majlis Fatwa untuk meneliti terlebih dahulu apa yang sebenarnya diucapkan oleh Menteri Besar Kelantan sewaktu sidang akhbar, selepas proses penamaan calon pada 17 Ogos itu ? Kandungan bunyinya adalah seperti berikut:

‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO.


‘‘Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ (Sumber: Utusan Malaysia, muka depan 21 Ogos 2009). Di peringkat ini, bolehkah agaknya jika saya bertanya samada Majlis Fatwa telah membaca transkrip ini sebelum memutuskan bahawa Mursyidul Am PAS telah salah dan seleweng?

Mari kita cuba baca buat kali kedua dan seterusnya jika masih kurang jelas. Kemudian, jika perlu mentelaah, bukalah buku-buku yang ditulis oleh Yusuf Al-Qardhawi atau Syed Naquib Al-Attas mengenai Islam, nasionalisme dan sekularisme. Tolak jauh-jauh pengaruh emosi. Gunakan aqal, iman dan taqwa sepenuhnya dalam semangat objektiviti yang sehabis murni untuk menilai letak duduknya kata-kata ini. Bersifat cerewet dan teliti, mana yang kononnya Nik Aziz itu telah memborong bahawa semua ahli Umno tak masuk syurga? Mana pula perkataan yang kononnya Nik Aziz itu telah menyamakan Islam Umno itu dengan Islam cara Palestin? Ini sah fitnah. Fitnah !

Dalam hubungan ini,tidakkah pula terlintas kepada pihak Majlis Fatwa untuk meneliti kandungan penjelasan Menteri Besar Kelantan yang telah dibuat pada 18 Ogos 2009 yakni satu hari selepasnya terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pendirian? Ia ada dikeluarkan oleh TV3 sebahagiannya pada malam itu juga dan Astro Awani pada malam yang sama. Inilah apa yang dikatakan orang, pentingnya kita untuk tidak tergopoh-gapah, banyakkan bersabar, bertenang, dan lebih berfikir dalam berzikir. Apa gunanya terlalu cepat jika boleh membawa silap !

Untuk bersifat adil kepada semua yang tidak mempunyai Internet atau tidak melanggani Astro termasuk Majlis Fatwa demi meneliti apa yang sebenar dan sebetulnya diucap oleh Mursyidul Am PAS, izinkan saya membuat kutipan dari jawapan beliau secara verbatim. Dalam siaran yang telah dimuatkan ke dalam “youtube”, ia sepenuhnya berbunyi seperti berikut:

“ Saya nak sebutlah mula-mula sekalinya, saya baca dua buah akhbar perdana hari ini dan ada perkataan Palestin. saya nafi sekeras-kerasnya. ini nak melaga-lagakan saya dengan Palestin pula. tak betul. siapa dia yang buat kerja ini, wallahhua’lam.

Yang keduanya perkataan “ahli umno tak masuk syurga.” saya tak biasa guna ahli umno, saya guna penyokong umno. ahli lain, penyokong lain.

Yang ketiganya, memang mana-mana orang Islam yang asingkan iman daripada islam tidak akan masuk syurga. Orang yang asingkan iman dengan islam yakni yang berpada dengan islam sahaja tanpa iman, mustahil (akan) masuk syurga. Sebab itu, Quran menetapkan perkataan ikhlas. Ikhlas dan iman lebih kurang sama. jadi “wama umiru illa liya’ budullah hamukhlisin” , tidak ada benda yang aku suruh kepada manusia kecuali satu,(iaitu) mengabdi kepada aku dengan ikhlas. ikhlas ini (perkara yang) terlibat dengan hati. Hatilah tempat duduk iman.

Jadi, mana-mana gerakan orang Islam yang hanya mementingkan Islam sahaja, tanpa iman, mustahil masuk syurga. Itu yang saya kata hari ini. jadi ini bukan fatwa baru. Surat khabar sebut fatwa baru Nik Aziz. Itu mengumpat kita panggil. Nak melaga-lagakan (dan bersifat) mengumpat, itu bukan fatwa baru.

Di zaman Nabi Muhammad SAW sendiri masih hidup lagi pun, sudah ada orang yang hendak mengasingkan Islam dengan iman iaitu Abdullah bin Ubai. Abdullah bin Ubai ini bersembahyang bersama dengan Nabi, dengar ceramah Nabi bahkan keluar berperang bersama dengan Nabi dan mengaminkan doa bersama Nabi.

Tapi dia senyap-senyap dia buat satu gerakan lain dan dia buat sebuah masjid. Dalam Quran sebut benda ini “dhirar “. Masjid itu akan dibakar. Diruntuhkan dibakar, kerana apa ? Ini kerana usaha dia hendak mengasingkan berpada dengan Islam tidak mahu bersertakan dengan iman. Ini tidak boleh. sekular sebut islam tak apa la. Tak tahu iman dimana. Itu sekular. Islam tidak begitu. Islam ini komponen bagi iman . Islam mengajar kita (supaya kita) mesti sebatikan Islam dengan iman, sebagaimana sebatinya tubuh dengan roh. Tubuh kita ni sebati dengan roh.

Itu agak saya tahu dah. Otak umno dan otak orang PAS sama saja. Sama bodoh sama cerdik belaka. Tapi nak buat modal ni dalam pilihanraya (Permatang Pasir) ini kerja bodoh orang panggil. Nak tunjuk kebodohan kita dalam berpolitik. Sebab itu saya kata nak bersatu PAS dengan UMNO tak ada cara lain, daripada hanya UMNO tukar dasar daripada kebangsaan kepada Islam, itu baru bersatu. Ketika itu tak tahu PAS dimana UMNO dimana, Melayu muslim belaka, muslim yang mukmin. dengan cara lain, perpaduan dengan pakatan (kerajaan perpaduan), tak usah lah. Kami dah serik dah.

Soalan press : kalau dia tarik balik ?

Tok Guru : Terserah kepada lawyer lah. Lawyer pandai lah buat, kalu dia mintak maaf. mintak maaf jadi begitu, tak mintak maaf jadi begini.

Yang akhir sekali saya nak sebut, ialah tolong merdekakan fikiran kita daripada menjadi pak turut manusia kepada pak turut Nabi Muhammad. Tolong merdekakan fikiran kita daripada menjadi pak turut sesama manusia. Turut orang Eropah manusia juga .
Turut orang putih manusia juga. Tolong merdekakan jadi pak turut manusia sama manusia kepada menjadi pak turut Nabi Muhammad saw. Kerana Nabi Muhammad (saw) ini orang kalu kira orang engineer yang bertauliah. Bukan nak baiki kereta, bukan nak baiki motor, tapi nak baiki manusia. tak ada orang boleh baiki manusia selain daripada golongan Nabi-Nabi dan Nabi Muhammad (saw) ini adalah Nabi. Baginda ialah engineer bertauliah daripada Allah swt. Apa saja kerosakan manusia, kita kena tanya Nabi Muhammad (saw).

Menyentuh tentang Mufti Perak, sepatutnya sebelum seorang mufti membuat kenyataan kalau boleh tanya saya dulu. Tanya tuan punya cakap. Tak boleh kita turut surat khabar. Surat khabar hari ini (adalah) surat khabar arus perdana. Ia surat khabar UMNO. Jadi, macam mana kita nak buat kenyataan berdasarkan apa yang surat khabar (paparkan).”

[ Kenyataan akhbar Tuan Guru Dato’ Menteri Besar di Pejabat Menteri Besar, Kota Darul Naim, Kota Bharu, Kelantan, bertarikh 27 syaaban 1430/18 Ogos 2009. (Selasa) ]

Bagi Tuan Guru, beliau tiada masalah untuk meneliti fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang menjatuhkan hukuman ke atas beliau sebagai bersalah. Bahkan,beliau menegaskan bahawa jika Majlis itu perlukan penjelasan, mereka boleh menulis surat atau datang sendiri untuk bertanya khabar demi mendapatkan penjelasan dan mencari kebenaran. Walaubagaimanapun, seperti yang beliau terasa terkilan dengan sikap mufti Perak, maka begitulah juga dengan sikap Majlis Fatwa yang menggunakan akhbar perdana sebagai satu-satunya sandaran primer, yang seterusnya hanya kembali kepada satu keputusan yang diambil kira-kira lapan tahun yang lalu iaitu pada 23 Mac 2001. Bahkan Nik Abdul Aziz turut menegaskan dalam sidang akhbar beliau dalam isu ini pada 20 Ogos 2009 di Pejabat Menteri Besar iaitu beliau sedia untuk menyertai perbincangan ilmiah atas perkara ini jika Majlis Fatwa masih merasakan ia perlukan penjelasan. “Demi mencari kebenaran, saya bersedia untuk berdepan dalam semangat dakwah, insyaAllah”, tegas beliau.

Sementara itu, dalam perkembangan yang sama, ada satu lagi berita dari Bernama online diatas tajuk “Penduduk Permatang Pasir jangan emosi” pada 20 Ogos 2009. Berita ini, saya kira perlu dipandang serius dan perlu difatwakan oleh Majlis Fatwa. Dalam berita itu, Bernama memetik Timbalan Presiden UMNO sebagai berkata bahawa “Beliau (Muhyiddin) menyelar kenyataan Mursidul Am PAS dengan menegaskan bahawa “Ini soal politik. Bila politik dicampur aduk dengan agama…bahaya” (Sumber: Bernama online, 20 Ogos 2009)

Jika tidak silap saya, pegangan yang memisahkan agama dari politik ini disebut jumhur ulama’ sebagai faham sekular. Dalam konteks ini, jika Majlis Fatwa boleh bertindak sedemikian segera atas kenyataan Tok Guru Nik Aziz, maka tidakkah Majlis yang sama berhasrat mengeluarkan apa-apa fatwa ke atas Muhyiddin? Jika semalam, bagaikan Superman, Majlis Fatwa boleh terbang sepantas kilat untuk menjengkal muka Tok Guru justeru mematuhi arahan atasan, maka jangan salahkan rakyat jika mereka menunggu reaksi yang sama dari tuan-tuan mufti sekalian. Nyatakanlah. Salah? Tak salah? Seleweng? Tak seleweng? Perlu bertaubat? Tak perlu bertaubat?

Dalam konteks PRK Permatang Pasir, bagi pengundi Islam, mereka tentu ingin merakamkan sokongan mereka kepada sebuah parti Islam yang membawa perjuangan Islam syamil yang sebenar. Mereka tidak sanggup memangkah parti Umno yang mengamalkan Islam dari klon sekular; agama suku dan politik suku. Mana boleh diasingkan iman dengan Islam dan Islam dengan politik? Islam jenis sekular yang diperjuangkan oleh Umno inilah yang Tok Guru namakan sebagai Islam palsu. Sebagaimana adanya wang palsu, rambut palsu atau kad pengenalan palsu; begitu jugalah dengan Islam kacukan. Benda palsu; nampak macam sebenar tetapi ia tetap tidak original. Bagi yang ahli, dia akan tetap tahu membezakan antara bunga hidup dengan bunga plastik. Dengan keadaan tidak tulin itulah timbulnya keraguan. Soalnya bolehkah yang syak itu dibawa untuk mendapatkan anugerah syurga Allah di akhirat kelak? Tok Guru bercakap dari sudut kaedah. Jika buat begini ia boleh jadi begini. Jika tidak sempurna wudhu’, amalan sembahyang tidak diterima. Jika tolak Islam, bermakna kufur. Demikianlah seterusnya. Ini soal kaedah. Orang kufur tidak akan masuk Syurga. Ini bukan soal Tok Guru mendahului Tuhan atau lebih tahu dari Tuhan,wal iyazubillah. Saya percaya, para pengundi Islam di DUN Permatang Pasir secara khusus dan umat Islam pada umumnya boleh dengan mudah memahami persoalan dan mantik di sebalik persoalan ini.

Pendek kata, pada saya, polemik ini menyentuh hanya satu persoalan sahaja iaitu memilih sebuah kemurnian antara Islam asli bawaan Nabi-Nabi dengan Islam sekular yang hanya “menoleh pandangan daripada alam-alam lain yang ghaib kepada alam tabii belaka,dan khusus kepada dunia ini sahaja”(Lihat Al-Risalah,Prof. Muhammad Naquib Al-Attas, halaman:197). Jika kita boleh sama-sama menerima bahawa salah satu wajah utama sekularisme itu ialah faham yang memisahkan agama dari pemerintahan dan ia adalah sesat, maka demikian jualah status letak duduknya mana-mana aliran pemikiran dan isme yang tumbuh dari pasu itu.

Jangan sampai orang boleh hilang hormat terhadap ahli ugama kerana terlalu kerap menukar topi menurut selera elitis kuasa dan para ningrat. Hal ini sering disebut dengan sinis oleh William Shakespeare dalam tulisan beliau berjodol “Much Ado About Nothing.” Beliau mengungkap kira-kira begini. ” He wears his faith but as the fashion of his hat”.

Paling tidak, bersikap jujurlah terhadap ilmu kalaupun tidak malu kepada orang. Sebaik-baiknya, malulah kepada Tuhan.

Annual Bakri Haron

21 Ogos 2009

Thursday, August 13, 2009

UMNO ni kalau berpura pura memang nombor wahid! Kalau putar alam pun bagi lah puak puak ni.

Pada mereka, nak jadi islam ialah keluar tender mahal mahal untuk buat masjaid cantik cantik. Buat bermacam macam pusat - Pusat Islam yang besar besar. Nak tunjuk Islam itu gah.padahal itu semuanya luaran saja.

Kalau nak mengamalkan ajaran Islam, bukan nya buat masjid besar besar dan banyak banyak. Tetapi pastika orang Islam itu tunduk kepada tuntutan Islam. Tututan Islam yang penting selain fardu ain adalah menentang segala yang maksiat. Rasuah itu maksiat. Tidak adil itu maksiat. Bersubahat dalam melakukan kemungkaran itu maksiat.

Tapi lihat parti yang begitu sensitif tentang Islam - mempunyai rekod rasuah yang memang boleh menang "Guiness world record" ketua pemudanya dah sabit rasuah, salah seorang ketua menterinya pun sabit rasuah juga sampai tak boleh bertanding.

Apa yang tak konsistennya tentang Nik Aziz, dari dulu dia tak pernah kata Cina (DAP) tu menghina Islam, sebab mereka tak paham. Nik Aziz cuba perlahan lahan cuba menunjukkan keindahan Islam kepada mereka dan Alhamdullah nampaknya beberapa pemimpin DAP dah lembut dengan Islam. Ada pemimpin DAP menggunakan ayat Quran dalam ucapan mereka. Kalau mereka tak suka Islam memang dah kerja mereka.

Tapi si UMNO ni memang Islam. Tapi dikaitkan dengan benda benda yang Islam tak suka. Rasuah, judi, arak, dan tah apa apa lagi. Nak hudud kata tak sesuai dengan masyarakat Malaysia (UMNO kata, bukan DAP). Nakm ikut sunnah nabi kata zaman nabi tak ada Gillette dan kalau potong tangan nanti habis orang makan sop tangan (Ini orang besar UMNO yang kata).

Dah 50 tahun lebih UMNO memerintah Malaysia. Selain dari buat masjid besar besar dan berbagai pusat, ada UMNO cuba menegakkan hukum Islam?

Jadi kenyataan Muhyidin ini memang pelik. Bukan Nik Aziz yang pelik!

" Isu DAP hina Islam: Muhyiddin hairan pendirian Nik Aziz


MELAKA: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hairan dengan sikap Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang membiarkan segelintir pemimpin DAP menghina Islam.

Beliau berkata sebagai seorang tokoh agama dan ketua kerajaan negeri (Menteri Besar Kelantan), Nik Aziz sepatutnya mempertahankan Islam daripada dihina.

"Saya pun hairan dan takjub (berasa aneh), seorang tokoh agama (Islam) boleh menghalalkan orang lain menghina Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perayaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat Kebangsaan 2009 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas sikap Nik Aziz yang tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana beliau (Nik Aziz) berpendapat parti DAP bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap agama rasmi Persekutuan itu mungkin tidak mendalam.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno berkata perbuatan menghina agama sama ada Islam atau bukan Islam tidak harus dilakukan kerana ia boleh merosakkan kestabilan, keamanan dan keharmonian yang dinikmati selama ini.

"Di Malaysia ini keadaan, situasi negara yang stabil, aman kerana kita menghormati antara lain soal budaya dan agama, kita sudah lama buat, sudah hampir...tak lama lagi 52 tahun negara merdeka, satunya teras ialah menghormati agama, budaya, kaum yang ada dalam negara kita," katanya.

Beliau berkata sekiranya "fatwa" Nik Aziz itu boleh diguna pakai maka akan berlaku huru hara dan akhirnya rosak Malaysia.

"Jadi saya percaya, kalau pun untuk raih sokongan, nak popular, soal Islam tidak boleh dikorban, soal maruah dan martabat agama mesti dipertahankan," katanya.

Katanya PAS bukan sebuah parti yang mempertahankan agama Islam walaupun pemimpin mereka melaungkan slogan membangun bersama Islam.

"Ini yang saya cukup bimbang pemimpin Melayu yang berkata juara pertahankan Islam tetapi dia tidak menunjukkan sikap yang bertanggungjawab, bahaya itu.

"Saya nak beri amaran kepada orang Melayu jangan dengar cakap pemimpin PAS yang cakap tidak serupa bikin, dia kata nak membangun bersama Islam tetapi dia buat halhal yang membawa kesan buruk kepada masyarakat," katanya.

Muhyiddin berkata Nik Aziz yang dikatakan tokoh agama, sepatutnya memberi amaran atau menasihati kalangan pemimpin DAP terbabit supaya jangan menghina Islam.

Beliau yang bimbang dengan kenyataan Nik Aziz itu, berkata hanya Umno dan Barisan Nasional (BN) yang mempertahankan agama.

Sementara itu,di KOTA BAHARU, Majlis Veteran Umno Kelantan berpendapat kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak membantah tindakan pemimpin DAP menghina Islam sebagai tidak konsisten dan lebih kepada kepentingan politik sematamata.

Pengerusinya, Datuk Mohd Rozali Isohak hari ini berkata kenyataan Nik Aziz itu berbeza dengan sebelum ini di mana Menteri Besar Kelantan itu lebih jelas memberi gambaran kepada sesiapa yang menghina Islam perlu diperangi.

"Saya pun tidak faham pegangan Tok Guru (Nik Aziz) sekarang, komen dia tidak konsisten dan ini mengelirukan serta memalukan (Islam)," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Nik Aziz.

Semalam, Nik Aziz dipetik sebagai berkata beliau tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.

Nik Aziz sebaliknya menyalahkan sikap pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam sehingga agama itu tercemar dan telah disalahertikan kesuciannya oleh mereka yang bukan Islam.

Rozali yang juga bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata keengganan PAS bekerjasama dengan Umno dalam menubuhkan kerajaan perpaduan di negara ini juga disebabkan sikap Nik Aziz yang menganggap seolaholah Umno haram di sisi PAS.

"Kalau untuk berbincang dengan Umno bagaikan haram bagi Tok Guru (Nik Aziz), tetapi dengan DAP kata apa sekalipun tidak apa," katanya. BERNAMA"

Tuesday, August 4, 2009

Mentaliti Orang Keris Telanjang

Semasa perhimpunan ISA pada 1 Ogos lepas, aku balik kampung kerana bapa yang sakit. Lebih kurang 5 hari aku di kampung untuk "follow up" dengan doktor yang merawat bapa.

Biasalah, ramai saudara mara yang bertandang kerumah. Diantaranya pak cik aku si polis pencen. Bapa saudara aku ni kira orang berada lah juga. Anak semua lulusan oversea dan semuanya businessman juta juta punya.

Pak cik aku ni suka kemasjid. Jadi kira OK lah, pakai lebai tak lepas lepas. Aku saja malas nak berbincang pasal politik. Sebab aku senang naik angin. Lagi pun sebagai tanda hormat kepada pak cik aku sorang ni. Nak dijadi kan cerita, dia mula bercakap tentang demo anti-ISA. Lebih krang begini lah. " Hai ramai betul orang yang pakai lebai menyertai demo anti-ISA! Kenapa? Kalau tak ada ISA nanti naik minyak lah Cina dan Keling" Aku cuma diam sahaja - kerana pak cik aku ni memeng terkenal sebagai Mr. Serba tau.

Didalam hati aku - ingin aku bertanya kepada pak cik aku - kaum mana yang paling banyak menjadi mangsa ISA? Bukan kan Melayu! Kaum mana yang dibunuh kerana ISA? Bukankah Melayu! Siapa itu Ibrahim Libya? Bukankan Melayu dari Kedah - Cumanya Melayu ini PAS dan bukan UMNO!

Inilah mentaliti orang Melayu - membuat kesimpulan berdasarkan Emosi dan bukan fakta!

Sunday, July 26, 2009

Analisis Yang lucu dari seorang doktor

Kelmarin, semasa kat kedai mamak, aku terbaca dalam NST tentang kenapa kadar kelahiran bayi di Malaysia semakin menurun.

Adalah seorang Doktor Wanita ni bagi pendapat bahawa kdar kelahiran ni turun disebabkan sikap suami yang macam tuan - macam memperhambakan isteri - tak mahu menolong isteri kat rumah. Balik rumah jadi tuan - isteri bertungkus lumus buat kerja.

Pada aku, kesimpulan diatas adalah kesimpulan budak darjah satu. Langsung tak ada ilmiah kerana tidak disokong oleh fakta fakta dan dianalisis secara saintifik. Pendapat ini lebih kepada emosional. Pendapat ini adalah tahap professor kangkung.

Kalu nak tahu kenapa, buatlah survey yang merangkumi perbagai jenis golongan. Dapat kan pendapat mereka dan buatlah statistik untuk mendapatkan kepastian. benda benda macam ini, pendapat bapak professor tak penting, tapi pendapat rakyat yang lebih penting.

Bagi aku, kenapa aku cuma ada empat orang anak sahaja adalah kerana perubahan sosial dan tekanan ekonomi.

Aku katakan perubahan sosial adalah kerana, sekarang keluarga adalah bersifat 'atomic family" dimana definasi keluarga cuma setakat suami + isteri + anak anak. Pada zaman dahulu, definasi keluarga merangkumi, suami + isteri + anak anak + datuk + nenek. Kadang kadang pak cik makcik pun termasuk sekali. Jadi tidak timbul isu bagaimana mahu membesarkan anak kerana ramai keluarga yang membantu. Dan dijangkakan lebih murah untuk membersarkan anak - ini berkaitan dengan isu kedua dibawah.

Sebab utama pada pendapat aku adalah kerana faktor tekanan ekonomi. Kadar infalsi yang tinggi, kos sara hidup yang tinggi (makanan, pengangkutan, rumah, kenderaan ++) menyebabkan ramai pasangan yang berfikir banyak kali untuk mempunyai anak yang ramai. Kedua pasangan terpaksa berkerja bertungkus lumus untuk sesuap nasi. Lebih banyak pasangan ini berfikir lebih sedikitkah anak. Pada permerhatian aku, golongan ini adalah golongan pertengahan yang percaya kepada "proper planning".

Jadi pada pendapat aku, isu suami nak jadi tuan kat rumah adalh syntom - bukan sebab utama. Ekonomi keluargalah ynag menjadi penyebab utama.

Kepada doktor tersebut, kalau nak keluarkat pendapat didalam seminar, buatlah secara ilmiah - disokong oleh fakta fakta ynag kukuh - barulah pemikiran anda bertaraf dunia - bukan bertarak professor kangkung, yang cuma tahu membodek!

Friday, July 24, 2009

ISA: Kebodohan Tahap Cipan!


Apakah kaitan Melayu dengan ISA. Apakah kaitan ISA dengan Islam? Tetapi mengapa ISA hendak di Melayukan. Mengapa ISA itu hendak di Islamkan? Berhenti berselindung dibawah retorik melayu dan Islam.

Kenapa orang orang cap keris telanjang terus menyokong ISA? Dah tu pulak berani megaitkan Melayu dan Islam dengan ISA. Golongan ini memang tak sedar diri, cuma kurang dari 50% orang Melayu ynag masih menyokongnya. Pertunjuk terbaru adalah Manik urai dimana 99.9% pengundi adalah melayu dan kurang dari 50% Melayu pangkah parti cap keris telanjang. Melayu Manik Urai pun mungkin pangkah parti cap keris telanjang in disebabkan RM.

Jadi aku minta parti cap keris telanjang ini, berhenti bercakap bagi pihak melayu dan Islam, kerana ia cuma mewakili MONORITI suara orang Melayu. Sedarlah diri!

Perlu ditegaskan ISA tiada kena mengena dengan melayu dan tiada kena mengena dengan Islam. Tok Guru kata ISA tu haram (cuma yang peliknya seorang mufti pun tidak bersuara tentang ISA). Tak tahulah haram tahap mana. Tapi katakanlah haram macam haramnya Arak disisi Islam. Jadi kalau kita kata Melayu suka ISA dan Islam menyokong ISA, samalah seperti berkata "Orang Melayu suka arak dan Arak itu halal disisi Islam" Masuk akalkah?

Perlu ditegaskan disini bahawa lebih dari 50% - 60% melayu menentang ISA dan ISA tiada kena mengena dengan ISLAM - Datuk Datuk mufti - your fatwa on ISA please! Pls stop from being the laughing stock of the entire world!

Tuesday, July 14, 2009

Pengajaran dari Manik Urai dan Perintah Nabi dalam perang Uhud

Semasa peperangan Uhud, Nabi telah menyusun bala tentera Islam dengan rapi dan tentera islam telah mencapai kemenangan. Nabi telah berpesan supaya tentera Islam yang berada di bukit Uhud supaya tidak meninggalkan bukit tersebut walaupun apa terjadi.

Tetapi, akibat terlalu yakin yang tentera Islam sudah menang, tentera tentera Islam ingkar kepada perintah nabi. Masing masing berebut untuk mengutip harta rampasan perang. Hingga terlupa kepada matlamat perjuangan asal.

Akibatnya, tentera Islam dipukul teruk oleh tentera Kafir Quraisy sehinggakan baginda nabi pun turut cedera.

Cuba bandingkan dengan apa yang berlaku di peperangan Uhud degan apa yang berlaku di Manik Urai. Bukankah ada persamaan? "tentera" PAS terlupa pesanan mursyidul am PAS, Nik Aziz dan ramai yang tidak megindahkan peringatan beliau - "jangan nak berbaik dengan puak UMNO". "Tak payah nak sibuk dengan kerajaan perpaduan" Janhan megejar pangkat. Kena Istiqamah dalam perjuangan.

Sebagai perang Uhud, tentera PAS terleka dengan kemengangan di PRU 12. Masing masing mahu jalan pintas untuk berkuasa - hatta berbaik baik dengan UMNO. Lihat apa yang terjadi - UMNO menggunakan kesempatan ini sepenuhnya untuk memukul PAS. Seperti Mana perang Uhud. PAS hampir kalah! Jadi lepas ini PAS kena besedia dengan "perang Khandak" pula!

Secara jujur, aku merasa gembira dengan kemenangan PAS yang tipis ini. Ini adalah wake up call kepada PAS. Pengajarannya ialah - selagi lawan kita tidak dipukul mati - jangan berani nak hulur hulur tangan - jawapnya tangan kita akan digigit.

Pemimpin dan ahli PAS - sentiasa ingat akan pesan Nik Aziz - Tiada kerajaan perpaduan!

Wednesday, July 1, 2009

Kedah DAP quits Pakatan Led State Governenment

It is as simple as - With a friend like DAP, who needs an enemy? This proves one thing. PAS is the ones who will never pull out from any coalition that it enters. In BN they were kicked out. With APU - Semangat 46 was the one who quit. With BA, it was DAP who quit.

When PAS, mooted the idea of Unity Government, the Chinese said lot's of bad thing about PAS. However, when DAP said lots of thing about PAS, PAS try to settle the difference without compromising it's Islamic stand.

So with the records, which party can be trusted? Surely not DAP. It is known to be a fair weather friend. Will Malay ever trusted DAP?

Saturday, June 13, 2009

Cerita Wang di Malaysia

Tajuk muka 16, Metro Rabu 10 Jun - Slot khas kisah penerima zakat di TV.

Inilah Malaysia, pelik tapi benar! Aku sebagai seorang pembayar zakat selalu bertanya adakah wang zakat di Malaysia digunakan dengan betul, seiring dengan hukum? Adakah wang zakat yang aku bayar ini betul betul disampaikan kepada golongan yang layak? Adakah wang zakat yang aku bayar itu tidak di seleweng kan?

Jawapan dari menteri yang aku harapkan adalah jawapan yang professional. Setakat megeluarkan slot ala ala "bersama mu" di TV3 (suku) tidak akan dapat menghilangkan keraguan pembayar zakat.

Kepada menteri berkenaan, bangunlan dari tidur, rakyat dah sekolah tinggi dan dah paham maksud "accountability". Yang pembayar zakat mahukan ialah mekanisma dimana wnag zakat yang disumbangkan digunakan dengan penuh "transparent". Cadangan yang lebih masuk akal adalah:

1. Accountability - Proper yearly audit dan hasil audit ini hendaklah di sahkan oleh perunding bebas. Letakkan hasil laporan audit ini dilaman web supaya boleh diakses oleh semua pembayar zakat.

Seorang kawan aku dari Finland (kalau tak silap) berkata, di negaranya semua wang derma dapat di "trace" kemana ianya digunakan. Bayangkan sebuah negara "kafir" mengamalkan prinsip transparency Islam. Negara "Islam" seperti Malaysia ni bila lagi?

Wednesday, June 10, 2009

Kerajaan Perpaduan atau kera jaan Perpaduan

Sebagai pengokong PAS, saya sangat kecewa apabila timbul isu kerajaan perpaduan ini. Satu lagi adalah isu ulama dan professional. Dua isu ini bakal memecah belahkan PAS dan Pakatan rakyat jika tidak ditangani dengan hati hati. PAS harus sedar bahawa banyak professional yang menyokong PAS kerana tidak tahan dengan kebusukan UMNO. Kami benci UMNO! Tiba tiba presiden PAS mahu perpadu dengan UMNO ynag busuk ini. Bayangkan perasaan kami. Lari dari sesuatu yang busuk, tiba tiba yang busuk ini dipaksakan kepada kami! Begitu juga yang bukan Islam, mereka ini bukan semuanya menyokong dasar PAS tetapi mereka tidak berfikir dua kali untuk mengundi PAS kerana mereka lebih bencikan UMNO dari PAS. (Mengundi PAS dan menyokong PAS adalah dua perkara yang berbeza)

Wahai pemimpin PAS bangunlah dari mimpi. Jangan biarkan kemenangan PRU12 menyebabkan anda sombong dan bongkak! Belajarlah dari kesilapan PAS Trengganu - Kalah teruk dan hilang Trengganu ketangan UMNO. Belajarlah dari kekalahan parti Islam - Parti keadilan sejahtera diIndonesia. Adalah mungkin musibah ini akan menimpa PAS dalam PRU13 nanti, jika pemimpin PAS terus bongkak, sombong, tidak mendengar rintihan penyokong dan membuat dasar dan pendapat yang terburu buru.


Saya berpendapat polemik ulama vs professional tak perlu ujud. contohnya usul supaya ulama sahaja yang jadi presiden dan naib presiden. Bukankah PAS ada syura ulama yang bertanggung jawab untuk memimpin dan mengawasi PAS? Jadi tak kiralah siapa yang menjadi presiden dan naib presiden selagi mereka ini cintakan Islam dan mahukan Islam ditegakkan. Kita perlu ingat bukan semua ulama itu commited terhadap perjuangan Islam. Lihat apa jadi dengan naib presiden PAS, Haji Nakhaei.

Saya mengkritik kerana saya sayangkan PAS dan "krisis" PAS ini menyebabkan darah saya naik! Teguran saya ikhlas dan saya tidak ada berkepentingan (bukan nak merebut jawatan pun)

Budak parit
www.fikiranmerdeka.blogspot.com

Wednesday, May 27, 2009

Azly Rahman - Preamble to Penanti Proclaimation

This is an extract from Azly Rahman Blog. Beautifully written and summarise
what has happen to our beloved country during the last 50 years!

Thanks Azly for such a beautiful and brilliantly written article!


Preamble to a Penanti Proclamation

Preamble to a Penanti proclamation
Azly Rahman | May 4, 09 12:48pm


Two scores and ten years ago, our forefathers and foremothers brought forth in this kampong the plan for a just republic that never materialised. We argued and waged peace for a republic of virtue but instead were given a warmongering State of Denial.
MCPX

We toiled to established a kingdom of peace and tolerance but saw instead the evolution of a dictatorship of plutocracy and totalitarianism. We have become ‘It’ in our journey towards the ‘Thou’.

amin iskandar article 291008 merdekaTwo scores and ten years ago, we thought we had Independence - given on a silver platter by a dying imperial power. But what we got was a state that evolved out of ketuanan Melayu. We wanted Liberty but we got Plutocracy.

Two scores and ten years later we are seeing a country divided, sub-divided, and further sub-divided into tribes and post-industrial tribes. The politics of race have strengthened and inspired the few to plunder and patronise the many. We are seeing chaos disguised in the name of consensus.

We live in an imperfect world. We live in Maya, in the shadow of Plato's cave. We have allowed totalitarianism, corruption, repression, and hedonism to take root in our democratic institutions.

We constantly need to make changes to our institutions, so that democracy will have its breathing space, will evolve, and will flourish in accordance to the laws of Nature.

As the French philosopher Jean Jacques Rousseau once said: "Everything in good in the hands of the Author of things, everything degenerates in the Hands of Man…"

In Malaysia, imperfection has made us slaves to the policies created out of our prejudices and arrogance, out of our greed and lust for power, and out of our ill-conceived idea of human liberation and economic development.

But let us not despair for even religion has asked us to revolt against the corrupt few; and philosophy has given us the wisdom to tear apart totalitarianism. We must recast our vision and cast off our garments of illusion.

Voices of change

This imperfect world needs more than just incremental change and compromise. It needs radical changes and no compromises. We made that change, sudden yet peaceful and civil, on March 8 last year. It was our Velvet Revolution, inspired by our own sense of non-violence, aided by technologies of cybernetics.

pix story hindraf birthday parliament 210508 kit siang roseThose hard long years of battling injustices, the sacrifices of those imprisoned without trial, of those humiliated and stripped of their dignity, those brutally beaten, those hunted down on the streets of our cities, those silenced and stupefied in our universities, those sprayed with chemicals, and the voice of the little girl - a child of the Hindraf revolution who brought roses to ask for her father's release - all these violent images of oppression that we do not deserve have taught us to be stronger.

A few days before the Malaysian tsunami that swept away the powerful machinery of the ruling regime, sweeping it to the backyard of our national history, we were battling with this feeling that the regime would still be holding power and will continue to use it to oppress, intimidate, and to rob the people - for another 50 years.

We are now at an exciting historical juncture. No longer are we objects of history; we have become makers of history. History marches on, crafted by those oppressed by their own people..

Let Penanti not be a wait that abandoned us on this dangerous crossroad of history. This victory is already ours. We cannot underestimate our struggle - the struggle of Malaysians regardless of race, class, gender, creed and origin.

This victory will be a gift for our children. This will be the best gift we can leave the next generation in a country where ‘justice’ is put in its proper place.

This is the concept of adil and is what we base our struggle on. This is the concept of bersih, cekap, amanah in the truest sense of the word.

Friday, May 22, 2009

Yeah Mamak Bendahara Menang ....

Aku nak berterima kasih kepada mahkamah rayuan kerana telah bagi mamak bendahara Zamry menang. Tahniah mahkamah kerana telah membungkuskan UMNO/BN diPerak. Innalillah Inna Wainna Ilaihi Rojion.....

Ada dua MB di Perak, satu mendapat majoriti kerusi, satu lagi mendapat majoriti sokongan rakyat!. Kalau kira kerusi memanglah mamak bendahara lebih, sebab ada kerusi katak. Jadi, lepas ini mamak bendahara Perak ini akan menjadi MB kerusi kerusi ini.
Satu lagi MB, Nizar adalah mewakili rakyat Perak, jadi beliau mewakili hasrat nurani rakyat Perak.

Jadi, setelah mandapat mandat dari mahkamah rayuan untuk terus jadi mamak bendahara, eloklah mamak bendahara buat pilihanraya - barulah tau, sapa yang sebetulnya MB rakyat Perak. kalau tidak orang Perak pakat gelak .. Kerana nak jadi MB kena buat projek bela katak!

Hai entahlah, Nizar kata bubar DUN, buat pilihanraya. Nizar sanggup merpertaruhkan status MBnya. Bukannya tentu dia jadi MB lepas ini. Jadi Si mamak bendahara Zamry ni nak takut apa? Jadi dari logik akalnya, sapa yang tamak? Sapa yang kecut telur?

Tapi, yor nye le. Rakyat Perak dah muak dengan UMNO! Dan dah bertambah muak dengan apa yang dilakukan puak puak UMNO ni. Jadi, marilah kita kekelas fardu kifayah, belajor baca talkin. Kita talkinkan UMNO dalam pilihanraya akan datang. Kita buat extra special untuk Mamak bendahara Zamry!

Ate, Oh kome deghoyan dah loghuh!

Monday, May 11, 2009

UMNO dan perubahan

Banyak sungguh retorik retorik yang Najib cakapkan semasa ulang tahun UMNO (lama). Orang Perak kate, ghentikan lah bercakap Yop, Lagi banyak bercakap lagi dalam lobang yang digali, lagi cepat tumpo!

Aku nak bagi free consultation kepada Najib. Cadangan aku ini tak payah bayor. Tak payah nak buang duit panggil orang Putih sebab nak buat kajian kenapa rakyat Malaysia dah muak dengan UMNO.

Kalo betui UMNO nak berubah, start mole dengan saranan aku dibawah:

1. Tukar mindset - jangan percaya kepada perkara khurafat; misalnya UMNO parti keramat - Orang Melayu dah pergi keangkasa - jadi orang Melayu dah tak percaya kepada perkara perkara yang tahyul - macam keramat

2. Bersihkan UMNO dari rasuah - Walk the talk - this can be done by Najib himself, clean himself against the corrupt allegation - Altantuya, Scorpene submarine, Shukoi Jet fighter from Russia. Reprimand UMNO leader yang dipalitkan dengan kes rasuah like Ali Rustam of Melaka, Khairy Jamaluddin

3. Jangan minta rakyat membalas budi - zaman dah maju - taktik ni dah tak laku. Rakyat dah cerdik, tak main dgn konsep terhutang budi lagi. Rakyat dah tau bahawa semua pembangunan itu dah memang tanggung jawap kerajaan yang memerintah. Kalau tak buat, rakyat akan tukar kerajaan lah jawap nya.

4. Jangan dengar cakap cakap pengampu pengampu UMNO. Semua itu adalah pihak yang berkepentingan. Semua itu adalah sokong yang membawa rebah! Dengar cakap rakyat yang tidak berkepentingan (macam aku) - baru boleh percaya. Aku bagi nasihat ni bukan nya nak harap Najib bayar aku, dan bukannya aku nak jadi ketua bahagian atau pun menteri!

5. Revamp semua dasar yang rakyat tak mahu - ISA, OSA, secret act, pelacuran institusi polis dan perundangan, SPR and badan pencegah rasuah dan lain lain. Semua badan ini should be answerable to parlimen, bukan kabinet. Jika diletakkan dibawah kabinet, sampai bila bila pun rakyat tak percaya bahawa badan badan ini adalah bebas! Ye lah banyak orang atas tu macam ular - tak boleh percaya.

6. Cakap biar serupa bikin - selesai kan isu Perak - kembalikan hak memilih kerajaan kepada rakyat Perak. Lagi panjang krisis diPerak, lagi ramai yang hilang kepercayaan kepada UMNO! Lagi cepat UMNO tumpo!

7. Jadi anak jantan. Buat keputusan demi rakyat bukan demi sekor menteri yang dah pencen. Ask the ex menteri tu shut up - sebab tempoh guna pakai dah tamat. Kalau pakai juga boleh membawa mudarat!


Jadi bolehkah UMNO, sekurang kurangnya melakukan 7 perkara diatas - kalau tak boleh, jawapnya Najib bercakap macam ayam jantan - kokok berderai derai, ekor bergelumang tahi!

Friday, April 24, 2009

UMNO dan Pak Lawak (bodoh)

Najib telah menyenaraikan para pemimpin UMNO untuk me"reform"kan UMNO. Kununnya untuk membersihkah UMNO lah tu.

Tapi pelik juga. Kalau kita nak membersihkan sesuatu, kenalah pakai yang benda yang bersih. Macam nak membersih najis, kenalah guna air yang bersih. Kalau guna air limbah, jawapnya bukan bertambah bersih - bertambah berbau adalah! Tapi Najib mengitar semula kan orang orang yang disyakki akan kebersihannya - Rafidah Aziz sebagai contoh. Jadi sampai kiamat pun UMNO tak akan bersih!

Tapi biar lantaklah dengan UMNO! Para pemimpinnya memang dah buta, dah tuli. Mana nak mendengar kritikan lagi. Biarlah si Luncai terjun dengan labu labunya ...

Cuma, yang aku nak komen adalah pasal jawatan tak rasmi yang presiden UMNO tak lantik tapi mesti ada yang menawarkan diri - jawatan Pak lawak UMNO. Sebelum ini, kawatan itu diisi oleh Syed Hamid. Setelah Syed Hamid direhatkan, jawatan itu terpelanting kepada rais yatim pulak (pembakar jambatan.

Lihat saja caranya, cakap lain, buat lain. Dulu semasa menteri budaya, bukan main dengan semangat Melayunya. Sampai orang bertudung berjubah pun salah - hilang Melayu katanya. Tapi bila bahasa Melayu dibuang longkang, tak ada pula si rais ni bising. Walhal bahasa Inggeris tu jelas bukan datang dari kepulauan Melayu..

HAri ini keluar dalam Malaysiakini "There's a plot to topple PM: Rais Apr 24, 09 1:43pm" Hai ini dah macam cakap kedai kopi - Macam mamat yang kata ada jumpa UFO. Tanya mana bukti - habuk pun tarak! Kalau bapak aku yang tak habis sekolah Melayu darjah enam tu, tak apa lah jugak - ini doktor you! Bukan doktor Kangkong dari Sintok, tapi doktor dari negeri atas angin!

Hai UMNO, terima kasihlah kerana sentiasa mengisi jawatan Pak Lawak (aka court jester). Sekurang kurangnya terhibur juga rakyat yang tenat menghadapi masaalah ekonomi ni. Dan teruskan lah dengan lawak lawak bodoh tersebut - cepar sikit UMNO tenggelam!

Thursday, April 16, 2009

UMNO yang sentiasa menguborkan diri sendiri

Parti mana yang selalu menikam diri sendiri? Parti Cap Keris Telanjang!
Parti mana yang selalu berfikiran singkat? Parti Cap Keris Telanjang!
Parti mana yang selalu berdolak dalik? Parti Cap keris Telanjang!

Tak percaya?
Lihat bagaimana parti cap keris telanjang membuat persempadanan semula kawasan plihanraya bila is kalah teruk dikawasan Melayu dan hilang negeri kelantan dan Trengganu? Analisis dari pemikir pemikir kangkung dalam parti cap keris telanjang ialah Orang melayu menyokong pembangkang, Orang bukan Melayu menyokong BN. Jadi penyelesaiannya adalah mudah - masukkan kawasan yang banyak bukan Melayu kedalam kawasan Melayu - Seperti Kawasan Berkeley (Tiong Hua) dimasukkan kedalam Shah Alam! Memang berkesan - Pilihan raya 2004 - UMNO BN menang di Shah Alam. Tapi penganalisis Kangkung ini terlupa yang terbalik boleh menjadi nyata - Undi Melayu berpecah, dan undi bukan Melayu menyokong pembangkang - Jadi dikawasan yang undi penentunya adalah undi bukan Melayu - BN terkangkang - seperti Shah Alam dan Bukit Gantang! Inilah dikatakan senjata makan tuan! Parti cap keris telanjang ini boleh dikatakan Pak Kaduk moden - Ayam menang, kampung tergadai! Siapa yang bodoh?

Contoh kedua adalah apa yang sedang berlaku diPerak. Keputusan speaker boleh dipertikaikan dimahkamah. Sandiwara ini adalah untuk mempertahankan kerajaan haram BN di Perak. Tak mungkin satu hari nanti perkara yang sama akan berlaku dinegeri yang di perintah BN. Dan mungkin BN tidak suka apa yang dilakukan oleh spaker yang pro BN. Jadi PR moleh menyeret segala keputusan speaker tersebut dimahkamah! Mengapa ini boleh berlaku - mahkamah sudah boleh menjadikan kes Perak sebagai rujukan! Jadi "who is the bigger loser later?" Senjata akan makan tuan. cuma tunggu!

Jadi kepada parti keris cap telanjang ini, memanglah layak menjadi luncai - terjunlah dengan labu labunya - biarkan! biarkan!

Cerita Kelakar dari Trengganu

Semalam, akhbar UMNO melapurkan bahawa 10 orang YB BN tak hadir sidang dewan kerana ada ugutan bunuh?

Ugutan bunuh tu datang dari SMS. Ini dah macam cerita budak budak. Takut keluar malam kerana takut hantu! Dah tu susah benar pula nak tahu siapa ynag hantar SMS tu. Polis pun punyalah bengap. Bukan kah semua talipon post paid dan pre-paid wajib kena daftar? Tak kan dari nombor itu pun tak boleh "trace" si empunya hand phone?

Tak kan lah kerana SMS pun dah kecut. Mana perginya sikap berani YB BN ni? Yang bestnya, yang trima ugutan 3 orang, tapi yang tak hadir 10. Ini menunjukkan yang 7 orang tu lagi tak ada telor!

Kalau ye pun takut dibunuh - duduk lah kat rumah, minta lah polis jaga rumah. Ini tidak, pakat ramai ramai duduk kat hotel. Hotel tu lebih selamat dari rumah ke? Kalu tidak pun hubungi menteri dalam negeri, minta masuk ISA, macam wartawan Tiong Hua yang diISAkan oleh Hamid botak. Mesti selamat punya. Bukan ke bila Hamid botak ditanya kenapa di ISA kan wartawan tersebut? Dengan bangganya Hamid botak kata - nak jaga keselamatan wartawan tersebut!

Hari ini barulah keluar cerita sebenar - rupanya berebut pangkat! Kalau berebut pangkat tu maknanya berebut duit lah! Bukan kah RM650 Juta mahu mari? Mana pergi slogan ketuanan Melayu? Rupa rupanya mereka ni sebenarnya bertuankan Kertas Cap Kepala Agong!

Apalah nak jadi dengan UMNO ni, makin lama makin lawak (bodoh). Kalau nak menipu rakyat pun biar lah cerdik sikit. Ini bulan tahun 50an. Yang mana rakyat boleh dikelentong. Ini zaman IT, zaman info dihujung jari, zaman orang sekolah tinggi!

YB BN ni nak dijadikan YB pun tak begitu cerdik nak jadi penipu pun tak cerdik juga!

Wednesday, April 15, 2009

Betul kah parti BN buta warna?

Aku rasa memeng dah jadi tradisi bila kita ada perdana menteri baru, mentera baru akan diperkenalkan. Masa Pak Lah, Islam Hadhari menjadi slogan. Zaman Najib 1 Malaysia. Boleh percaya ke?

Dalam berita hari ini Najib memberi contoh orang kemalangan. Adakah kita perlu tanya adakah orang itu Cina, India, Melayu sebelum menolong? Memanglah apa yang diperkatakan oleh Najib itu betul, tapi adakah ini akal diamalkan? Boleh kan Orang bukan Melayu masuk UMNO? Orang Melayu masuk MCA, Orang Cina Masuk MIC? Adakah dalam perhimpunan parti parti bersasaskan bangsa ini akan memperjuangkan nasib semua orang Malaysia tanpa menaikkan emosi ahli ahli tentang betapa bangsa bangsa masing masing perlu dibela? Adakah UMNO akan berhenti bercakap tentang ketuanan melayu? Adakah orang UMNO yang exreme akan kepercayaan kepada bangsanya akan ditendang keluar?

Kalau jawapan nya tidak, rentikanlah bercakap tak serupa bikin!

Wednesday, March 18, 2009

Siapakah Mb Perak Yang Sah Mengikut Undang Undang

Petikan dari: http://hafizbad-kenyataanakhbar.blogspot.com/2009/03/layakkah-dato-seri-nizar-digelar-mb.html

Wednesday, March 18, 2009
Layakkah Dato’ Seri Nizar digelar MB Perak yang sah?
Perkembangan politik di Perak begitu meruncing sejak kebelakangan ini. Hal ini tercetus apabila tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Pakatan Rakyat telah beralih parti dengan mengisytiharkan diri mereka sebagai ADUN Bebas. Mereka terdiri dari Jamaludin Mat Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailani (Changkat Jering) yang kini kedua-duanya menerima tuduhan rasuah di mahkamah serta Hee Yit Foong (Jelapang).

Keadaan menjadi semakin runcing apabila Datuk Zambry Abd Kadir, ADUN Pangkor, diperkenan sultan sebagai Menteri Besar Perak yang ke-11 melalui upacara mengangkat sumpah pada Jumaat lepas di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak. Sungguhpun begitu, Menteri Besar Perak yang dipilih oleh rakyat iaitu Dato’ Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin enggan melepaskan jawatan Menteri Besar Perak dengan alasan beliau masih lagi menyandangnya secara sah mengikut Perlembagaan dan Undang – Undang Tubuh Negeri Perak.

Apabila tercetus peristiwa ini, penulis terpaksa menghabiskan banyak masa di perpustakaan universiti dengan hasrat untuk menyelidik dan mengkaji tentang kebenaran dakwaan dan kenyataan yang dilemparkan oleh Dato’ Seri Mohamad Nizar bahawa beliau masih lagi memegang jawatan sebagai MB Perak dan perlantikan Datuk Zambry adalah tidak sah.

Mengikut prinsip keluhuran perlembagaan, kita sedia maklum bahawa di dalam Fasal 4 Perlembagaan Persekutuan menyatakan perlembagaan merupakan undang – undang tertinggi (supremacy constitution) dan kita wajib menjadikannya sebagai rujukan dan apa sahaja tindakan yang bercanggah dengan perlembagaan maka dianggap sebagai terbatal (void).

Selain itu, kita juga menggunakan prinsip kedaulatan undang – undang. Di Malaysia kita menggunakan konsep undang – undang Westminster yang aplikasinya ialah ‘binding precedent’ iaitu kes – kes sekarang akan dihakimi mengikut kes – kes terdahulu. Sebarang pertikaian di dalam mahkamah, hakim akan merujuk kepada keputusan kes – kes terdahulu (stare decisis). Oleh itu, dalam merungkai masalah MB Perak penulis melalui kacamata sebagai mahasiswa akan berbincang mengikut keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang – undang.

Mengikut Jadual Lapan Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 1 (2) menyatakan iaitu Sultan mempunyai hak untuk melantik Menteri Besar. Walaubagaimanapun, Jadual Lapan tidak menyatakan hak Sultan untuk memecat jawatan Menteri Besar. Tetapi telah disebut Perkara 2 (6) bahawa sekiranya Menteri Besar tidak lagi mendapat mandat kepercayaan daripada majoriti ADUN barulah Menteri Besar meletakkan jawatan dan Menteri Besar juga bolehlah memohon perkenan Sultan untuk membubarkan DUN sekiranya dirasakan perlu. Jelas di sini bahawa perlembagaan telah menyatakan bahawa MB akan hilang kelayakannya sekiranya wujud undi tidak percaya. Namun keadaan ini tidak diaplikasikan di Perak dan ternyata lantikan baru MB Perak bertentangan dengan semangat Perlembagaan dan tindakan ini sepatutnya dikira terbatal.

Di samping itu, marilah kita teliti beberapa kes terdahulu yang akan menterjemahkan perlembagaan persekutuan. Di dalam kes Stephen Kalong Ningkan lwn Tun Abang Haji Openg dan Tawi Sli [1966] 2 MLJ 187, Gabenor Sarawak telah menerima surat yang ditandatangani oleh 21 ADUN yang menyatakan mereka tidak lagi memberikan kepercayaan kepada Stephen sebagai Ketua Menteri Sarawak. Walaubagaimanapun Stephen enggan untuk meletak jawatan dan Gabenor mengisytiharkan Stephen meletak jawatan berkuatkuasa serta merta.

Mahkamah telah memutuskan bahawa tandatangan 21 ADUN itu tidak mewakili suara majoriti Dewan Undangan Negeri maka pengisytiharan tersebut dikira tidak sah dan terbatal. Mahkamah juga memutuskan bahawa Gabenor tiada hak untuk melucutkan jawatan sehinggalah diadakan dan dilihat majoriti undi tidak percaya kepada Ketua Menteri. Keputusan mahkamah ini wajar diikut oleh mana – mana pemerintah negara kita yang menyanjung tinggi kedaulatan undang – undang.

Selain itu, di dalam kes Tun Datu Haji Mustapa bin Datu Harun lwn Tun Datuk Haji Mohamad Adnan Robert, Yang Dipertua Sabah dan Datuk Joseph Pairin Kitingan (No2) [1986] 2 MLJ 420, situasinya hampir sama dalam kes sebelum ini dan mahkamah memutuskan bahawa sekiranya Ketua Menteri Sabah (KM) enggan meletak jawatan maka telah menjadi tanggungjawab kepada sidang DUN untuk meluluskan undi tidak percaya kepadanya atau beliau sendiri boleh memohon kepada Yang Dipertua Negeri untuk membubarkan DUN atau meletakkan jawatan. Maka keputusan untuk melucutkan jawatan bukanlah hak mutlak Yang Dipertua Negeri sehinggalah KM itu diisytiharkan melalui kelulusan sidang DUN.

Hal ini juga dijelaskan di dalam buku Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan di Malaysia yang ditulis oleh Tun Salleh Abbas, mantan Ketua Hakim Negara bahawa jika menteri besar atau ketua menteri yang tidak lagi mendapat mandat kepercayaan lebih dari separuh ahli DUN, maka beliau dan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hendaklah meletak jawatan melainkan atas permintaan Menteri Besar atau Ketua Menteri DUN dibubarkan oleh raja supaya diadakan satu pilihanraya. Selain itu, di dalam buku Mengenal Perlembagan Persekutuan yang ditulis oleh Tun Mohamed Suffian bin Hashim, yang juga merupakan mantan Ketua Hakim Negara menyebut bahawa Raja atau Yang Dipertua Negeri mempunyai kuasa untuk perkenan ataupun tidak terhadap Ahli Majlis Mesyuarat Negeri selain dari Ketua Menteri atau Menteri Besar. Maka kita dapat fahami bahawa Raja atau Yang Dipertua Negeri hanya mempunyai hak untuk menggugurkan jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tetapi tidak mempunyai hak yang sama pada Menteri Besar atau Ketua Menteri. Oleh itu, tindakan terhadap Dato’ Seri Nizar dianggap sebagai melampaui bidang kuasa (ultra vires).

Di samping itu, di dalam kes Datuk Amir Kahar bin Tun datu Haji Mustapha lwn Tun Mohd Said Keruak Yang Dipertua Negeri Sabah & lain – lain [1995] 1 MLJ 169 telah diputuskan bahawa perletakan jawatan oleh Ketua Menteri atau Menteri Besar merupakan perletakkan jawatan kepada seluruh entiti Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Justeru, tindakan Dato’ Seri Nizar yang tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar bermakna kedudukan seluruh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri masih lagi sah dan diiktiraf sehinggalah wujudnya undi tidak percaya kepada kerajaan yang sedia ada sekarang.

Secara tuntas, kita dapat memahami bahawa situasi dan kondisi di Perak kini hampir sama kepada senario yang berlaku di dalam kes dan fakta yang disebut sebelum ini. Persoalan sama ada layak atau tidak Dato’ Seri Nizar diiktiraf sebagai MB Perak yang sah akan ditentukan melalui perlembagaan dan kes – kes mahkamah. Sungguhpun begitu, penulis berpandangan bahawa perlantikan Datuk Zambry Abd Kadir sebagai MB yang baru sebagai tidak sah berdasarkan kepada keputusan mahkamah dalam kes-kes ini dan bertentangan semangat perlembagaan. Amat wajar dan betul tindakan Dato’ Seri Nizar mempertahankan jawatannya kerana beliau berdiri di belakang perlembagaan dan menjunjung tinggi keluhuran perlembagaan.

Penulis juga melihat media perdana sengaja memutarkan belitkan fakta dengan menzahirkan seakan peribadi Dato’ Seri Nizar menderhaka kepada sultan sedangkan beliau menyokong dan menjunjung sepenuhnya prinsip kesetiaan kepada Raja. Sebagai mewakili mahasiswa, penulis berharap masalah ini dapat diselesaikan secara harmoni dan keadilan perlu diletakkan pada tempatnya. Mahasiswa juga menyokong kepada keputusan yang adil bakal diputuskan oleh mahkamah.

Namun mahasiswa mengharapkan agar masalah di Perak tidak berlanjut hingga ke Mahkamah dan mengheret bersama istana ke kancah politik. Mahasiswa sentiasa menyokong dan mendokong serta taat dan setia kepada keadilan Sultan. Apa yang diharapkan agar Sultan Perak dapat mempertimbangkan hak baginda untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri dan seterusnya memberi hak kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang sah dan berkebajikan. Kita tidak mahu sebarang keputusan yang dibuat menzalimi sesuatu pihak semata – mata untuk mengaburi mata pihak lain.
Posted by Hafizbad at 1:08 PM
Labels: Isu Nasional

Saturday, March 7, 2009

Cerita Politik dan Keluarga ku

Dimasa aku ditingkatan 3 di sekolah Menengah Datuk Abdul Rahman Yaakub (SMDARY) Bota Kanan, aku dipilih untuk menghadiri satu majlis yang diaturkan oleh cikgu sekolah yang "Ultra Nasionalis - GPMS). Majlis ini rasmikan oleh Abdullah Ahmad Badawi. Aku tak tahu pun itu majlis apa, cuma cikgu kata kena pergi, aku pun pergilah. Pergi dengan fikiran yang "innocent". Sebelum Badawi berucap, beberapa cikgu berucap dengan penuh berapi rapi - Melayu, Melayu, Melayu! Kami juga diajar lagu anak kecil main api. memanglah selepas dibasuh otak dengan Melayu, Melayu, Melayu, bila dengar lagi "anak kecil main api" bukan main berapi semangat! Meremang bulu roma! Kemudian, Badawi dijemput berucap. Seingat aku, ucapan Badawi adalah biasa saja, tiada pun unsur unsur "Ultra Nasionalis Melayu". Selepas majlis itu, akupun menjadi nasionalis tak rasmi. Pantang sebut Melayu - mulalah meremang bulu roma! Aku kekal dengan semangat nasionalis ini sampailah aku diuniversiti. Aku memang peminat Amwar nombor satu. Tapi aku taklah taksub sangat. Masih lagi berfikiran terbuka. Masa kat oversea dulu aku bercampur dengan semua kelompok - puak MSA (Malaysia Student Association - baca UMNO) dan puak tok lebai (baca - PAS). Tapi dalam hati masih lagi tidak percaya dengan ideologi PAS - tag line aku masa itu ialah "jangan cakap saja tentang negara Islam - tunjuk kan macam mana negara Islam yang diperjuangkan PAS". Mungkin kerana terpengaruh dengan proganda akhbar akhbar kerajaan dan mungkin kerana sentiasa di basuh otak oleh pihak JPA. Cuma setelah berlaku krisis Anwar Mahathir, aku sangat marah dengan permainan kotor mahathir dan sampai kini "berkerat rotan, berpatah arang" dengan UMNO. Sampai aku berpesan dengan anak anak aku, "Ayah lebih rela korang masuk parti komunis dari menjadi ahli UMNO!"

Keluarga aku memeluk bermacam macam pahaman politik. Ayah angkat aku (juga atuk saudara aku) Adalah orang kuat UMNO. Nasionalis nombor satu. Pantang saja kutuk Umno, merah biji mata, boleh pecah meja kena hentak! Atuk angkat aku pulak orang kuat PAS, pantang orang cabar PAS, boleh berhujah berjam jam. Bapak Saudara aku pulak lebih cenderung kepada DAP (lepas pencen dia kepit harakah kehulu kehilir) - mungkin kerana beliau banyak mengembara jadi mindanya lebih terbuka. Bila bapak saudara aku balik kampung, dia suka mengusik ayah angkat aku. Saja suka nak buat orang tua tu marah. Mereka boleh berhujah sehari semalam! Aku cuma pendengar yang setia - Suka mendengar hujah hujah mereka. Kadang kadang kelakar. Yang peliknya, walaupun dah hentak meja, merah biji mata, tegang urat leher, tak ada pula mereka bergaduh. Lepas habis berhujah, mereka seperti biasa, masih rapat. Masih mengambil berat. Bapa kandung aku adalah pragmatis. Tidak terlalu taksub dengan mana mana parti. Bapa lebih kepada siapa calunnya - PAS ke, UMNO ke, janji calun tu "baik", peramah, rajin tulang semasa kenduri kendara dan tidak "berat mulut" calun itulah yang akan dapat undinya.

Dengar cerita, dulu (masa aku kecil" apak orang PAS, kemudian selepas calun PAS Hassan Gera menang diParit (tak tahu tahun berapa) apak lebih cenderung kepada UMNO. Katanya, Hassan Gera tu cuma pandai berpantun saja!

Apak aku ni orang nya "cool" dan tidak pernah memaksa kami untuk apa apa saja. Dari hal kawin, sampailah kepada hal politik. Apak memang nya memberi kami kebebasan untuk memilih. Masa aku nak kawin dulu bapak kata (dengan loghat Parit) " Kome nak kawin, kome cari sendighi, kalo aku caghi nanti ade aje yang tak kene nanti, jumpe satu hal, nanti kome salahkan aku. lagi pun bukan aku yang nak meluknye, kome juge!) Begitu juga dalam politik. Aku selalu "berkempen" dengan bapa aku tentang kebejatan UMNO bila aku balik kampung. Bila ada peluang saja, mesti aku bersyarah tentang politik dan semestinya kebejatan UMNO. Tapi bapa seperti selalu buat "bodoh" saja. Setelah puas aku berhujah, bapa akan berkata "mane suke kome le, kome dah besor, mane mane kome nak pangkah kome pangkah le". Tapi aku masih tak putus asa nak mengeluarkan bapa dari UMNO! Kalau dulu aku banyak membebel, tapi kini aku tukar strateji - aku akan bawa balik majalah majalah dan akhbar akhbar yang pro-pembangkang. Aku rasa pilihan raya tahun 1999(?) dulu seisi keluarga aku mengundi PAS (saja aku tanya apak dan arwah emak - ngundi sape? Apak dan emak jawap - kali ini keme beralih angin! - Paham lah aku maksudnya). Aku juga rasa, selain faktor Anwar, mereka mengundi PAS sebab masa dekat dekat nak ngundi tu, apak, arwah mak dan mak angkat aku, berada dirumah aku diKL. Kebetulan kat rumah aku banyak majalah majalah yang anti-UMNO yang saja aku letakkan dan meja rehat. Lagi pun aku rasa, orang UMNO tak sempat nak rasuah keluarga aku - aku bawa mereka balik kampung pada pagi hari mengundi! Pada tahun lepas, waktu mengundi aku tanya apak, undi siapa? Bapak kata undi adalah rahsia! Seperti biasa, bapak sukar diduga, kat rumahnya ada botol Air UMNO, ada botol Air PAS. Aku syak apak mengundi UMNO sebab bila diumumkan UMNO menaang diParit, terpantul dari mulut apak - hah besok kaya aku!, dapat lagi RM300.00. Rupa rupanya calon UMNO (yang juga saudara dekat apak) telah merasuah apak! Besoknya aku membebel kat apak - ape le, harga orang Melayu ni cuma RM 500.00 saja! Deme bagi kat bapak RM 500.00, tapi mereka sapu duit kite berjuta juta RM! Seperti biasa, apak membuat aku terbakar - dia buat "bodoh" saja! Dalam hati aku yang terbakar, rasa nak cakap kat apak - lepas ini tak payah lagi aku bagi duit bulan bulan untuk apak, mintak aje kat calon UMNO tu! Tapi cuma dalam hati saja - takut derhaka.

Kini aku bukan ahli PAS, bukan ahli PKR, bukan ahli DAP. Aku cuma seorang ahli ABU - ASAL BUKAN UMNO! Macam kat cerita P. Ramlee - Pantang tok nenek aku (sokong UMNO!)

Friday, March 6, 2009

Hormat Hormat hormat hormat .....

Hari ini ada seorang Raja dari negeri antah berantah yang berkata orang Melayu dah pandai biadap. Dah pandai kurang ajar pada raja. Dah hilang hormat. Dah hilang sopan santun. Dan banyak lagi yang hilang!

Pelik juga ye. Kenapa agaknya orang Melayu dah pandai memberontak sekarang. kenapa ornag Melayu dah tak hormat pada UMNO dan pada raja raja ye? Kalu buat tesis ni boleh dapat PHD kot? Kenapalah ngok sangat puak puak ni? Benda mudah ni pun dah tak paham?

Sebabnya adalah, orang Melayu dah tak duduk dibawah tempurung lagi. Fikiran orang melayu muda dah merdeka. Mereka tak lagi percaya pada benda mengarut kononnya raja raja mereka berdarah biru. Mereka dah tak percaya pada benda yang bernama tulah lagi. Mereka dah tidak membaca akhbar akhbar yang layak jadi bungkus belacan lagi. Mereka dah nak muntah membaca dan melihat propaganda murahan dari media media gerombolan!. Muak! Nak muntah, wek wek wek .....dengan media media pengampu nombor satu ini. Orang melayu lebih percayakan blog. Orang Melayu dah pandai baca The straits times. Dah pandai tengok Aljazeera. jadi mereka dapat menilai dan melihat tabiat gerombolan ini dan juga perangai raja raja mereka. Puak puak yang cakap tak serupa bikin. Yang kalau waktu Maulud nabi, bukan main suruh ikut nabi. Tapi bila masa lain perangai mengalahkan babi .....

Jadi kalau puak puak ini mahu mereka dihormati dan disantuni, wajarlah mereka ini menghormati diri mereka dahulu. Mereka perlu menjadi Melayu Muslim sejati. Yang bukan bercakap berdegar degar tapi lepas itu raba bontot perempuam dalam kelab! kalau jadi pemimpin, jangan rasuah, jangan kroni, kena adil, jangan fitnah, jangan rampas hak orang, jangan aniaya orang Asli, jangan membebankan rakyat, jangan berzina, jangan berjudi, .... Kalau jadi raja, jadilah raja yang peka kepada keadaan rakyat, tahu tentang kesusahan rakyat, berani menegur gerombolan yang rasuah, jadi ketua agama Islam yang betul betul paham tentang Islam, yang belajar mengaji dengan tok tok guru, menghormati kehedak rakyat, tidak berat sebelah dan hidup bersederhana.
barulah rakyat tabik. Barulah rakyat hormat. Barulah rakyat sayang ....

Jadi, kalau puak puak ni tak berubah, seiring dengan perubahan dunia, tidak mustahil satu masa nanti, bak kata nenek aku dulu, "kena toggeng ponggong kat orang". Dalam bahasa modennya, Dah Tak Relevan!

Wednesday, March 4, 2009

PENGHORMATAN BUKAN DIPAKSA

EHSAN DARI HISHAMUDDIN RAIS - TUKAR TIUB

PENGHORMATAN BUKAN DIPAKSA

Penghormatan di beri bukan diminta-minta. Individu dihormati bukan kerana paksaan undang-undang atau akta. Kalau ada sesiapa tidak ingin menghormati Tuan, Mador, Ketua Pejabat, Cikgu atau Raja - tidak ada apa-apa yang boleh di lakukan. Menangkap, merotan atau di masukkan ke dalam penjara - tidak akan melahirkan apa-apa penghormatan.

Che Guevera di hormati oleh anak-anak muda diseluruh dunia bukan kerana ada undang-undang dari Bangsa Bangsa Bersatu atau ada arahan dari IMF atau Mahkamah Dunia. Che diberi penghormatan kerana hati naluri anak-anak muda mahu menghormati. Che Guevera tidak pernah meminta-minta penghormatan ini kerana dia telah lama mati.

Penghormatan yang ditimbulkan melalui undang-undang, kuasa atau pangkat bukan penghormatan – ini penghormatan yang pura-pura. Mahathir satu ketika dahulu di hormati kerana dapat memberi habuan kontrek. Malah Mahathir sendiri sedar hingga dia membebel sesudah kalah untuk menjadi delegasi Kubang Pasu ke Perhimpunan United Malays National Organisation pada tahun 2006 dahulu. Dia membebel kerana tidak ada lagi orang yang datang mencium tangannya.

Lihat pula Abdullah Badawi – belum pun tamat menjadi PM – kerana tanda tangannya tidak lagi laku - tidak mendatangkan kontrek – tidak ramai menteri dan para pembodek yang datang berhari raya di Kepala Batas tahun lalu.

Berilah apa sahaja nama dan darjah penghormatan – dari Tun , Tan atau Tin.– ianya hanya tin-tin yang kosong tidak membawa apa-apa pengertian. Pakaikan baju kuning, merah atau kelabu – pasangkan lah tanjak tujuh tingkat – semuanya tidak ada makna. Hormat datang dari hati.

Pada tahun 1964 Jean Paul Sartre dianugerah Hadiah Nobel Sastera. Dia tidak pun datang mengambil hadiah ini malah Sartre langsung tidak ambil pot. Dia menolak penghormatan yang mengada-ada. Tetapi idea dan falsafah Jean Paul Sartre masih mengegarkan dunia. Idea dan falsafah inilah yang dinobatkan untuk dihormati dari segala bentuk penghormatan yang pura-pura.

Bagitu juga Le Duc Tho yang mendapat Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 1973. Dia juga tidak pergi ke Stockholm untuk mengambilnya. Hingga ke hari ini Duc Tho masih di hormati dan diingati sebagai patriot Vietnam yang merangka dan membuka jalan damai untuk negaranya pada tahun 1972.

Justeru apabila ada gerombolan gerombolan yang meloncat mengambur meminta dan memaksa orang ramai agar menghormati raja maka permintaan ini kelihaatan sebagai lawak bodoh. Meminta di hormati, memaksa di hormati atau melembagakan penghormatan bukan penghormatan namanya. Penghormatan datang secara sukarela dari hati suci yang ikhlas dan jujur. Penghormatan yang suci bukan kerana upah, dipaksa, atau dijanjikan dengan pangkat dan kontrek.

Kalau seorang anak sekolah ditarik telinga dan di paksa menghormati Guru Besarnya maka untuk beberapa saat ( ketika telinganya sakit ) mungkin anak sekolah ini akan berkata bahawa dia menghormati si Guru Besar. Terlepas sahaja telinganya dari di pulas, anak sekolah ini bukan sahaja tidak akan menghormati si Guru Besar ini malah besar kemungkinan si Guru Besar akan di baling dengan najis. Ini hakikat.

Bila saya menulis ini - kita telah masuk ke bulan March 2009. Cerita-cerita karut tentang daulat raja, tulah raja, jampi raja – semuanya tidak di percayai lagi. Anak-anak muda hari ini tidak lagi gempaq dengan daulat raja – mereka gempaq dengan penyanyi rock n roll. Anak muda hari ini akan gempaq dengan pemain bola, pemusik, pelakon, pengodam internet atau pembawa kounter culture yang melawan arus. Ini hakikat bukan sahaja di Malaysia malah inilah jalur pemikiran anak muda di seluruh dunia.

Pergi lawati bilik anak muda – tidak mungkin akan di temui gambar Sultan, Raja atau Shah di dinding bilik. Besar kemungkinan akan di temui gambar sebuah kugiran rock, wajah seorang rock star atau mungkin poster Che Guevera. Belum pernah ada dalam dunia ini seorang anak muda yang akan bergadai bergolok untuk mendapatkan baju T gambar seorang Raja – tetapi mereka sanggup ke E-bay untuk membida baju arwah John Lennon yang ori. Ini hakikat kerana kerana kita telah sampai ke tahun 2009.

Raja Moroko, Ratu Elizebeth, Sultan Berunai, Raja Abdulah al-Saud atau Sultan Perak - jika tidak kerana protokol – jika pegawai-pegawai kerajaan tidak di arahkan, jika anak-anak sekolah tidak di paksa - dewan akan kosong. Tidak akan ada ramai orang yang datang memenuhi dewan untuk mendengar susuk-susuk ini berucap.

Sampai kiamat pun anak-anak muda tidak akan membayar harga tiket 200 ratu ringgit untuk mendengar mereka membebel. Tetapi anak-anak muda sanggup turun ke Singapura atau naik ke Bangkok untuk mendengar sebuah rock band datang bermain. Raja Gopal, Raja Kapoor atau Raja Perak, harus sedar diri, pada hari ini tidak ramai lagi orang yang ambil pot kerana nama mereka bermula dengan raja. Ini hakikat tahun 2009.

Masyarakat urban tidak lagi mencari makan dari hasil tanah. Mereka memburuh. Mereka membanting tulang di kilang dan di pabrik. Apabila mereka meninggalkan tanah, berhijrah ke bandar bererti mereka telah memutuskan hubungan dengan budaya feudal. Masyarakat urban melahirkan budaya mereka sendiri – budaya dan gaya hidup yang tidak lagi bergantung kepada raja atau sultan. Dalam budaya urban sistem feudal tidak memainkan peranan.

Memang ada wujud kumpulan kumpulan yang masih menganggap kaum feudal itu wajib dihormati kerana darah keturunan mereka. Kumpulan ini adalah mereka yang ingin menahan gerak dan arus pembudayaan dunia moden hari ini. Malah di Peranchis, sebuah negara Republik masih ada warga yang cuba membawa kembali sistem Beraja di Peranchis. Mereka bernostalgia terhadap zaman feudal yang telah terkambus.

Di Tanah Melayu juga masih ada kumpulan dan gerombolan yang percaya dengan ‘daulat’ raja. Sebenarnya, ini berlaku kerana kepentingan ekonomi mereka bergayut dengan kaum feudal. Mereka ingin memastikan yang kepentingan ekonomi mereka akan dapat dipayungi oleh kaum feudal. Justeru, mereka sanggup membeli derajat kebesaran agar mereka dapat juga dilihat ‘besar’.

Hakikanya - kumpulan dan gerombolan pro-feudal ini dari sehari ke sehari semakin berkurangan. Pengurangan kumpulan dan gerombolan ini bukan di rancang. Pengurangan ini muncul dengan sendiri kerana asas ekonomi telah berubah.

Dalam konteks asas ekonomi kapitalis moden - keupayaan individu dinobatkan bukan kerana darah keturunan. Barack Obama, Micheal Jackson atau Colin Powell berada ditempat mereka berada hari ini bukan kerana mereka cucu kepada Raja Buganda dari Afrika tetapi kerana fikrah dan keilmuan mereka. Ini hakikat.

Ini bukan bermakna kita tidak meghormati Raja Gopal, Raja Kapoor atau Raja Perak. Sebagai sesama insan kita wajib menghormati satu sama lain. Kita juga wajib beradab dan bersopan terhadap mereka. Penghormatan, adab sopan yang kita tunjukkan kepada mereka bukan kerana mereka Raja. Mereka berhak menerima penghormatan dari kita jika mereka memiliki keintelektualan dan fikrah yang unggul.

Perhormatan yang ikhlas dan dilakukan secara sukarela tidak berhujung dan tidak bernoktah. Seperti Che Guevera dari zaman berzaman susuk ini akan terus di muliakan walau pun telah lama mati. Tidak seperti Mahathir yang terpaksa membebel untuk di hormati. Atau seperti Ghazali Shafie atau Muhamad Rahmat yang seperti tunggul pergi tersepak dan pulang terlanggar.(TT)

Saturday, February 28, 2009

Asyik Asyik Pemuda UMNO (celaka) Nak Cari Gaduh?

Dah tak ada kerja lain dah? Balik balik spesis ni nak cari gaduh. Tak habis habis dari dulu, kini dan selamanya!

Kalau ye pun tak puas hati, demolah secara aman, hantarlah surat bantahan. Buat repot polis. Ini tidak, masuk parlimen cari gaduh.

Betul juga kata Karpal "I have no time for small boys" Apa tidaknya, tindak tanduk samseng UMNO ni sebijik macam budak sekolah tadika.Tak puas hati saja, ajak bertumbuklah jawapnya. Kalau orang dewasa, mestilah ajak berbincang baik baik. Hai, ijazah berjela jela, tapi perangai tahap tadika. Bila ajak berhujah/berdebat tak nak pulak. (Hari tu PAS ajak berdebat pasal PPMSI, tapi Si Hishamuddin tu tak nak)

Yang peliknya, semua orang kat dalam UMNO tu menyokong pulak tindakan keanak-anakan puak puak ini. Sepatutnya sebagai orang tua, patutnya marahkan tindakan puak ini. Macam ibu bapa, kalau anak nakal, mestilah kita hukum supaya jadi baik. Entah apalah nak jadi dengan parti cap ayam ni.

Jadi nak buat macam mana? Kalau bapa borek anak rintik. (Aik paham ke puak ni bahasa Melayu?)

Sudah Tidak Relevan

Hari ini didalam akhbar The Star ada satu berita Tentang YM Raja Nazrin bercakap fasal "Uphole the rule of Law". Kalau sebelum krisis yang berlaku diPerak, aku boleh membaca artikel ini dengan rasa bangga, sampai kembang kempis hidung. Maklumlah, aku ni orang Perak sejati, dari Parit lagi. Anak raja aku ini teramat pandai, tersangat bijak sana, tersangat pentingkan rakyat. Tapi sekarang, baca tajuk berita pun malas. Cakap tak serupa bikin. Orang putih kata "Dont walk the talk".

Tapi sekarang YM, bercakap lah berjam jam, berbuih buih mulut, sampai merah bijik mata. Haram aku percaya lagi. Semuanya dah "TAK RELEVEN" - kata hakim dalam kes Anwar dulu!

Saturday, February 21, 2009

Taat kepada raja atau setia kepada raja?

Taat dan setia, dua perkataan yang saling digunakan. Dalam rukun negara - Kesetiaan kepada raja dan negara; perkataan yang digunakan ialah "setia" bukan taat. Kenapa? Salah tulis ka? atau salah pilih perkataan? Bagi aku taat bermakna - kita mesti patuh tanpa mempersoalkan. Setia bermakna kita tidak akan berpaling tadah walaupun tidak semestinya bersetuju diatas semua perkara. Contohnya, kita tak bersetuju dengan kerajaan BN, tapi kita masih setia kepada negara; kita tidak khianat pada negara; kita tidak akan menjual negara!

Dalam keadaan apa yang berlaku di Perak sekarang adakah dengan mempersoalkan ketelusan perlantikan MB (baca haram), kita tidak setia kepada Tuanku Sultan? Memang aku tidak bersetuju dengan keputusan sultan, tapi aku masih setia kepada sultan.

Konsep taat kepada Sultan cuma boleh diamalkan dizaman raja tidak berpelembagaan. contohnya zamah sultan Melaka. Segala apa yang keluar dari mulut raja adalah hukum. Adalah undang undang. Tidak ada siapa pun boleh menyanggah. Kalau putih kata Sultan, putih lah kepada pembesar dan rakyat. kalau ahli parti cap ayam ini betul betul nak jadi Melayu, mula lah mambaca sejarah melayu. Bacalah Salatus Salatin. Mahukan ahli parti cap ayam ini hidup dizaman itu? Contohnya, peristiwa malang yang menimpa Hang Tuah, peristiwa malang yang menimpa Megat Seri Rama Panglima Bentan dan peristiwa malang yang berlaku kepada Keluarga bendahara Tun Mutahir. Sultan kata bunuh, tiada pembesar yang berani membantah kerana Sultan Mahmud tidak duduk dibawah undang undang. Sultan Mahmud adalah undang undang! Sampaikan Tun Mutahir sendiri rela dibunuh - bunuhlah aku dan keluarga aku kerana raja berkata begitu. Mahukah?

Mungkin parti cap ayam ini terlupa bahawa kita berada diabad ke 21! Dimana raja raja telah diperlembagakan. Yang membuat hukum dan undang undang bukan lagi raja tapi kita. Rakyat marhaen! Itu pasal lah kita ada dewan undangan negeri. Itu pasallah kita ada dewan rakyat. Sebab kita nak membuat undang undang. Sebab kita nak menambah naik kan undang undang!. Yang dilantik jadi wakil rakyat, sepatutnya mengkaji undang undang yang ada. menambah baikkan undang undang yang ada untuk sentiasa relevan. Bukan nya merapu pasal ketuanan Melayu! Bukannya sibuk mengampu Sultan! Bukannya sibuk pasal longkang tersumbat. Wakil rakyat ke wakil longkang?

Jadinya, istilah derhaka cuma boleh digunakan kalau kita melakukan sesuatu melanggar undang undang. Rasuah itu derhaka! Curi duit rakyat itu derhaka! Memfitnah itu derhaka! Menculik wakil rakyat itu derhaka! Kalau setakat tidak bersetuju dengan Sultan kerana Sultan tidak mengikut undang undang itu bukan derhaka! Itu namanya mempertahankan undang undang dimana, raja raja pun perlu patuh kepada undang undang.

Jadi, aku adalah rakyat yang setia kepada raja. Tapi tidak semestinya taat kepada raja. Kita cuma disuruh taat kepada Tuhan saja (bagi yang percayakan Tuhan).

Tuesday, February 17, 2009

Kita Belajar untuk apa?

Aku membaca keratan akhbar The Sun hari ini dimuka surat empat "Anti-English group ask govt to revert to previous policy". pertamanya, tajuk artikel itu pun sudah menyeleweng. Aku tidak berfikir bahawa mereka "anti-English" sebab aku percaya semuanya pandai berbahasa Ingeris. Yang dipertikaikan adalah pengajaran subjek sains dan matematik yang tidak dibuat dalam bahasa ibunda!

Aku dilatih sebagai seorang jurutera. Sebagai jurutera, aku dilatih untuk mempermudahkan semua perkara! Dilatih untuk melihat apakah sebenar masaalah dan mencari penyelesaian mudah kepada sebarang permasaalahan.

Sebagai seorang yang melihat sesuatu dan ingin mempermudahkan sesuatu, isu yang diperkatakan telah di"persusahkan" dan menyeleweng dari masaalah pokok. Masaalah yang dihadapi, bukan tentang masaalah bahasa Melayu terancam. Bukan masaalah bangsa. Bukannya masaalah politik! Masaalahnya ialah budak sekolah tak paham apa yang diajar oleh cikgu mereka. Satu cakap bahasa itik, satu lagi bercakap bahasa ayam!

Balik kepada persoalan pokok. Kenapa kita perlu belajar? Kerana kita mahu menjadi seorang yang berilmu. Bukan kerana kita nak jadi pandai! Jadi untuk belajar dan menjadi seorang yang berilmu, kita perlu paham apa yang diajar. Untuk memahami apa yang kita belajar, kita perlukan satu pendekatan komunikasi yang mudah. Komunikasi yang mudah adalah dalam bahasa yang dipahami oleh murid murid sekolah. Bahasa yang boleh dipahami oleh murid murid disekolah rendah adalah bahasa ibunda masing masing. Jadi disekolah rendah, murid murid patut menggarap pelbagai ilmu dalah bahasa ibunda masing masing. Disekolah rendah juga murid murid patut diajar bahasa lain, - bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Ingeris sebagai bahasa antarabangsa dan bahasa bahasa lain. Bahasa bahasa ini patut diajar sebagai "bahasa" bukan belajar bahasa Ingeris menerusi subjek matematik dan Sains. Kalau bahasa Ingeris pun murid tak paham, apa jaminannya murid itu akan paham mata pelajaran sains dan matematik yang diajar?

Ada juga ibu bapa dikota kota berkata - anak anak aku tak ada masaalah belajar Sains dan matematik dalam bahasa Ingeris! kenapa anak anak aku kena belajar sains dan matematik dalam bahasa ibunda? Memang ada ibu bapa Cina, Melayu India yang dah dah lupa pada bahasa ibunda masing masing - dah jadi Mat Salih celup, cakap bahasa Ingeris berbelit belit, tapi tak sedar bontot masih kelabu asap! Tapi pada aku golongan ini tak ramai. Mungkin kurang lebih 10% dari penduduk Malaysia. Jadi mengapa korbankan 90% murid untuk selamatkan 10% golongan Mat Salih Kelabu asap ini? Kebanyakan mat salih celup ini adalah dari golongan berada. Jadi kalau tak suka sekolah kebangsaan. mereka mampu menghantar anak anak mereka kesekolah sekolah berbayar. Boleh ambil A-level atau O-level. Sapa pun tak marah!

Menteri menteri kita patut mengambil keputusan yang berani dan berdasarkan fakta. Lupakan untuk jadi popular. Lupakan perasaan yang penuh emosi. Kembalilah kepada fakta. Untuk mendapat fakta yang sebenar, buatlah kajian dan mesti dilakukan oleh orang orang yang tidak berkepentingan. Masuklah kedesa desa, kawasan kawasan miskin dibandar bandar, masuklah keceruk ceruk pedalaman di Sabah dan Serawak untuk mendapat data data yang tepat. Bolehkan anak nak kecil ini paham subjek sains dan matematik yang diajar dalam bahasa Ingeris?

jadi, ajarlah anak anak kita dalam bahasa ibunda, supaya mereka paham apa yang diajar dan menjadi orang yang berilmu. Dan ajarlah bahasa bahasa lain, sebagai "bahasa".

Jika tidak, kita adalah satu negara yang pelik - dimana ditempat lain orang belajar bahasa melalui karya karya sastera agung kerana itulah sebenarnya bahasa. Tetapi rakyat malaysia belajar bahasa melalui Sains yang tidak begitu mementingkan peraturan bahasa itu sendiri. Maka jadilah rakyat Malaysia yang berbahasa Ingeris tapi gaya "Phua Chu Kang" atau lebih teruk lagi bahasa Inggeris tahap "SMS"!