Tuesday, December 28, 2010

Kehendak Raja dan Kehendak Rakyat

Tindak tanduk beberapa Sultan menyebabkan aku teruja untuk menulis blog kali ini. Kes perlantikan SUK disebuah negeri antah berantah menyebabkan aku begitu kecewa dengan duli duli tuanku yang sepatutnya menghormati kerajaan yang dipilih rakyat.

Duli duli tuanku adalah lambang perpaduan rakyat. Tak payah slogan satu Malaysia! Sepatutnya duli tuanku mengambil sikap tidah menyebelahi mana mana pihak. Sepatutnya raja raja menjadi pendamai dan tempat rakyat bergantung harap.

Jika raja raja diperalatkan oleh parti parti tertentu, ianya akan memalitkan institusi raja raja melayu dengan unsur unsur yang tidak sihat dan menyebabkan rakyat merasa tidak "senang".

Ada suatu ketika aku bersembahyang jumaat di sebuah masjid, ada makmum yang apabila nama sultan disebut dalam doa dikhutbah kedua, beliau meniarapkan kedua tangannya. Aku sendiripun kalau diikutkan hari merasa "tak sampai hati" untuk mengaminkan doa tok bilal.

Thursday, December 23, 2010

Bila Pemimpin Tak Melihat Akibat Jangka Panjang

Dalam Malaysiakini ada berita " UPKO fears "Sabahan" may want vote on Malaysia.

Apa maklum balas aku pada pemimpin UMNO? PADAN MUKA!!!

Jenis perancangan bodoh yang tidak melihat kesan jangka panjang ini akhirnya merugikan UMNO. Macam kes persempadanan semula dulu. Kerana melihat sokongan Melayu semakin hilang, UMNO merancang persempadanan semula dengan memasukan kawasan bukan Melayu kekawasan majoriti Melayu kerana berpendapat, undi bikan Melayu akan mengimbangi kehilangan undi Melayu.

Tup Tup, Tuhan tak redho, Allah melapangkan dada orang bukan Melayu untuk mengundi PR. BN kehilangan majoriti 2/3 dalam PRU 2008! Kenapa? Kerana pemimpin pemimpin UMNO tidak berfikir panjang, dengan melihat kesan jangka panjang dari keputusan. Cuma mendengar nasihat yang bertaraf "si Kitol". Ini masih boleh dimaafkan kerana tidak mengakibatkan keselamatan negara.

Kini kita lihat pulak, bagaimana UMNO memberikan IC kepada pendatang Indonesia dan Filipina diSabah. Kalau ditakdirkan, mereka menjadi majoriti dan Filipina mahu mengadakan memorandum samaada Sabah hak Malaysia atau Filipina dan mereka mengundi untuk keluar dari Malaysia bagaimana. Ini adalah "worst case scenario", tetapi ini boleh berlaku.

Ini diibaratkan ungkapan orang tua tua " berniaga buluh kasap, dapan hujung pangkal lesap!"

Tahniah UMNO!

Saturday, September 11, 2010

9/11 Protesters Tear the pages from Quran

You can never tear the Quran as the Quran is the Words of God! I can never be erased, it can be never the torn - Allah is the sole protector of the Quran.

What they have torn were - merely papers. The word survived.

You can never tear my Quran as the Quran is inside me. You can tear me apart but my Quran is in my soul. You can never tear my soul as my soul belongs to Allah. The owner of the Quran.

Monday, August 30, 2010

Pelik tapi benar ....

Sewaktu aku balik kekampung untuk melihat project pembinaan rumah kampung ku. Aku berkesempatan berbual dengan kontraktor Cina dari Sitiawan.

Cina ini dah berumur, mungkin lewat 50an. Beliau bergaul dengan orang melayu dan pandai menyesuaikan dirinya.

Aku bertanya kepada nya kenapa perkerja pekerja nya terdiri dari Cina yang tua tua? Katanya yang muda muda tak mahu berkerja susah macam dia. Mereka lebih senang berkerja dengan kelab kelab hiburan hatta sebagai bouncer sekali pun. Beliau tak suka kepada judi, tempat tempat hiburan...

Yang memeranjatkan aku bila dia kata cuma hukum Islam saja yang boleh mengubah keadaan ini.

Friday, August 27, 2010

Boleh kah Bukan Islam masuk Masjid/Surau

Orang Melayu Islam selalu dan terlalu bangga dgn mengatakan Islam itu Indah, Islam itu universal, Islam itu adalah agama yang benar, Islam adalah Ad-Din....

Islam yang sebenar adalah Indah. Islam yang sebenar adalah Suci. Islam yang sebenar adalah Universal.

Yang aku pelik kat Malaysia ni, orang orang yang mengaku Islam adalah rasis, orang orang yang mengaku Islam adalah perasuah, orang orang yang mengaku Islam adalah yang tidak adil!

Memang benar kata seorang pemikir Islam (dulunya Kristian) kalau tak salah aku namanya Muhammad Assad bahawa dia tak akan masuk Islam kalau melihat perangai orang orang Islam sekarang ini. Beliau masuk Islam adalah kerana mendapat ilmu tentang Islam dari kajian ilmiahnya....

Kalau kita tengok bagaimana orang orang melayu di Islam kan dulu... adalah kerana akhlak pendakwah pendakwah Islam yang mulia dan terpuji. Itu sebab tak payah paksa orang melayu masuk Islam... mereka masuk dengan rela hati...

Bacalah sejarah Jawa, bagaimana salah seorang wali (Sunan) berdakwah kepada orang orang Jawa yang masih Hindu ketika itu? Beliau berakhlak mulia dan menggunakan pendekatan yang lembut dgn memahami budaya Jawa - melalui nyanyian!

Melihat perangai ahli parti cap keris dan ahli NGO Melayu contohnya Perkosa; yang berapi api mengguna taktik perkauman yang sempit untuk kononnya mempertahankan hak Melayu; adakan orang bukan Islam (Cina dan Hindu) akan dapat melihat keindahan, keadilan dan kesejagatan Islam?

Patutlah berbondong bondong Cina dan India masuk Kristian. kerana ahklak ynag mengaku Islam begitu memualkan!

Thursday, August 26, 2010

Khutbah oh khutbah

Isu khutbah di Pulau Pinang menunjukkan betapa Melayu ini mudah sangat melayan benda benda yang membakar emosi, tetapi tiada untung apa apa.

Kadang kadang melayu ni dikongkong oleh kebiasaan. kerana selalu doakan Agung, maka itu sedah menjadi "wajib". Kalau tak buat menjadi salah. Mereka ni dah lupa, jahil, atau "abu Lahab". Tiada pun rukun khutbah kata, syarat sah khutbah/rukun khutbah, mesti dibacakan doa keatas pemimpin.

Inilah orang Melayu yang berminda sempit.. cuma memandang perkara yang didepan batang hidung saja, wal hal perjalanan masih jauh.

So..... Apa yang kecoh sangat?

Saturday, August 21, 2010

Pembangkang Menggangu Felda

Hari ini Dalam The Star berita bertajuk "Cubaan Pembangkang Masuk keFelda Satu Gangguan".

Pemberita menggunakan perkataan "pembangkang" disini. Mungkin UMNO/BN ni tak sedar yang mereka juga adalah pembangkang. Mereka adalah pembangkang di Selangor, Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan "Perak". Nampaknya puak puak ni memang tak sedar sedar lagi...

Baik, katalah yang dimaksudkan pembangkang itu adalah Pakatan Rakyat (PR). Hai sejak bila pulak PR tak boleh masuk Felda? Sejak bila pulak Felda tu adalah hak milik mutlak BN? Negara yang mengamalkan demokrasi, sesiapa saja yang memegang kad pengenalan Malaysia bebas untuk kemana saja di Malaysia.. hatta masuk kerancangan Felda. Menyatakan pendapat, mencari ahli baru adalah satu tuntutan demokrasi... Peserta Felda tu bukannya budak budak, hatta dah generasi kedua dan ketiga... tentulah mereka boleh menilai hujah yang dibawa PR. Disini BN mestilah bersedia berdebat, berhujah secara fakta dan Ilmiah... Warga Felda harus menilai hujah siapa yang betul... dan sokonglah..

Ini tidak, masuk Felda dikata mengganggu. Masuk Felda tak boleh... kalau masuk dipanggil FRU, Kalau masuk ditangkap Polis (macam saudara Mazlan Aliman)... Inikah demokrasi?

Kecualilah pengurusan Felda ada benda yamg nak disembunyikan. Tak nak orang Felda tau, dan benda itu mestilah betul kerana Felda beriya iya benar menghalang PR masuk berjumpa warga Felda...

Siakap Senohong Gelama ikan duri....
Bercakap bohong memang dah jadi amalan menteri!

Ha ha ha....

Wednesday, August 18, 2010

Perkasa yang jumud

Cuba anda bayangkan ....

Orang Islam di Adelaide Australia yang sikit jumlahnya, mahu membuat persembahan nasyid/israk mikraj dalam bulam december, 3 minggu sebelum Krismas. Orang Islam membuat permohonan untuk menggunakan salah sebuah dewan kepunyaan Majlis bandaran Adelaide untuk tujuan tersebut. Maka orang orang Kristian pun berarak dan membuat lapuran Polis mengatakan orang Islam telah menghina Kristian dan menuduh orang Islam cuba mengIslamkan orang Kristian.....

Aku rasa, akan keluar muka depan Utusan meloya yang bertempik mengatakan Austalia mengamalkan diskriminasi kaum! Aku rasa mereka ini akan membuat bantahan di kedutaan Australia...

Tapi mengapa Orang Islam ini mengamal perangai buruk mereka dan menunjukkan ketidakadilan mereka terhadap penduduk bukan Islam?

Aku pernah belajar di Australia selama 3 tahun dan orang Islam bebas untuk mengamalkan cara hidup mereka. Kami bebas untuk menggunakan kemudahan universiti untuk perayaan agama - hatta untuk majlis perkahwinan sekali pun... Salah satu masjid, Masjid Mairion di Adelaide adalah asalnya sebuah gereja dan terletak di tengah tengah perumahan yang rata rata penduduknya Kristian. Tapi kami merasa aman melakukan ibadat dimasjid tersebut...

Setahu aku tiada satu ayat Quran pun menyuruh kita mendiskriminasikan orang bukan Islam. Dizaman kegelapan Eropah, orang orang Yahudi bernaung dibawah negara Islam kerana mereka merasa selamat dan hak mereka dilindungi..

Apa dah jadi dengan Perkasa? Apa dah jadi dengan Melayu Islam?

Friday, July 30, 2010

Apabila mufti menjadi nasionalis Melayu

Aku pun bukan pandai ugama sangat.. bak kata orang dulu dulu, alif bear batang nyiur pun aku langgar... Tapi aku bertekat nak belajar tentang Islam dan banyak membaca buku buku tentang Islam dan mendengar tok guru kat Madrasah aku mengajar ...

Satu ajaran yang penting dan selalu diulang ulang adalah ... Tidak aku turunkan engkau wahai Muhammad, melainkan untuk menjadi rahmat sekalian alam .... Pada pahaman akulah .. maknanya nikmat Islam, keadilan Islam adalah untuk semua. Islam ada haknya, yang bukan Islam ada haknya... Orang orang alim ulama adalah orang yang colour blind, yang sepatutnya menunjukkan ajaran Islam adalah untuk semua. Bersatu untuk melaksanakan Islam. Menunjukkan contoh kepada yang bukan Islam bahawa Islam itu menaungi semua makhluk. Sebagaimana piagam Madinah yang menjamin hak hak Muslim dan bukam Muslim. Orang orang yang bernaung dibawah pemerintahan Islam dijamin keselamatan nyawa dan harta benda mereka dan dijamin hak hak mereka. Islam bukan untuk Melayu sahaja.

Bila seorang mufti menyarankan supaya Melayu bersatu diatas dasar kebangsaan, aku menjadi keliru. Adakah Islam itu untuk Melayu sahaja? Ini secara tidak langsung memberikan tanggapan negatif bahawa Islam adalah ugama yang tidak adil (nauzubillah)dan bersifat menindas!

Patutlah orang orang bukan Islam di Malaysia ini memandang sinis terhadap Islam. Nak dekat dengan Islam pun mereka takut dan meluat.

Siapakah yang patut disalahkan bila Islam di kaitkan negan segala yang negatif? Siapa yang patut disalahkan bila Islam dikaitkan dengan extremis, tak ada toleransi, mundur, jumud, menindas, teroris dan sebagainya...

Apa yang kita cakap lain dengan apa yang kita buat. Kita bertempik tentang keadilan Islam... tapi perbuatan kita tidak menampak keindahan Islam langsung!

Wednesday, July 21, 2010

1Malaysia Darul Kartun

Sejak kebelakangan ini, Malaysia makin huru hara. Banyak benda yang tak masuk akal terpapar didalam akhbar... Sampai aku rasa malu bila ada pemimpin yang bercakap tanpa menggunakan akal yang logik, jauh sekali bersandarkan hukum AlQuran...

Antara perkara kartun yang berlaku di Malaysia:

1. Saiful kena liwat - tapi tak ada tanda diliwat
2. Saiful 2 hari tak berak, tak basuh ponggong sebab nak simpat bukti kena liwat
3. Orang yang kena liwat secara paksa, masih boleh senyum dan serve kopi kepada orang yang dituduh meliwat
4. Orang bodoh, yang banyak fail boleh mintak biasiswa
5. orang bodoh, boleh terus jumpa PM untuk mintak biasiswa
6. Kalau kena liwat, boleh jumpa PM, minta nasihat apa nak buat
7. Dah nak kena liwat, tak rela ... tapi tak lari .. tup tup masuk bilik pakai tuala
8. Polis ni bunuh orang suka suka ... bunuh warga asing pun suka suka... pakai C4 lagi
9. Malaysia adalah satu satunya negara Islam yang ada judi "halal"
10. Kata nak jimat, nak bagi biasiswa tak ada duit, tapi boleh buat Istana bernilai RM 800 juta
11. Pagi ini sementara aku driving, keluar dalam radio sinar yang ada pihak mencadangkan memperkenalkan subjek permainan siber untuk sekolah untuk menjadikan murid lebih kreatif .... Ini lawak yang lebih kelakar dari cerita Pak Pandir... Kalau nak murid kreatif dan kenal IT, pergilah belajar dari India ... Kawan aku cakap, kat sana, tingkatan 3 dah diajar bahasa JAVA, kat Malaysia ni masuk tahun satu baru belajar Visual Basic! Bila nak masuk Universiti, jadi Pak Angguk, Kalau melawan ... kena buang (UKM 4?) guna AUKU nak ugut pelajar .... Bila pelajar keluar semua jadi mat Skema ....

Hai, apa nak jadilah dengan Malaysia ni ...

Monday, July 19, 2010

Setelah diiniaya, kemudian diajak bersatu pulak - logik ke?

Dalam the Sun hari ini, muka surat 2 dibawah "Briefs" ada artikel bertajuk "Solidarity important in Islam". Penasihat agama kepada perdana menteri berkata isu perpaduan Islam mesti mendapat perhatian serious dari umat Islam kerana ini wajib(demanded) dalam islam.... (sic).

Pertamanya kenapa penasihat mangkuk ini bersuara sekarang? kenapa semasa UMNO kuat dan menginaya PAS, dimana menteri mangkuk ni. Peristiwa Memali dimana penyokong PAS (melayu dan Islam) dibunuh, dimana mangkuk ini, kenapa tak bersuara? Bila UMNO merampas royalti minyak Terengganu dimasa pemerintahan PAS, kenapa Pak Lebai mangkuk ni senyap? Bila kerajaan kelantan diiniaya, dengan melambat lambatkan peruntukan, peruntukan tidak disalurkan kepada kerajaan Kelantan (99.9% Melayu dan Islam), mana Lebai mangkuk ni, kenapa senyap. Bila kerajaan kelantan meminta royalti minyak dipulangkan, kenapa lebai mangkuk ini diam, kenapa tak bersuara? Bila pemimpin melayu/Islam dan bukan Islam kena ISA, mangkuk di buta ke? Dan banyak lagi contoh bagaimana UMNO mengunakan kuasa yang terang terang tidak adil dan bertentangan dengan Islam, semua lebai mangkuk ini diam, senyap, mulut dikunci. Orang Islam yang ternanti nantikan fatwa dari lebai lebai ini kecewa - seolah olah mangkuk ini menghalalkan segala tindak tanduk UMNO!

Aku dah muak denagn lebai lebai mangkuk ini. Just shut up! Lagi banyak bersuara, makin hilang kepercayaan rakyat terhadap mereka dan mereka secara tidak langsung mengheret Islam kekancah kontrovesi.

Jadi lebai lebai mangkuk ni perlu membuat keputusan ... Menjadi ulama Islam yang akan bangun menentang kezaliman sebagaimana Imam Nawawi berani mengatakan kebenaran terhadap Khalifah Abbasiah atau pun Ulama UMNO yang hanya mencari makan!

Thursday, July 15, 2010

Barang Naik - Rakyat didahulukan

Semalam, minyak, gula, gas naik harga lagi.... Dan aku rasa selagi kerajaan BN becakap pasal pengurangan subsidi, tiada jaminan bahawa harga tidak akan naik lagi dimasa depan.

Aku muak dengan alasan alasan bodoh yang diberikan menteri untuk menghalalkan kenaikan harga barang diantaranya:

1. Kita nak guna duit subsidi minyak untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam... Itu lah alasan yang diberikan zaman pak lah dulu... tapi, pengangkutan awam masih macam dulu lagi... masih macam zaman Mahathir lagi .. lihat LRT line tak disambung sambung... cakap berdegar degar habuk bun tarak...

1. Naik kan harga gula sebab nak jaga kesihatan rakyat (Lihat The Star 16 july muka 2)... lagi tak masuk akal .... Kemudian keluar pula statement kata bekalan gula mencukupi untuk bulan puasa dan raya ... Hello kak bedah .. Kalau betul nak jaga kesihatan rakyat .. jangan lah jual gula pada bulan ramadan ini kerana masa inilah orang banyak makan manis! Apa punya logik kak bedah ni! Kalau nak jaga kesihatan rakyat ... buatlah lebih banyak hospital, gunakan duit untuk bina banyak lagi universiti supaya lebih ramai boleh jadi doktor, naikkan gaji doktor awam supaya mereka tak melompat jadi doktor swasta, jangan ada lagi "public wing" dan "private wing" kat hospital kerajaan. Ini tidak; rakyat di ugut kalau pergi hospital kerajaaan. kalau nak hidup lama (dapat perhatian lebih awal) pergilah private wing.. kalau tak tunggu lah giliran engkau untuk dapat perhatian doktor pakar. Ini terjadi pada aku sendiri. Mak mertua aku menghidapi kanser dan terpaksa dibedah cepat Doktor tu kata ..... Kalau mak cik pakai public wing, mak cik kena tunggu giliran - mungkin 2-3 bulan lagi. kalau makcik nak cepat bedah, makcik boleh pergi ke private wing - besok malam pun boleh bedah. Kerana terpaksa, mak mertua dah menderita dan aku tak fikir dia boleh tahan sampai 3 bulan (ini dari segi adatnyer lah - tuhan yang lebih tahu) terpaksalah pergi ke private wing -- habis lebih dari RM 12,000.00. Kalau nak jaga kesihatan rakyat - buatlah sistem insiran untuk semua rakyat.... supaya rakyat dapan perkhidmatan kesihatan free macam kat negeri negeri maju macam kat Australia, Finland ...

Kadang kadang tak paham aku dengan prangai menteri tahap kak Bedah ni... sama ada dia bodoh atau dia angggap semua orang bodoh tahap cipan, sebab itu dia ingat apa saja alasan bodoh yang keluar dari mulut mereka.. orang akan percaya bulat bulat...

Memang betuk kata Raja Petra ... kerajaan kita sudah bankrap... Kalau belup pun bankrap duit, tapi kompom bankrap idea!

Thursday, July 8, 2010

Apa makna Zuhud - baru aku paham!

Walaupun aku duduk kawasan orang kaya (ewah syiok sendiri!), aku lebih suka berkawan dengan orang orang yang sederhana yang duduk diflet Seri Meranti berhampiran rumah aku. Sementelah disitu terdapat surau. Aku suka mereka ini kerana persahabatan yang dihulurkan adalah tulen. Bukan berdasarkan kebendaan. Ini secara tidak langsung menyedarkan aku bahawa bukan harta - tapi "humanism" adalh lebih penting!

OK lah.. Semalam ustaz kesukaan aku Ustaz Fadlullah Suib dari UiTM negeri Sembilan datang mengajarkan hadis 40. Kebetulan hadis yang diajar semalam adalah tentang zuhud. Sebelum ini pada aku zuhud bermakna miskin - menolak dunia dan hanya menumpukan akhirat. Pakai selekeh, kereta buruk, tasbih penuh kat tengkuk, wirid tak habis habis! Hadis itu kurang lebih begini - Seorang lelaki mendatangi Rasulullah dan menanya Rasullullah - apakan amalan yang terbaik - Rasullulah menjawap - Zuhud. Zuhid ini ustaz kaitkan dengan - Buat apa yang Allah suka DAN manusia suka!

Huraian zuhud disini megikut ustaz adalah - menggunakan apa yang ada didunia, tetapi bukan menjadikan dunia ini sebagai matlamat. jadikan dunia ini sebagai tempat singgah saja. Gunakan dunia untuk bekal akhirat. Gunakan apa yang ada didunia ini degan sederhana - jangan berlebihan. Ada wali Allah yang berkata - sebaik baik Muslim adalah yang tangkas macam kuda perang diwaktu siang, tapi menagis mengingatkan Akhirat pada waktu malam - Itulah makna zuhud yang sebenar..

Kemudian Buat apa yang Allah suka DAN manusia suka - itu adalah sebaik baik amalan. Ini bukan senang kerana banyak yang Allah suka tapi manusia tak suka ... Ayatnya simple, tapi memang susah nak buat. Kebanyakan manusa suka apa yang Allah tak suka ... disko, zina, arak, perempuan, rasuah, konsert, artis, disko, karaoke dan macam macam lagi - semuanya manusia suka tapi Allah memang tak suka!

Ustaz kaitkan dengan ceramah pula (Ini yang aku suka tentang Ustaz ini - walau pun PAS tapi beliau akan hentam ahli ahli PAS yang "senget"). Penceramah yang suka meninggikan suara dan bercakap berapi api - ada manusia yang tak suka (aku tak berapa suka ceramah yang beremosi ni..) Tapi "mungkin" Allah suka kerana yang diperkatakan itu benar. Jadi nak jadikan ceramah ini Allah suka dsn manusia suka ... jadikan ceramah itu menggunakan perkataan yang mulia, lemah lembut dan penuh nasihat (macam ustaz ni lah!). Ada juga manusia suka tapi Allah tak suka - boleh dibetulkan. Macam hiburan ... manusia suka berhibur, untuk jadikan Allah suka ... jadikanlah ianya hiburan yang sihat ... Panggil kumpulan nasyid, buatlah kompang tapi isinya marhaban.

Satu lagi yang aku tertarik degan pandangan ustad ini adalah bagaimana nak menarik anak anak muda ke masjid. Sekarang ini, sebut saja masjid .. mesti ditepinya ada kubur. Kemudian masjid ni dipenuhi dengan oarang oarang tua yang dah nak mati... seolah olah - masjid adalah tempat orang mati dan tempat orang yang dah nak mati! Berlainan sekali di Indonesia dan dizaman kegemilangan Islam di Baghdad. Masjid adalah tempat aktiviti masyarakat .. Ada rumah tumpangan, ada perpustakkan, masjid dijadikan tempat mesyuarat, tempat para musafir bertemu ... jadi tak payah nak berbuih mulut suruh orang pergi masjid; kerana orang AKAN pergi kemasjid kerana diasa adalah pusat perbagai kegiatan, ekonomi, politik/siasah, kemasyarakatan. Ini berlainan sekali dengan semangat masjid di malaysia ... cuba lihat di Perak misalnya, selepas waktu sembahyang masjid akan dikunci.. Sekolah ugama pun bukan lagi dimasjid, mesyuarat pula diadakan di balai raya, nak tumpang tidur? - ada pula papan tanda "dilarang tidur disini", musafir pun takut nak singgah. Kemudian ada pula polemik - orang bukan Islam tak boleh pijak masjid!. Habis, dalam masyarakat berbilang agama macam kita ni, macam mana orang Islam nak kenal Islam; nak pijak masjid pun tak boleh (memanglah ada adab - kena menutup aurat - cuma suruhlah saudara kita yang bukan islam tu tutup aurat - pakailah seluar panjang; kalau kita tak bagi tau macam mana mereka nak tau) Kemudian berbuih mulut kata orang bukan Islam tak paham Islam; macam mana nak paham kalau kita jadikan masjid (dan Islam) adalah exclusif untuk orang islam (Melayu?) Aku tertarik dengan bangunan masjid dizaman nabi (artikel dalam The Star tak lama dulu) mesjid dibina sebagai pusat aktiviti masyarakat - dalam masjid ada tempat untuk musafir (hotel) dan perbagai lagi. Cuba bayangkan masjid yang ada di Malaysia ini? Cantik tapi kosong; tanpa ruh! orang cuma kemasjid untuk sembahyang(jumaat); untuk nikah dan untuk mati (sembahyang mayat)!

Ustad kata, cuba dimadjid diadakan ATM, adakan gelanggang futsal, adakan rumah tumpangan untuk musafir, adakan sekolah, adakan perpustakaan; bukakan masjid pada yang bukan Islam (berurusan tentang hal ekonomi dan sosial). Tak payah nak berbuih mulut suruh orang kemasjid; kerana mereka akan datang sendiri!

Tuesday, June 22, 2010

Khairy dan Oxford - bertambak cerdik kah?

satu artikel dalam "The Malaysian Reserve" muka 2 ada artikel " Opposition Allegations contribute to brain drain" Mangkok ni menyatakan bahawa "Kalau pembangkang tidak menghentikan tindakan memberikan persepsi negatif tentang pentadbiran negara termasuk dakwaan diskriminasi dalam sektor pekerjaan, pengaliran keluar orang orang cerdik tidak akan berhenti"

Inikah pendapat seorang ketua pemuda UMNO? dah tu pulak lulusan Oxford! Kalau pendapat ini dikeluarkan oleh mak cik sayur yang sekolah setakat darjah enam tu agak boleh terima juga. Inilah yang dikatakan sudahlah bodoh - lebih teruk lagi, cuba memperbodohkan orang lain.

Orang cerdik ni ada otak. Membaca, berfikir dan membuat penyelidikan adalah lumrah. Tak payah pembangkang nak kata apa apa. Memang dah banyak benda yang BN buat orang cerdik tak suka. Contoh yang dekat adalah, kemasukan universiti, biasiswa; kerana perkauman, sistem kuota diperkenalkan; akibatnya banyak bukan Melayu yang cerdik tak dapat tempat; universiti tempatan dipenuhi dengan orang orang yang kurang cerdik; dah tu pulak mereka ni tak digalakkan berfikir - bila yang cerdik ni melawan - kena buang lah jawapnya macam yang terjadi kat UKM tu.

Jadi yang bukan melayu yang cerdik ni terpaksa lah pergi oversea dan mendapati kat oversea tu tak ada diskriminasi. Kalau cerdik mesti dapat tempat. Sistem demokrasinya subur tiada sekatan; orang bebas mengkritik tanpa perlu di ISAkan. Seronok disana, tentulah mereka ni tak nak balik.

Pilihan yang paling murah untuk bukan Melayu ialah belajar diSingapura. Seterusnya bekerja pun disingapura. Disingapura tu tak pilih bulu - kalau cerdik boleh saja naik pangkat. Jadi yang untungnya ialah kerajaan Singapura. Kebanyakan yang menerajui korporat Singapura, yang membantu membangunkan Singapura adalah asalnya warga Malaysia. Singapura kenal bahawa mereka ini adalah orang orang cerdik dari Malaysia yang tidak di hargai oleh kerajaan Malaysia dan mereka ini banyak Bakat. Kerajaan Singapura mengambil kesempatan ini dengan memberikan pelbagai keistimewaan termasuk memudahkan mendapat PR. Kat Malaysia ni banyak kerenah birokrasi dan rasuah dan politik bodoh! jadi yang dapat PR adalah buruh kontrak Indonesia, pelarian Filipina - kerana mereka ini boleh mengundi BN! Yang cerdik cerdik punyalah susah nak dapat PR. Kalau balik bawak laki atau bini asing; mereka ni pun dikenakan pelbagai syarat; nak dapat PR entah berapa lama kena tunggu.

Jadi yang diatas itulah yang menyebabkan brain drain wahai Mr Oxford. Bukannya dakyah pembangkang - dek kerana yang diperjuangkan oleh pembangkang seperti keadilah sosial dan ekonomi, ketelusan dan kebertanggung-jawapan adalah selari dengan pemikiran orang orang cedik ni - jadi nampak lah macam mereka ni pro pembangkang. Habis pembangkang penuh dengan orang orang cerdik - nak buat macam mana? Tak percaya? tengoklah Husam Musa, Tuny Pua dan Zaid Ibrahim - semuanya berhujah menggunakan fakta! BN? Penuh dengan orang yang macam Bung Moktar - Bising sakan kan parlimen - tapi hujah tah apa apa!!

Monday, June 21, 2010

Artikel Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia & Malaysia Bankrap

Selalu aku memang tak baca surat khabar utusan dan berita harian. Tapi semalam aku browse beberapa web page dan terkeluar artikel Awang Selamat yang mengatakan betapa Nik Aziz sedia menyerahkan kerusi mursyidul Am kepada Anwar.

Akhbar celaka oleh penulis celaka ni memang putar alam... lebih dahsyat dari Raja Mandeliar yang menyebabkan kejatuhan Melaka!

Setahu aku, Nik Aziz ditanya; jika beliau diminta untuk menjadi pemimpin nombor satu PR adakah beliau bersetuju? Nik Aziz kata beliau tak akan terima, tapi akan menyerahkannya kepada Anwar.

Menatang Utusan punya putar belit mengatakan, Nik Aziz nak Anwar jadi mursyidul am. Langsung tak ada kaitan! Inilah surat khabar Melayu; bukannya membuka minda Melayu, tetapi menghancurkan Melayu!

Utusan ni lebih hina dari tissu tandas yang digunakan untuk lap najis!

Malaysia nak bankrap

Pelik betul... kata nak bangrap, tapi belanja mengalahkan orang kaya. Tak ada pun nak berhemah.. Buat Istana 800 juta - nak buat apa? sebab raja nak duduk? Istana istana yang bertabur tu nak buat apa? Seorang raja nak duduk dalam bangunan 800 Juta? Masuk akal kah? Kalau Agung tu benar benar berjiwa rakyat, tentu dia enggan masuk dalam istana itu - jadikan Istana tu sebagai Universiti untuk rakyat!

Saturday, May 8, 2010

Sepuluh Jong lalu Melayu cap keris masih bercawat ekor!

Konsep raja mutlak yang memerintah secara mutlak sudah hampir tidak ujud didunia. Kalau ada pun, cuma dinegara "pariah" timur tengah yang menindas rakyatnya dan memerintah secara kuku besi.

Aku pun tak percaya Melayu cap keris ini taat dan 100 peratus menyokong institusi raja. Pada mereka Raja raja Melayu cuma alat. Apabila mereka tersepit lantaran orang Melayu tidak meyokong mereka lagi, mulalah menteri Pak Lawak ini dan pemimpin Pak Lawak ini mencanangkan orang melayu lupa asal usul dan macam macam lagi. Orang Melyu ni pun memang kebodohannya tahap cipan! Bila "raja" ini dipolitikkan mulalah lupa bagaimana sistem feudal menginaya mereka. Kalau species Melayu cap keris ini membaca kitab sejarah, bacalah dalam sejarah Melayu tentang Sultan Mahmud mangkat dijulang - Bagaimana isteri Megat seri rama di belah perut kerana makan nangka raja. Lupakan dengan sejarah Temasik - raja menginaya rakyat tanpa usul periksa. Lupakan bagaimana Hang Tuah dihukum bunuh dan bagaimana Hang Jebat menderhaka? Lupakan Bagaimana Keluarga Tun Mutahir dibunuh hanya kerana raja yang syok kan Tun Fatimah? Lupakan kita tentang sejarah Inggeris masuk Perak? Ini kerana keluarga raja yang bertelagah tentang siapa patut jadi raja - yang mengundang campur tangan Inggeris di Perak. Lupakan bagaimana raja raja kita menandatangani surat Malayan Union - dengan alasan diugut British?

Pada aku, biarlah raja ujud dan raja raja tahu yang keujudan mereka adalah kerana rakyat. Jadi mereka memerlukan rakyat. Rakyat patut hormatkan raja kerana mereka patut dihormati dengan siasah mereka dan kerana keadilan mereka. Raja sepatutnya "above politik" dan menahan diri dari dipergunakan oleh mana mana pihak. Lihatlah di Thailand - raja nya "above" politik - walau pun dilanda krisis yang hebat - raja Bumiphol tidak mengeluarkan kenyataan yang menyokong mana mana pihak. Lihatlah British, walaupun parti bertelagah - Queen nya tidak masuk campur...Lihat lah Jepun .. Lihat bagaimana rakyat Mereka menghormati raja mereka.

Pada aku, aku menghormati institusi raja adalah kerana mereka layak dihormati - Dan sebagai balasan mereka patut menghormati kehendak rakyat dan menjadi raja yang benar benar melindungi rakyat dan sentiasa menjaga sistem keadilan ditegakkan dan TIDAK memihak kepada sesiapa (refrain from making statement that is bias to any political party - and refuse to be dragged into parties controvecies).

Hang Tuah dan Hang Jebat adalah lambang sikap Melayu. Hang Tuah yang taat dan Hang Jebat yang berkata - Raja adil raja disembah; raja zalim raja disanggah! Bacalah dalam kitab Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu!

Saturday, April 3, 2010

Sepuluh Jong Lalu, Anjing masing bercawat ekor!

Sepuluh Jong lalu, anjing masih bercawat ekor! Itulah peribahasa Melayu yang juga menunjukkan mentaliti kebanyakan Melayu. 52 tahun merdeka, Melayu mentaliti Melayu masih sama. Rasa rendah diri, rasa tak selamat, malas, dan masih ditakuk lama.

Selepas 52 tahun, Melayu masih membicarakan betapa Melayu itu mundur, Melayu perlu ditolong, mesti mempertahankan hak orang Melayu.

52 tahun! siapa yang memerintah Malaysia? Bukan kah UMNO? 52 tahun masih gagal "mengeluarkan Melayu dari bercawat"! Bukan itu maha gagal? Bukan kan mereka yang patut dipersalahkan? Kenapa menuding jari kepada orang lain?

Perkasa dan NGO "Melayu", kamu patut menghantar memo kepada UMNO, bukan DAP/PKR/PAS .... Kerana yang gagal memartabatkan orang Melayu ialah UMNO!

Saturday, March 27, 2010

Majukah Melayu dengan hanya kata kata?

Mutakhir ini banyak pihak pihak "melayu" yang bersorak tentang nasib Melayu di Malaysia. Yang aku peliknya, sudah lebih 52 tahun parti Melayu memerintah, ratibnya tetap sama - Melayu ketinggalan, Melayu miskin melayu lah bangsa yang paling bangsat didunia mengikut kata puak puak ini.

Kehulu kehilir bertempik tentang hak Melayu; semua media diguna kan untuk menunjukkan mereka ini adalah pejuang Melayu.

Persoalannya, kalau betul Melayu adalah bangsa yang paling bangsat, akan terbelakah nasib Melayu hanya dengan bertempik? Terbelakah Melayu hanya dengan berkata kita ada hak istemewa? Segala ratibnya adalah mengatakan bangsa lain maju, bangsa Melayu semakin bangsat. Tapi tidak ada pula golongan ini berfikir dan mencadangkan dengan rasional tentang bagaimana nak memajukan Melayu. Dengan menjulang keris, nasib Melayu tidak akan terbela. Menjulang keris ini cuma laku dizaman feudal. Zaman ini orang dah pakai bom nuklear!

Nak memejukan orang melayu ni tak susah - buang UMNO dari memerintah - ini kerana segala peruntukan untuk membantu orang Melayu disapu oleh puak puak ni. Yang dapat pada rakyat, cuma kerak kerak yang dah nak basi! Budaya rasuah yang membarah menyebabkan segala duit yang sepatutnya digunakan membantu Melayu - dijoli sakan oleh kroni kroni puak ini.

Contoh jelas - Kelantan dan Terengganu adalah negeri yang lebin 90% mealayu, tapi kenapa segala peruntukan disekat? Kalau nak bantu Melayu - salurkan 90% bantuan ke Kelantan dan Trengganu.

Tak percaya lagi - dikota kota, siapa yang ramai diduk kat setinggan? Persekitaran infrastruktur dan sosial yang tak sihat. Melayu! Bukan nak menghina, kerana aku pun dulu pernah duduk di setinggan kampung berembang, tapi ibu-bapa disina kebanyakannya cukup cukup makan. Kerja siang malam - anak anak terabai, akhirnya jadi mat rempit! dan cycle ini akan berterusan selagi mereka tidak sedar dan dibantu untuk keluar darinya. Kemudian tanak Melayu ini dirampas - diusir kerumah rumah panjang yang cuma layak dihuni oleh anjing! Mana perkasa? Mana melayu melayu yang berdengung dengung melaungkan hak Melayu?

Lagi? Tengok pula TV - rancangan Melayu kebanyakannya adalah rancangan hiburan yang melalaikan Mentor lah, Akedemi fantasia lah dan tak apa apa lagi yang secara tidak langsung melalaikan anak anak Melayu. Yang ada dalam kepala adalah nak glamour macam artis.. akhirnya belajar tak kemana, akhirnya kerja kilang. Mana Perkasa? Mana melayu yang bertempik berkeris yang nak membela Melayu?

Kalau nak maju, Melayu mesti ikut macam Cina Zaman dulu. Hantar anak belajar, jadikan anak anak orang orang yang berilmu. Biar mereka miskin tapi anak anak harus belajar sekolah orang putih. Hantar anak ke England! Akhirnya anak anak Cina yang berilmu ini akan menjadi pemangkin yang akan mengelurkan keluarga mereka dari kongkongan kemiskinan. Kerana cuma Ilmu dan pendidikanlah yang akan mengeluarkan melayu dari kepompong kemiskinan dan kebangsatan. Gunakan segala kemudahan untuk membantu orang Melayu menuntut Ilmu - Dari tadika sampai keuniversiti. Tak payah bina bangunan tinggi tinggi... cuma pastikan orang Melayu belajar - anak anak yang miskin ini, hantar mereka kesekolah sekolah khas supaya dapat belajar dengan selesa. Bina jati diri mereka menjadi orang Islam yang bertanggung jawap. Yang berfikiran terbuka. Inilah yang akan membantu Melayu!

Kepada Melayu yang menjulang keris ini, mereka ini tidak berpijak dialam nyata. Sudah terputus hubungan dari melayu marhaen. Terlalu manja dengan banglo besar, bini cantik dan kereta mewah. Cuma bila peruntukan untuk melayu dikurangkan - bermakna rezeki mereka ini akan berkurang. komisen kurang, rasuah kurang dan nak membuat duit atas angin pun kurang. Jadi "Melayu" yang diperjuangkan adalah "melayu" seperti mereka, bukan melayu melayu dikampung kampung dan bukan melayu setinggan. Bukan melayu yang duduk di PPR!

Selepas menulis artikel ini aku nak ketandas - nak muntah! Kerana terlalu meluat dengan melayu melayu jenis ini!

Tuesday, February 16, 2010

Kenapa aku tak beli surat khabar - ini sebabnya!

Aku nak tergelak membaca beritas dalam Star dibawah. Selpeas tergelak aku kesian pulak... Kesian sebab minda penulis ini tidak dapat memikirkan bahawa hanya pemimpin yang ulung sahaja yang akan mengakui kesilapan... Nak harap pemimpin UMNO mengaku meraka telah gagal memimpin Melayu .... Alamatnya sampai penulis ini kelua ekor lah jawapnya ...

Syabas Anwar! Anda berani mengaku telah silap dan semoga anda belajar dari kesilapan .. Bersihkan PR dari parasit and bermindakan BN .... Kerana untuk menjadi demokrat PR, otak ahlimya mesti dibershihkan dari karat karat UMNO!

Published: Rabu Februari 17, 2010 MYT 9:24:00 PM
Updated: Rabu Februari 17, 2010 MYT 9:23:59 AM
Akhirnya Anwar Mengaku Silap Selepas Lama Mendabik Dada...

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

DUNIA politik ibarat gelanggang catur yang memerlukan pertimbangan dan penilaian kritikal pemainnya terutamanya di pihak perancang utama.

Sekali tersilap langkah, sudah pasti akan mengundang padah yang bukan kepalang kesannya.

Terbaru, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertindak sebagai mastermind bagi Parti Keadilan Rakyat (PKR) seolah-olah sudah terkena check-mate hingga terpaksa mengakui telah tersalah memilih beberapa calon bagi mewakili parti itu untuk bertanding pada pilihan raya umum lepas.

Bukan senang untuk kita dengar tokoh politik seperti Anwar yang cukup arif dalam percaturan politik mengakui telah tersilap langkah terutamanya apabila gabungan pakatan pembangkang yang diterajui beliau menang bergaya pada Pilihan Raya Umum 2008.

Sejak gabungan Pakatan Rakyat yang dianggotai PKR, PAS dan DAP dibentuk selepas Mac 2008, Anwar cukup yakin dengan barisan pemainnya yang disifatkan cukup kental dan ikhlas bagi membantu rakyat.

Bagaimanapun sejak setahun yang lalu PKR menerima tamparan hebat apabila satu demi satu pemainnya gugur dalam medan percaturan politik yang dirancang Anwar.

Paling jelas semasa berlakunya konflik politik di Perak apabila dua wakil rakyatnya iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) meninggalkan PKR pada 30 Januari 2009 dan mengisytiharkan diri sebagai anggota Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).

Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Jelapang, Hee Yit Foong daripada DAP mengikut jejak mereka empat hari kemudian hingga menyebabkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang dan BN kembali berkuasa.

Lagi wakil rakyat PKR yang bertindak keluar parti dengan alasan telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan pucuk pimpinan ialah ADUN Pelabuhan Kelang, Badrul Hisham Abdullah; ADUN Lunas, Mohd Radzi Salleh dan ADUN Bukit Selambau, V. Arumugam.

Terkini, paling menggemparkan apabila Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Mohamed Zahrain Hashim bertindak keluar kerana kecewa dengan kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang serta hilang keyakinan terhadap gabungan pembangkang.

Nampaknya perkembangan berkenaan cukup memberi tamparan hebat kepada Anwar terutamanya ketika beliau sedang berhempas-pulas untuk 'membersihkan diri' daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Penasihat PKR itu sendiri sebelum ini melahirkan kekecewaannya dengan tindakan bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang itu meninggalkan parti.

Kekecewaan terhadap tindakan Zahrain jelas memperlihatkan kesilapan besar yang dilakukannya kerana gagal mengawal kemaraan api dalam sekam yang wujud dalam PKR selama ini.

Jika disorot kembali rekod pemimpin parti pimpinan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail itu, ia bukanlah sesuatu yang baru.

Antara nama besar yang enggan meneruskan permainan catur politik Anwar ialah bekas Timbalan Presiden, Dr Chandra Muzaffar; bekas Naib Presiden, Marina Yusof; bekas Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd Noor dan bekas Ketua Penerangan, Ruslan Kassim.

Selain mereka ialah ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR iaitu Zainur Zakaria dan S. Nallakaruppan, dua bekas Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir dan Salehuddin Hashim, bekas Setiausaha Sulit Kanan Anwar, Annuar Shaari dan bekas Bendahari Agung, Abdul Rahman Osman.

Ada juga yang seolah-olah 'memprotes' tetapi dengan hanya melepaskan jawatan-jawatan penting seperti Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail yang turut mengumumkan peletakan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi PKR dan Biro Keahlian Pahang.

Bagaimanapun, beliau kekal sebagai ahli parti, Ahli Parlimen dan Ketua PKR Bahagian Indera Mahkota.

Bukan itu sahaja, kesilapan Anwar juga telah menyebabkan PKR Sabah berdepan saat genting apabila Naib Presiden parti, Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Ketua Bahagian Kota Kinabalu, Christina Liew, mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti itu.

Semua itu gara-gara Anwar melantik Ahmad Thamrin Jaini sebagai Ketua PKR Sabah yang baru selepas mereka menolak pelantikan Naib Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali untuk menerajui PKR negeri.

Lebih memeritkan di negeri yang diperintah sendiri oleh pakatan yang dikepalai PKR apabila 13 ahli jawatankuasanya (AJK) PKR Cabang Kuala Selangor yang diketuai Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertindak meletak jawatan kerana hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar yang juga Pengerusi Perhubungan PKR Selangor itu.

Situasi ini bermakna Abdul Khalid hilang jawatan Ketua Cabang sehingga pemilihan baru diadakan yang dijangka pada penghujung tahun ini.

Kalau diikutkan ramai lagi ahli dan juga pemimpin peringkat akar umbi yang meninggalkan parti serpihan Umno itu kerana semakin sedar kesilapan-kesilapan Anwar yang gagal memimpin parti itu dengan baik.

Secara tidak langsung sama ada Anwar ataupun individu yang meninggalkan PKR sememangnya masing-masing telah melakukan kesilapan dalam merencanakan permainan politik mereka.

Bagi bekas Timbalan Perdana Menteri itu, kegagalan memilih calon yang tidak goyang tetapi bersih merupakan kesilapan besar yang dilakukannya.

Namun bagi pemimpin atau ahli PKR yang bertindak 'angkat kaki' sejak kebelakangan ini, kesilapan yang mungkin mereka lakukan sebelum ini ialah dengan menyertai parti itu.

Friday, February 12, 2010

My brief encounter with Anuar Saari

Aku kenal Anuar Saari kerana aku tak kenal anuar Saari - pelik kan?

Actually it is like this. Anuar Saari wife and my wife were good friend. Both of them studied at Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru. Well they were always in touch I guess through the Srikandi organization - Tun Fatimah Alumni association.

During the height of reformasi movement, and of course my wife was a damn strong supporter of PAS (read: Nik Aziz). Well, during one of our trip to Penang, she told me about the friend of her who the husband was a good friend of Anwar. Well, I did not care. I was for reformasi and not for "person". She called her friend and wanted to drop by, but they were not home.

Well few years back during the year of Ijok by-election, my wife told me about her friend who is Anuar Saari wife was sick - it was some kind of cancer in some part of the gland in the brain that control growth - as a result she kept growing ... and it caused a serious problem. She went for treatment and she was getting better.

So during the Ijok by-election, we dropped by at their house in Bandar Country Homes to say hello and that was the first time I met Anuar Saari in person.

After a few years I was told by my wife that, they moved to melaka, the place where the wife come from.. then we lost contact..

The thing that shocked me was that when i read in the newspaper about the very same Anuar Saari who betrayed Anwar and PKR! Afterthat I was not so very proud of the fact that I know this man... He is not the man that my wife told me - he was willing to lose lot's of thing for reformasi.... however I guess just like Ezam and the rest, they succumbed to the lure of money ...

I guess money is the biggest motivational factor for camp switching ... Like Hishamudin Rais said ... It is all about economy!... Economoney can break the spirit of the strongest reformist ....

Kalau tersembunyi - halal, kalau kat public - haram

Mungkin pelik bin ajaib kalau anda membaca tajuk diatas! Itulah summary sikap seorang penyokong UMNO. Kalau meneluarkan perkataan rasis dalam forum tertutup tak apa. Ianya cuma menjadi salah kalau diperkatakan dalam forum terbuka!

Itulah peliknya bangsa UMNO ni. Neraca moral yang dipakaikan sudah tonggang langgang. Hukum undang undang dan hukum halal haram dah tiada erti lagi bagi puak puak ini.

Asobiyah (rasis) itu haram, berzina itu haram juga. Kalau kita pakai logik UMNO diatas, ianya akan jadi lebih kurang begini - "berzina dalam tempat tertutup sesama geng penzina adalah tak salah, kalau berzina didepan public itu baru salah". Masuk akalkah logik ynag sebegini?

(The Malaysian Insider) - Umno executive secretary, Datuk Abdul Rauf Yusoh, has vehemently denied a Malaysian student’s allegation that he made racist remarks at an Umno Club function in London a few days ago.
Rauf led an Umno delegation to London to meet with party members there in a private closed-door meeting earlier this week. There the student, Ahmad Naim Mazlan, heard the party official refer to non-Malays as “bangsa asing” who were trampling on the Malays in “Tanah Melayu”.

In a letter sent to The Malaysian Insider, the finance and accounting student heard Rauf saying “Jangan biarkan bangsa asing pijak kepala kita.” (Don’t let the foreigners walk all over our heads.)

But Rauf denied making any derogatory remarks, stressing that the session was a closed-door meeting and no one outside should be listening in to what was being discussed.

“This was a closed door session... this is not true, because what I said was that Malays must sustain power in order to gain respect from the Chinese and other races,” Rauf told The Malaysian Insider in a telephone interview.

The top Umno official went to great lengths to point out that the function was a party function for “Kelab Umno” and was not a public forum organised by the Malaysian Students Department.

“I think the student who overheard, his BM (Malay language) was not very good,” he added.

The student in London also claimed to have overheard Rauf and an “Umno Youth Exco” defending Datuk Nasir Safar’s recent racist tirade against non-Malays.

Nasir resigned as special officer to the Prime Minister shortly after controversy erupted over an allegedly racist statement he made at a 1 Malaysia seminar in Malacca. It was alleged that he said, “Indians came to Malaysia as beggars and Chinese especially the women came to sell their bodies”

“I am not supporting Nasir Safar at all! I am not supporting what he said. Let me just put it this way — there is a right forum to talk about Malay interests, and what Nasir Safar did was not right, talking like that in public.

“If it was discussed behind a closed door session, its normal, but he said it outside... what he said was not right,” said Rauf, who used to be the Umno Youth assistant secretary.

He also maintained that Umno is essentially a Malay party, therefore it was an acceptable practice for Umno to talk about “Malay interests”.

Thursday, February 11, 2010

Kapal Selam yang tak boleh menyelam

Kadang kadang kat Malaysia ni macam macam ada! Benda yang tak pernah terfikir akan berlaku, ianya akan berlaku di Malaysia.

Malaysia ni dah tahap lawak bodoh. Dahlah satu dunia ketawa pasal enjin kapal terbang hilang, lepas tu rahsia pertahanan bocor, kapal TLDM terbakar, terbaru dan paling kelakar ialah, kapal selam Malaysia ynag tak boleh menyelam! Namanya kapal selam, kalau tak boleh menyelam nak buat apa yek?

Aku dah sampai tahap "give up" dengan Malaysia ....

Kapal selam: Lagi episod aib negara | Print | E-mail
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 12 Feb: Kerosakan kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman sehingga tidak boleh menyelam antara satu lagi episod yang mengaibkan sistem pertahanan negara apatah lagi ianya baru lima bulan tiba di perairan Malaysia.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata selain meyedihkan, ianya juga satu lagi rekod buruk sistem penting negara yang memerlukan siasatan rapi dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar berlakunya keadaan tersebut.

"Ini sudah tentu ada kaitan dengan hasil pembelian yang tidak ikut spesifikasi, kita pertikai pihak yang buat perundingan dan pihak yang membeli," katanya ketika dihubungi Harakahdaily pagi ini.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan berlaku unsur penyelewengan dan rasuah dalam usrusan pembelian kapal tersebut.

"Kita minta satu kertas putih dibentangkan di parlimen, kenapa sering berlaku perkara begini pada sistem pertahanan negara kita, terlalu banyak penyelewengan dan ketidakcekapan dalam pembelian ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Semalam Panglima Tentera Laut, Jen. Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengesahkan kapal selam KD Tunku Abdul Rahman mengalami kecacatan pada komponen (Defect High Pressure Air Blowing) yang boleh menjejaskan keselamatan kapal berkenaan jika ia menyelam.

Kerosakan mekanikal pada kapal Scorpene binaan Perancis bernilai RM1 bilion itu dikesan pada 17 Januari lalu ketika kerja penyelenggaraan dilakukan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar, Sabah.

Katanya, ia adalah kerosakan kedua selepas kerosakan komponen Forward Seawater Cooling System (bahagian sistem penyejuk air laut) pada tahun lalu selepas aset TLDM itu menyertai Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2009 di Langkawi.

Ekoran itu kapal selam terbabit dinasihatkan untuk tidak menyelam kerana dikhuatiri membahayakan.

Kelmarin sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan kapal selam pertama negara itu gagal menyelam berikutan masalah teknikal yang dialami sejak tiga bulan lepas.

KD Tunku Abdul Rahman atau Scorpene merupakan kapal selam jenis tempur konvensional yang berkemampuan membawa 10 torpedo dan 30 pemusnah periuk api.

Ia mampu beroperasi mengawasi perairan negara pada kedalaman 100 hingga 200 meter.

Antara kelengkapan Scorpene ialah enam tiub peluru berpandu yang boleh dilancarkan serentak iaitu peluru berpandu anti kapal permukaan dan torpedo anti kapal selam.

Friday, January 15, 2010

Allah, Tuhan, UMNO

Artikel dalam "the Star' hari ini mmbuktikan bahawa isu UMNO ini adalah isu politik. Hukum ugama Islam tidak akan bertukar tukar walau dibulan sekalipun. Halal tetap halal, haram tetap haram - itulah ketentuan hukum Islam.

UMNO menggunakan isu "Allah" ini untuk menunjukkan dialah juara - walhal dalam menjalankan hukum hakam Islam - dialah yang paling menentang!

Lihat sajalah si menteri mangkuk UMNO ni .... Allah dia Semenanjung haram ... di Sabah dan Serawak halal pulak?

1Malaysia yang pelik!

Saturday January 16, 2010
Minister: It’s okay to allow ‘Allah’ use in Sabah and Sarawak
By CHAN LI LEEN

KUALA KANGSAR: Christians in Sabah and Sarawak should be allowed to use the word “Allah” because it has been part of their custom for decades, Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Nazri Aziz said.

Similarly, they must respect the sensitivities of those in the peninsula, who are uncomfortable with the use of the word by non-Muslims, and not use the word here, he said.

“I have been to a church in Sabah and I know that the Kadazans and Ibans refer to God as Allah. The Muslims there are used to it. That is their custom, let it be.

“But when they are in semenanjung (peninsular Malaysia), then they must respect our custom here, which means that you cannot use the word ‘Allah’, because people here cannot accept it,” he said, referring to the growing number of people from Sabah and Sarawak who have moved to the peninsula.
Nazri: ‘But culturally, you cannot apply the ruling in a place where Allah has always been Islam’s God’

Nazri, who was voicing his personal opinion over the “Allah” issue, noted that Sabahans and Sarawakians could still conduct Mass and give sermons in Bahasa Malaysia but should not use the word “Allah” while in the peninsula.

“We must respect each other. When I go to east Malaysia, I have to respect their customs. So when they come here, they also have to listen. That is only fair,” he said, adding that copies of the Bible containing the word “Allah” needed to be changed when used in the peninsula.

The same, he said, should apply to the peninsula orang asli. “They have to use Bibles in English or their mother tongue.

“It is all right to hold Mass in Bahasa Malaysia but do not use the word ‘Allah’. They must use Tuhan as in the national language,” he said in an interview.

Although he agreed that the word “Allah” had been long used in Christianity way before Islam existed, Nazri said: “That’s why I say it is all right in Sabah and Sarawak but culturally, you cannot apply it in a place where Allah has always been Islam’s God.”

Asked about the publication of the Herald, Nazri said there could always be separate editions for the peninsula and Sabah and Sarawak. “It’s all man-made. It’s not carved in stone.”

On whether it was all right for the Bible to be translated into Bahasa Malaysia, Nazri said there were no laws to stop people from doing so.

“I don’t think it is wrong, legally or constitutionally.”

Nazri said the “Allah” matter had to be looked at from the legal and theological aspects and the customs and cultures of the people, before a wise conclusion could be made.

He also noted that states with the Sultan as the head of state and religion already had enactments barring or banning the use of words such as “Allah”, “Kaabah”, “baitulal”, and “solat” by other religions.

In Penang, Malacca, Federal Territories, Sabah and Sarawak, the word “Allah” could be used, legally speaking, but then the Government could still impose a ban under the Printing Presses and Publications Act, he said.

Friday, January 1, 2010

Apa punya bahlol

Kalau baca the star online today, menteri kata kantin operator tak boleh naik harga walaupun harga gula naik. Kesian kat peniaga canteen yang akan kena keluar lebih modal untuk untung yang kurang. Kalau mereka tak jujur, dan nak maintain untung yang sama maka yang terpaksa membayar harganya ialah ibu bapa! Mungkin untuk harga yang sama kuih yang dijual makin kecil atau kualiti menjadi kurang. Menteri ni pandai cakap saja, nak tunjuk pandai. Tapi tak pernah pikir akibatnya, atau sekurang kurangnya pikir macam mana nak impose yang peniaga kantin tak "menipu".

Peniaga kantin ni bukannya pemodal yang ada kapital berjuta. Berniaga pun rasanya cukup makan. Patutkah mereka dibebankan dengan tanggung jawap sosial untuk beri subsidi kepada murid? Ini macam kerajan lepas tangan dan mempertanggung jawapkan peniaga ini untuk bagi subsidi. Walhal gomen ada berbilion duit. Dari gunakan duit rakyat untuk benda tak berpekdah macam F1 tu lebih baik guna duit untuk rakyat.

Lahabau punya menteri. Dah sapu duit rakyat 1Malaysia kena tipu!

Rakyat Malaysia - padan muka! Korang yang bertanggung jawap melantik mereka jadi menteri!