Friday, October 31, 2008

Ada apa pada bangsa?

Ada apa pada bangsa? Itulah persoalan hangat diperkatakan di Malaysia. Selama lebih setengah abad kita bergelumang dengan isu tersebut dan apakah penghujungnya?

Zaman globalization (suka atau tak suka bukan ceritanya)ini, persoalan bangsa sudah tak relevant. Seseorang itu boleh besekolah rendah di Malaysia, university di Australia berkerja di Paris dan mungkin berkahwin dengan orang Arab. Jadi apakah bangsanya? Semangat kebangsaan cuma relevant kepada katak katak dibawah tempurung yang berlebel UMNO, MCA, MIC dan yang sewaktu dengannya! Itupun aku percaya bukan nya mereka kesah pun pasal nasib bangsa mereka secara jujur - "bangsa" cuma digunakan untuk kepentingan politik sempit mereka saja!

Paling terbaru ialah isu perlantikan Seorang Tiong Hua untuk mengepalai PKNS. Satu Malaysia kecoh. Yang sedihnya Hassan Ali (read: bukan PAS) yang mengepalai jabatan ugama Islam turut mempertikaikan perlantikan tersebut. Come on - kita orang Islam tidak mengenal bangsa, warna kulit. Melantik seorang Tiong Hua untuk mengepalai PKNS tidak menyalahi hukum Islam! Hasan Ali ini pun ada terlekat penyakit UMNO! Cepat cepat lah beristikfar dan memohon maaf seadanya.

Dalam isu PKNS, yang patut dibahaskan bukan apa bangsa ketuanya, tetapi adakan ketuanya dapat menjalankan tugas untuk mencapai matlamat penubuhannya. Yang patut dibahaskan ialah bagaimana PKNS telah menyimpang dari matlamat penubuhannya. Yang patut dibahaskan ialah kemungkinan amalan rasuah dan pembaziran wang rakyat dibawah PKNS! Bukannya apa bangsa ketua PKNS!!!!!

Kalau kita lihat sejarah kegemilangan Islam Sepanyol (Umaiyah) dan di Turki (Usmaniah), ynag menjadikan negara tersebut makmur adalah kerana sumbangan rakyatnya dari perbagai ugama dan bangsa! Islam menjadi panduan tetapi semua bangsa menyokong kerana Islam ynag diamalkan berpaksikan kepada keadilan. Semua bangsa bersatu dibawah keadilan Islam (tak semestinya mereka memeluk Islam - cuma Allah saja yang mampu memberikan hidayah!) untuk majukan negara. Hasilnya - Sepanyol dan Turki menjadi negara termaju didunia ketika itu! Kemudian kita lihat pula apa yang menyebab kan kejatuhan kerajaan tersebut - bukan bangsa, tetapi rasuah dan salah guna kuasa yang bemaharaja lela.

Kalau boleh diambil pengajaran dari Sepanyol dan Turki zaman keagungannya, perbagaian bangsa adalah faktor menjadikan negara tersebut kuat! Islam ynag diamalkan adalah Islam yang menjanjikan keadilan dan kedamaian kepada semua penduduk. Berbondong bondong Yahudi dan Kristian berlindung dibawah sistem keadilan Islam. Perangi rasuah dan salah guna kuasa - kerana itu ynag menjerumuskan kita kepada kehancuran! Bukannya apa bangsa ynag mengepalai PKNS!

Ingatlah Allah berfirman dalah Quran " Tidak aku menjadikan kamu berbangsa bangsa melainkan supaya kamu saling kenal mengenal". Banyak ayat ayat yang Allah sudahi dengan "Allah didak suka kepada orang orang yang zalim"

Semoga semua rakyat Malaysia keluar dari tumpurung "kebangsaan". Yang kita idamkan bukan Melayu, Cina India, dll, tapi Malaysia yang adil! Semoga kita tidak menjadi menjadi seperti perpatah Melayu "Sepuluh Jong lalu Anjing masih bercawat ekor!)

Saturday; 1st Nov 2009; Ara Damansara

Saturday, October 25, 2008

Sajak Sajak Yang dilupakan

Semasa aku dibesarkan dikampung disekitar tahun 70'an, kami adik beradik dibesarkan dalam suasana penuh kapayahan. Teringat lagi macam mana rumah kami tiada air paip, dan terpaksa lah menumpang mandi dan mengambil air dirumah orang yang lebih berada. Kerana kemiskinan kami sekeluarga, waktu malam kami hanya diterangi lampu minyak tanah. Rumah kami hanya beratapkan rumbia, dapur rumah kami hanya bertiangkan dan berlantaikan batang pinang.

Disebabkan kami dibesarkan dalam serba kesusahan, kami memahami kesusahan yang dihadapi oleh orang tua kami. Pagi pagi lagi sudah keluar menoreh. Selesai menoreh, pergi pula kesawah sampai kepetang. Emak balik sekejap waktu tengah hari untuk menanak nasi. Lauknya cuma ikan masin dan gulai taruk salang atau pun taruk ubi. Kami adik beradik tak pernah mengeluh, tapi sentiasa memahami kepayahan yang dihadapi oleh orang tua kami untuk membesarkan kami.

Apak selau berpesan, bahawa dia tiada berharta, yang ada cuma tulang empat kerat yang dihempas untuk mencari sesuap nasi setiap hari. Pesannya, belajor le pandai pandai, apak tak ada harta nak bagi kome, ilmu itu le rete yang apak boleh bagi pade kome".

Kerana kemiskinan, keluarga kami sentiasa dihina. Aku ingat lagi pada satu hari, orang kampung marah marah pada apak, kerana ada kerbau terlepas dan merosak kan padi orang kampung. Orang kampung kata, kalau bukan kerbau Ya, kerbau sapa lagi? Segala yang tak baik semuanya dikaitkan dengan keluarga kami. Apak sentiasa tabah, tak pernah mengeluh dan marah marah.

Kerana kemiskinan jugalah menyebab kan aku berazam untuk belajar pandai pandai. Nak keluar dari jerat kemiskinan. Ianya juga menjadikan aku seorang yang suka membaca. Ulat buku. Sanggup pergi kerumah kawan kawan untuk meminjam buku. Ada duit sikit, aku simpan untuk membeli buku.

Untuk dapat kan duit, terpaksalah aku pergi ketepi hutan untuk mencari pucuk salang, pucuk ubi, pucuk paku untuk dijual. Secekak, harganya lima sen. Kalau dapat seringgit pun aku terlalu gembira. setiap sen yang aku dapat, aku simpan untuk membeli buku. Aku tahu apak pun bukannya berduit, kalau ada pun cuma cukup untuk beli beras, lauk dan minyak tanah. Pernah sekali, aku merengek minta lima sen dari apak untuk beli ais krim, ketika itu apak menghantar padi untuk dimesen untuk dijadikan beras. Rupanya apak memang apak tak ada duit. Bapak tarik aku dari situ dan apak kata dengan baik pada aku. Apak tak ada duit nak bagi, kalau ada tentu bapak dah bagi (masa kecik aku anak manja - maklumlah anak bongsu). Sejak hari itu, aku tak pernah lagi merengek memimta apak belikan apa apa.

Salah satu subjek yang aku suka adalah sajak. Ramai kawan kawan kata aku gila, sebab mereka tak paham, tapi bagi aku sajak sajak ini dalam maknanya. Sajak sajak pada tahum 70'an dulu penuh dengan keluhan kesengsaraan and kesusahan rakyat. Sajak sajak ini memberikan aku kekuatan untuk terus belajar dan mengeluarkan keluarga ku dari jurang kemiskinan.

Sajak Usman Awang dibawah ini adalah sajak yang paling mengesan kan. Ianya tentang kekuatan seorang anak kecil yang yang tahu erti derita dan tahu bahawa ilmu adalah pembela yang akan mengeluarkannya dari jurang kemiskinan:

Gadis Kecil oleh Usman Awang:

Tubuh itu mengingatkan daku
sebatang pinang didesa sepi
kurus dan tinggi
ketika ribut besar
pohon sekitarnya rebah terkapar
dan pohon pinang tegak menanti
sinar matari pagi

Demikianlah gadis kecil itu
kurus seperti sebatang pinang
bertahun berulang alik melalui
penjara kawat duri menemui
ayahnya yang bertahun pula sendiri
menentang setiap penderitaan
tabah dan beriman

Gadis kecil itu mengagumkan daku
tenang dan senyuman agung,
dengan sopan menolak pemberianku
"saya tak perlu wang, pak cik,
cukuplah kertas dan buku"

Usianya terlalu muda
jiwanya didewasakan oleh pengalaman
tidak semua orang mencapai kekuatan demikian
ketabahan yang unik, mempersonakan.

Bila aku menyatakan simpati dan dukaku
rasa pilu terhadapnya
sekali lagi dia tersenyum dan berkata:
"jangan sedih, pak cik, tabahkan hati
banyak anak-anak seperti saya didunia ini"

Aki jadi terpaku
dia,sigadis kecil itu pula mententeramkam
mengawal ombak emosiku
jangan sedih melihat derita pahitnya.
Alangkah malunya hati seorang lelaki dewasa
yang mahu membela manusia derita terpenjara
menerima nasihat supaya tabah dan berani,
dari nak penghuni penjara itu sendiri?

Sepuluh anak seperti dia
akan menghapuskan erti seribu penjara.

1976