Monday, March 19, 2012

Erti kemiskinan

Semasa akumemandu untuk kepejabat masa ini,aku teringat perjalanan suka duka aku semasa bersekolah dulu. Sebelumitu aku singgah di Petronas untuk membeli roti dan dua bungkus nasi lemak yang diminta oleh anakku. Semuanya berjumlah RM4.00. Tak mahal, kerana aku masih mampu.

Ini menyebabkan aku terkenang sewaktu aku bersekolah dulu. Pakaian sekolah yang aku pakai adalah pakaian lama yang disedekah kan orang. Aku pakai baju itu walaupun sudah lusuh. Biarpun semasa belajar dikolej, kebanyakan baju yang aku pakai adalah baju yang disedekahkan oleh orang. Walaupun terpakai, namun pada aku, baju itu adalah yang terbaik yang pernah aku miliki.

Perbelanjaan sekolah pula,cuma 50Sen sahaja. Namun aku tak gunakan duit tersebut. Aku mengikat perut setiap hari, dan setiap duit yang dibekalkan oleh apak,aku simpan dalam tabung. Untuk mencari duit lebih, pada hujung minggu,aku dan kawan kawan akumasuk hutan untuk mencari pucuk paku, pucuk ubi, pucuk salang dan cili padi liar untuk dijual kepada peraih.Jadikadang kadang dapatlah RM 1.00 ke RM 2.00 setiap minggu. Duit ini aku kumpul, selalunya aku gunakan untuk membeli buku dan komik.

Bila tiba musim buah pula,aku dan kawan kawan mengambil upah memanjat pokok buah buahan seperti manggis dan buah menia. Dapatlah juga duit tambahan..

Anak anak aku cukup bernasib baik kerana, aku mampu mnyediakan semuanya. Baju baru setiap tahun dan duit bekal yang cukup mewah.Mereka tidak pernah dan tidak akan paham erti kesusahan hidup dan kemiskinan.