Sunday, September 13, 2009

Kenangan Raya waktu dulu

Pengakhiran Ramadha ini membuatkan aku rindu terhadap arwah emak. membuatkan aku rindu terhadap suasana kampung dan kesederhanaan kami semasa dulu untuk menyambut raya. Persiapan untuk raya hanya ala kadar dan dibuat sendiri oleh emak. Emak akan berpakat dengan Wah lebor (Mak saudara sepupu) dan Mak baruh (emak yang memelihara aku) untuk membuat kuih muih. Di tempat aku sebenarnya tiada istilah "kuih" yang ada hanyalah "penganan" atau "koi". Koi yang mesti ada adalah koi goyang (loyang?), koi lipat, koi lemben bakor dan dodol. Kalau ada rezeki lebih mak akan buat koi semprit. Bila tiba hari raya, ketiga-tiga buah rumah mempunyai koi yang sama, rupanya sama dan rasanya pun sama! Yang lain cuma lemang dan rendang, sebab buat lemang dan rendang adalah mengikut cita rasa masing masing.

Semasa aku kecil dulu, aku tak paham kenapa mak suka buat kuih yang sama setiap tahun. Bila aku besar barulah aku paham bahawa budget mak kecil saja. kalau ada duit lebih emak lebih suka simpan. "Untuk kome belajor masuk universiti nanti" kata mak. Apa tidaknya nak buat koi goyang cuma perlukan tepung beras, telur, air dan minyak masak untuk menggoreng. Untuk koi buahulu, cuma perlukan telor ayam, gula dan tepung gandum. Untuk koi lemben bakor, cuma perlukan telur, air, gula dan tepung ubi. Telor selalunya mak ambil telur ayam kampung yang banyak mak bela.

Aku selalu protes kerana tiap tiap tahun mak buat kuih yang sama. Apatah lagi kuih kuih tersebut bukannya aku suka sangat. aku lebih suka makan biskut ala ala orang putih yang ada majerin dan macam macam bahan lagi. Bila aku bising emak akan kata "makan aje mane yang ade, kite ni bukannya oghang kaye". Aku cuma diam dan tak paham apa maksud emak.

Bila dah tua tua ni, barulah aku paham. Sebenornya mak tak ada duit nak buat koi mahal mahal. Mak tak ada duit nak beli bahan bahan yang diperlukan untuk membuat biskut ala ala orang putih. Sebenarnya, kuih tu tak penting buat mak. Tapi pelajaran kami adik beradik lebih penting dari kuih kuih yang mewah. Selepas aku paham, baru aku rasa betapa enaknya kuih muih yang mak buat. Bukan kerana resepinya, tetapi kerana kasih sayang yang emak curahkan semasa membuat kuih muih tersebut.

Kini setelah mak dah tiada, tiada lagi kuih kuih tersebut bila hari raya. Yang boleh masak macam emak cuma kakak sulung aku, Encik Shimah (orang parit, kakak sulung dipanggil Yong atau Encik). Itu pun tak seberapa kerana emak tak pernah menurunkan resepinya secara bertulis, cuma secara lisan dan "try and error". Bila aku terjumpa kuih kuih tersebut dikedai, aku cuba beli. Tapi tidak seenak yang dibuat oleh mak. Kerana ia tiada bahan utama - iaitu kasih sayang mak terhadap anak anaknya!

Kini semua itu dah tiada. Isteriku berasal dari negeri lain, semestinyalah kuih muihnya pun lain. Lagi pun isteriku berkerja, tiada masa untuk membuat kuih. Semuanya kuih muih yang ada semua menggunakan satu bahan aja - kertas "cap kepala Agong'! Anak anak aku pun terlepas untuk menikmati bahan utama untuk membuat kuih muih tersebut - kasih sayang ibu mereka.

Pada anak anak aku, kuih tak lebih dari kuih - untuk dimakan. Tapi pada aku kuih kuih yang mak sediakan bukan sekadar kuih, tetapi adalah lambang kasih sayang emak pada apak dan pada kami adik beradik. Itulah yang tak dapat disediakan oleh sesiapa pun selain dari mak.

Friday, September 11, 2009

Berita Putar Alam

Didalam perjalan balik selepas menghantar anak aku kekelas Taekwondo pagi ini, aku pasang radio ERA. Kebetulam sedang menyiarkan berita. Yang aku tertarik adalah cara orang Malaysia spin the story. Aku ingatkan menteri menteri saja pandai putar cerita. Rupanya penyakit putar alam ini dah berjangkit ke radio stesen!

Berita itu berbunyi begini .... Pasukan bolasepak malaysia menang besar keatas LESOTHO dengna jarigan 5 - 0. Ini selepas pasukan malaysia kalah di dalam siri perlawanan Timur Tengah, Arab Saudi 1 - 2 ......

Nampak berita macam gah saja ... "Menang besar" tapi dengan pasukan mana? LESOTHO! Eh Lesotho tu menatang apa? Kat Mana ek? kepab pasukan Brazil Kah? Pasukan yang handal dari Eropah kah? Rupa rupanya Lesotho ni adalah sebuah negeri miskin di Afrika! Kalau nak bandingkan rasanya macam budak darjah enam lawan bola dengan budak tadika! sepatutnya bukan 5 - 0, sepatutnya 20 - kosong lah!

Samalah dengan berita PM nak bagi orang Felda Bonus, angkanya mencapai ratus juta. Beritanya begini, kerajaan mengagihkan ratus juta kepada peserta felda. Tapi kalau kita fikir, campur, tolak bahagi, dapatlah seorang kurang dari RM 200.00! Inilah ynag dikatakan berita putar alam!

Satu lagi contoh (bukan betul, just to prove the point); Di China ada seramai 10,000 orang doktor, manakala Malaysia mempunyai 5,000 orang doktor. Pada orang ynag malas nak menganalisa akan berasa - wow ramainya doktor di negara China! Dua kali ganda di Malaysia!, Tapi ynag cerdik akan bertanya - doktor tu kerjanya apa? Mengubat pesakit, Jadi seornag doktor diChina terpaksa merawat berapa orang? 1.5 Billion/10,000. Manakala Malaysia, 25 Million/5,000! Jadi sebenarnya, diMalaysia keadaannya lebih baik!

Orang Malaysia ni kadang kadang malas nak menganalisa berita. Dan pihak pihak pengeluar berita ini memangnya nak memberikan "Feel good factor" sahaja. Semua nampak gah, semua nampak terrer, tapi sebenar nya hampeh!

Thursday, September 10, 2009

Teka Siapa Juara Menyediakan Minuman Arak?

Cuba teka, didalam "Cullinaire Malaysia 2009" untuk "Most Outstanding F&B Personnel Award" kat KL ni, sapa agak agak juara - Adakan si Ah Chong? Si Ramasamy? Si Fernandez? Si Kalung a/l Nungkan?

Ha ha ha .... jawapannya, none of the above! Jawapannya adalah - Mohd Saufi Pajian! Aku rasa orang yang ada nama "Mohd" ni Islam lah kot. Si Mohd ni adalah bartender kat Kuala Lumpur Convention Center. Kalau dah namanya bartender, tak kan lah jual teh tarik kot? Tak percaya? Bukak muka surat M40 dalam Star hari ini, Friday 11.

Ini bukan kali pertama aku jumpa yang orang melayu ni juara menyediakan arak, kalau tak silap beberapa tahun lepas, Juara dan naib juaranya semuanya Melayu! Tak percaya lagi? Pergilah ke club club and pub pub kat KL & PJ, kita akan jumpa, banyak Melayu berkerja sebagai penyedia arak.

Dalam Islam, bukan hanya arak yang haram, segala aktiviti yang berkaitan arak adalah haram. Bukan main main, arak adalah dosa besar.

Kadang kadang pelik juga. Dah tak ada kerja lain ke? Aku rasa, sebab utama ini berlaku adalah kurang nya kepercayyan kepada agama. Pada puak puak ni (macam dalam kumpulan cap keris) Islam ini adalah, buat mesjid besar besar, bagi anak yatim shopping masa kat nak raya, bila nak kawin, bila nak kenduri doa selamat dan bila dah mati. Yang lain tu, semua membujur lalu, melintang patah! Iniah padahnya kalau orang islam dah hilang roh islam. Buat maksiat, muka tetap macam sardin. Mana percaya kepada benda benda ghaib lagi seperti dosa, pahala, syurga dan neraka. Kalau ikut kaedah Islam, kalau dah tak percaya benda benda ghaib itu - jawapnya tak islam lah. Tak percaya? bukak Quran, ayat dalam Surah Albaqarah.

Jadi, pak haji pak haji, mufti mufti, keluarlah dari bilik bilik aircond, keluarlah untuk untuk melihat lihat dunia sebenar. Tak payah cakap berbelit belit, tak payah nak dengar repot yang berjela jela. Tak payah nak dengar cakap pangampu pengampu. Turun padang lah seperti mana Sultan Alaudin Riayat Shah Melaka mengangkap pencuri. Baginda sendiri menyamar dan menangkap pencuri tersebut. Jadi, belilah seluar Jean, baju kemeja, tinggal kan kopiah dan serban kat rumah, ambil kunci kerete, jalan jalan lah kat kawasan bukit Bintang, Bangsar dan Hartamas. jenguk jenguk lah club club dan hotel hotel dikawasan ini. Orderlah martini, cocktail etc - dan tengok lah siapa yang akan menghidangkannya!

Sunday, September 6, 2009

ISU KUIL - Lain Bengkak Lain Yang Bernanah

Dipetik dari Malaysiani:
Hisham: Pakatan members too objected temple
Sep 6, 09 7:39PM
The home minister said he knew the numbers of PKR and PAS, as well as BN members, involved in the protest.

Satu lagi taktik putar alam. Yang menjadi isu besar sekarang bukannya isu pasal setuju tak setuju. Mesti ada yang setuju dan yang tak setuju dalam semua isu. Penyokong parti cap apa pun boleh setuju atau tak setuju. Itu adalah hak masing masing. Nak demo pun boleh, tak salah sebab itu adalah hak masing masing.

Ynag menjadi persoalannya ialah tindakan golongan ini yang melampau dan biadap. Isu disini ialah:
1. Kenapa nak pijak kepala lembu? Kenapa nak provok perkara yang menyentuh sensitiviti agama?
2. Kena perlu mengugut hatta mahu menumpahkan darah?
3. Kenapa tidak bertindak matang dengan berdialog secara ilmiah?

Itulah yang menjadi perkara pokok. Harap Hishamuddin berhenti memusingkan isu ini. Kerana semakin dipusing, semakin tak masuk akal, dan semakin meluat sekelian rakyat marhain.

Bergaduh Boleh, Berhujah ...?

Satu perasaan menusuk kedalam hatiku bila abu melihat video semasa dislog bersama penduduk di Shah Alam. Sedih, malu, marah, sakit hati, semua ada.
Sedih - kerana melihat betapa orang Melayu sudah tiada adap - hatta memanggil MB "bodoh".
Malu - Kerana sikap biadap orang orang yang mengaku Melayu
Marah - kerana sikap puak puak UMNO yang mengapi api kan perasaan penduduk
Sakit Hati - Sikap kurang ajar puak UMNO terhadap pemimpin yang cuba menyelesaikan masaalah mereka.

Semasa Bush menghentam orang orang Islam, orang Islam begitu marah. Bush sebenarnya tidak paham Islam, dan setakat yang aku tahu, Bush tak pernah pun keluar dari Amerika sebelum menjadi Presiden. Aku rasa puak puak di Shah Alam ini pun tak pernah keluar negerisama seperti Bush kerana mereka bersikap ala Bush.

Semasa aku di Adelaide Australia sebagai pelajar, masjid masjid didirikan dikawasan penduduk Kristian. Hatta ada sebuah Masjid di Marion yang asalnya adalah sebuah gereja. Cuba kita pakai hujjah puak UMNO ni - Rumah ibadat cuma boleh didirikan kalau pengikut agama itu adalah majoriti. Jawapnya di Australia, tidak akan ada sebuah masjid pun! Serasis rasis orang Australia ni, mereka masih toleran terhadap keperluan beribadat orang Islam.

Dikota Baru, kuil Hindu terletak ditengah tengah Kota Baru, sebelah pusat mebeli belah KBMall. OK saja. Tak ada aku dengar orang Kelantan merungut. Walhal, cuma beberapa kerat saja orang Hindu diKelantan.

Apa masalahnya dengan kuil Hindu? Sekurang kurangnya belia belia India akan dapat mempelajari agama mereka dan akan menjadi menjadi orang takutkan Tuhan. Alasan mengatakan, kalau kuil dibina maka bertambah banyaklah jenayah? Masuk akalkah? Adakah orang yang beragama akan melakukan jenayah? kenapa tak membantah kalau Kasino atau rumah urut didirikan? Tempat inilah sarang maksiat dan akan menambahkah jenayah.

Puak puak UMNO ini mengatakan kerajaan Pakatan adalah lemah. Ini adalah satu pendapat yang terbalik. Bermusyawarah bekan bermakna lemah. Bermusyawarah bermakna kerajaan Pakatan ini sensitif kepada kehendak rakyat. Kerajaan Pakatan begitu terbuka dan berani mengambil risiko bertemu rakyat. Kerajaan inilah yang kita mahu. Mahukah kita kepada kerajaan Selangor yang sudah Almarhum? Bersultan dimata, beraja dihati? Membujur lalu melintang patah, Setiap kehendak pemimpin mereka adalah sabda yang tak boleh disanggah? Kalau berani menentang jawapnya tidur dalam lokaplah jawapnya, kalau tak pun dihadiahkan ISA.

Lagi satu, yang aku perhatikan, orang UMNO ni tak boleh berhujah secara Ilmiah. Kalau mereka tak tahu nak berhujah atau tersepit, mulalah ajak bergaduh, mencarut, memaki, mengugut dan macam macam lagi. Jadi puak puak ni bila diberi peluang berhujah - terjadilah apa yang berlaku di Shah Alam. Mungkin inilah sebabnya pemimpin pemimpin mereka, kalau diajak berdebat, akan megeluarkan banyak dalih!

Thursday, September 3, 2009

Zamry yang Pelik - Suka membaca Terbalik

Kata Tajuk berita dalam Malaysiakini: "Zambry: People can now see who they really are" Itu adalah komen menteri besar Perak yang haram tentang persidangan ADUN Perak pada 2 september.

Zamry ni memeng putar alam. Kalau dulu, aku adalah sikit rasa hormat; sebab dia ni graduan UIA - sekurang kurang nya - batang nyiur tu tak adalah disangka huruf Alif. Peliknya mamat ni ialah, dia menganggap perjuangan ADUN PR tu tak elok. Tapi pada aku sebagai rakyat Perak yang sejati (dah lebih tujuh keturunan di Perak) merasa bangga sebab mereka inilah pejuang sejati! Pejuangan yang tak pernah henti sehingga menang. Perjuangan yang menuntuk hak mereka yang diragut puak puak keris telanjang laknatullah! ADUN PR ini tahan uji. Tak pernah menyerah. Aku merasa bangga memangkah mereka ini dipilihan raya yang lalu. (Kecuali 4 ekor katak botong yang mengkhianati amanah rakyat). Aku yakin rakyat Perak yang sihat mindanya berpendapat seperti aku.

Zamry ni patu rasa malu kerana menggunakan segala kemudahan kerajaan untuk menghentam ADUN PR. Sepatutnya dia berasa malu dan dibulan yang Ramadan yang mulia ini bertaubat dan meminta maaf kepada rakyat Perak kerana telah meragut hak mereka.

Yang aku tahu semakin banyak siZamry bercakap semakin menunjukkan kebebalan beliau:
1. Menjatuhkan kerajaan pilihan rakyat dengan cara yang sangat tak bermaruah
2. Bersikap angkuh dan tah nampak perbuatannya menjadi peragut itu salah
3. Bersekongkol dengan puak yang tebal sifat assobiyah (perkauman)
5. Bersekongkol menjatuhkan speaker DUN dengan tidak bermaruah

Seruan aku kepada aku kepada siZamry ini, sudah sudahlah. Tobat nasuha. Bubarkan DUN Perak dan berikan kuasa memilih kepada rakyat Perak. Sekurang kurangnya, engkau akan akan dilihat seorang yang bermaruah dan berani. Selagi DUN tak dibubarkan, engkau adalah seorang yang dayus, sedayus dayusnya.