Thursday, August 30, 2012

Erti Merdeka Aku sebenarnya tak ada semangat untuk meraikan kemerdekaan. Peristiwa yang berlaku sehari hari, poliking ynag melampau dan bila merdeka menjadi tebusan untuk kepentingan politik. Kesedaran politik itu bagus. Tetapi mestilah politik "putih" - politik yang mempunyai hala tuju, politik yang berwawasan, politik yang memberi harapan baru untuk Malaysia, politik yang menyatukan semua rakyat untuk satu hala tuju. Bukan politik "hitam" politik yang menghalalkan cara, politik yang penuh degan dendam kesumat, politik yang penuh dengan fitnah, politik yang sanggup menjatuhkan kawan dan lawan degan apa cara sekalipun, politik yang memecahkan kesatuan rakyat, politik yang sentiasa bertemakan bangsa dan mempersendakan agama. Balik kepada tajuk asal. Aku tak bersemangat kerana merdeka telah di cemarkan dengan politik hitam. Boleh tak kita lupakan soal kelainan politik dalam sehari dari 365 hari setahun? Boleh tak sambutan merdeka dijadikan alat untuk menyatukan semua rakyat? Boleh tak ketepikan agenda parti? Boleh tak jadikan sambutan yang menyatukan semua rakyat? Boleh tak semua pemimpin kerajaan, pembangkang, dan aktivist mesyarakat di undang untuk bersama sama memeriahkan merdeka? Boleh tak kerajaan berlapang dada dengan memberikan "merit" kepada semua pejuang kemerdekaan? Perjuangan untuk merdeka telah bermula pada hari jatuhnya kerajaan Melayu Melaka pada tahun 1511. Aku percaya banyak ramai tokoh tokoh yang besar dan yang kerdil telah mengangkat senjata untuk menghalau penjajah yang menjarah negeri negeri Melayu. Bagaimana Kerajaan pejuang pejuang Johor dan Acheh bersatu untuk menghalau Portugis laknatullah dari Malaka. Kesinambungan perjuagan merdeka diteruskan oleh pejuang pejuang bangsa dari negeri negeri Malayu yang satu demi satu jatuh ketangan British. Pejuang pejuang ini seperti Datuk Maharaja Lela, Datuk Sagor, Siputum dari Perak. Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dari Pahang. Tok Janggut di Kelantan, Abdul Rahman Limbung dari Trengganu. Dol Said dari Melaka dan ramai lagi pejuang bangsa yang tidak dicatat dalam sejarah. Kemudian datang pula era kesedaran politik tahun 40'han. Bangkitnya parjuang pejuang seperti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya, Hiabul Muslimin, MPAJA, AWAS, API, Parti Komunis Malaya,Parti Buruh dan sebagainya. Pemimpin pemimpin dari parti parti tersebut bertungkus lumusmemberi kesedaran politik kepada rakyat betapa rakyat telah diperlembukan oleh penjajah Ingeris. Yang berani mengangkat sejata untuk melawan penjajah Inggeris dan membayar harga kemerdekaan dengan penjara, air mata dan darah. Berlaku jujurlah wahai kerajaan. Tulis semula sejarah kemerdekaan negara. Berikan penghormatan kepada setiap roh yang telah berjuang untuk merdeka, tokoh tokoh Melayu seperti Ahmad Bustaman, Burhanuddin Al Helmi, Pak Sako, Shamsiah Fakeh, Kamaruzzaman Teh, Chek Dat tokok tokoh bukan Melayu seperti Chin Peng dan ramai lagi. Perjuangan ini diteruskan oelh Datuk Onn dan Tunku Abdul rahman melaui UMNO seawal tahun 1946. Walau pun cara perjuangan mereka berlainan, tetapi matlamatnya tetap satu MERDEKA!!!. Selagi sejarah perjuangan merdeka dimanupulasikan oleh kepentngan politik sempit dan menipu rakyat degan sejarah yang berat sebelah,selagi itulah kesatuan bangsa Malaysia dan semangat patriotik tidak akan tercapai. Selagi itulah bendera Malaysia dan 31 Ogos setiap tahun akan dipandang sebagai hari untuk meraikan segolongan pemimpin sahaja yang mempunyai agenda politik yang sempit dan HITAM. Tahun ini aku mahu memerdekakan diri dan pikiran dari penipuan sejarah merdeka oleh golongan politik HITAM ini...