Monday, May 19, 2008

Melayu Yang Bertuan

Satu isu yang tak berapa cerdik telah mula dicanangkan oleh parti cap keris - isu ketuanan Melayu. Setahu aku, yang bertuan itu adalah binatang ternakan atau hantu. Jadi pada pendapat orang parti cap keris ni orang Melayu ni kena bertuan, jadi orang Melayu ni pada pendapat mereka sama seperti binatang ternakan atau pun hantu!

Dari satu lagi segi ialah - kalau dah menjadi tuan (parti cap keris) maka mereka bebas lah berbuat apa saja - sebab dah jadi tuan termasuklah merogol budak bawah umur, jual tanah orang melayu, mengambil duit rakyat (hamba), rompak duit royalti minyak Terenganu dan macam macam. Sebab jadi tuan kan!

Sebenarnya si parti cap keris ni sibuk nak jadi tuan, bukannya nak tolong rakyat (hamba), tapi nak meneruskan agenda mereka memperhambakan rakyat - untuk mengisi tembolok mereka! Itulah sebenarnya agenda disebalik Melayu nak jadi tuan!

Pelik bin Ajaib juga orang parti cap keris ni. Apa nak sibuk sibuk pasal orang Melayu nak jadi tuan? Tak ada sapa pun nak menyanggah raja raja melayu. Cuma orang cap keris saja yang berani menyanggah raja raja Melayu - ingat apa yang telah dibuat simamak dari Kedah tu?

Pada aku, dari melalak kehulu kehilir, menghabiskan duit beribu-ribu untuk bayar hotel utuk cakap pasai agenda Melayu, lebih baik duit tu digunakan masuk tabung untuk mendidik orang melayu menjadi bangsa yang berilmu. Zaman ini kalau setakat melayu kat kad pengenalan tu tidak secara automatik jadi tuan! Zaman ini cuma orang yang pandai saja yang jadi tuan! tak percaya? tengoklah saudagar IT si Bill Gates tu!

Kalau Melayu nak jadi tuan, kenalah jadi orang yang pandai, kena ada ilmu, kena ada disiplin. kena masuk University yang terkenal bukan nya masuk Akademi Fantasia!. Tutup saja rancangan hiburan yang tah apa apa - bagi duit kat orang melayu supaya belajar! nak jadi tuan, kena lebih pandai dari orang lain; bukan lebih samseng dari orang lain!!