Friday, July 20, 2007

Budaya - Hanya Sekadar nyanyian & tarian?

Apakah makna budaya pada masyarakat sekarang? Saya percaya kebanyakannya akan berkata tarian dan nyanyian. Itu saya? Saya rasa kita tak perlu hairan kerana setiap kali tajuk budaya dikeudarakan oleh menteri atau pun persatuan mesti ada nyanyian dan tarian.

Pada saya yang dibesarkan dikampung di dalam suasana budaya melayu, budaya merangkumi aspek yang lebih luas. Celik biji mata hingga lah waktu tidur, semuanya adalah dalam ruang lingkup budaya. Budaya yang berkaitan diri sendiri - apa yang kita buat pada diri sendiri, cara percakapan/bahasa (lemah lembut, berlapik dan penuh dengan budi bahasa), cara kita berjalan (lemah lembut, menghormati orang lain terutamanya yang lebih tua - meminta kebenaran dan membongkok tanda hormat, cara kita bersalam dan cara kita bercakap), cara kita makan (tidak gelojoh, makan dengan tangan kanan, makan bersama keluarga, makan dimulai dengan yang lebih tua sebagai tanda hormat, tidak bercakap semasa makan). Cara kita berpakaian, sopan dan "menutup aurat". Cara kita bermasyarakat(semangat gotong royong, muafakat, mengambil tahu hal sakit demam anggota masyarakat). Adat istiadat, nikah kawin, berkhatan, kenduri kendara dan sebagainya....

Nyanyian dan tarian cuma sebahagian kecil dari budaya tetapi inilah yang banyak diperjuangkan oleh orang yang melebel kan diri sendiri sebagai "pakar" budaya.

Tiada buku teks yang dapat mengajar budaya, tiada sekolah yang dapat mendidik agar seseorang itu berbudaya melain kan seseorang itu hidup didalam masyarakat yang berbudaya (ada kah? Semua ceruk rantau sudah ditembusi budaya ASTRO)

Walupun tiada sekolah yang mengajar budaya, tetapi pertunjuk boleh didapati dari buku buku lama - hikayat hikayat lama dan buku buku yang ditulis sebelum merdeka and awal kemerdekaan. Bahasa yang diguna kan dalam hikayat hikayat lama - sungguh indah.

Aku cuma rasa pelik bila pejuang budaya (termasuk menteri) yang bercakap pasal budaya, tetapi cara bercakap, berpakaian dan lain lain - lebih barat dari Melayu. tak percaya - cuba lihat bila makan - semua pakai sudu dan garfu --- walhal cara makan itu lah asas kita berbudaya!

Tuesday, July 17, 2007

Menteri Kat Malaysia dah jadi ahli Nujum?

I listened to the radio yesterday and was amused by the comment from the minister who is in charge on country defense. According to him, the Nuri helicopter accident recently was due to bad weather.

I was thinking, the wreckage was just found, no post-mortem, no study have been done on the wreckage, but our minister already told Malaysian that the accident was caused by bad weather. This menteri pakai bomoh kot (?)

Monday, July 2, 2007

Mencari Buku Bahasa Melayu Yang ada Kelas

Saya melayari Azizi Haji Abdullah blog dan tertarik dengan buku buku beliau; Sangeetha dan Tuk Cai. Aku memang suka buku buku yang begini kerana jalan cerita nya sedap, pengertian nya dalam. Aku juga cukup minat dengan buku buku yang ditulis oleh pengarang pengarang lain seperti Osman Awang, A Samad Said dll. Aku juga cukup minat dengan buku buku yang ditulis oleh Pak Hamka dan Pramoedya Ananta Toer (keluarga Gerila, Rumah Kaca dll) Aku membaca buku buku ini semasa aku menuntut di Australia 17 tahun dulu di Flinders University. Walaupun aku dibidang Sains Komputer, tapi aku cukup menggemari buku buku sastera. Aku juga cukup suka membaca buku buku hikayat lama kerana bahasa Melayunya cukup indah.

Aku pergi ke MPH bookshop di Subang Parade untuk mencari buku buku diatas, namun tak bejumpa satu pun. Kebanyakan buku yang dijual, pada pendapat aku ditulis oleh penulis muda yang selalunya berkisar tentang cinta (tak habis habis). Dulu aku pernah cuba membaca buku buku ini tapi kualitinya tak ada. Kalau dibandingkan dengan buku buku Pak Hamka, seperti langit dengan bumi (mesej tak ada, bahasa berterabur, jalan cerita jangan cakap lah)

Aku akan terus mencari, mungkin dikedai buku di Pusat Bandar Kuala Lumpur (omputeh panggil KLCC)

Sunday, July 1, 2007

Bahasa yang selalu bertukar nama ....

Zaman mak/apak aku dulu dipanggil Bahasa Melayu kemudian bila aku sekolah dipanggil
Bahasa Malaysia, kemudian entah bila dipanggil Bahasa Melayu; sekarang ni dipanggil Bahasa Malaysia pulak (dah!).

Kalau lah kita ambik makna "Bahasa Jiwa Bangsa" Kita ni bangsa apa agaknya ye? Aku pun dah keliru dah.

Tapi kalau pikir sekali lagi, mungkin betul kita patut tukar nama bahasa kita. Sebab, kalau orang
bandar balik kampung dan pergi bersembang kat kedai kopi, 50% dari orang kampung tu tak
faham apa orang bandar cakap. Ye lah, kebanyakan perkataan dah di ambil dari Bahasa Inggeris
walaupun ada istilah bahasa Melayu. "Perbincangan" dah jadi "diskusi", "mesyuarat" dah jadi "meeting",
dan banyak lagi lah. Sekali dengar, "bahasa Melayu" dah jadi macam bahasa resmi Papua New Guinea - dimana kebanyakan istilah bahasa Ingeris telah menjadi istilah bahasa tersebut!

Kalau lah nenek moyang kita masih hidup, mungkin dia pun dah tak faham dengan "Bahasa Melayu" yang kita pakai!