Wednesday, March 18, 2009

Siapakah Mb Perak Yang Sah Mengikut Undang Undang

Petikan dari: http://hafizbad-kenyataanakhbar.blogspot.com/2009/03/layakkah-dato-seri-nizar-digelar-mb.html

Wednesday, March 18, 2009
Layakkah Dato’ Seri Nizar digelar MB Perak yang sah?
Perkembangan politik di Perak begitu meruncing sejak kebelakangan ini. Hal ini tercetus apabila tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Pakatan Rakyat telah beralih parti dengan mengisytiharkan diri mereka sebagai ADUN Bebas. Mereka terdiri dari Jamaludin Mat Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailani (Changkat Jering) yang kini kedua-duanya menerima tuduhan rasuah di mahkamah serta Hee Yit Foong (Jelapang).

Keadaan menjadi semakin runcing apabila Datuk Zambry Abd Kadir, ADUN Pangkor, diperkenan sultan sebagai Menteri Besar Perak yang ke-11 melalui upacara mengangkat sumpah pada Jumaat lepas di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak. Sungguhpun begitu, Menteri Besar Perak yang dipilih oleh rakyat iaitu Dato’ Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin enggan melepaskan jawatan Menteri Besar Perak dengan alasan beliau masih lagi menyandangnya secara sah mengikut Perlembagaan dan Undang – Undang Tubuh Negeri Perak.

Apabila tercetus peristiwa ini, penulis terpaksa menghabiskan banyak masa di perpustakaan universiti dengan hasrat untuk menyelidik dan mengkaji tentang kebenaran dakwaan dan kenyataan yang dilemparkan oleh Dato’ Seri Mohamad Nizar bahawa beliau masih lagi memegang jawatan sebagai MB Perak dan perlantikan Datuk Zambry adalah tidak sah.

Mengikut prinsip keluhuran perlembagaan, kita sedia maklum bahawa di dalam Fasal 4 Perlembagaan Persekutuan menyatakan perlembagaan merupakan undang – undang tertinggi (supremacy constitution) dan kita wajib menjadikannya sebagai rujukan dan apa sahaja tindakan yang bercanggah dengan perlembagaan maka dianggap sebagai terbatal (void).

Selain itu, kita juga menggunakan prinsip kedaulatan undang – undang. Di Malaysia kita menggunakan konsep undang – undang Westminster yang aplikasinya ialah ‘binding precedent’ iaitu kes – kes sekarang akan dihakimi mengikut kes – kes terdahulu. Sebarang pertikaian di dalam mahkamah, hakim akan merujuk kepada keputusan kes – kes terdahulu (stare decisis). Oleh itu, dalam merungkai masalah MB Perak penulis melalui kacamata sebagai mahasiswa akan berbincang mengikut keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang – undang.

Mengikut Jadual Lapan Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 1 (2) menyatakan iaitu Sultan mempunyai hak untuk melantik Menteri Besar. Walaubagaimanapun, Jadual Lapan tidak menyatakan hak Sultan untuk memecat jawatan Menteri Besar. Tetapi telah disebut Perkara 2 (6) bahawa sekiranya Menteri Besar tidak lagi mendapat mandat kepercayaan daripada majoriti ADUN barulah Menteri Besar meletakkan jawatan dan Menteri Besar juga bolehlah memohon perkenan Sultan untuk membubarkan DUN sekiranya dirasakan perlu. Jelas di sini bahawa perlembagaan telah menyatakan bahawa MB akan hilang kelayakannya sekiranya wujud undi tidak percaya. Namun keadaan ini tidak diaplikasikan di Perak dan ternyata lantikan baru MB Perak bertentangan dengan semangat Perlembagaan dan tindakan ini sepatutnya dikira terbatal.

Di samping itu, marilah kita teliti beberapa kes terdahulu yang akan menterjemahkan perlembagaan persekutuan. Di dalam kes Stephen Kalong Ningkan lwn Tun Abang Haji Openg dan Tawi Sli [1966] 2 MLJ 187, Gabenor Sarawak telah menerima surat yang ditandatangani oleh 21 ADUN yang menyatakan mereka tidak lagi memberikan kepercayaan kepada Stephen sebagai Ketua Menteri Sarawak. Walaubagaimanapun Stephen enggan untuk meletak jawatan dan Gabenor mengisytiharkan Stephen meletak jawatan berkuatkuasa serta merta.

Mahkamah telah memutuskan bahawa tandatangan 21 ADUN itu tidak mewakili suara majoriti Dewan Undangan Negeri maka pengisytiharan tersebut dikira tidak sah dan terbatal. Mahkamah juga memutuskan bahawa Gabenor tiada hak untuk melucutkan jawatan sehinggalah diadakan dan dilihat majoriti undi tidak percaya kepada Ketua Menteri. Keputusan mahkamah ini wajar diikut oleh mana – mana pemerintah negara kita yang menyanjung tinggi kedaulatan undang – undang.

Selain itu, di dalam kes Tun Datu Haji Mustapa bin Datu Harun lwn Tun Datuk Haji Mohamad Adnan Robert, Yang Dipertua Sabah dan Datuk Joseph Pairin Kitingan (No2) [1986] 2 MLJ 420, situasinya hampir sama dalam kes sebelum ini dan mahkamah memutuskan bahawa sekiranya Ketua Menteri Sabah (KM) enggan meletak jawatan maka telah menjadi tanggungjawab kepada sidang DUN untuk meluluskan undi tidak percaya kepadanya atau beliau sendiri boleh memohon kepada Yang Dipertua Negeri untuk membubarkan DUN atau meletakkan jawatan. Maka keputusan untuk melucutkan jawatan bukanlah hak mutlak Yang Dipertua Negeri sehinggalah KM itu diisytiharkan melalui kelulusan sidang DUN.

Hal ini juga dijelaskan di dalam buku Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan di Malaysia yang ditulis oleh Tun Salleh Abbas, mantan Ketua Hakim Negara bahawa jika menteri besar atau ketua menteri yang tidak lagi mendapat mandat kepercayaan lebih dari separuh ahli DUN, maka beliau dan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hendaklah meletak jawatan melainkan atas permintaan Menteri Besar atau Ketua Menteri DUN dibubarkan oleh raja supaya diadakan satu pilihanraya. Selain itu, di dalam buku Mengenal Perlembagan Persekutuan yang ditulis oleh Tun Mohamed Suffian bin Hashim, yang juga merupakan mantan Ketua Hakim Negara menyebut bahawa Raja atau Yang Dipertua Negeri mempunyai kuasa untuk perkenan ataupun tidak terhadap Ahli Majlis Mesyuarat Negeri selain dari Ketua Menteri atau Menteri Besar. Maka kita dapat fahami bahawa Raja atau Yang Dipertua Negeri hanya mempunyai hak untuk menggugurkan jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tetapi tidak mempunyai hak yang sama pada Menteri Besar atau Ketua Menteri. Oleh itu, tindakan terhadap Dato’ Seri Nizar dianggap sebagai melampaui bidang kuasa (ultra vires).

Di samping itu, di dalam kes Datuk Amir Kahar bin Tun datu Haji Mustapha lwn Tun Mohd Said Keruak Yang Dipertua Negeri Sabah & lain – lain [1995] 1 MLJ 169 telah diputuskan bahawa perletakan jawatan oleh Ketua Menteri atau Menteri Besar merupakan perletakkan jawatan kepada seluruh entiti Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Justeru, tindakan Dato’ Seri Nizar yang tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar bermakna kedudukan seluruh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri masih lagi sah dan diiktiraf sehinggalah wujudnya undi tidak percaya kepada kerajaan yang sedia ada sekarang.

Secara tuntas, kita dapat memahami bahawa situasi dan kondisi di Perak kini hampir sama kepada senario yang berlaku di dalam kes dan fakta yang disebut sebelum ini. Persoalan sama ada layak atau tidak Dato’ Seri Nizar diiktiraf sebagai MB Perak yang sah akan ditentukan melalui perlembagaan dan kes – kes mahkamah. Sungguhpun begitu, penulis berpandangan bahawa perlantikan Datuk Zambry Abd Kadir sebagai MB yang baru sebagai tidak sah berdasarkan kepada keputusan mahkamah dalam kes-kes ini dan bertentangan semangat perlembagaan. Amat wajar dan betul tindakan Dato’ Seri Nizar mempertahankan jawatannya kerana beliau berdiri di belakang perlembagaan dan menjunjung tinggi keluhuran perlembagaan.

Penulis juga melihat media perdana sengaja memutarkan belitkan fakta dengan menzahirkan seakan peribadi Dato’ Seri Nizar menderhaka kepada sultan sedangkan beliau menyokong dan menjunjung sepenuhnya prinsip kesetiaan kepada Raja. Sebagai mewakili mahasiswa, penulis berharap masalah ini dapat diselesaikan secara harmoni dan keadilan perlu diletakkan pada tempatnya. Mahasiswa juga menyokong kepada keputusan yang adil bakal diputuskan oleh mahkamah.

Namun mahasiswa mengharapkan agar masalah di Perak tidak berlanjut hingga ke Mahkamah dan mengheret bersama istana ke kancah politik. Mahasiswa sentiasa menyokong dan mendokong serta taat dan setia kepada keadilan Sultan. Apa yang diharapkan agar Sultan Perak dapat mempertimbangkan hak baginda untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri dan seterusnya memberi hak kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang sah dan berkebajikan. Kita tidak mahu sebarang keputusan yang dibuat menzalimi sesuatu pihak semata – mata untuk mengaburi mata pihak lain.
Posted by Hafizbad at 1:08 PM
Labels: Isu Nasional

Saturday, March 7, 2009

Cerita Politik dan Keluarga ku

Dimasa aku ditingkatan 3 di sekolah Menengah Datuk Abdul Rahman Yaakub (SMDARY) Bota Kanan, aku dipilih untuk menghadiri satu majlis yang diaturkan oleh cikgu sekolah yang "Ultra Nasionalis - GPMS). Majlis ini rasmikan oleh Abdullah Ahmad Badawi. Aku tak tahu pun itu majlis apa, cuma cikgu kata kena pergi, aku pun pergilah. Pergi dengan fikiran yang "innocent". Sebelum Badawi berucap, beberapa cikgu berucap dengan penuh berapi rapi - Melayu, Melayu, Melayu! Kami juga diajar lagu anak kecil main api. memanglah selepas dibasuh otak dengan Melayu, Melayu, Melayu, bila dengar lagi "anak kecil main api" bukan main berapi semangat! Meremang bulu roma! Kemudian, Badawi dijemput berucap. Seingat aku, ucapan Badawi adalah biasa saja, tiada pun unsur unsur "Ultra Nasionalis Melayu". Selepas majlis itu, akupun menjadi nasionalis tak rasmi. Pantang sebut Melayu - mulalah meremang bulu roma! Aku kekal dengan semangat nasionalis ini sampailah aku diuniversiti. Aku memang peminat Amwar nombor satu. Tapi aku taklah taksub sangat. Masih lagi berfikiran terbuka. Masa kat oversea dulu aku bercampur dengan semua kelompok - puak MSA (Malaysia Student Association - baca UMNO) dan puak tok lebai (baca - PAS). Tapi dalam hati masih lagi tidak percaya dengan ideologi PAS - tag line aku masa itu ialah "jangan cakap saja tentang negara Islam - tunjuk kan macam mana negara Islam yang diperjuangkan PAS". Mungkin kerana terpengaruh dengan proganda akhbar akhbar kerajaan dan mungkin kerana sentiasa di basuh otak oleh pihak JPA. Cuma setelah berlaku krisis Anwar Mahathir, aku sangat marah dengan permainan kotor mahathir dan sampai kini "berkerat rotan, berpatah arang" dengan UMNO. Sampai aku berpesan dengan anak anak aku, "Ayah lebih rela korang masuk parti komunis dari menjadi ahli UMNO!"

Keluarga aku memeluk bermacam macam pahaman politik. Ayah angkat aku (juga atuk saudara aku) Adalah orang kuat UMNO. Nasionalis nombor satu. Pantang saja kutuk Umno, merah biji mata, boleh pecah meja kena hentak! Atuk angkat aku pulak orang kuat PAS, pantang orang cabar PAS, boleh berhujah berjam jam. Bapak Saudara aku pulak lebih cenderung kepada DAP (lepas pencen dia kepit harakah kehulu kehilir) - mungkin kerana beliau banyak mengembara jadi mindanya lebih terbuka. Bila bapak saudara aku balik kampung, dia suka mengusik ayah angkat aku. Saja suka nak buat orang tua tu marah. Mereka boleh berhujah sehari semalam! Aku cuma pendengar yang setia - Suka mendengar hujah hujah mereka. Kadang kadang kelakar. Yang peliknya, walaupun dah hentak meja, merah biji mata, tegang urat leher, tak ada pula mereka bergaduh. Lepas habis berhujah, mereka seperti biasa, masih rapat. Masih mengambil berat. Bapa kandung aku adalah pragmatis. Tidak terlalu taksub dengan mana mana parti. Bapa lebih kepada siapa calunnya - PAS ke, UMNO ke, janji calun tu "baik", peramah, rajin tulang semasa kenduri kendara dan tidak "berat mulut" calun itulah yang akan dapat undinya.

Dengar cerita, dulu (masa aku kecil" apak orang PAS, kemudian selepas calun PAS Hassan Gera menang diParit (tak tahu tahun berapa) apak lebih cenderung kepada UMNO. Katanya, Hassan Gera tu cuma pandai berpantun saja!

Apak aku ni orang nya "cool" dan tidak pernah memaksa kami untuk apa apa saja. Dari hal kawin, sampailah kepada hal politik. Apak memang nya memberi kami kebebasan untuk memilih. Masa aku nak kawin dulu bapak kata (dengan loghat Parit) " Kome nak kawin, kome cari sendighi, kalo aku caghi nanti ade aje yang tak kene nanti, jumpe satu hal, nanti kome salahkan aku. lagi pun bukan aku yang nak meluknye, kome juge!) Begitu juga dalam politik. Aku selalu "berkempen" dengan bapa aku tentang kebejatan UMNO bila aku balik kampung. Bila ada peluang saja, mesti aku bersyarah tentang politik dan semestinya kebejatan UMNO. Tapi bapa seperti selalu buat "bodoh" saja. Setelah puas aku berhujah, bapa akan berkata "mane suke kome le, kome dah besor, mane mane kome nak pangkah kome pangkah le". Tapi aku masih tak putus asa nak mengeluarkan bapa dari UMNO! Kalau dulu aku banyak membebel, tapi kini aku tukar strateji - aku akan bawa balik majalah majalah dan akhbar akhbar yang pro-pembangkang. Aku rasa pilihan raya tahun 1999(?) dulu seisi keluarga aku mengundi PAS (saja aku tanya apak dan arwah emak - ngundi sape? Apak dan emak jawap - kali ini keme beralih angin! - Paham lah aku maksudnya). Aku juga rasa, selain faktor Anwar, mereka mengundi PAS sebab masa dekat dekat nak ngundi tu, apak, arwah mak dan mak angkat aku, berada dirumah aku diKL. Kebetulan kat rumah aku banyak majalah majalah yang anti-UMNO yang saja aku letakkan dan meja rehat. Lagi pun aku rasa, orang UMNO tak sempat nak rasuah keluarga aku - aku bawa mereka balik kampung pada pagi hari mengundi! Pada tahun lepas, waktu mengundi aku tanya apak, undi siapa? Bapak kata undi adalah rahsia! Seperti biasa, bapak sukar diduga, kat rumahnya ada botol Air UMNO, ada botol Air PAS. Aku syak apak mengundi UMNO sebab bila diumumkan UMNO menaang diParit, terpantul dari mulut apak - hah besok kaya aku!, dapat lagi RM300.00. Rupa rupanya calon UMNO (yang juga saudara dekat apak) telah merasuah apak! Besoknya aku membebel kat apak - ape le, harga orang Melayu ni cuma RM 500.00 saja! Deme bagi kat bapak RM 500.00, tapi mereka sapu duit kite berjuta juta RM! Seperti biasa, apak membuat aku terbakar - dia buat "bodoh" saja! Dalam hati aku yang terbakar, rasa nak cakap kat apak - lepas ini tak payah lagi aku bagi duit bulan bulan untuk apak, mintak aje kat calon UMNO tu! Tapi cuma dalam hati saja - takut derhaka.

Kini aku bukan ahli PAS, bukan ahli PKR, bukan ahli DAP. Aku cuma seorang ahli ABU - ASAL BUKAN UMNO! Macam kat cerita P. Ramlee - Pantang tok nenek aku (sokong UMNO!)

Friday, March 6, 2009

Hormat Hormat hormat hormat .....

Hari ini ada seorang Raja dari negeri antah berantah yang berkata orang Melayu dah pandai biadap. Dah pandai kurang ajar pada raja. Dah hilang hormat. Dah hilang sopan santun. Dan banyak lagi yang hilang!

Pelik juga ye. Kenapa agaknya orang Melayu dah pandai memberontak sekarang. kenapa ornag Melayu dah tak hormat pada UMNO dan pada raja raja ye? Kalu buat tesis ni boleh dapat PHD kot? Kenapalah ngok sangat puak puak ni? Benda mudah ni pun dah tak paham?

Sebabnya adalah, orang Melayu dah tak duduk dibawah tempurung lagi. Fikiran orang melayu muda dah merdeka. Mereka tak lagi percaya pada benda mengarut kononnya raja raja mereka berdarah biru. Mereka dah tak percaya pada benda yang bernama tulah lagi. Mereka dah tidak membaca akhbar akhbar yang layak jadi bungkus belacan lagi. Mereka dah nak muntah membaca dan melihat propaganda murahan dari media media gerombolan!. Muak! Nak muntah, wek wek wek .....dengan media media pengampu nombor satu ini. Orang melayu lebih percayakan blog. Orang Melayu dah pandai baca The straits times. Dah pandai tengok Aljazeera. jadi mereka dapat menilai dan melihat tabiat gerombolan ini dan juga perangai raja raja mereka. Puak puak yang cakap tak serupa bikin. Yang kalau waktu Maulud nabi, bukan main suruh ikut nabi. Tapi bila masa lain perangai mengalahkan babi .....

Jadi kalau puak puak ini mahu mereka dihormati dan disantuni, wajarlah mereka ini menghormati diri mereka dahulu. Mereka perlu menjadi Melayu Muslim sejati. Yang bukan bercakap berdegar degar tapi lepas itu raba bontot perempuam dalam kelab! kalau jadi pemimpin, jangan rasuah, jangan kroni, kena adil, jangan fitnah, jangan rampas hak orang, jangan aniaya orang Asli, jangan membebankan rakyat, jangan berzina, jangan berjudi, .... Kalau jadi raja, jadilah raja yang peka kepada keadaan rakyat, tahu tentang kesusahan rakyat, berani menegur gerombolan yang rasuah, jadi ketua agama Islam yang betul betul paham tentang Islam, yang belajar mengaji dengan tok tok guru, menghormati kehedak rakyat, tidak berat sebelah dan hidup bersederhana.
barulah rakyat tabik. Barulah rakyat hormat. Barulah rakyat sayang ....

Jadi, kalau puak puak ni tak berubah, seiring dengan perubahan dunia, tidak mustahil satu masa nanti, bak kata nenek aku dulu, "kena toggeng ponggong kat orang". Dalam bahasa modennya, Dah Tak Relevan!

Wednesday, March 4, 2009

PENGHORMATAN BUKAN DIPAKSA

EHSAN DARI HISHAMUDDIN RAIS - TUKAR TIUB

PENGHORMATAN BUKAN DIPAKSA

Penghormatan di beri bukan diminta-minta. Individu dihormati bukan kerana paksaan undang-undang atau akta. Kalau ada sesiapa tidak ingin menghormati Tuan, Mador, Ketua Pejabat, Cikgu atau Raja - tidak ada apa-apa yang boleh di lakukan. Menangkap, merotan atau di masukkan ke dalam penjara - tidak akan melahirkan apa-apa penghormatan.

Che Guevera di hormati oleh anak-anak muda diseluruh dunia bukan kerana ada undang-undang dari Bangsa Bangsa Bersatu atau ada arahan dari IMF atau Mahkamah Dunia. Che diberi penghormatan kerana hati naluri anak-anak muda mahu menghormati. Che Guevera tidak pernah meminta-minta penghormatan ini kerana dia telah lama mati.

Penghormatan yang ditimbulkan melalui undang-undang, kuasa atau pangkat bukan penghormatan – ini penghormatan yang pura-pura. Mahathir satu ketika dahulu di hormati kerana dapat memberi habuan kontrek. Malah Mahathir sendiri sedar hingga dia membebel sesudah kalah untuk menjadi delegasi Kubang Pasu ke Perhimpunan United Malays National Organisation pada tahun 2006 dahulu. Dia membebel kerana tidak ada lagi orang yang datang mencium tangannya.

Lihat pula Abdullah Badawi – belum pun tamat menjadi PM – kerana tanda tangannya tidak lagi laku - tidak mendatangkan kontrek – tidak ramai menteri dan para pembodek yang datang berhari raya di Kepala Batas tahun lalu.

Berilah apa sahaja nama dan darjah penghormatan – dari Tun , Tan atau Tin.– ianya hanya tin-tin yang kosong tidak membawa apa-apa pengertian. Pakaikan baju kuning, merah atau kelabu – pasangkan lah tanjak tujuh tingkat – semuanya tidak ada makna. Hormat datang dari hati.

Pada tahun 1964 Jean Paul Sartre dianugerah Hadiah Nobel Sastera. Dia tidak pun datang mengambil hadiah ini malah Sartre langsung tidak ambil pot. Dia menolak penghormatan yang mengada-ada. Tetapi idea dan falsafah Jean Paul Sartre masih mengegarkan dunia. Idea dan falsafah inilah yang dinobatkan untuk dihormati dari segala bentuk penghormatan yang pura-pura.

Bagitu juga Le Duc Tho yang mendapat Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 1973. Dia juga tidak pergi ke Stockholm untuk mengambilnya. Hingga ke hari ini Duc Tho masih di hormati dan diingati sebagai patriot Vietnam yang merangka dan membuka jalan damai untuk negaranya pada tahun 1972.

Justeru apabila ada gerombolan gerombolan yang meloncat mengambur meminta dan memaksa orang ramai agar menghormati raja maka permintaan ini kelihaatan sebagai lawak bodoh. Meminta di hormati, memaksa di hormati atau melembagakan penghormatan bukan penghormatan namanya. Penghormatan datang secara sukarela dari hati suci yang ikhlas dan jujur. Penghormatan yang suci bukan kerana upah, dipaksa, atau dijanjikan dengan pangkat dan kontrek.

Kalau seorang anak sekolah ditarik telinga dan di paksa menghormati Guru Besarnya maka untuk beberapa saat ( ketika telinganya sakit ) mungkin anak sekolah ini akan berkata bahawa dia menghormati si Guru Besar. Terlepas sahaja telinganya dari di pulas, anak sekolah ini bukan sahaja tidak akan menghormati si Guru Besar ini malah besar kemungkinan si Guru Besar akan di baling dengan najis. Ini hakikat.

Bila saya menulis ini - kita telah masuk ke bulan March 2009. Cerita-cerita karut tentang daulat raja, tulah raja, jampi raja – semuanya tidak di percayai lagi. Anak-anak muda hari ini tidak lagi gempaq dengan daulat raja – mereka gempaq dengan penyanyi rock n roll. Anak muda hari ini akan gempaq dengan pemain bola, pemusik, pelakon, pengodam internet atau pembawa kounter culture yang melawan arus. Ini hakikat bukan sahaja di Malaysia malah inilah jalur pemikiran anak muda di seluruh dunia.

Pergi lawati bilik anak muda – tidak mungkin akan di temui gambar Sultan, Raja atau Shah di dinding bilik. Besar kemungkinan akan di temui gambar sebuah kugiran rock, wajah seorang rock star atau mungkin poster Che Guevera. Belum pernah ada dalam dunia ini seorang anak muda yang akan bergadai bergolok untuk mendapatkan baju T gambar seorang Raja – tetapi mereka sanggup ke E-bay untuk membida baju arwah John Lennon yang ori. Ini hakikat kerana kerana kita telah sampai ke tahun 2009.

Raja Moroko, Ratu Elizebeth, Sultan Berunai, Raja Abdulah al-Saud atau Sultan Perak - jika tidak kerana protokol – jika pegawai-pegawai kerajaan tidak di arahkan, jika anak-anak sekolah tidak di paksa - dewan akan kosong. Tidak akan ada ramai orang yang datang memenuhi dewan untuk mendengar susuk-susuk ini berucap.

Sampai kiamat pun anak-anak muda tidak akan membayar harga tiket 200 ratu ringgit untuk mendengar mereka membebel. Tetapi anak-anak muda sanggup turun ke Singapura atau naik ke Bangkok untuk mendengar sebuah rock band datang bermain. Raja Gopal, Raja Kapoor atau Raja Perak, harus sedar diri, pada hari ini tidak ramai lagi orang yang ambil pot kerana nama mereka bermula dengan raja. Ini hakikat tahun 2009.

Masyarakat urban tidak lagi mencari makan dari hasil tanah. Mereka memburuh. Mereka membanting tulang di kilang dan di pabrik. Apabila mereka meninggalkan tanah, berhijrah ke bandar bererti mereka telah memutuskan hubungan dengan budaya feudal. Masyarakat urban melahirkan budaya mereka sendiri – budaya dan gaya hidup yang tidak lagi bergantung kepada raja atau sultan. Dalam budaya urban sistem feudal tidak memainkan peranan.

Memang ada wujud kumpulan kumpulan yang masih menganggap kaum feudal itu wajib dihormati kerana darah keturunan mereka. Kumpulan ini adalah mereka yang ingin menahan gerak dan arus pembudayaan dunia moden hari ini. Malah di Peranchis, sebuah negara Republik masih ada warga yang cuba membawa kembali sistem Beraja di Peranchis. Mereka bernostalgia terhadap zaman feudal yang telah terkambus.

Di Tanah Melayu juga masih ada kumpulan dan gerombolan yang percaya dengan ‘daulat’ raja. Sebenarnya, ini berlaku kerana kepentingan ekonomi mereka bergayut dengan kaum feudal. Mereka ingin memastikan yang kepentingan ekonomi mereka akan dapat dipayungi oleh kaum feudal. Justeru, mereka sanggup membeli derajat kebesaran agar mereka dapat juga dilihat ‘besar’.

Hakikanya - kumpulan dan gerombolan pro-feudal ini dari sehari ke sehari semakin berkurangan. Pengurangan kumpulan dan gerombolan ini bukan di rancang. Pengurangan ini muncul dengan sendiri kerana asas ekonomi telah berubah.

Dalam konteks asas ekonomi kapitalis moden - keupayaan individu dinobatkan bukan kerana darah keturunan. Barack Obama, Micheal Jackson atau Colin Powell berada ditempat mereka berada hari ini bukan kerana mereka cucu kepada Raja Buganda dari Afrika tetapi kerana fikrah dan keilmuan mereka. Ini hakikat.

Ini bukan bermakna kita tidak meghormati Raja Gopal, Raja Kapoor atau Raja Perak. Sebagai sesama insan kita wajib menghormati satu sama lain. Kita juga wajib beradab dan bersopan terhadap mereka. Penghormatan, adab sopan yang kita tunjukkan kepada mereka bukan kerana mereka Raja. Mereka berhak menerima penghormatan dari kita jika mereka memiliki keintelektualan dan fikrah yang unggul.

Perhormatan yang ikhlas dan dilakukan secara sukarela tidak berhujung dan tidak bernoktah. Seperti Che Guevera dari zaman berzaman susuk ini akan terus di muliakan walau pun telah lama mati. Tidak seperti Mahathir yang terpaksa membebel untuk di hormati. Atau seperti Ghazali Shafie atau Muhamad Rahmat yang seperti tunggul pergi tersepak dan pulang terlanggar.(TT)