Friday, August 21, 2009

Nik Aziz atau Muhyiddin Yang kena Bertaubat?

Satu lagi polemik murahan dari Muhyiddin. Muhyiddin suruh Tok Guru bertaubat. Masuk akalkah? Seorang yang hidupnya jujur, yang sentiasa memikirkan tentang Islam dan yang sentiasa mengajar agama kepada rakyat, yang menghasilkan buku buku Islam dan yang sentiasa menyuruh manusia patuh kepada perintah Allah disuruh bertaubat? Muhyiddin ni memang dah habis modal kot?

Tak taulah orang UMNO ni. Mungkin sesetengahnya macam yang disebut dalam Quran, diberi mata, tak dapat melihat, diberi telinga tapi tidak mendengar! Kaedah Islam ini mudah saja, kalau nak tahu yang benar dari yang salah - adakan debat. Supaya terungkap yang hak dari yang batil.

Apa yang sedihnya ialah prosess meng"UMNO"kan segala galanya diMalaysia. Bermula dengan institusi raja, Polis, tentera, MACC dan yang terbaru ialah para mufti! Orang orang yang sepatutnya menjaga Islam, yang sepatutnya mengeluarkan fatwa kepada perkara perkara besar seperti seperti ISA, politik wang dan sebagainya, masih lagi sanggup dipergunakan oleh sebuah parti seperti UMNO.

Sila baca petikan dibawah - penjelasan isu ini oleh Tok Guru. Selapas itu, bolehlah Muhyiddin bertaubat!

Putar Belit: Tuan Guru Nik Aziz Mahu Saman Akhbar!
post info
By Anwar Ibrahim
Categories: Sidenotes
0 Comments

nukilan Annual Bakhri Haron

Mengikuti penjelasan balas Tok Guru Nik Abdul Aziz semasa menangani isu “ahli Umno tak masuk Syurga” cukup menarik. Ia seakan-akan atau hampir seiras dengan hantaran “peluru buatan” yang diletupkan kepada khalayak sebelum ini iaitu “cakap saya( Nik Aziz) mesti didengar” (Utusan Malaysia, Jun 2009) yang berakhir dengan permohonan maaf secara terbuka oleh akhbar ejen Umno itu. Ramai pemerhati meramalkan fitnah dan putar belit dalam pusingan ini mungkin boleh berakhir secara “sad ending” juga. Ini mudah dijangka sebaik saja meneliti reaksi Timbalan Presiden Umno yang melatah diluar dari sukatan.

Anehnya, cukup dengan satu signal bahawa Majlis Fatwa perlu membuat keputusan yang dikeluarkan oleh Muhyidin Yasin pada pagi 19 Ogos 2009, pada keesokan harinya yakni pada 20 Ogos 2009, pihak Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan “bahawa kenyataan Menteri Besar Kelantan (Nik Abdul Aziz itu) salah dan seleweng”. (Berita Harian, muka depan, 20 Ogos 2009). Amboi, segeranya !

Tidakkah terfikir oleh para Mufti kita yang menganggotai Majlis Fatwa untuk meneliti terlebih dahulu apa yang sebenarnya diucapkan oleh Menteri Besar Kelantan sewaktu sidang akhbar, selepas proses penamaan calon pada 17 Ogos itu ? Kandungan bunyinya adalah seperti berikut:

‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO.


‘‘Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ (Sumber: Utusan Malaysia, muka depan 21 Ogos 2009). Di peringkat ini, bolehkah agaknya jika saya bertanya samada Majlis Fatwa telah membaca transkrip ini sebelum memutuskan bahawa Mursyidul Am PAS telah salah dan seleweng?

Mari kita cuba baca buat kali kedua dan seterusnya jika masih kurang jelas. Kemudian, jika perlu mentelaah, bukalah buku-buku yang ditulis oleh Yusuf Al-Qardhawi atau Syed Naquib Al-Attas mengenai Islam, nasionalisme dan sekularisme. Tolak jauh-jauh pengaruh emosi. Gunakan aqal, iman dan taqwa sepenuhnya dalam semangat objektiviti yang sehabis murni untuk menilai letak duduknya kata-kata ini. Bersifat cerewet dan teliti, mana yang kononnya Nik Aziz itu telah memborong bahawa semua ahli Umno tak masuk syurga? Mana pula perkataan yang kononnya Nik Aziz itu telah menyamakan Islam Umno itu dengan Islam cara Palestin? Ini sah fitnah. Fitnah !

Dalam hubungan ini,tidakkah pula terlintas kepada pihak Majlis Fatwa untuk meneliti kandungan penjelasan Menteri Besar Kelantan yang telah dibuat pada 18 Ogos 2009 yakni satu hari selepasnya terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pendirian? Ia ada dikeluarkan oleh TV3 sebahagiannya pada malam itu juga dan Astro Awani pada malam yang sama. Inilah apa yang dikatakan orang, pentingnya kita untuk tidak tergopoh-gapah, banyakkan bersabar, bertenang, dan lebih berfikir dalam berzikir. Apa gunanya terlalu cepat jika boleh membawa silap !

Untuk bersifat adil kepada semua yang tidak mempunyai Internet atau tidak melanggani Astro termasuk Majlis Fatwa demi meneliti apa yang sebenar dan sebetulnya diucap oleh Mursyidul Am PAS, izinkan saya membuat kutipan dari jawapan beliau secara verbatim. Dalam siaran yang telah dimuatkan ke dalam “youtube”, ia sepenuhnya berbunyi seperti berikut:

“ Saya nak sebutlah mula-mula sekalinya, saya baca dua buah akhbar perdana hari ini dan ada perkataan Palestin. saya nafi sekeras-kerasnya. ini nak melaga-lagakan saya dengan Palestin pula. tak betul. siapa dia yang buat kerja ini, wallahhua’lam.

Yang keduanya perkataan “ahli umno tak masuk syurga.” saya tak biasa guna ahli umno, saya guna penyokong umno. ahli lain, penyokong lain.

Yang ketiganya, memang mana-mana orang Islam yang asingkan iman daripada islam tidak akan masuk syurga. Orang yang asingkan iman dengan islam yakni yang berpada dengan islam sahaja tanpa iman, mustahil (akan) masuk syurga. Sebab itu, Quran menetapkan perkataan ikhlas. Ikhlas dan iman lebih kurang sama. jadi “wama umiru illa liya’ budullah hamukhlisin” , tidak ada benda yang aku suruh kepada manusia kecuali satu,(iaitu) mengabdi kepada aku dengan ikhlas. ikhlas ini (perkara yang) terlibat dengan hati. Hatilah tempat duduk iman.

Jadi, mana-mana gerakan orang Islam yang hanya mementingkan Islam sahaja, tanpa iman, mustahil masuk syurga. Itu yang saya kata hari ini. jadi ini bukan fatwa baru. Surat khabar sebut fatwa baru Nik Aziz. Itu mengumpat kita panggil. Nak melaga-lagakan (dan bersifat) mengumpat, itu bukan fatwa baru.

Di zaman Nabi Muhammad SAW sendiri masih hidup lagi pun, sudah ada orang yang hendak mengasingkan Islam dengan iman iaitu Abdullah bin Ubai. Abdullah bin Ubai ini bersembahyang bersama dengan Nabi, dengar ceramah Nabi bahkan keluar berperang bersama dengan Nabi dan mengaminkan doa bersama Nabi.

Tapi dia senyap-senyap dia buat satu gerakan lain dan dia buat sebuah masjid. Dalam Quran sebut benda ini “dhirar “. Masjid itu akan dibakar. Diruntuhkan dibakar, kerana apa ? Ini kerana usaha dia hendak mengasingkan berpada dengan Islam tidak mahu bersertakan dengan iman. Ini tidak boleh. sekular sebut islam tak apa la. Tak tahu iman dimana. Itu sekular. Islam tidak begitu. Islam ini komponen bagi iman . Islam mengajar kita (supaya kita) mesti sebatikan Islam dengan iman, sebagaimana sebatinya tubuh dengan roh. Tubuh kita ni sebati dengan roh.

Itu agak saya tahu dah. Otak umno dan otak orang PAS sama saja. Sama bodoh sama cerdik belaka. Tapi nak buat modal ni dalam pilihanraya (Permatang Pasir) ini kerja bodoh orang panggil. Nak tunjuk kebodohan kita dalam berpolitik. Sebab itu saya kata nak bersatu PAS dengan UMNO tak ada cara lain, daripada hanya UMNO tukar dasar daripada kebangsaan kepada Islam, itu baru bersatu. Ketika itu tak tahu PAS dimana UMNO dimana, Melayu muslim belaka, muslim yang mukmin. dengan cara lain, perpaduan dengan pakatan (kerajaan perpaduan), tak usah lah. Kami dah serik dah.

Soalan press : kalau dia tarik balik ?

Tok Guru : Terserah kepada lawyer lah. Lawyer pandai lah buat, kalu dia mintak maaf. mintak maaf jadi begitu, tak mintak maaf jadi begini.

Yang akhir sekali saya nak sebut, ialah tolong merdekakan fikiran kita daripada menjadi pak turut manusia kepada pak turut Nabi Muhammad. Tolong merdekakan fikiran kita daripada menjadi pak turut sesama manusia. Turut orang Eropah manusia juga .
Turut orang putih manusia juga. Tolong merdekakan jadi pak turut manusia sama manusia kepada menjadi pak turut Nabi Muhammad saw. Kerana Nabi Muhammad (saw) ini orang kalu kira orang engineer yang bertauliah. Bukan nak baiki kereta, bukan nak baiki motor, tapi nak baiki manusia. tak ada orang boleh baiki manusia selain daripada golongan Nabi-Nabi dan Nabi Muhammad (saw) ini adalah Nabi. Baginda ialah engineer bertauliah daripada Allah swt. Apa saja kerosakan manusia, kita kena tanya Nabi Muhammad (saw).

Menyentuh tentang Mufti Perak, sepatutnya sebelum seorang mufti membuat kenyataan kalau boleh tanya saya dulu. Tanya tuan punya cakap. Tak boleh kita turut surat khabar. Surat khabar hari ini (adalah) surat khabar arus perdana. Ia surat khabar UMNO. Jadi, macam mana kita nak buat kenyataan berdasarkan apa yang surat khabar (paparkan).”

[ Kenyataan akhbar Tuan Guru Dato’ Menteri Besar di Pejabat Menteri Besar, Kota Darul Naim, Kota Bharu, Kelantan, bertarikh 27 syaaban 1430/18 Ogos 2009. (Selasa) ]

Bagi Tuan Guru, beliau tiada masalah untuk meneliti fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang menjatuhkan hukuman ke atas beliau sebagai bersalah. Bahkan,beliau menegaskan bahawa jika Majlis itu perlukan penjelasan, mereka boleh menulis surat atau datang sendiri untuk bertanya khabar demi mendapatkan penjelasan dan mencari kebenaran. Walaubagaimanapun, seperti yang beliau terasa terkilan dengan sikap mufti Perak, maka begitulah juga dengan sikap Majlis Fatwa yang menggunakan akhbar perdana sebagai satu-satunya sandaran primer, yang seterusnya hanya kembali kepada satu keputusan yang diambil kira-kira lapan tahun yang lalu iaitu pada 23 Mac 2001. Bahkan Nik Abdul Aziz turut menegaskan dalam sidang akhbar beliau dalam isu ini pada 20 Ogos 2009 di Pejabat Menteri Besar iaitu beliau sedia untuk menyertai perbincangan ilmiah atas perkara ini jika Majlis Fatwa masih merasakan ia perlukan penjelasan. “Demi mencari kebenaran, saya bersedia untuk berdepan dalam semangat dakwah, insyaAllah”, tegas beliau.

Sementara itu, dalam perkembangan yang sama, ada satu lagi berita dari Bernama online diatas tajuk “Penduduk Permatang Pasir jangan emosi” pada 20 Ogos 2009. Berita ini, saya kira perlu dipandang serius dan perlu difatwakan oleh Majlis Fatwa. Dalam berita itu, Bernama memetik Timbalan Presiden UMNO sebagai berkata bahawa “Beliau (Muhyiddin) menyelar kenyataan Mursidul Am PAS dengan menegaskan bahawa “Ini soal politik. Bila politik dicampur aduk dengan agama…bahaya” (Sumber: Bernama online, 20 Ogos 2009)

Jika tidak silap saya, pegangan yang memisahkan agama dari politik ini disebut jumhur ulama’ sebagai faham sekular. Dalam konteks ini, jika Majlis Fatwa boleh bertindak sedemikian segera atas kenyataan Tok Guru Nik Aziz, maka tidakkah Majlis yang sama berhasrat mengeluarkan apa-apa fatwa ke atas Muhyiddin? Jika semalam, bagaikan Superman, Majlis Fatwa boleh terbang sepantas kilat untuk menjengkal muka Tok Guru justeru mematuhi arahan atasan, maka jangan salahkan rakyat jika mereka menunggu reaksi yang sama dari tuan-tuan mufti sekalian. Nyatakanlah. Salah? Tak salah? Seleweng? Tak seleweng? Perlu bertaubat? Tak perlu bertaubat?

Dalam konteks PRK Permatang Pasir, bagi pengundi Islam, mereka tentu ingin merakamkan sokongan mereka kepada sebuah parti Islam yang membawa perjuangan Islam syamil yang sebenar. Mereka tidak sanggup memangkah parti Umno yang mengamalkan Islam dari klon sekular; agama suku dan politik suku. Mana boleh diasingkan iman dengan Islam dan Islam dengan politik? Islam jenis sekular yang diperjuangkan oleh Umno inilah yang Tok Guru namakan sebagai Islam palsu. Sebagaimana adanya wang palsu, rambut palsu atau kad pengenalan palsu; begitu jugalah dengan Islam kacukan. Benda palsu; nampak macam sebenar tetapi ia tetap tidak original. Bagi yang ahli, dia akan tetap tahu membezakan antara bunga hidup dengan bunga plastik. Dengan keadaan tidak tulin itulah timbulnya keraguan. Soalnya bolehkah yang syak itu dibawa untuk mendapatkan anugerah syurga Allah di akhirat kelak? Tok Guru bercakap dari sudut kaedah. Jika buat begini ia boleh jadi begini. Jika tidak sempurna wudhu’, amalan sembahyang tidak diterima. Jika tolak Islam, bermakna kufur. Demikianlah seterusnya. Ini soal kaedah. Orang kufur tidak akan masuk Syurga. Ini bukan soal Tok Guru mendahului Tuhan atau lebih tahu dari Tuhan,wal iyazubillah. Saya percaya, para pengundi Islam di DUN Permatang Pasir secara khusus dan umat Islam pada umumnya boleh dengan mudah memahami persoalan dan mantik di sebalik persoalan ini.

Pendek kata, pada saya, polemik ini menyentuh hanya satu persoalan sahaja iaitu memilih sebuah kemurnian antara Islam asli bawaan Nabi-Nabi dengan Islam sekular yang hanya “menoleh pandangan daripada alam-alam lain yang ghaib kepada alam tabii belaka,dan khusus kepada dunia ini sahaja”(Lihat Al-Risalah,Prof. Muhammad Naquib Al-Attas, halaman:197). Jika kita boleh sama-sama menerima bahawa salah satu wajah utama sekularisme itu ialah faham yang memisahkan agama dari pemerintahan dan ia adalah sesat, maka demikian jualah status letak duduknya mana-mana aliran pemikiran dan isme yang tumbuh dari pasu itu.

Jangan sampai orang boleh hilang hormat terhadap ahli ugama kerana terlalu kerap menukar topi menurut selera elitis kuasa dan para ningrat. Hal ini sering disebut dengan sinis oleh William Shakespeare dalam tulisan beliau berjodol “Much Ado About Nothing.” Beliau mengungkap kira-kira begini. ” He wears his faith but as the fashion of his hat”.

Paling tidak, bersikap jujurlah terhadap ilmu kalaupun tidak malu kepada orang. Sebaik-baiknya, malulah kepada Tuhan.

Annual Bakri Haron

21 Ogos 2009

Thursday, August 13, 2009

UMNO ni kalau berpura pura memang nombor wahid! Kalau putar alam pun bagi lah puak puak ni.

Pada mereka, nak jadi islam ialah keluar tender mahal mahal untuk buat masjaid cantik cantik. Buat bermacam macam pusat - Pusat Islam yang besar besar. Nak tunjuk Islam itu gah.padahal itu semuanya luaran saja.

Kalau nak mengamalkan ajaran Islam, bukan nya buat masjid besar besar dan banyak banyak. Tetapi pastika orang Islam itu tunduk kepada tuntutan Islam. Tututan Islam yang penting selain fardu ain adalah menentang segala yang maksiat. Rasuah itu maksiat. Tidak adil itu maksiat. Bersubahat dalam melakukan kemungkaran itu maksiat.

Tapi lihat parti yang begitu sensitif tentang Islam - mempunyai rekod rasuah yang memang boleh menang "Guiness world record" ketua pemudanya dah sabit rasuah, salah seorang ketua menterinya pun sabit rasuah juga sampai tak boleh bertanding.

Apa yang tak konsistennya tentang Nik Aziz, dari dulu dia tak pernah kata Cina (DAP) tu menghina Islam, sebab mereka tak paham. Nik Aziz cuba perlahan lahan cuba menunjukkan keindahan Islam kepada mereka dan Alhamdullah nampaknya beberapa pemimpin DAP dah lembut dengan Islam. Ada pemimpin DAP menggunakan ayat Quran dalam ucapan mereka. Kalau mereka tak suka Islam memang dah kerja mereka.

Tapi si UMNO ni memang Islam. Tapi dikaitkan dengan benda benda yang Islam tak suka. Rasuah, judi, arak, dan tah apa apa lagi. Nak hudud kata tak sesuai dengan masyarakat Malaysia (UMNO kata, bukan DAP). Nakm ikut sunnah nabi kata zaman nabi tak ada Gillette dan kalau potong tangan nanti habis orang makan sop tangan (Ini orang besar UMNO yang kata).

Dah 50 tahun lebih UMNO memerintah Malaysia. Selain dari buat masjid besar besar dan berbagai pusat, ada UMNO cuba menegakkan hukum Islam?

Jadi kenyataan Muhyidin ini memang pelik. Bukan Nik Aziz yang pelik!

" Isu DAP hina Islam: Muhyiddin hairan pendirian Nik Aziz


MELAKA: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hairan dengan sikap Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang membiarkan segelintir pemimpin DAP menghina Islam.

Beliau berkata sebagai seorang tokoh agama dan ketua kerajaan negeri (Menteri Besar Kelantan), Nik Aziz sepatutnya mempertahankan Islam daripada dihina.

"Saya pun hairan dan takjub (berasa aneh), seorang tokoh agama (Islam) boleh menghalalkan orang lain menghina Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perayaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat Kebangsaan 2009 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas sikap Nik Aziz yang tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana beliau (Nik Aziz) berpendapat parti DAP bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap agama rasmi Persekutuan itu mungkin tidak mendalam.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno berkata perbuatan menghina agama sama ada Islam atau bukan Islam tidak harus dilakukan kerana ia boleh merosakkan kestabilan, keamanan dan keharmonian yang dinikmati selama ini.

"Di Malaysia ini keadaan, situasi negara yang stabil, aman kerana kita menghormati antara lain soal budaya dan agama, kita sudah lama buat, sudah hampir...tak lama lagi 52 tahun negara merdeka, satunya teras ialah menghormati agama, budaya, kaum yang ada dalam negara kita," katanya.

Beliau berkata sekiranya "fatwa" Nik Aziz itu boleh diguna pakai maka akan berlaku huru hara dan akhirnya rosak Malaysia.

"Jadi saya percaya, kalau pun untuk raih sokongan, nak popular, soal Islam tidak boleh dikorban, soal maruah dan martabat agama mesti dipertahankan," katanya.

Katanya PAS bukan sebuah parti yang mempertahankan agama Islam walaupun pemimpin mereka melaungkan slogan membangun bersama Islam.

"Ini yang saya cukup bimbang pemimpin Melayu yang berkata juara pertahankan Islam tetapi dia tidak menunjukkan sikap yang bertanggungjawab, bahaya itu.

"Saya nak beri amaran kepada orang Melayu jangan dengar cakap pemimpin PAS yang cakap tidak serupa bikin, dia kata nak membangun bersama Islam tetapi dia buat halhal yang membawa kesan buruk kepada masyarakat," katanya.

Muhyiddin berkata Nik Aziz yang dikatakan tokoh agama, sepatutnya memberi amaran atau menasihati kalangan pemimpin DAP terbabit supaya jangan menghina Islam.

Beliau yang bimbang dengan kenyataan Nik Aziz itu, berkata hanya Umno dan Barisan Nasional (BN) yang mempertahankan agama.

Sementara itu,di KOTA BAHARU, Majlis Veteran Umno Kelantan berpendapat kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak membantah tindakan pemimpin DAP menghina Islam sebagai tidak konsisten dan lebih kepada kepentingan politik sematamata.

Pengerusinya, Datuk Mohd Rozali Isohak hari ini berkata kenyataan Nik Aziz itu berbeza dengan sebelum ini di mana Menteri Besar Kelantan itu lebih jelas memberi gambaran kepada sesiapa yang menghina Islam perlu diperangi.

"Saya pun tidak faham pegangan Tok Guru (Nik Aziz) sekarang, komen dia tidak konsisten dan ini mengelirukan serta memalukan (Islam)," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Nik Aziz.

Semalam, Nik Aziz dipetik sebagai berkata beliau tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.

Nik Aziz sebaliknya menyalahkan sikap pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam sehingga agama itu tercemar dan telah disalahertikan kesuciannya oleh mereka yang bukan Islam.

Rozali yang juga bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata keengganan PAS bekerjasama dengan Umno dalam menubuhkan kerajaan perpaduan di negara ini juga disebabkan sikap Nik Aziz yang menganggap seolaholah Umno haram di sisi PAS.

"Kalau untuk berbincang dengan Umno bagaikan haram bagi Tok Guru (Nik Aziz), tetapi dengan DAP kata apa sekalipun tidak apa," katanya. BERNAMA"

Tuesday, August 4, 2009

Mentaliti Orang Keris Telanjang

Semasa perhimpunan ISA pada 1 Ogos lepas, aku balik kampung kerana bapa yang sakit. Lebih kurang 5 hari aku di kampung untuk "follow up" dengan doktor yang merawat bapa.

Biasalah, ramai saudara mara yang bertandang kerumah. Diantaranya pak cik aku si polis pencen. Bapa saudara aku ni kira orang berada lah juga. Anak semua lulusan oversea dan semuanya businessman juta juta punya.

Pak cik aku ni suka kemasjid. Jadi kira OK lah, pakai lebai tak lepas lepas. Aku saja malas nak berbincang pasal politik. Sebab aku senang naik angin. Lagi pun sebagai tanda hormat kepada pak cik aku sorang ni. Nak dijadi kan cerita, dia mula bercakap tentang demo anti-ISA. Lebih krang begini lah. " Hai ramai betul orang yang pakai lebai menyertai demo anti-ISA! Kenapa? Kalau tak ada ISA nanti naik minyak lah Cina dan Keling" Aku cuma diam sahaja - kerana pak cik aku ni memeng terkenal sebagai Mr. Serba tau.

Didalam hati aku - ingin aku bertanya kepada pak cik aku - kaum mana yang paling banyak menjadi mangsa ISA? Bukan kan Melayu! Kaum mana yang dibunuh kerana ISA? Bukankah Melayu! Siapa itu Ibrahim Libya? Bukankan Melayu dari Kedah - Cumanya Melayu ini PAS dan bukan UMNO!

Inilah mentaliti orang Melayu - membuat kesimpulan berdasarkan Emosi dan bukan fakta!