Saturday, March 7, 2009

Cerita Politik dan Keluarga ku

Dimasa aku ditingkatan 3 di sekolah Menengah Datuk Abdul Rahman Yaakub (SMDARY) Bota Kanan, aku dipilih untuk menghadiri satu majlis yang diaturkan oleh cikgu sekolah yang "Ultra Nasionalis - GPMS). Majlis ini rasmikan oleh Abdullah Ahmad Badawi. Aku tak tahu pun itu majlis apa, cuma cikgu kata kena pergi, aku pun pergilah. Pergi dengan fikiran yang "innocent". Sebelum Badawi berucap, beberapa cikgu berucap dengan penuh berapi rapi - Melayu, Melayu, Melayu! Kami juga diajar lagu anak kecil main api. memanglah selepas dibasuh otak dengan Melayu, Melayu, Melayu, bila dengar lagi "anak kecil main api" bukan main berapi semangat! Meremang bulu roma! Kemudian, Badawi dijemput berucap. Seingat aku, ucapan Badawi adalah biasa saja, tiada pun unsur unsur "Ultra Nasionalis Melayu". Selepas majlis itu, akupun menjadi nasionalis tak rasmi. Pantang sebut Melayu - mulalah meremang bulu roma! Aku kekal dengan semangat nasionalis ini sampailah aku diuniversiti. Aku memang peminat Amwar nombor satu. Tapi aku taklah taksub sangat. Masih lagi berfikiran terbuka. Masa kat oversea dulu aku bercampur dengan semua kelompok - puak MSA (Malaysia Student Association - baca UMNO) dan puak tok lebai (baca - PAS). Tapi dalam hati masih lagi tidak percaya dengan ideologi PAS - tag line aku masa itu ialah "jangan cakap saja tentang negara Islam - tunjuk kan macam mana negara Islam yang diperjuangkan PAS". Mungkin kerana terpengaruh dengan proganda akhbar akhbar kerajaan dan mungkin kerana sentiasa di basuh otak oleh pihak JPA. Cuma setelah berlaku krisis Anwar Mahathir, aku sangat marah dengan permainan kotor mahathir dan sampai kini "berkerat rotan, berpatah arang" dengan UMNO. Sampai aku berpesan dengan anak anak aku, "Ayah lebih rela korang masuk parti komunis dari menjadi ahli UMNO!"

Keluarga aku memeluk bermacam macam pahaman politik. Ayah angkat aku (juga atuk saudara aku) Adalah orang kuat UMNO. Nasionalis nombor satu. Pantang saja kutuk Umno, merah biji mata, boleh pecah meja kena hentak! Atuk angkat aku pulak orang kuat PAS, pantang orang cabar PAS, boleh berhujah berjam jam. Bapak Saudara aku pulak lebih cenderung kepada DAP (lepas pencen dia kepit harakah kehulu kehilir) - mungkin kerana beliau banyak mengembara jadi mindanya lebih terbuka. Bila bapak saudara aku balik kampung, dia suka mengusik ayah angkat aku. Saja suka nak buat orang tua tu marah. Mereka boleh berhujah sehari semalam! Aku cuma pendengar yang setia - Suka mendengar hujah hujah mereka. Kadang kadang kelakar. Yang peliknya, walaupun dah hentak meja, merah biji mata, tegang urat leher, tak ada pula mereka bergaduh. Lepas habis berhujah, mereka seperti biasa, masih rapat. Masih mengambil berat. Bapa kandung aku adalah pragmatis. Tidak terlalu taksub dengan mana mana parti. Bapa lebih kepada siapa calunnya - PAS ke, UMNO ke, janji calun tu "baik", peramah, rajin tulang semasa kenduri kendara dan tidak "berat mulut" calun itulah yang akan dapat undinya.

Dengar cerita, dulu (masa aku kecil" apak orang PAS, kemudian selepas calun PAS Hassan Gera menang diParit (tak tahu tahun berapa) apak lebih cenderung kepada UMNO. Katanya, Hassan Gera tu cuma pandai berpantun saja!

Apak aku ni orang nya "cool" dan tidak pernah memaksa kami untuk apa apa saja. Dari hal kawin, sampailah kepada hal politik. Apak memang nya memberi kami kebebasan untuk memilih. Masa aku nak kawin dulu bapak kata (dengan loghat Parit) " Kome nak kawin, kome cari sendighi, kalo aku caghi nanti ade aje yang tak kene nanti, jumpe satu hal, nanti kome salahkan aku. lagi pun bukan aku yang nak meluknye, kome juge!) Begitu juga dalam politik. Aku selalu "berkempen" dengan bapa aku tentang kebejatan UMNO bila aku balik kampung. Bila ada peluang saja, mesti aku bersyarah tentang politik dan semestinya kebejatan UMNO. Tapi bapa seperti selalu buat "bodoh" saja. Setelah puas aku berhujah, bapa akan berkata "mane suke kome le, kome dah besor, mane mane kome nak pangkah kome pangkah le". Tapi aku masih tak putus asa nak mengeluarkan bapa dari UMNO! Kalau dulu aku banyak membebel, tapi kini aku tukar strateji - aku akan bawa balik majalah majalah dan akhbar akhbar yang pro-pembangkang. Aku rasa pilihan raya tahun 1999(?) dulu seisi keluarga aku mengundi PAS (saja aku tanya apak dan arwah emak - ngundi sape? Apak dan emak jawap - kali ini keme beralih angin! - Paham lah aku maksudnya). Aku juga rasa, selain faktor Anwar, mereka mengundi PAS sebab masa dekat dekat nak ngundi tu, apak, arwah mak dan mak angkat aku, berada dirumah aku diKL. Kebetulan kat rumah aku banyak majalah majalah yang anti-UMNO yang saja aku letakkan dan meja rehat. Lagi pun aku rasa, orang UMNO tak sempat nak rasuah keluarga aku - aku bawa mereka balik kampung pada pagi hari mengundi! Pada tahun lepas, waktu mengundi aku tanya apak, undi siapa? Bapak kata undi adalah rahsia! Seperti biasa, bapak sukar diduga, kat rumahnya ada botol Air UMNO, ada botol Air PAS. Aku syak apak mengundi UMNO sebab bila diumumkan UMNO menaang diParit, terpantul dari mulut apak - hah besok kaya aku!, dapat lagi RM300.00. Rupa rupanya calon UMNO (yang juga saudara dekat apak) telah merasuah apak! Besoknya aku membebel kat apak - ape le, harga orang Melayu ni cuma RM 500.00 saja! Deme bagi kat bapak RM 500.00, tapi mereka sapu duit kite berjuta juta RM! Seperti biasa, apak membuat aku terbakar - dia buat "bodoh" saja! Dalam hati aku yang terbakar, rasa nak cakap kat apak - lepas ini tak payah lagi aku bagi duit bulan bulan untuk apak, mintak aje kat calon UMNO tu! Tapi cuma dalam hati saja - takut derhaka.

Kini aku bukan ahli PAS, bukan ahli PKR, bukan ahli DAP. Aku cuma seorang ahli ABU - ASAL BUKAN UMNO! Macam kat cerita P. Ramlee - Pantang tok nenek aku (sokong UMNO!)

No comments: