Monday, July 2, 2007

Mencari Buku Bahasa Melayu Yang ada Kelas

Saya melayari Azizi Haji Abdullah blog dan tertarik dengan buku buku beliau; Sangeetha dan Tuk Cai. Aku memang suka buku buku yang begini kerana jalan cerita nya sedap, pengertian nya dalam. Aku juga cukup minat dengan buku buku yang ditulis oleh pengarang pengarang lain seperti Osman Awang, A Samad Said dll. Aku juga cukup minat dengan buku buku yang ditulis oleh Pak Hamka dan Pramoedya Ananta Toer (keluarga Gerila, Rumah Kaca dll) Aku membaca buku buku ini semasa aku menuntut di Australia 17 tahun dulu di Flinders University. Walaupun aku dibidang Sains Komputer, tapi aku cukup menggemari buku buku sastera. Aku juga cukup suka membaca buku buku hikayat lama kerana bahasa Melayunya cukup indah.

Aku pergi ke MPH bookshop di Subang Parade untuk mencari buku buku diatas, namun tak bejumpa satu pun. Kebanyakan buku yang dijual, pada pendapat aku ditulis oleh penulis muda yang selalunya berkisar tentang cinta (tak habis habis). Dulu aku pernah cuba membaca buku buku ini tapi kualitinya tak ada. Kalau dibandingkan dengan buku buku Pak Hamka, seperti langit dengan bumi (mesej tak ada, bahasa berterabur, jalan cerita jangan cakap lah)

Aku akan terus mencari, mungkin dikedai buku di Pusat Bandar Kuala Lumpur (omputeh panggil KLCC)

No comments: