Sunday, September 6, 2009

Bergaduh Boleh, Berhujah ...?

Satu perasaan menusuk kedalam hatiku bila abu melihat video semasa dislog bersama penduduk di Shah Alam. Sedih, malu, marah, sakit hati, semua ada.
Sedih - kerana melihat betapa orang Melayu sudah tiada adap - hatta memanggil MB "bodoh".
Malu - Kerana sikap biadap orang orang yang mengaku Melayu
Marah - kerana sikap puak puak UMNO yang mengapi api kan perasaan penduduk
Sakit Hati - Sikap kurang ajar puak UMNO terhadap pemimpin yang cuba menyelesaikan masaalah mereka.

Semasa Bush menghentam orang orang Islam, orang Islam begitu marah. Bush sebenarnya tidak paham Islam, dan setakat yang aku tahu, Bush tak pernah pun keluar dari Amerika sebelum menjadi Presiden. Aku rasa puak puak di Shah Alam ini pun tak pernah keluar negerisama seperti Bush kerana mereka bersikap ala Bush.

Semasa aku di Adelaide Australia sebagai pelajar, masjid masjid didirikan dikawasan penduduk Kristian. Hatta ada sebuah Masjid di Marion yang asalnya adalah sebuah gereja. Cuba kita pakai hujjah puak UMNO ni - Rumah ibadat cuma boleh didirikan kalau pengikut agama itu adalah majoriti. Jawapnya di Australia, tidak akan ada sebuah masjid pun! Serasis rasis orang Australia ni, mereka masih toleran terhadap keperluan beribadat orang Islam.

Dikota Baru, kuil Hindu terletak ditengah tengah Kota Baru, sebelah pusat mebeli belah KBMall. OK saja. Tak ada aku dengar orang Kelantan merungut. Walhal, cuma beberapa kerat saja orang Hindu diKelantan.

Apa masalahnya dengan kuil Hindu? Sekurang kurangnya belia belia India akan dapat mempelajari agama mereka dan akan menjadi menjadi orang takutkan Tuhan. Alasan mengatakan, kalau kuil dibina maka bertambah banyaklah jenayah? Masuk akalkah? Adakah orang yang beragama akan melakukan jenayah? kenapa tak membantah kalau Kasino atau rumah urut didirikan? Tempat inilah sarang maksiat dan akan menambahkah jenayah.

Puak puak UMNO ini mengatakan kerajaan Pakatan adalah lemah. Ini adalah satu pendapat yang terbalik. Bermusyawarah bekan bermakna lemah. Bermusyawarah bermakna kerajaan Pakatan ini sensitif kepada kehendak rakyat. Kerajaan Pakatan begitu terbuka dan berani mengambil risiko bertemu rakyat. Kerajaan inilah yang kita mahu. Mahukah kita kepada kerajaan Selangor yang sudah Almarhum? Bersultan dimata, beraja dihati? Membujur lalu melintang patah, Setiap kehendak pemimpin mereka adalah sabda yang tak boleh disanggah? Kalau berani menentang jawapnya tidur dalam lokaplah jawapnya, kalau tak pun dihadiahkan ISA.

Lagi satu, yang aku perhatikan, orang UMNO ni tak boleh berhujah secara Ilmiah. Kalau mereka tak tahu nak berhujah atau tersepit, mulalah ajak bergaduh, mencarut, memaki, mengugut dan macam macam lagi. Jadi puak puak ni bila diberi peluang berhujah - terjadilah apa yang berlaku di Shah Alam. Mungkin inilah sebabnya pemimpin pemimpin mereka, kalau diajak berdebat, akan megeluarkan banyak dalih!

No comments: