Thursday, July 8, 2010

Apa makna Zuhud - baru aku paham!

Walaupun aku duduk kawasan orang kaya (ewah syiok sendiri!), aku lebih suka berkawan dengan orang orang yang sederhana yang duduk diflet Seri Meranti berhampiran rumah aku. Sementelah disitu terdapat surau. Aku suka mereka ini kerana persahabatan yang dihulurkan adalah tulen. Bukan berdasarkan kebendaan. Ini secara tidak langsung menyedarkan aku bahawa bukan harta - tapi "humanism" adalh lebih penting!

OK lah.. Semalam ustaz kesukaan aku Ustaz Fadlullah Suib dari UiTM negeri Sembilan datang mengajarkan hadis 40. Kebetulan hadis yang diajar semalam adalah tentang zuhud. Sebelum ini pada aku zuhud bermakna miskin - menolak dunia dan hanya menumpukan akhirat. Pakai selekeh, kereta buruk, tasbih penuh kat tengkuk, wirid tak habis habis! Hadis itu kurang lebih begini - Seorang lelaki mendatangi Rasulullah dan menanya Rasullullah - apakan amalan yang terbaik - Rasullulah menjawap - Zuhud. Zuhid ini ustaz kaitkan dengan - Buat apa yang Allah suka DAN manusia suka!

Huraian zuhud disini megikut ustaz adalah - menggunakan apa yang ada didunia, tetapi bukan menjadikan dunia ini sebagai matlamat. jadikan dunia ini sebagai tempat singgah saja. Gunakan dunia untuk bekal akhirat. Gunakan apa yang ada didunia ini degan sederhana - jangan berlebihan. Ada wali Allah yang berkata - sebaik baik Muslim adalah yang tangkas macam kuda perang diwaktu siang, tapi menagis mengingatkan Akhirat pada waktu malam - Itulah makna zuhud yang sebenar..

Kemudian Buat apa yang Allah suka DAN manusia suka - itu adalah sebaik baik amalan. Ini bukan senang kerana banyak yang Allah suka tapi manusia tak suka ... Ayatnya simple, tapi memang susah nak buat. Kebanyakan manusa suka apa yang Allah tak suka ... disko, zina, arak, perempuan, rasuah, konsert, artis, disko, karaoke dan macam macam lagi - semuanya manusia suka tapi Allah memang tak suka!

Ustaz kaitkan dengan ceramah pula (Ini yang aku suka tentang Ustaz ini - walau pun PAS tapi beliau akan hentam ahli ahli PAS yang "senget"). Penceramah yang suka meninggikan suara dan bercakap berapi api - ada manusia yang tak suka (aku tak berapa suka ceramah yang beremosi ni..) Tapi "mungkin" Allah suka kerana yang diperkatakan itu benar. Jadi nak jadikan ceramah ini Allah suka dsn manusia suka ... jadikan ceramah itu menggunakan perkataan yang mulia, lemah lembut dan penuh nasihat (macam ustaz ni lah!). Ada juga manusia suka tapi Allah tak suka - boleh dibetulkan. Macam hiburan ... manusia suka berhibur, untuk jadikan Allah suka ... jadikanlah ianya hiburan yang sihat ... Panggil kumpulan nasyid, buatlah kompang tapi isinya marhaban.

Satu lagi yang aku tertarik degan pandangan ustad ini adalah bagaimana nak menarik anak anak muda ke masjid. Sekarang ini, sebut saja masjid .. mesti ditepinya ada kubur. Kemudian masjid ni dipenuhi dengan oarang oarang tua yang dah nak mati... seolah olah - masjid adalah tempat orang mati dan tempat orang yang dah nak mati! Berlainan sekali di Indonesia dan dizaman kegemilangan Islam di Baghdad. Masjid adalah tempat aktiviti masyarakat .. Ada rumah tumpangan, ada perpustakkan, masjid dijadikan tempat mesyuarat, tempat para musafir bertemu ... jadi tak payah nak berbuih mulut suruh orang pergi masjid; kerana orang AKAN pergi kemasjid kerana diasa adalah pusat perbagai kegiatan, ekonomi, politik/siasah, kemasyarakatan. Ini berlainan sekali dengan semangat masjid di malaysia ... cuba lihat di Perak misalnya, selepas waktu sembahyang masjid akan dikunci.. Sekolah ugama pun bukan lagi dimasjid, mesyuarat pula diadakan di balai raya, nak tumpang tidur? - ada pula papan tanda "dilarang tidur disini", musafir pun takut nak singgah. Kemudian ada pula polemik - orang bukan Islam tak boleh pijak masjid!. Habis, dalam masyarakat berbilang agama macam kita ni, macam mana orang Islam nak kenal Islam; nak pijak masjid pun tak boleh (memanglah ada adab - kena menutup aurat - cuma suruhlah saudara kita yang bukan islam tu tutup aurat - pakailah seluar panjang; kalau kita tak bagi tau macam mana mereka nak tau) Kemudian berbuih mulut kata orang bukan Islam tak paham Islam; macam mana nak paham kalau kita jadikan masjid (dan Islam) adalah exclusif untuk orang islam (Melayu?) Aku tertarik dengan bangunan masjid dizaman nabi (artikel dalam The Star tak lama dulu) mesjid dibina sebagai pusat aktiviti masyarakat - dalam masjid ada tempat untuk musafir (hotel) dan perbagai lagi. Cuba bayangkan masjid yang ada di Malaysia ini? Cantik tapi kosong; tanpa ruh! orang cuma kemasjid untuk sembahyang(jumaat); untuk nikah dan untuk mati (sembahyang mayat)!

Ustad kata, cuba dimadjid diadakan ATM, adakan gelanggang futsal, adakan rumah tumpangan untuk musafir, adakan sekolah, adakan perpustakaan; bukakan masjid pada yang bukan Islam (berurusan tentang hal ekonomi dan sosial). Tak payah nak berbuih mulut suruh orang kemasjid; kerana mereka akan datang sendiri!

1 comment:

UDE KENANG said...

Bravo... bro.May you find zuhodness in a positive ways,