Friday, July 30, 2010

Apabila mufti menjadi nasionalis Melayu

Aku pun bukan pandai ugama sangat.. bak kata orang dulu dulu, alif bear batang nyiur pun aku langgar... Tapi aku bertekat nak belajar tentang Islam dan banyak membaca buku buku tentang Islam dan mendengar tok guru kat Madrasah aku mengajar ...

Satu ajaran yang penting dan selalu diulang ulang adalah ... Tidak aku turunkan engkau wahai Muhammad, melainkan untuk menjadi rahmat sekalian alam .... Pada pahaman akulah .. maknanya nikmat Islam, keadilan Islam adalah untuk semua. Islam ada haknya, yang bukan Islam ada haknya... Orang orang alim ulama adalah orang yang colour blind, yang sepatutnya menunjukkan ajaran Islam adalah untuk semua. Bersatu untuk melaksanakan Islam. Menunjukkan contoh kepada yang bukan Islam bahawa Islam itu menaungi semua makhluk. Sebagaimana piagam Madinah yang menjamin hak hak Muslim dan bukam Muslim. Orang orang yang bernaung dibawah pemerintahan Islam dijamin keselamatan nyawa dan harta benda mereka dan dijamin hak hak mereka. Islam bukan untuk Melayu sahaja.

Bila seorang mufti menyarankan supaya Melayu bersatu diatas dasar kebangsaan, aku menjadi keliru. Adakah Islam itu untuk Melayu sahaja? Ini secara tidak langsung memberikan tanggapan negatif bahawa Islam adalah ugama yang tidak adil (nauzubillah)dan bersifat menindas!

Patutlah orang orang bukan Islam di Malaysia ini memandang sinis terhadap Islam. Nak dekat dengan Islam pun mereka takut dan meluat.

Siapakah yang patut disalahkan bila Islam di kaitkan negan segala yang negatif? Siapa yang patut disalahkan bila Islam dikaitkan dengan extremis, tak ada toleransi, mundur, jumud, menindas, teroris dan sebagainya...

Apa yang kita cakap lain dengan apa yang kita buat. Kita bertempik tentang keadilan Islam... tapi perbuatan kita tidak menampak keindahan Islam langsung!

No comments: