Tuesday, December 28, 2010

Kehendak Raja dan Kehendak Rakyat

Tindak tanduk beberapa Sultan menyebabkan aku teruja untuk menulis blog kali ini. Kes perlantikan SUK disebuah negeri antah berantah menyebabkan aku begitu kecewa dengan duli duli tuanku yang sepatutnya menghormati kerajaan yang dipilih rakyat.

Duli duli tuanku adalah lambang perpaduan rakyat. Tak payah slogan satu Malaysia! Sepatutnya duli tuanku mengambil sikap tidah menyebelahi mana mana pihak. Sepatutnya raja raja menjadi pendamai dan tempat rakyat bergantung harap.

Jika raja raja diperalatkan oleh parti parti tertentu, ianya akan memalitkan institusi raja raja melayu dengan unsur unsur yang tidak sihat dan menyebabkan rakyat merasa tidak "senang".

Ada suatu ketika aku bersembahyang jumaat di sebuah masjid, ada makmum yang apabila nama sultan disebut dalam doa dikhutbah kedua, beliau meniarapkan kedua tangannya. Aku sendiripun kalau diikutkan hari merasa "tak sampai hati" untuk mengaminkan doa tok bilal.

No comments: