Friday, January 1, 2010

Apa punya bahlol

Kalau baca the star online today, menteri kata kantin operator tak boleh naik harga walaupun harga gula naik. Kesian kat peniaga canteen yang akan kena keluar lebih modal untuk untung yang kurang. Kalau mereka tak jujur, dan nak maintain untung yang sama maka yang terpaksa membayar harganya ialah ibu bapa! Mungkin untuk harga yang sama kuih yang dijual makin kecil atau kualiti menjadi kurang. Menteri ni pandai cakap saja, nak tunjuk pandai. Tapi tak pernah pikir akibatnya, atau sekurang kurangnya pikir macam mana nak impose yang peniaga kantin tak "menipu".

Peniaga kantin ni bukannya pemodal yang ada kapital berjuta. Berniaga pun rasanya cukup makan. Patutkah mereka dibebankan dengan tanggung jawap sosial untuk beri subsidi kepada murid? Ini macam kerajan lepas tangan dan mempertanggung jawapkan peniaga ini untuk bagi subsidi. Walhal gomen ada berbilion duit. Dari gunakan duit rakyat untuk benda tak berpekdah macam F1 tu lebih baik guna duit untuk rakyat.

Lahabau punya menteri. Dah sapu duit rakyat 1Malaysia kena tipu!

Rakyat Malaysia - padan muka! Korang yang bertanggung jawap melantik mereka jadi menteri!

1 comment:

warhead said...

hahaha .. Malaysia ni ada Menteri Gula, Menteri Gula-Gula, Hakim Gula-Gula Hacks ..baik kita nyanyi lagu sekolah rendah dulu

"Lagu 3 kupang"
- raja dalam rumah, buat kira-kira,
suri dalam dapur makan roti gula!

Sekarang roti takde gula sebab dah mahal ..