Saturday, February 21, 2009

Taat kepada raja atau setia kepada raja?

Taat dan setia, dua perkataan yang saling digunakan. Dalam rukun negara - Kesetiaan kepada raja dan negara; perkataan yang digunakan ialah "setia" bukan taat. Kenapa? Salah tulis ka? atau salah pilih perkataan? Bagi aku taat bermakna - kita mesti patuh tanpa mempersoalkan. Setia bermakna kita tidak akan berpaling tadah walaupun tidak semestinya bersetuju diatas semua perkara. Contohnya, kita tak bersetuju dengan kerajaan BN, tapi kita masih setia kepada negara; kita tidak khianat pada negara; kita tidak akan menjual negara!

Dalam keadaan apa yang berlaku di Perak sekarang adakah dengan mempersoalkan ketelusan perlantikan MB (baca haram), kita tidak setia kepada Tuanku Sultan? Memang aku tidak bersetuju dengan keputusan sultan, tapi aku masih setia kepada sultan.

Konsep taat kepada Sultan cuma boleh diamalkan dizaman raja tidak berpelembagaan. contohnya zamah sultan Melaka. Segala apa yang keluar dari mulut raja adalah hukum. Adalah undang undang. Tidak ada siapa pun boleh menyanggah. Kalau putih kata Sultan, putih lah kepada pembesar dan rakyat. kalau ahli parti cap ayam ini betul betul nak jadi Melayu, mula lah mambaca sejarah melayu. Bacalah Salatus Salatin. Mahukan ahli parti cap ayam ini hidup dizaman itu? Contohnya, peristiwa malang yang menimpa Hang Tuah, peristiwa malang yang menimpa Megat Seri Rama Panglima Bentan dan peristiwa malang yang berlaku kepada Keluarga bendahara Tun Mutahir. Sultan kata bunuh, tiada pembesar yang berani membantah kerana Sultan Mahmud tidak duduk dibawah undang undang. Sultan Mahmud adalah undang undang! Sampaikan Tun Mutahir sendiri rela dibunuh - bunuhlah aku dan keluarga aku kerana raja berkata begitu. Mahukah?

Mungkin parti cap ayam ini terlupa bahawa kita berada diabad ke 21! Dimana raja raja telah diperlembagakan. Yang membuat hukum dan undang undang bukan lagi raja tapi kita. Rakyat marhaen! Itu pasal lah kita ada dewan undangan negeri. Itu pasallah kita ada dewan rakyat. Sebab kita nak membuat undang undang. Sebab kita nak menambah naik kan undang undang!. Yang dilantik jadi wakil rakyat, sepatutnya mengkaji undang undang yang ada. menambah baikkan undang undang yang ada untuk sentiasa relevan. Bukan nya merapu pasal ketuanan Melayu! Bukannya sibuk mengampu Sultan! Bukannya sibuk pasal longkang tersumbat. Wakil rakyat ke wakil longkang?

Jadinya, istilah derhaka cuma boleh digunakan kalau kita melakukan sesuatu melanggar undang undang. Rasuah itu derhaka! Curi duit rakyat itu derhaka! Memfitnah itu derhaka! Menculik wakil rakyat itu derhaka! Kalau setakat tidak bersetuju dengan Sultan kerana Sultan tidak mengikut undang undang itu bukan derhaka! Itu namanya mempertahankan undang undang dimana, raja raja pun perlu patuh kepada undang undang.

Jadi, aku adalah rakyat yang setia kepada raja. Tapi tidak semestinya taat kepada raja. Kita cuma disuruh taat kepada Tuhan saja (bagi yang percayakan Tuhan).

No comments: