Sunday, February 8, 2009

Sultan Perak patut mengambil iktibar dari Silalatus Salatin

Kebetulan aku memang meminati karya karya Melayu klasik dalam bentuk hikayat hikayat lama kerana bahasanya begitu indah.

Aku membeli satu naskah Sulalatus Salatin dari Kikokinuya di KLCC - cuma RM 13.00 sahaja.

Menurut hikayat tersebut, tujuan Salalatus Salatin ditulis adalah untuk:
"hamba dengar ada hikayat Melayu dibawa orang dari Goa; barang kita perbaiki kiranya dengan istiadatnya, supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita, dan boleh dingatkan oleh segala mereka itu. Dan adalah beroleh faedah ia daripadanya"

Antara pelajaran ynag boleh dipelajari oleh para Raja dai hikayat ini:
1. Pesanan supaya Raja menjadi adil terhadap rakyat:
Titah Sultan Mansur Shah kepada paduka anakanda baginda Raja Hussein, ketika baginda sedang gering - "Hei anakku, ketahuilah oleh mu, bahawa dunia ini sekali kali tiada kekal adanya. Yang hidup itu sedia akan mati juga sudahnya; iman yang sempurna dan pekerti yang baik, itulah yang kekal disebut orang selama lama nya. Adapun sepeningalan aku ini, hei anakku, hendaklah engkau berbuat adil sangat sangat, dan jangan engkau mengambil hak orang tiada sebenarnya. Makan hadqu'ladam terlalu besar dosanya, tiada diampuni Allah SWT; melainkan dengan izin yang empunya hak juga; dan jangan khali engkau keluar dihadap orang, kerana hamba Allah sekalian banyak berserah kepadamu; jikalau kesukaran baginya; hendaklah segala kesakitan itu segera engkau tolong; jikalau terinaya ia, hendaklah engkau periksa ia baik baik, supaya di akhirat jangan diberatkan Allah atasmu, kerana sabda nabi SAW segala kamu yang mengembala dunia lagi akan ditanyai daripada kebelaan kamu; ertinya segala raja raja di akhirat lagi akan ditanyai Allah SWT daripada segala rakyat. Sebab demikianlah, maka sebaiknya engkau berbuat adil saksama, supaya disana jemah diringankan Allah Taala kira kiramu; dan hendaklah engkau muafakat dengan segala menteri dan segala orang besarmu, kerana raja itu, jikalau bagaimana sekalipun bijaksana dan tahunya, jika tiada muafakat dengan segala pegawai, dimana akan dapat ia melaksanakan kebijaksaannya itu? Dan tiada akan sentosa kerajaannya; kerana api itu tiada akan nyala jikalau tiada kayu; Seperti kata Farsi, rakyat itu umpama akar, dan raja umpama pohon; jikalau tiada akar nercaya pohon tiada akan dapat berdiri. Demikianlah raja itu dengan segala rakyatnya. hei anakku, hendaklah engkau turut seperti amanatku ini; supaya beroleh berkat diberi Allah"
2. Menghukum tanpa periksa dengan teliti
Ini digambarkan dalam hikayat bagaimana fitnah segala orang besar besar Melaka terhadap Hang Tuah kerana perasaan dengki orang orang besar terhadap Hang Tuah. Hang Tuah dihukum mati hanya kerana percayakan fitnah para pembesar yang berhati busuk. Akibatnya kecelakaan menimpa kerajaan Melaka
3. Raja bertindak berdasarkan nafsu
Diceritakan dalam hikayat bagaimana Sultan Mahmud menghukum mati keluarga Bendahara Tun Mutahir karana percayakan fitnah oarng besar kononnya Bendahara mahu merampas kuasa dan juga kerana nafsu Sultan Mahmud mahu memperisterikan Tun Fatimah nak bendahara Tun Mutahir. Akibatnya Portugis dapat mengalahkan Melaka kerana tiada lagi bendahara yang bijaksana yang mampu mengekang kebuasan Portugis. Kerajan Melaka hancur dijajah Portugis dan kuasa barat pada tahun 1511 sehingga tahun 1957 - hampir 500 tahun!

Semoga Raja raja dan pemerintah dapat megambil iktibar dari Sulalatus Salatin supaya tidak berulangnya kekejaman yang mengakibatkan kejatuhan sesebuah kerajaan!

No comments: