Wednesday, February 11, 2009

Sajak untuk rakyat Perak dan para reformis

Sajak ini aku dapat dari buku Azizi Haji Abdullah - Harga Sebuah Maruah - yang dipetik dari sajak Marzuki Ali dari Terengganu. Aku tujukan khas kepada rakyat Perak yang bangun menentang kezaliman BN di Kuala Kangsar dan diseluruh Perak:

Rakyat itu selalu diam
Tapi ia pencatat tak pernah lupa
Rakyat itu seperti naga
Melingkar dengan berat badan dan diam dalam keheningan sendiri
Pancainderanya tajam
Kuat instuisinya dengan akal budi
Lalu jangan sekali kali melukakan
Jangan melukakannya berkali kali
kerana sekali ia bangkit
Rosaklah segala apa-apa

Rakyat itu mampu sabar
Seperti ular besar yang perutnya berisi
Tapi kalau ia kelaparan
Bumi lingkarannya akan bergegar
Rakyat itu seperti binatang purba
Tidak berasa sakit meski diinjak
Jangan biarkan rakyat lapar
Jangan bodohkan rakyat jelata
Jangan tindas rakyat
Kerana sifat diamnya akan hilang
Kesabaran akan lupus
Bijaksananya menjadi gila
Disebarnya air dendam yang tidak memilih siapa

Rakyat yang lapar mahunya satu
Keadilan!
Rakyat yang ditindas mahunya satu
Keadilan!
Rakyat yang diam mahunya satu
Saksama!
Rakyat yang bergerak mahunya satu,
Kebebasan!
Rakyat yang bantah mahunya satu
Ketelusan!

No comments: