Tuesday, February 17, 2009

Kita Belajar untuk apa?

Aku membaca keratan akhbar The Sun hari ini dimuka surat empat "Anti-English group ask govt to revert to previous policy". pertamanya, tajuk artikel itu pun sudah menyeleweng. Aku tidak berfikir bahawa mereka "anti-English" sebab aku percaya semuanya pandai berbahasa Ingeris. Yang dipertikaikan adalah pengajaran subjek sains dan matematik yang tidak dibuat dalam bahasa ibunda!

Aku dilatih sebagai seorang jurutera. Sebagai jurutera, aku dilatih untuk mempermudahkan semua perkara! Dilatih untuk melihat apakah sebenar masaalah dan mencari penyelesaian mudah kepada sebarang permasaalahan.

Sebagai seorang yang melihat sesuatu dan ingin mempermudahkan sesuatu, isu yang diperkatakan telah di"persusahkan" dan menyeleweng dari masaalah pokok. Masaalah yang dihadapi, bukan tentang masaalah bahasa Melayu terancam. Bukan masaalah bangsa. Bukannya masaalah politik! Masaalahnya ialah budak sekolah tak paham apa yang diajar oleh cikgu mereka. Satu cakap bahasa itik, satu lagi bercakap bahasa ayam!

Balik kepada persoalan pokok. Kenapa kita perlu belajar? Kerana kita mahu menjadi seorang yang berilmu. Bukan kerana kita nak jadi pandai! Jadi untuk belajar dan menjadi seorang yang berilmu, kita perlu paham apa yang diajar. Untuk memahami apa yang kita belajar, kita perlukan satu pendekatan komunikasi yang mudah. Komunikasi yang mudah adalah dalam bahasa yang dipahami oleh murid murid sekolah. Bahasa yang boleh dipahami oleh murid murid disekolah rendah adalah bahasa ibunda masing masing. Jadi disekolah rendah, murid murid patut menggarap pelbagai ilmu dalah bahasa ibunda masing masing. Disekolah rendah juga murid murid patut diajar bahasa lain, - bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Ingeris sebagai bahasa antarabangsa dan bahasa bahasa lain. Bahasa bahasa ini patut diajar sebagai "bahasa" bukan belajar bahasa Ingeris menerusi subjek matematik dan Sains. Kalau bahasa Ingeris pun murid tak paham, apa jaminannya murid itu akan paham mata pelajaran sains dan matematik yang diajar?

Ada juga ibu bapa dikota kota berkata - anak anak aku tak ada masaalah belajar Sains dan matematik dalam bahasa Ingeris! kenapa anak anak aku kena belajar sains dan matematik dalam bahasa ibunda? Memang ada ibu bapa Cina, Melayu India yang dah dah lupa pada bahasa ibunda masing masing - dah jadi Mat Salih celup, cakap bahasa Ingeris berbelit belit, tapi tak sedar bontot masih kelabu asap! Tapi pada aku golongan ini tak ramai. Mungkin kurang lebih 10% dari penduduk Malaysia. Jadi mengapa korbankan 90% murid untuk selamatkan 10% golongan Mat Salih Kelabu asap ini? Kebanyakan mat salih celup ini adalah dari golongan berada. Jadi kalau tak suka sekolah kebangsaan. mereka mampu menghantar anak anak mereka kesekolah sekolah berbayar. Boleh ambil A-level atau O-level. Sapa pun tak marah!

Menteri menteri kita patut mengambil keputusan yang berani dan berdasarkan fakta. Lupakan untuk jadi popular. Lupakan perasaan yang penuh emosi. Kembalilah kepada fakta. Untuk mendapat fakta yang sebenar, buatlah kajian dan mesti dilakukan oleh orang orang yang tidak berkepentingan. Masuklah kedesa desa, kawasan kawasan miskin dibandar bandar, masuklah keceruk ceruk pedalaman di Sabah dan Serawak untuk mendapat data data yang tepat. Bolehkan anak nak kecil ini paham subjek sains dan matematik yang diajar dalam bahasa Ingeris?

jadi, ajarlah anak anak kita dalam bahasa ibunda, supaya mereka paham apa yang diajar dan menjadi orang yang berilmu. Dan ajarlah bahasa bahasa lain, sebagai "bahasa".

Jika tidak, kita adalah satu negara yang pelik - dimana ditempat lain orang belajar bahasa melalui karya karya sastera agung kerana itulah sebenarnya bahasa. Tetapi rakyat malaysia belajar bahasa melalui Sains yang tidak begitu mementingkan peraturan bahasa itu sendiri. Maka jadilah rakyat Malaysia yang berbahasa Ingeris tapi gaya "Phua Chu Kang" atau lebih teruk lagi bahasa Inggeris tahap "SMS"!

No comments: