Monday, November 10, 2008

ISA - Halal ke Haram?

Halal kah haram? Itulah persoalannya untuk ISA. Ulama PAS kata haram. Ulama UMNO pula bisu seribu bahasa. Takut periuk nasi masuk pasir kot?

Tapi, ini adalah persoalah yang maha penting yang perlu dijawab! Ini membabitkan persoalan asas tentang konsep keadilan. Islam menyanjung tinggi konsep keadilan. Islam adalah satu satunya agama yang tidak memisahkan undang-undang dan agama. Islam adalah Ad-din iaitu cara hidup. Tiada pemisahan antara agama dan kehidupan. Sebab itulah, sebagai Muslim, kita kena menjadi Muslim sepanjang masa. Bukan waktu dimasjid saja. Bukan sewaktu bulan puasa saja. Dimasjid bukan main alim, bercakap tentang kesyumulan Islam - bila ada pencalonan - rasuah!

Balik kita kepada ISA, halal ke haram? Benda ni dah lama diperkatakan, tak kan tak ada Pak mufti pak mufti yang ingin mengeluarkan fatwa? terlalu sibuk mecari ayat Quran atau hadis untuk menghalalkan "politik wang" kot?

Kepada tuan tuan mufti, pak imam pak imam (kerajaan) ... Percaya lah Islam tak akan dipandang tinggi jika keadilan Islam tidak ditegakkan dan dirasai. Islam tidak akan indah kalau pak mufti dan pak imam (kerajaan) cuma menjerit kehulu kehilir tentang keindahan Islam. Islam cuma adil dan Indah kalau dipraktikkan. Islam cuma adil dan indah kalau kita mempertahankan dan menegakkannya tanpa mengikut kemahuan nafsu serakah pemimpin yang khianat! Islam tidak akan dihina jika pewaris para nabi tidak takut untuk mengatakan yang benar! Ingatlah perjuangan sahabat nabi - Abu Dzar AlGhifari yang tidak takut untuk menyanggah khalifah bani Umaiyah, Muawiah untuk menyatakan kebenaran. Menolak segala habuan dunia dan mati dalam keadaan miskin ditengah jalan di padang pasir kerana mempertahankan kebenaran.

Sedihnya bila tiada sebutir ayat pun dari pak mufti yang sekurang kurangnya menyanggah ISA. Tiada pak imam pak imam (kerajaan) yang terlibat dalam perhimpunan anti ISA. Tiada memorandum dari imam (kerajaan) kepada PM untuk membantah ISA!

Sekuat kuat Iman ialah menggunakan kuasa yang ada untuk mencegah kemungkaran (ISA adalah mungkar - bertentangan dengan Islam), selemah lemah iman ialah menyatakan dalam hati membenci ISA. Tak kan orang orang yang dipertanggung jawapkan keatas hal hal agama mempunyai iman yang paling lemah? Fikir fikir kan lah!

No comments: