Wednesday, November 26, 2008

Fatwa Yoga

Laman web dan laman akhbar akhir akhir ini, penuh dengan berita mengenai fatwa yoga. kat kedai kopi pun ramai yang berbincang pasal yoga.

Ada apa dengan yoga? Apa nak kalut sangat? Fatwa ini cuma berkaitan dengan orang Islam. Tak ada kena mengena dengan orang yang bukan dan belum Islam. Yang orang bukan Islam tu kalut semacam tu buat apa?

Untuk yang bukan Islam dan malas nak belajar sensitiviti orang Islam, mungkin apa saja yang menghasilkan wang semua OK. Asalkan tak merompak, mencuri semua OK. Tapi untuk orang Islam, semua yang dilakukan ada berkaitan dengan agama. Nak makan ada caranya, nak naik kereta ada caranya. Hatta nak bersetuboh dan berak pun ada kaitan dengan agama. Segala galanya ada tata cara yang ditetapkan agama. Islam bukan hanya dimasjid, tapi Islam meliputi cara hidup, perbuatan percakapan semua berkaitan denagn dosa pahala, halal haram.

Dari pada semua itu, salah satu rukun Islam teratas/terpenting adalah kalimat "aku naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuroh Allah" Ini adalah konsep akidah Islam dan salah satu konsep yang tiada dalam agama lain (mungkin). Islam adalah agama yang sangat menjaga konsep keesaan Allah. Allah tidak boleh dipersekutukan dengan apa apa makhluk. Dari sinilah datangnya kalimah syirik dan murtad. Kalimah ini mengatakan, Orang Islam tidak boleh melanggar perjanjian ini. Kalau dilanggar, maknanya seseorang itu bukan Islam lagi. Perlanggaran boleh berlaku dengan perkataan, dengan perbuatan atau kedua duanya sekali. Kalau dilanggar - murtad lah jawapnya. Akidah Islam adalah "binary" Islam atau bukan Islam. Tiada "grey area". Jelas dan terang! Tiada dalam Islam konsep siang Islam, malam bukan islam. Pagi Islam, petang murtad. Begitulah tegasnya konsep akidah dalam Islam.

Islam cuma mengenakan hukum hakam Islam kepada yang Islam sahaja. Yang bukan Islam bebas mengamalkan undang undang dan tata-cara yang mereka pilih. Islam tidak memaksa sesiapa pun masuk Islam. Ada ayat Quran yang menyatakan - Tiada paksaan dalam Islam - tetapi ayat ini sering diselewengkan oleh kumpulan kumpulan yang kononnya liberal yang mengatakan - Islam tidak memaksa pengikutnya tunduk kepada hukum Islam. Makna sebenar ayat ini adalah (yang aku belajar dari tok guru) adalah, kalau kamu bukan Islam - kamu bebas melakukan apa apa saja tanpa perlu mengikut undang undang Islam. tetapi kalau dah Islam dan membuat perjanjian dengan Allah - kamu mesti mengikut hukum Allah - tiada pilihan! Islam bukannya kelab Golf yang boleh masuk dan keluar sesuka hati!

Berbalik kepada isu fatwa Yoga ini, pada aku tak perlukan takwa, semuanya terang. Konsep akidah dalam Islam amat jelas dan nyata - tak boleh menyekutukan Allah, tak boleh mencampurkan jampi mentera atau amalan agama lain - hatta kalau berdukun atau berbomoh pun, kalau jampi serapahnya meminta pertolongan selain dari Allah adalah haram! kalau dibuat - hukumnya syirik - bila syirik, murtad lah jawapnya. Senang nak paham bukam? Jadi semua ini begitu jelas. Yang menjadi masaalahnya ialah bila orang Islam begitu JAHIL tentang agama sendiri. Islam bagi yang jahil ini cuma diperlukan bila kita lahir (diazan), kahwin (nikah) dan mati (dikafan). Selain dari itu, semuanya membujur lalu melintang patah!

Jadi tak payah lah ada fatwa yang specific dengan yoga. Kita cuma perlu mendidik orang orang Islam tentang agama Islam. Keluarkan kejahilan dari umat Islam!

Kepada yang bukan Islam, tak payahlah tumpang sekaki tentang masalah yang menyentuh akaidah umat Islam dan hukum hakam Islam. Islam bertoleransi. Ini ditegaskan Allah dalam surah Alkafirun - "Aku tidak menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak menyembah apa yang kamu sembah. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agama aku". Itulah asas konsep toleransi dalam Islam.

1 comment:

shahidrogers said...

Even though a higher level of yoga which includes breathing exercises are classified "syirik" because of the way it's done and the words used, it's done by people all over the world regardless of their beliefs as a form of exercise and benefit from it.

I believe that as long as we do not compromise our own beliefs and separate the preposterous meanings, it is fine to practice yoga.

We use yoga just as a form of exercise; to gain better health. We should practice yoga in that perspective.

As Islamics, we know best that no other being could compare to or be as superior as Allah.

As mentioned in your post, Islam total and complete faith; thus it is unacceptable for us to believe in anything else that contradicts with our Islamic teachings.

People that believe in Islam would know that very well too.

These days, religion is taken as a really light thing, until people tend to forget our responsibilities, as Islamics. Therefore, I agree that it should be taught more thoroughly, instead of imposing ridiculous-purposed bans on things.

Sorry i'm not so good at BM, so I couldn't reply in that language, but I tried my best to understand.
Thanks for the educational post.
It got me thinking.