Friday, November 14, 2008

Dewan Untuk bukan Islam dalam PAS

Saya ingin mengucapkan tahniah kerana PAS telah mengambil langkah kehadapan dengan membuka dewan baru untuk bukan Islam yang teruja dengan PAS. Saya merasakan ini adalah misi dakwah ynag terbesar yang telah diambil oleh PAS.

Orang orang bukan Islam begitu takut dengan konsep Islam ynag diamalkan PAS. PAS pula sentiasa berceramah tentang keadilan Islam keatas bukan Islam. Semoga pembukaan dewan baru ini akan menterjemahkan apa yang dilaung laung kan PAS kepada sesuatu yang nyata. Sesuatu yang boleh dirasai oleh saudara saudara kita yang bukan Islam. Pas boleh menjadikannya sebagai "mini madinah". Piagam Madinah boleh diterjemahkan dlam PAS dan boleh dijadikan asas piagam PAS jika PAS berjaya memerintah Malaysia. Syabas.

Terdapat juga suara suara sunmbang dari yang bukan Islam dan yang telah Islam. Yang bukan Islam mengatakan ini adalah muslihat PAS. Yang telah Islam mengatakan PAS telah mengkhianati dasar perjuangan nya.

Kepada komen yang datang dari yang bukan Islam, mereka perlu memahami bahawa sesuatu yang baru tidak boleh diterjermahkan dalam sekelip mata. Bukannya senang untuk menukar pemikaran manusia dalam sekelip mata. Pembaharuan yang datang denagn tergesa gesa akan meruntuhkan keutuhan sedia ada. Lihat sahaja Soviet Union, ianya runtuh kerana pembaharuan yang dibuat secara tergesa gesa. Sepatutnya, orang orang yang bukan Islam ini dapat mengambil peluang melalui dewan bukan Islam ini untuk menyatakan pendapat dan menyalurkan keinginan yang bukan Islam terhadap pucuk pimpinan PAS.

Kepada komen yang datang dari yang telah Islam, tarik nafas dalam dalam, buangkan semangat "assobiyah - keturunan" dari dalam pemikiran dan ingat apa yang terkandung didalam Alquran - tidak Aku jadikan kamu wahai Muhammad, melainkan untuk menjadi rahmat sekelian Alam. Rahmat untuk sekelian alam sudah semestinya untuk semua mahluk, yang Islam, yang bukan Islam dan segala benda yang ada dimuka bumi ini. Melalui sirah nabi kita diajar supaya berlaku adil terhadap yang Islam dan bukan Islam. Kita diwajipkan berbuat baik kepada yang Islam dan yang bukan Islam. Yang Islam ada hak nya dan ynag bukan Islam ada haknya. Yang Islam mesti tahu hak bukan Islam, dan yang bukan Islam mesti tahu hak yang Islam. Batas ini harus dijaga dan dijadikan asas perpaduan. Hak yang bukan Islam untuk mengamalkan agama mereka harus dibela dan dijaga. Hak untuk orang Islam pula jangan dicabar oleh yang bukan Islam. Ingatlah kepada keadilan nabi apabila nabi mendirikan Madinah dan Piagam Madinah di buat olah baginda.

Sya mengucapkan tahniah kepada pemimpin PAS diatas langkah yang berani ini. Tetapi ingatlah cabaran yang akan dihadapi. Akan banyak fitnah yang akan dihamburkan. Tetapi selagi ahli PAS istiqomah terhadap perjuangan dan percaya sepenuh penuhnya terhadap Islam, saya percaya kejayaan yang menanti teramat manis. Yang makruf sudah pasti mengalahkan yang mungkar. Itu janji Allah. Cuma lambat atau cepat sahaja!

No comments: