Saturday, March 15, 2008

Pengalaman mengundi di DUN Belanja & Parlimen Parit

Kisah pengundi dirasuah untuk mengundi parti cap keris memang selalu kedengaran. Selalunya kita dengar di Kelantan. Pengundi disogok kan dengan kain batik, duit, susu dan gula. Dulu "modus operandi" nya ialah pengundi dipujuk dan duit akan diberikan. Tetapi selalunya pengundi dah cerdik. Ambik duit tapi pangkah parti cap bulan juga!

Nampak nya ahli parti cap keris di Perak (Parit), agak lebih cerdik sikit. Semasa berkempen sebelum pilihanraya, pengundi - pengundi "terpilih" akan diberi "cengkeram" dalam RM 200.00. Jika parti cap keris menang, maka bakinya RM 500.00 akan diberi.

Anda tak percaya? Berikut adalah pengalaman saya. Selepas mengundi pada 8th March, aku dan abang aku (walaupun tak alim - tapi kaki bulan juga) bersama bapa makan malam di lumut. Dalam perjalanan, aku bersyarah panjang. Selalunya pasal kebejatan parti cap keris. Malam itu aku bersyarah panjang pasal parti cap keris menabur duit untuk mendapat kan undi. Melayu sekarang ni maruah nya cuma berharga RM 50, RM 100, RM 200 ... Kalau disogokkan dengan kertas cap kepala Agong segalanya tergadai! Aku terus membebel panjang. Bapak cuma mendiamkan diri. Cuma aku dan abang aku saja yang terus berbual panjang.

Pada masa pengumuman keputusan pilihan raya, Aku bersorak kuat setiap kali parti cap bulan dan cap roket diistiharkan menang. Bapak semacam tak berminat dan terus masuk tidur... Beberapa jam kemudian, bapak bangun dan bertanya "Parit macam mane? Sape menang?" Aku kata Parti cap kati menang. Secara sepontan bapak berkata -"hai esok dapat lah aku RM 500.00!"

Aku terkesima. Nak marah; bapak. Cuma yang terkeluar dari mulut - " Tak berkat apak, itu duit rasuah!"

Jadi rasuah parti cap keris ni terjadi kepada keluarga aku. Jadi macam mana parti cap keris nak lawan rasuah sebah cap keris tu melambang kan rasuah!

1 comment:

TamanUniversiti@Bangi said...

Sdr,

Diharap dapat meneruskan penulisan blog walaupun pilihanraya sudah berakhir. Perjuangan belum berakhir.