Wednesday, March 26, 2008

Ketua Kampung di Perak yang bercelaru

Kita selalu ingat salah guna kuasa cuma dilakukan oleh menteri menteri. Tetapi penyakit ini menular
kepada keperingkat bawahan - termasuk ketua ketua kampung.

Ketua ketua kampung ynag macam kerbau dicucuk hidung ini, tidak paham perbezaan antara ketaatan kepada parti dan ketaatan kepada kerajaan. Parti adalah untuk ahli parti, tetapi kerajaan adalah untuk semua rakyat tanpa mengira parti. Hari ini dalam NST muka surat 4, dibawah berita bertajuk "UMNO wants village heads to quit" memeberikan penjelasan kepada beberapa perkara:
1. Jawatan ketua kampung adalah untuk UMNO SAHAJA. so ada unsur salah guna kuasa
2. Gaji barua UMNO ini diambil dari duit rakyat; dari kerajaan negeri dan kerajaan perseketuan.
3. Ketua ketua kampung ini cuma menjalankan agenda UMNO, bukan agenda kerajaan
4. Mereka ini merupakan ajen untuk menyalurkan apa apa hal UMNO kepada rakyat, bukan nya hal rakyat kepada kerajaan.

Itulah sebab nya diPerak, apabila kerajaan bertukar, ketua ketua kampung nak berhenti, kerana pada pendapat (bodoh) mereka, mereka berkhidmat untuk UMNO bukan untuk kerajaan Perak. Kalau gaji mereka dibayar oleh UMNO, tak apa juga, tetapi gaji mereka adalah dari duit kerajaan negeri dan kerajaan perseketuan (BACA: DUIT RAKYAT)

Itulah bila ketua ketua kampung yang bodoh ini; mahu berhenti dari perkhidmatan (bukan dipaksa oleh kerajaan Perak), mereka meminta kerajaan perseketuan terus membyar gaji mereka. Tidak kah nereka tahu duit kerajaan perseketuan adalah duit RAKYAT dan bukannya duit UMNO!! Kalau mereka menuntut UMNO untu membayar gaji mereka menggunakan duit UMNO - teruskan lah.

Itulah yang cuba diajar oleh UMNO dengan papan tanda "Satu lagi Project Kerajaan Barisan Nasional". Maknanya segala duit kerajaan adalah duit UMNO. Patutlah barua barua ini tak paham antara parti dan kerajaan, kerana pemimpin UMNO pun tak paham!!

No comments: