Wednesday, March 12, 2008

LIM KIT SIANG YANG KURANG AJAR

Apabila aku membaca laman malaysiakini semalam, darah aku terus menyirap. Kurang ajar sungguh si Lim Kit Siang. Berani sungguh menyanggah titah Sultan.

Mungkin kemenangan besar membuatkan DAP besar kepala!

Aku ni bukanlah sarjana sains politik yang mempunyai tesis yang panjang berjela-jela. Cuma aku nak mengingatkan bahawa menukar sesuatu yang dah lama jadi kebiasaan dengan terburu buru adalah satu sikap yang bodoh. Lebih kepada sikap ego se-ekor Lim Kit Siang!

Cuba bandingkan perubahan yang berlaku di Soviet Union dengan perubahan yang berlaku di China. Pemimpin Soviet si Gorbachev tu mahu menukar sistem pemerintahan Soviet dalam sekelip mata. Ianya mengundang padah! Runtuh lah Soviet Union yang begitu gah. Tetapi, di China pemimpin nya lebih berhati hati dengan membawa perubahan secara perlahan lahan dan lihat sekarang, China menjadi sekain kuat!

Memang Si kurang ajar Lim Kit Siang tak belajar budaya Melayu. Kalau tidak dia mesti tahu bidalan bahasa: seperti menarik rambut dari tepung, rambut jangan putus, tepung janagn berselerak! Aku pernah dinasihat kan oleh atuk aku dulu; kalau badan panas jangan terus mandi, rehat dulu biar badan sejuk, kalau tak nanti demam! Pengajaran mudah yang aku pelajari ialah, sesuatu perubahan itu mesti dilakukan dengan perlahan dan berhati hati, kalau tidak boleh membinasakan.

Berbalik kepada si LIM KI SIANG (LIM KIT SIANG bukan DAP) ni. Kaum keluarga aku adalah fanatik Melayu/UMNO. Bila sebut DAP, perkara pertama yang terkeluar ialah - parti Cina! Bukan boleh percaya si parti Cina ni! kalau Cina ni berkuasa habis lah orang Melayu!

Aku bersusah payah meyakinkan keluarga aku bahawa orang Cina adalah manusia, seperti melayu ada Cina baik, ada yang tak baik, Cina pun Orang Malaysia juga. Ada yang mendengar, ada yang sinis. Yang penting, aku dah mulakan langkah untuk membantu menukar minda orang Melayu dari melihat semua perkara dari kaca mata bangsa. Malah isteri aku pun tanya, di Subang ni tak ada calon Melayu, nak mengundi juga kah? Aku kata, bangsa tak jadi masaalah, lihat semua menerusi pandangan yang lebih besar - kita nak mengundi nak menjadikan Malaysia keluar dari politik yang berteras kan bangsa. Jadi dia pun keluar mengundi - pangkah DAP! Tetapi hari ini isteriku bertanya - hah nak pangkah DAP lagi ke?

Nasihat aku kepada semua bangsa, Melayu, Cina, India; sekurang kurang nya hormat lah dan taat lah dengan titah baginda. Sultan adalah penyatu bangsa Malaysia. Jadi semua bangsa di Malaysia ni kena akur dengan titah baginda. kalau ditakdir kan Tuanku memilih seorang Cina menjadi MB, aku akan akur dengan berlapang dada.

No comments: