Tuesday, October 9, 2007

kemana perginya wang zakat?

Saban harin apabila kita membelek Metro, mesti ada ruang pengkisahan orang orang miskin yang tak berumah, yang memerlukan duit untuk berubat, perbelanjaan anak anak sekolah dsb. Yang paling banyak dipaparkan ialah di Baling Kedah. Setahu saya Baling adalah kawasan BN yang dimenangi oleh seorang ustazah "janguk" yang menghalalkan pelacuran kalau darurat!

Pelik juga. Selalunya kalau miskin mesti Kelantan. Hai, mesti editor Metro belum dapat "wahyu" dari orang atas kot? Atau terlepas pandang?

OK lah, aku tertarik dengan pendapat Tuan guru Nik Aziz - Manusia hanya dapat mengurangkan kemiskinan tapi tak mungkin dapat menghapuskan kemiskinan. Orang yang berkata kita akan dapat menghapuskan kemiskinan adalah orang yang takbur - sama taraf dengan Firaun!

Islam, menetapkan orang orang yang layak untuk membayar zakat. Duit zakat ini sepatutnya digunakan untuk membantu orang orang fakir dan miskin dan orang orang yang berjihad (termasuk memcari Ilmu). Tapi, kenapa begitu ramai orang yang miskin tidak mendapat wang zakat? Kenapa banyak pelajar miskin di universiti universiti yang menghadapi kesukaran kewangan? Bukan kah mereka layak menerima zakat? Jadi tak pendakyah pendakyah Ugama bukan Islam tak dapatlah nak mencucuk jarum untuk memurtadkan mereka! Sesungguhnya Islam itu indah kalau di sempurnakan!

pelik juga ya? Nama "pusat zakat" mestilah kerja utamanya ialah memungut zakat dan mengagihkan zakat kepada orang orang yang layak. Mungkin terlalu sibuk "mengskodeng"kot? Atau terlalu sibuk mengampu orang orang besar? Tak tahulah, hanya Allah yang tahu.

Pusat zakat sepatutnya mengadakan satu database untuk mengumpulkan maklumat maklumat orang orang yang layak menerima zakat. Pusat zakat boleh menggunakan ketua ketua kampung untuk mengumpul maklumat untuk dimuatkan kedalam database. kemudian memberikan kadar zakat ynag munasabah (mengambil kira, bilangan tanggungan, kadar inflasi dsb) kepada golongan tersebut sehingga golongan tersebut mampu mengeluarkan diri dari tergolong dalam kempulan yang memerlukan zakat.

Untuk mengeluarkan golongan tersebut dari golongan yang layak menerima zakat, pusat zakat sepatutnya menubuhkan pasukan kaunseling atau satu pasukan untuk melatih atau memberi kemahiran kepada golongan tersebut. Seperti melatih kemahiran menjahit dan memberikan mesin jahit supaya mereka mampu berdikari.

Tak tahulah apa yang pusat zakat lakukan, tapi bila masuk hal memungut wang zakat, kempen habis habisan, siap dengan "bill board" yang besar besar (pakai duit zakat ke?). Tapi bila tiba hal untuk memberi zakat, tak ada pub publisiti (pelik juga - publisitinya ialah menjemput pak menteri memberi duit zakat - ambil gambar besar besar - yang peliknya pak menteri tu bayar zakat ke?)

Aku tertarik dengan apa yang pusat zakat singapura lakukan, bukan saja pembayaran zakat diambil kira, pemberian zakat juga dipermudahkan. Ada program TV memaparkan komen orang orang yang menerima zakat. Terasa keadilan Islam. Mungkin pusat zakat Malaysia perlu belajar dari MUIS?

Aku tertarik dengan apa ynag diberitahu oleh seorang kawan, sebagaimana di negara Nordic (tak ingat yang mana) dimana wang charity yang diberikan dapat diketahui digunakan untuk apa. Sekurang kurang nya kita tahu wang kita digunakan untuk kebajikan dan "transparent". Nampaknya orang bukan Islam lebih Islam dari kita!

Setiap kali aku membayar zakat, aku tertanya tanya apakah wang zakat ini akan digunakan untuk membantu orang orang miskin? Atau pun digunakan untuk membina perniagaan? Aku bersangka baik - tapi kalau wang ini digunakan untuk tujuan lain - satu sen tidak akan aku halalkan - jawaplah didepan Allah RabbulJalil dihari pembalan nanti!!

No comments: