Wednesday, October 10, 2007

Perbezaan Minda dan Sensitiviti Orang India dan Malaysia

Menonton BBC news sekejap tadi membuka telah membuka mata terhadap minda masyarakat India dan Malaysia. Masyarakat India mengadakan protes untuk menghalang kemasukan Syarikat peruncitan Wall-Mart. Mereka merasakan kemasukan Wal-Mart akan mengancam peluang perniagaan kecil kecilan masyarakat India. Ini memang salah satu dari keburukan globalization.

Berbeza dengan masyarakat Malaysia, fikiran kita seolah olah mati, kita tidak merasa apa apa apabila, syarikat global ini membuka pasaraya besar bagai cendawan tumbuh dinegara kita. Sebaliknya orang berbaris sampai tak cukup parking untuk membeli belah di pasaraya besar ini.

Memang orang Malaysia ni minda nya singkat. Cuma melihat sesuatu dari pandangan yang singkat. Mereka tidak sedar mereka secara tidak langsung membunuh peniaga peniaga tempatan. Duit yang dilabur kan disyarikat besar ini akan diangkut balik kenegara mereka. (Inilah penjajahan bentuk baru, kalau dulu hasil bumi kita diangkut KeLondon, kini duit kita diangkut keluar!) Cuba fikirkan apa yang akan terjadi pada masa akan datang? Cuba baca tulisan Hishamuddin Rais dalam Malaysia-today.net mengenai issu ini.

Dengan modal yang besar, dan keupayaan berbilion Dollar, syarikat syarikat ini akan secara tak langsung membunuh peruncit-peruncit tempatan yang memiliki modal yang kecil.

Pelik ya, mana pendekar pendekar UMNO yang begitu galak memprosikan perjuangan Dato' Oon, Tunku Abdul Rahman yang memperjuangkan kemerdekaan? Golongan ini jugalah yang memberikan permit kepada syarikat syarikat besar ini untuk "membunuh" dan menggadaikan negara kita kepada pemodal pemodal asing ini.

Memang betul kata perpatah Melayu - berkokok bedegar degar - ekor penuh tahi!

No comments: