Saturday, February 11, 2017

Melawat Anak di Sekolah Tun Fatimah

Baru sampai dari JB selepas melawat anak bungsu di sekolah Tun Fatimah. Menghantar anak kesekolah asrama penuh perlukan kekuatan. Bukan sahaja anak tetapi juga kedua ibu bapa. Bagi anak, suasana baru dan asing ditambah pula kerinduan kepada keluarga memyebabkan tekanan yang amat sangat. Maklumlah dirumah, semua bebas. Jadual diatur sendiri dan semua keperluan dipenuhi. Tambahan pula ibunya begitu memanjakannya. Tetapi bila mendengar rintihan sianak dan rengekan sianak seakan meruntuhkan segenap jiwa raga ku. Masakan sanggup mendengar sianak menangis mengatakan betapa dia diusik oleh senior. Disuruh buat itu dan ini bagai budak suruhan. Disuruh buatkan maggi ditengah malam buta. Disuruh membasuh tupperware dan macam macam lagi. Ini tanpa menhiraukan keperluannya untuk berehat! Ya Allah, hati mana sanggup mendengar rengekan si anak! Bagai putus urat jantung menahan sedih dan rasa marah! Sebelum berpisah, pelbagai pesanan dititipkan buat sianak. Jangan hiraukan usikkan para senior. Perlu kuat semangat. Betapa ayah sayang akan Beela. Ayah hantar kesini demi masa depan Beela. Sianak mendengar dalam sedu sedan dan esak tangis. Jangan menangis sayang. Ayah akan datang setiap minggu melawat. Fikirkan saat saat indah. Fikirkan yang ayah tetap akan datang saban minggu. Tak sampai hati untuk meninggalkan anak dalam kesedihan. Kuat lah wahai hati. Hatiku retak seribu.. Sampai durumah, kubuka bilik anak bungsuku. kosong! Sekosong hatiku. Terbayang anak bungsukan yang sentiasa ceria dgn lukisan dan art book nya. Kupeluk softtoys yang menjadi kesayangan. Wahai anak, walau ayah tak dapat menciummu sebelum tidur seperti biasa, Ayah dapat mendakap sofy toys kesayangan mu pun jadi lah! Rasa rindu, sebak bertukar ganti.
Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan berikanlah anakku kekuatan dan semangat untus terus belajar disekolah Tun Fatimah. YAllah lindungilah Beela dari fitnah dan kejahatan, manusia, jin dan syaitan! Ayah akan tunaikan janji ayah, this weekend, ayah tetap akan melawat Beela.

No comments: