Saturday, January 12, 2013

Kontrovesi Allah

Polemik terbaru tentang penggunaan istilah Allah begitu hebat diperkatakan. Dulu dah sekali, sekarang ada puak puak desperate yang cuba untuk menangguk diair keruh. Puak puak ini tanpa rasa malu segan dan tanpa rasa tanggung jawap terus memainkan sentimen agama dan kaum untuk kepentingan sendiri. Yang memperkatakan tentang issu Allah ini adalah party cap ayam, tetapi di media media mereka memperkatakan yang memulakan kontrevesi ini adalah PR. Cuma nak tanya satu soalan, apa untungnya PR memainkan issue ini? Kembali kepada isu pengunaan Allah, Nabi dah kata, kalau kita berbantah bantah, rujuklah kepada AlQuran. Apa Allah kata dalam Alquran? Aku sokong ustaz Hadi dan Tok guru Nik Aziz yang sangat konsisten dalam isu ini - tiada larnagn untuk orang Islam menggunakan perkataan Allah. Lalu ditimbulkan pulak issue budaya (Fathul Bari) yang berhujah bahawa dari segi budaya adalah salah untuk orang yang bukan Islam menggunakan perkataan Allah. Jadi saya nak tanya untaz yang bijak bukan alang kepalang ini, antara Alquran dan budaya, yang manakan boleh dijadikan sumber hukum? Sedih aku bila uztaz ini yang berbuih berzikir siang malam, menurunkan darjatnya serendah darjat Raid Yatim - menteri budaya, yang pernah memperolok olokkan sunnah nabi bahawa orang Melayu tak perlu berpakain seperti Arab. Tapi yang dia tu, berbaju kot, siang malam pagi petang tu tak lah pulak salah? Kenapa tak berbaju Melayu dan bertanjak,hatta untuk kekedai runcit? Otak dungu! Dari segi lojiknya, cuma ada satu tuhan sahaja - Allah (tidak beranak dan diberanakkan, ia ujud dgn sendiri dan tiada sesuatupun yang serupa dgnNya - Surah AlIkhlas). Dalam Quran juga mengatakan org Kristian itu melakukan syirik yang besar bila mereka mngatakan Isa (Jesus) ibnu Maryam itu adalah anak Allah. Jadi, rumusannya, orang Kristian itu mengaku bahawa tuhan itu Allah, cuma mereka sudah mensyirikkan Allah dan mengatakan Allah itu beranak! Timbul pulak hujjah yang mengatakan kalau org bukan Islam menggunakan istilah Allah,orang Islam akan keliru.Orang Islam yang mana? Tentulah orang Islam yang setengah tiang - yang menjadikan agama suku dan politik suku. Orang Islam yang mantap akidahnya tidak akan keliru! Kenapa kita menjadi defensif? Kalau orang Kristian menggunakan istilah Allah tridakkan itu sebahagian dari dakwah? Tidakkan ini akan membangkitkan rasa ingin tahu orang Kristian terhadap Islam? Dalam hal ini, kita rujuk kepada kebijaksanaan Rasullullah didalam perjanjian Hudaibiah - nampaknya secara mata kasar macam menguntungkan orang musyrik Mekah, tetapi secara halusnya ia menguntungkan pihak Islam. Allah itu adalah bijak - God works in mysterious ways! Jadi,kembalilah kepada apa yang Alquran kata. Tak payah nak mencampur adukkan nya dengan alasan budaya dan sebagainya.Kepada para mufti dan alim ulama, anda adalah benteng yang mempertahankan kebenaran. Jadi, katakanlah kebenaran itu walaupun ianya pahit!

No comments: