Tuesday, September 11, 2012

UMNO, PAS, HUDUD, NASHARUDIN

Aku terbaca ulasan dari Dr Mashitah Ibrahim dalam Sinar tempohari yang mengulas tentang apa yang berlaku dalam PAS, terutama ulasan beliau tentang dasar perjuangan PAS. Bukan setakat Mashitah, tapi juga ulasan dari beberapa pemimpin UMNO. Semuaulasan mereka itu bagaikan rekod yang rosak "broken record": 1. Pas sudah tersasar dari landasan asal memperjuangkan Islam 2. Hudud PAS bukan hudud Islam 3. Golongan ulama dipinggirkan Semua ulasan diatas diulang ulang seperti burung kaka tua untuk menipu orang orang Melayu yang malas nak berfikir. Kadang kadang kita meragui sama ada mereka ini berlagak bodoh atau pura pura bodoh? Tentang Isu PAS sudah tersasar darilandasan perjuangan Islam; dasar perlembagaan PAS tidak pernah berubah. Masih menjadikan Quran dan Sunnah sebagai asas perlembagaan. Hujah yang lebih mudah ialah, kalau mereka percaya "dulu" PAS memang memperjuangkan Islam,kenapa mereka memilih UMNO? Pelik kan? Lagi satu mereka berkata hudud PAS bukan hudud Islam, tetapi mereka tidak pun berusaha menunjukkan hudud mana yang lebih "islam" bahkan Mahathir dan Najib begitu lantang mengatakan mereka tidak ada niat danmengatakan hudud itu tidak sesuai untuk Malaysia dan sudah ketinggallan zaman. Hujah yang paling kelakar adalah bilamereka mengatakan PAS meminggirkan ulama.Memang Pas meminggirkan ulama; tapi "ulama" yang macam mana? Wal hal majlis tertinggi yang menentukan dasar dalam PAS adalah dewan syura ulama. Mereka inilah yang menjadi penunjuk jalan kepada PAS bagi memastikan perjuangan PAS sentiasa berlandaskan Quran dan Sunnah. Ulam yang diinggirkan adalah "ulama" seperti Hasan Ali yang lebih UMNO dari UMNO. Jadi,apa yang tersasar? Yang tersasar adalah UMNO! Parti ala ala Melayu yang dipenuhi oleh orang orang yang mengaku Melayu!

No comments: