Tuesday, September 18, 2012

Penghinaa terhadap rasullullah, UMNO dan MCA

Kalau kita tanya sesiapa saja yang mengaku Muslim tentang penghinaan terhadap rasullullah, 100% dari mereka akan merasa marah. Tapi dizaman moden ini,macam mana kita mahu menunjukkan kemarahan kita? Apakan tindakan kita selepas kita marah? Sebab kita marah dan emosi, patutkah kita bertindak diluar kewarasan kita? Patutkan kita membunuh dan membakar semua kedutaan Amerika? Patutkan kita membakar segala gereja yang ada? Bagaimana akhlak kita sebagai orang Islam bila kita marah? Patutkan kita bertuan kan nafsu amarah semata mata? Kita mengaku mahu mengikut sunnah nabi dalam hidup kita, tetapi kenapa kita tidak berakhlak dengan akhlak rasullullah apabila kita marah? Yang diajarkan Islam adalah,dalam setiap saat, kita mesti bertindak secara waras. Itu sebab kita tidak dibenarkan mengambil semua yang memabukkan kerana kewarasan adalah asas yang sangatpenting dalam Islam. Atas dasar kewarasan jugalah Allah tidak mewajibkan orang yang belum cukup umur dan orang gila dari melakukan ibadat. Kita juga diwajikan Allah untuk tidak mengikut emosi dan Allah berkata "janganlah kerana kita todak sukakan sesuatu kaum,maka kita menzalimi mereka". Nabi kata,kalau kita marah,hendaklah kita mengambil wuduk. Allah juga berkata,jika ada orang fasik membawa berita, hendaklah kita selidiki dulu dan jangan percaya secara membabi-buta. Rasullullah juga pernah disakiti dan difitnah oleh Abdullah bin Ubai, tapi kerana kemaslahatan umat, nabi tidak memaki dan membakar rumah Abdullah bin Ubai. Hamzah adalah pak cik kesayangan rasullulah, dan dia dibunuh dalam perang uhud oleh hamba kepada Hindun, isteri kepada Abu Sufyan, tetapi setelah Mekah ditawan, rasullullah tidak bertindak membunuh hamba tersebut. Nabi pernah disakiti oleh orang orang Taif, tapi nabi tidak mengagkat tangannya supaya penduduk Taif dibinasakan Allah. Selepas berdirinya kerajaan Madinah dan kedudukan Islam bertambah kuat, rasullullah tidak menghantar bala tentera untuk menghancurkan Taif! Hatta, Abu Sufyan sendiri yang begitu banyak menyakiti rasulullah dan menyerang Madinah pun dimaafkan oleh rasullullah setelah Mekah ditakluk oleh tentera Islam Jadi, intipatinya,sebagai orang Islam,dalamapa juga keadaan,kita mesti waras,kita mesti tidak emosi dan kita mesti membuat keputusan berdasarkan fakta dan bukti bukti yang kukuh dan sentiasa memaafkan. Jadi bagaimana tindakan kita dalam menghadapi fitnah akhir zaman seperti video ynag menghina nabi? Patutkan kita bertindak liar dan membunuh orang yang tidak berdosa dan membakar kedutaan kedutaan Amarika? Jika rasullullah yang mulia masih hidup, bagaimanakan tindakan rasullullah? Malangkan, baginda rasul sudah tiada bersama kita, cuma sunnah, dan peribadi rasullah sahaja yang patut menjadi contoh? Jadi bagaimana? Tepuk dada,tanya iman!

No comments: