Friday, July 25, 2008

Perbincangan, Muzakarah ..........

Terlalu banyak yang diperkatakan sekarang tentang muzakarah PAS dan UMNO. UMNO mempergunakan kesempatan ini untuk mengelirukan penyokong Pakatan Rakyat. Terlalu banyak analisis analisis yang berbelit belit tentang issue ini.

Bagi saya, perkara ini mudah dan perlu dimudah kan. Tak payahlah bak kata orang putih "paralysis by analysis". Kesimpulan dari kenyataan Pemimpin PAS dan UMNO adalah:

1. UMNO dalam keadaan tersepit dan mahu mengekalkan kuasa. Kita tahu UMNO memang tak ada prinsip, mereka akan buat apa saja untuk memerintah - termasuk berbincang dengan PAS (musuh ketat UMNO) untuk memperkasakan cengkaman mereka (tipu tak tipu itu belakang kira)

2. Peringkat awal perbincangan adalah sebaik saja selepas mengetahui BN kalah di Selangor dan Perak. Satu satunya cara untuk mengekal kan kuasa adalah melalui kerajaan campuran. Satu satunya cara adalah menghubungi pemimpin PAS bagi maksud tersebut (logik bukan?). Tak kan nak talipon Anwar kot?

3. Perbincangan adalah tentang kuasa (UMNO) bukan tentang Islam. (tak kan nak bincang pasal Islam "during the last eleven hours!). Jadi yang diperkatakan tentang Melayu dan Islam itu adalah bunga bunga saja - bukan perkara pokok.

4. Tidak salah bagi UMNO untuk menggunakan talian hayat terakhir dengan menghubungi PAS untuk memujuk PAS untuk berkongsi kuasa.

Tetapi, seluruh peristiwa diatas:
1. Menyerlahkan kan kematangan, kesetiaan kawan, dan prinsip PAS yang tegap - semasa susah dan semasa senang terhadap kawan kawan pembangkang. Susah senang sentiasa bersama PKR dan (DAP?) walaupun DAP suka memperlekeh kan PAS disaat PAS ditekan.

2. PAS tidak gila kuasa. Ini kerana kalau PAS memang gila kuasa, perkara termudah ialah mengatakan "ya" terhadap tawaran UMNO dan PAS dah jadi menteri besar di Perak dan Selangor serta kedah!

3. Keterbukaan PAS (UMNO kata PAS jumud). PAS sentiasa terbuka kepada sesiapa, boleh berbincang dengan sesiapa saja, tanpa menggadaikan prinsip.

Jadi apa yang nak dikecoh kecoh kan tentang perjumpaan PAS dan UMNO. Semakin UMNO cuba memutar belit kan isu ini, makin nampak kedangkalan pemimpin pemimpin UMNO dan semakin menyerlahkan kematangan dan keluhuran Pemimpin PAS.

Buang segala emosi - fikirlah dengan hati! Biarkan UMNO gila talak untuk Dulu, Kini dan Selama lama nya!

1 comment:

Unknown said...

Hi Budak Parit,
Saat-saat sedemikian akan betul-betul menentukan sama ada PAS akan memegang kepada prinsipnya ... Let's us wait and see ...