Saturday, September 27, 2008

Siapa yang lantik PM Malaysia?

Siapakah yang berhak jadi PM? Siapakah yang berhak melantik seseorang menjadi PM? kalau dari kaca mata demokrasi -jawapannya tentulah rakyat! Betul kah? Mari kita lihat dalam kontek Malaysia - Sementelah UMNO adalah parti yang dominan - sesiapa ynag jadi presiden UMNO akan menjadi PM. OKlah, rakyat Malaysia adalah dalam 26-27 juta. jadi PM ditentukan oleh 2-3 juta ahli UMNO. Jadi mana suara dari 24 - 25 Juta rakyat Malaysia? OK betulkah 2 - juta UMNO itu ada suara untuk memilih PM? Presiden UMNO ditentukan oleh Majlis tertingginya - seramai mungkin kurang dari 20 orang! Betulkan 20 orang ini ada kuasa menentukan siapa PM Malaysia? Opps, sebenarnya yang menentukan siapa PM Malaysia adalah dua orang saja - iaitu Dollah dan Najib! Bayangkan lah nasib 26 -27 juta rakyat malaysia ini adalah ditentukan oeleh dia orang sahaja.

Memanglah dalan BN, UMNO tu ada macam macam pemilihan - betulkan ada pemilihan? Kalau kita lihat, bila ada pun pemilihan pun, macam macam sekatan yang dikena kan. Mesti ada pencalonan minimum lah, tak boleh kempen lah, tak boleh itulah tak boleh inilah. Itu belum lagi dikira rasuah dalam pemilihan!

Kemudian datang lah "wahyu" dari Najib dan Dollah. Biar diar orang berbincang siapa ynag patut jadi PM. Tapi betul kah Dolah dan Najib ni orang terbaik, tercerdik, terbersih, terberwawasan dari 26-27 juta rakyat Malaysia untuk jadi PM?

Bayangkan lah, jawatan terpenting, yang akan menentukan nasib 26-27 juta rakyat Malaysia adalah barang mainan oleh Dollah dan Najib! Suka suka tukar portfolio, suka suka tentukan peralihan kuasa, suka suka tukat tarikh nya. Entah berapa banyak suka suka entah. Tapi yang aku pasti majoriti dari 26 -27 juta rakyat Malaysia TAK SUKA!!!

Tak bolehkah kita ubah sikit cara PM dilantik? Kalau tak boleh nak "overhaul" cara demokrasi kita yang diwaris kan British, sekurang kurangnya boleh tak pemilihan orang dari dalam UMNO dilakukan oleh rakyat? Sesiapa saja diri dalam UMNO boleh dicalonkan dan boleh menawarkan diri? kemudian yang tercalon boleh menjustifikasikan kenapa mereka adalah calon terbaik - dari segi polisi, dari segi wawasan, dari segi dasar ekonomi, dari segi dasar luar, dari segi kebajikan rakyat dan bermacam macam segi yang dimahukan rakyat! Kita boleh mengaturkan debat macam debat kat US tu antara Republican dan Demokrat. Sekurang kurang nya kita tahu apa yang ada dalam otak calon calon PM tersebut dan kita boleh memilih siapa PM yang layak!

Pang! aku tampar pipi aku.. oppps aku bermimpi rupanya .. Kat Malaysia ni semua nya Malaysia boleh, kecuali demokrasi dan hak untuk bercakap, Salah cakap nanti so botak dermakan ISA kat kita!!!

No comments: