Friday, September 12, 2008

Relevankan politik perkauman yang sempit?

Sekarang Malaysia dihantui oleh hantu hantu perkauman. Hantu hantu ini bukannya datang dari hutan. Tapi hantu perkauman ini bertuan - bertuankan parti cap dacing dan cap timbang! Perkauman ini adalah hantu hantu yang akan dilepaskan untuk menghisap darah apabila tuannya mula merasa terancam, tersepit atau tak mampu melawan secara anak jantan!

Maka ramailah yang tidak berdosa diganggu oleh hantu hantu ini. RPK, wartawan Sin Chew dan Teresa Kok adalah diantara orang orang yang di"target" oleh tuan hantu hantu ini.

Untuk penyakit yang disebabkan oleh hantu hantu ini bukan senang. Kita perlu langkah tegas seperti Islam mngharamkan arak dan judi, begitu juga hantu perkauman ini mesti diharamkan!

Yang paling kau kesalkan ialah dimana ulama ulama Islam yang melalak tentang keindahan Islam? Yang melalak mengatakan Islam itu adil, Islam itu untuk semua, Islam itu meliputi cara hidup? Yang bertegang leher diatas pentas bersurah tentang Islam?

Selain dari konsep tauhid, islam ada konsep keadilan. keadilan yang perlu dijalan kan walau dimana,dan keatas sesiapa pun. Konsep keadilan dalam Islam tidak membolehkan kita mengambil hak orang lain. Islam tidak akan menghukum tanpa bukti yang kukuh. Lihat sahaja hukum hudud - setiap kes mesti ada saksi, saksi pula bukakan boleh diambil dari si haprak - kalau sipenuduh tidak dapat memberikan bukti, sipenuduh akan dikena kan hukuman yang berat!

Aku berharap ada ulama, mufti, ustaz, pak Haji, Pak Lebai dipihak kerajaan akan tampil dan membuat fatwa yang ISA itu haram, perkauman itu haram kerana ia bertentangan dengan semangat keadilan yang ditiupkan oleh Islam! Aku harap ada petisyen dari mufti-mufti, ada petisyen dari badan Islam, NGO Islam yang berani kehadapan untuk menentang ketidakadilan,menentang penahanan tanpa bukti, menentang ISA! Bak kata orang tua tua, jangan jadi ayam jantan - kokok berdegar degar tapi ekor penuh tahi!

Masyarakat islam mendambakan ulama/sahabat yang seperti Abu Dzar AlGhirafi. Begitu berani menyanggah Muawiyah kerana kemewahannya. Menolak segala habuan dunia yang ditawarkan oleh Muawiyah. Dan beliau meninggal ditepi jalan dengan sehelai sepinggang.

No comments: