Saturday, September 11, 2010

9/11 Protesters Tear the pages from Quran

You can never tear the Quran as the Quran is the Words of God! I can never be erased, it can be never the torn - Allah is the sole protector of the Quran.

What they have torn were - merely papers. The word survived.

You can never tear my Quran as the Quran is inside me. You can tear me apart but my Quran is in my soul. You can never tear my soul as my soul belongs to Allah. The owner of the Quran.

Monday, August 30, 2010

Pelik tapi benar ....

Sewaktu aku balik kekampung untuk melihat project pembinaan rumah kampung ku. Aku berkesempatan berbual dengan kontraktor Cina dari Sitiawan.

Cina ini dah berumur, mungkin lewat 50an. Beliau bergaul dengan orang melayu dan pandai menyesuaikan dirinya.

Aku bertanya kepada nya kenapa perkerja pekerja nya terdiri dari Cina yang tua tua? Katanya yang muda muda tak mahu berkerja susah macam dia. Mereka lebih senang berkerja dengan kelab kelab hiburan hatta sebagai bouncer sekali pun. Beliau tak suka kepada judi, tempat tempat hiburan...

Yang memeranjatkan aku bila dia kata cuma hukum Islam saja yang boleh mengubah keadaan ini.

Friday, August 27, 2010

Boleh kah Bukan Islam masuk Masjid/Surau

Orang Melayu Islam selalu dan terlalu bangga dgn mengatakan Islam itu Indah, Islam itu universal, Islam itu adalah agama yang benar, Islam adalah Ad-Din....

Islam yang sebenar adalah Indah. Islam yang sebenar adalah Suci. Islam yang sebenar adalah Universal.

Yang aku pelik kat Malaysia ni, orang orang yang mengaku Islam adalah rasis, orang orang yang mengaku Islam adalah perasuah, orang orang yang mengaku Islam adalah yang tidak adil!

Memang benar kata seorang pemikir Islam (dulunya Kristian) kalau tak salah aku namanya Muhammad Assad bahawa dia tak akan masuk Islam kalau melihat perangai orang orang Islam sekarang ini. Beliau masuk Islam adalah kerana mendapat ilmu tentang Islam dari kajian ilmiahnya....

Kalau kita tengok bagaimana orang orang melayu di Islam kan dulu... adalah kerana akhlak pendakwah pendakwah Islam yang mulia dan terpuji. Itu sebab tak payah paksa orang melayu masuk Islam... mereka masuk dengan rela hati...

Bacalah sejarah Jawa, bagaimana salah seorang wali (Sunan) berdakwah kepada orang orang Jawa yang masih Hindu ketika itu? Beliau berakhlak mulia dan menggunakan pendekatan yang lembut dgn memahami budaya Jawa - melalui nyanyian!

Melihat perangai ahli parti cap keris dan ahli NGO Melayu contohnya Perkosa; yang berapi api mengguna taktik perkauman yang sempit untuk kononnya mempertahankan hak Melayu; adakan orang bukan Islam (Cina dan Hindu) akan dapat melihat keindahan, keadilan dan kesejagatan Islam?

Patutlah berbondong bondong Cina dan India masuk Kristian. kerana ahklak ynag mengaku Islam begitu memualkan!

Thursday, August 26, 2010

Khutbah oh khutbah

Isu khutbah di Pulau Pinang menunjukkan betapa Melayu ini mudah sangat melayan benda benda yang membakar emosi, tetapi tiada untung apa apa.

Kadang kadang melayu ni dikongkong oleh kebiasaan. kerana selalu doakan Agung, maka itu sedah menjadi "wajib". Kalau tak buat menjadi salah. Mereka ni dah lupa, jahil, atau "abu Lahab". Tiada pun rukun khutbah kata, syarat sah khutbah/rukun khutbah, mesti dibacakan doa keatas pemimpin.

Inilah orang Melayu yang berminda sempit.. cuma memandang perkara yang didepan batang hidung saja, wal hal perjalanan masih jauh.

So..... Apa yang kecoh sangat?

Saturday, August 21, 2010

Pembangkang Menggangu Felda

Hari ini Dalam The Star berita bertajuk "Cubaan Pembangkang Masuk keFelda Satu Gangguan".

Pemberita menggunakan perkataan "pembangkang" disini. Mungkin UMNO/BN ni tak sedar yang mereka juga adalah pembangkang. Mereka adalah pembangkang di Selangor, Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan "Perak". Nampaknya puak puak ni memang tak sedar sedar lagi...

Baik, katalah yang dimaksudkan pembangkang itu adalah Pakatan Rakyat (PR). Hai sejak bila pulak PR tak boleh masuk Felda? Sejak bila pulak Felda tu adalah hak milik mutlak BN? Negara yang mengamalkan demokrasi, sesiapa saja yang memegang kad pengenalan Malaysia bebas untuk kemana saja di Malaysia.. hatta masuk kerancangan Felda. Menyatakan pendapat, mencari ahli baru adalah satu tuntutan demokrasi... Peserta Felda tu bukannya budak budak, hatta dah generasi kedua dan ketiga... tentulah mereka boleh menilai hujah yang dibawa PR. Disini BN mestilah bersedia berdebat, berhujah secara fakta dan Ilmiah... Warga Felda harus menilai hujah siapa yang betul... dan sokonglah..

Ini tidak, masuk Felda dikata mengganggu. Masuk Felda tak boleh... kalau masuk dipanggil FRU, Kalau masuk ditangkap Polis (macam saudara Mazlan Aliman)... Inikah demokrasi?

Kecualilah pengurusan Felda ada benda yamg nak disembunyikan. Tak nak orang Felda tau, dan benda itu mestilah betul kerana Felda beriya iya benar menghalang PR masuk berjumpa warga Felda...

Siakap Senohong Gelama ikan duri....
Bercakap bohong memang dah jadi amalan menteri!

Ha ha ha....

Wednesday, August 18, 2010

Perkasa yang jumud

Cuba anda bayangkan ....

Orang Islam di Adelaide Australia yang sikit jumlahnya, mahu membuat persembahan nasyid/israk mikraj dalam bulam december, 3 minggu sebelum Krismas. Orang Islam membuat permohonan untuk menggunakan salah sebuah dewan kepunyaan Majlis bandaran Adelaide untuk tujuan tersebut. Maka orang orang Kristian pun berarak dan membuat lapuran Polis mengatakan orang Islam telah menghina Kristian dan menuduh orang Islam cuba mengIslamkan orang Kristian.....

Aku rasa, akan keluar muka depan Utusan meloya yang bertempik mengatakan Austalia mengamalkan diskriminasi kaum! Aku rasa mereka ini akan membuat bantahan di kedutaan Australia...

Tapi mengapa Orang Islam ini mengamal perangai buruk mereka dan menunjukkan ketidakadilan mereka terhadap penduduk bukan Islam?

Aku pernah belajar di Australia selama 3 tahun dan orang Islam bebas untuk mengamalkan cara hidup mereka. Kami bebas untuk menggunakan kemudahan universiti untuk perayaan agama - hatta untuk majlis perkahwinan sekali pun... Salah satu masjid, Masjid Mairion di Adelaide adalah asalnya sebuah gereja dan terletak di tengah tengah perumahan yang rata rata penduduknya Kristian. Tapi kami merasa aman melakukan ibadat dimasjid tersebut...

Setahu aku tiada satu ayat Quran pun menyuruh kita mendiskriminasikan orang bukan Islam. Dizaman kegelapan Eropah, orang orang Yahudi bernaung dibawah negara Islam kerana mereka merasa selamat dan hak mereka dilindungi..

Apa dah jadi dengan Perkasa? Apa dah jadi dengan Melayu Islam?

Friday, July 30, 2010

Apabila mufti menjadi nasionalis Melayu

Aku pun bukan pandai ugama sangat.. bak kata orang dulu dulu, alif bear batang nyiur pun aku langgar... Tapi aku bertekat nak belajar tentang Islam dan banyak membaca buku buku tentang Islam dan mendengar tok guru kat Madrasah aku mengajar ...

Satu ajaran yang penting dan selalu diulang ulang adalah ... Tidak aku turunkan engkau wahai Muhammad, melainkan untuk menjadi rahmat sekalian alam .... Pada pahaman akulah .. maknanya nikmat Islam, keadilan Islam adalah untuk semua. Islam ada haknya, yang bukan Islam ada haknya... Orang orang alim ulama adalah orang yang colour blind, yang sepatutnya menunjukkan ajaran Islam adalah untuk semua. Bersatu untuk melaksanakan Islam. Menunjukkan contoh kepada yang bukan Islam bahawa Islam itu menaungi semua makhluk. Sebagaimana piagam Madinah yang menjamin hak hak Muslim dan bukam Muslim. Orang orang yang bernaung dibawah pemerintahan Islam dijamin keselamatan nyawa dan harta benda mereka dan dijamin hak hak mereka. Islam bukan untuk Melayu sahaja.

Bila seorang mufti menyarankan supaya Melayu bersatu diatas dasar kebangsaan, aku menjadi keliru. Adakah Islam itu untuk Melayu sahaja? Ini secara tidak langsung memberikan tanggapan negatif bahawa Islam adalah ugama yang tidak adil (nauzubillah)dan bersifat menindas!

Patutlah orang orang bukan Islam di Malaysia ini memandang sinis terhadap Islam. Nak dekat dengan Islam pun mereka takut dan meluat.

Siapakah yang patut disalahkan bila Islam di kaitkan negan segala yang negatif? Siapa yang patut disalahkan bila Islam dikaitkan dengan extremis, tak ada toleransi, mundur, jumud, menindas, teroris dan sebagainya...

Apa yang kita cakap lain dengan apa yang kita buat. Kita bertempik tentang keadilan Islam... tapi perbuatan kita tidak menampak keindahan Islam langsung!