Showing posts with label perkasa. Show all posts
Showing posts with label perkasa. Show all posts

Wednesday, August 18, 2010

Perkasa yang jumud

Cuba anda bayangkan ....

Orang Islam di Adelaide Australia yang sikit jumlahnya, mahu membuat persembahan nasyid/israk mikraj dalam bulam december, 3 minggu sebelum Krismas. Orang Islam membuat permohonan untuk menggunakan salah sebuah dewan kepunyaan Majlis bandaran Adelaide untuk tujuan tersebut. Maka orang orang Kristian pun berarak dan membuat lapuran Polis mengatakan orang Islam telah menghina Kristian dan menuduh orang Islam cuba mengIslamkan orang Kristian.....

Aku rasa, akan keluar muka depan Utusan meloya yang bertempik mengatakan Austalia mengamalkan diskriminasi kaum! Aku rasa mereka ini akan membuat bantahan di kedutaan Australia...

Tapi mengapa Orang Islam ini mengamal perangai buruk mereka dan menunjukkan ketidakadilan mereka terhadap penduduk bukan Islam?

Aku pernah belajar di Australia selama 3 tahun dan orang Islam bebas untuk mengamalkan cara hidup mereka. Kami bebas untuk menggunakan kemudahan universiti untuk perayaan agama - hatta untuk majlis perkahwinan sekali pun... Salah satu masjid, Masjid Mairion di Adelaide adalah asalnya sebuah gereja dan terletak di tengah tengah perumahan yang rata rata penduduknya Kristian. Tapi kami merasa aman melakukan ibadat dimasjid tersebut...

Setahu aku tiada satu ayat Quran pun menyuruh kita mendiskriminasikan orang bukan Islam. Dizaman kegelapan Eropah, orang orang Yahudi bernaung dibawah negara Islam kerana mereka merasa selamat dan hak mereka dilindungi..

Apa dah jadi dengan Perkasa? Apa dah jadi dengan Melayu Islam?

Saturday, March 27, 2010

Majukah Melayu dengan hanya kata kata?

Mutakhir ini banyak pihak pihak "melayu" yang bersorak tentang nasib Melayu di Malaysia. Yang aku peliknya, sudah lebih 52 tahun parti Melayu memerintah, ratibnya tetap sama - Melayu ketinggalan, Melayu miskin melayu lah bangsa yang paling bangsat didunia mengikut kata puak puak ini.

Kehulu kehilir bertempik tentang hak Melayu; semua media diguna kan untuk menunjukkan mereka ini adalah pejuang Melayu.

Persoalannya, kalau betul Melayu adalah bangsa yang paling bangsat, akan terbelakah nasib Melayu hanya dengan bertempik? Terbelakah Melayu hanya dengan berkata kita ada hak istemewa? Segala ratibnya adalah mengatakan bangsa lain maju, bangsa Melayu semakin bangsat. Tapi tidak ada pula golongan ini berfikir dan mencadangkan dengan rasional tentang bagaimana nak memajukan Melayu. Dengan menjulang keris, nasib Melayu tidak akan terbela. Menjulang keris ini cuma laku dizaman feudal. Zaman ini orang dah pakai bom nuklear!

Nak memejukan orang melayu ni tak susah - buang UMNO dari memerintah - ini kerana segala peruntukan untuk membantu orang Melayu disapu oleh puak puak ni. Yang dapat pada rakyat, cuma kerak kerak yang dah nak basi! Budaya rasuah yang membarah menyebabkan segala duit yang sepatutnya digunakan membantu Melayu - dijoli sakan oleh kroni kroni puak ini.

Contoh jelas - Kelantan dan Terengganu adalah negeri yang lebin 90% mealayu, tapi kenapa segala peruntukan disekat? Kalau nak bantu Melayu - salurkan 90% bantuan ke Kelantan dan Trengganu.

Tak percaya lagi - dikota kota, siapa yang ramai diduk kat setinggan? Persekitaran infrastruktur dan sosial yang tak sihat. Melayu! Bukan nak menghina, kerana aku pun dulu pernah duduk di setinggan kampung berembang, tapi ibu-bapa disina kebanyakannya cukup cukup makan. Kerja siang malam - anak anak terabai, akhirnya jadi mat rempit! dan cycle ini akan berterusan selagi mereka tidak sedar dan dibantu untuk keluar darinya. Kemudian tanak Melayu ini dirampas - diusir kerumah rumah panjang yang cuma layak dihuni oleh anjing! Mana perkasa? Mana melayu melayu yang berdengung dengung melaungkan hak Melayu?

Lagi? Tengok pula TV - rancangan Melayu kebanyakannya adalah rancangan hiburan yang melalaikan Mentor lah, Akedemi fantasia lah dan tak apa apa lagi yang secara tidak langsung melalaikan anak anak Melayu. Yang ada dalam kepala adalah nak glamour macam artis.. akhirnya belajar tak kemana, akhirnya kerja kilang. Mana Perkasa? Mana melayu yang bertempik berkeris yang nak membela Melayu?

Kalau nak maju, Melayu mesti ikut macam Cina Zaman dulu. Hantar anak belajar, jadikan anak anak orang orang yang berilmu. Biar mereka miskin tapi anak anak harus belajar sekolah orang putih. Hantar anak ke England! Akhirnya anak anak Cina yang berilmu ini akan menjadi pemangkin yang akan mengelurkan keluarga mereka dari kongkongan kemiskinan. Kerana cuma Ilmu dan pendidikanlah yang akan mengeluarkan melayu dari kepompong kemiskinan dan kebangsatan. Gunakan segala kemudahan untuk membantu orang Melayu menuntut Ilmu - Dari tadika sampai keuniversiti. Tak payah bina bangunan tinggi tinggi... cuma pastikan orang Melayu belajar - anak anak yang miskin ini, hantar mereka kesekolah sekolah khas supaya dapat belajar dengan selesa. Bina jati diri mereka menjadi orang Islam yang bertanggung jawap. Yang berfikiran terbuka. Inilah yang akan membantu Melayu!

Kepada Melayu yang menjulang keris ini, mereka ini tidak berpijak dialam nyata. Sudah terputus hubungan dari melayu marhaen. Terlalu manja dengan banglo besar, bini cantik dan kereta mewah. Cuma bila peruntukan untuk melayu dikurangkan - bermakna rezeki mereka ini akan berkurang. komisen kurang, rasuah kurang dan nak membuat duit atas angin pun kurang. Jadi "Melayu" yang diperjuangkan adalah "melayu" seperti mereka, bukan melayu melayu dikampung kampung dan bukan melayu setinggan. Bukan melayu yang duduk di PPR!

Selepas menulis artikel ini aku nak ketandas - nak muntah! Kerana terlalu meluat dengan melayu melayu jenis ini!