Friday, September 26, 2008

Soalnya bukan Anwar!

Yang rakyat mahukan bukan tubuh badan Anwar. Yang rakyat mahukan ialah perubahan. Sementelah Anwar membawa agenda perubahan yang diinginkan, maka Anwar menjadi ejen yang untuk perubahan yang rakyat inginkan.

Walaupun deadline Anwar tidak menjadi kenyataan, tetapi keinginan rakyat untuk melihat perubahan kepada negara tetap membara! Rakyat mahukan kerajaan yang perihatin terhadap masalah rakyat. Rakyat mahukan kerajaan yang mengutamakan kebajikan rakyat, yang bersih yang telus yang tidak rasuah yang tidak menyalah gunakan kuasa. Itu lah yang rakyat inginkan. Jadi tarikh bulan lah penting sangat Ynag pentingnya kemahuan itu tetap membara!

Jadi kepada kerajaan - Soalnya bukan Anwar! Soalnya adalah perubahan!

Saturday, September 13, 2008

Nujum Pak belalang versi zaman Pak Lah

Petikan dari tanungkite.net.

UMNO: Versi Pak Belalang
Dilulus terbit pada Sunday, September 14 @ 11:53:31 MYT oleh greenboc

Relaks Sekejap Oleh abiumar

"a
Mari kita tukar teka-teki dalam filem Nujum Pak Belalang sesuai dengan keadaan semasa kita.... Hahahahaha...!!!!

Soalan 1

Tukang Soal : 'Didalam baju hamba, ada sebatang kayu yang telah dipilih, bagaimanakah kia mahu tahu yang mana UMNO dan yang mana PKR..??'

Ahli Nujum Negara : 'Mintak pada hamba..!! Apabila sebatang kayu diletakkan di dalam air, yang condong ke bawah itulah UMNO dan yang menegak ke atas itulah PKR..'



Tukang Soal : 'Sebabnya...!!??'

Ahli Nujum Negara : 'Sebabnya... Kita pun telah tahu sekarang ini parti UMNO hampir tenggelam manakala PKR makin tinggi kedudukannya...'

Soalan 2



Tukang Soal : 'Dua ekor anak itik yang baru menetas, yang manakah UMNO dan yang
manakah PKR..??'


Ahli Nujum Negara : 'Ini senang saja, kita letakkan kedua anak itik
ke dalam bekas berisi air, yang mengejar itulah PKR dan yang lari sampai
terberak itulah UMNO..'



Tukang Soal : 'Sebabnya...!!??'


Ahli Nujum Negara : 'Sebab di dalam negara kita, musuh PKR hanyalah UMNO yang patut kita kejar.. Bukan Parti Amanat Bangsa di Indonesia atau Parti Rak Tai di Thailand..!!!'

Soalan 3


Tukang Soal : ' Ada sebuah masealah,

Satu... baaaanyak-banyak!!... Dua... sedikit-sediiiiikit....!!!
Tiga... jarang-jarang!!!... Empat... kad-dang, kad-dang,

Apa itu..???'


Ahli Nujum Negara : 'UMNO!!!'



Tukang Soal : 'Buktikan..!!'


Ahli Nujum Negara : 'Satu... Baaanyak-banyak... Ertinya, ahli UMNO memang banyak dalam negara ini...

Dua... Sedikit-sediiikit... Ertinya, sedikit sahaja yang berani bersuara dari
bilangan ahli UMNO yang banyak itu...

Tiga... Jarang-jarang... Ertinya, jarang-jarang yang kita dengar pemimpinnya berani melawan...

Empat... Kad-dang, kad-dang... Ertinya kad-dang, kad-dang barulah kita dengar dan
lihat ada pemimpin tertinggi UMNO yang mahu mendengar suara ahlinya...'



Soalan 4


Tukang Soal : 'Dimanakah terletaknya kekuatan Laksamana UMNO..?? Di kerisnya kah? atau di jenteranya kah..???'


Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan Laksamana UMNO bukan terletak pada
kerisnya ataupun pada jenteranya...'



Tukang Soal : 'Dimana terletak kekuatannya..???'


Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan UMNO hanya terletak pada TOYOL-TOYOLnya!!'



Tukang Soal : 'Buktikan!!'


Ahli Nujum Negara : 'Laksamana UMNO begitu bergantung kepada toyol-toyolnya untuk menonjolkan kekuatannya... Iaitu toyol dari Media Prima, toyol dari Polis serta toyol
dari Badan kehakiman.. Toyol-toyol inilah yang menampakkan Laksamana UMNO
nampak hebat walaupun hakikatnya mereka luka parah...'

'Biasalah... UMNO akan memungkiri janji dan suka lari dari tajuk apabila
kalah dalam apa-apa pertandingan.. Tapi bak kata Dato' Seri Anwar Ibrahim,

Jangan takut.. LAWAN... KITA LAWAN...!!!'





Soalan Extra


Tukang Soal : 'Kalau Ahli Nujum telus mata dan betul bijaksana...!!! Apakah yang ada

di genggaman beta...????'

Ahli Nujum Negara : '........... DUIT !!!..'

'Kerana duitlah yang telah MENJAHANAMKAN UMNO...'


Sekian... Semoga Terhibur... Wassalam...
"

Kenyataan bertaraf tadika dari seorang menteri

Aku hampir nak termuntah bila menteri dalam negeri muncul dikaca tv untuk memberi penjelasan tentang panahanan 3 orang melaui ISA.

Kenyataan paling pandir yang keluar dari seorang menteri mengenai Tan - wartawan Sin Chew - kononnya ISA digunankan untuk melindungi Tan dari ancaman - apakah benda bodoh sangat - ISA untuk orang yang mengancam negara - bukan untuk menyelamatkan orang. Anak aku yang disekolah tadika pun tak dapat menerima alasan pandir begini! Analoginya begini, Katalah Pak Lah menerima ancaman terhadap keselamatan beliau - adakah logic kalau Paklah di ISA kan?

Tentang Ahli Umno Pulau Pinang pula - oh kita tak payah ambil tindakan, sebab UMNO dah ambil tindakan - dah dilucutkan dari semua jawatan. Apakah bodoh nye? UMNO tu bukan kerajaan, bukan polis. Kalau Teresa boleh di ISAkan diatas alasan yang tak logic dan tak ada bukti, kenapa si Ahmad Penang tu tak di ISA kan? Bukan kah telah terbukti yang Ahmad tu mengeluarkan kata kata berupa hasutan? Aku rasa tak sanggup dan terasa amat malu bila Malaysia mempunyai seorang menteri yang bertaraf pandir!

Adalah lebih malu bila satu dunia mentertawakan Malaysia hari ini!!!

Apa yang merdeka?

Tahun lepas, aku kuatkan semangat untuk menggantung bendera Malaysia. Aku cuba memisahkan antara menggantung bendera dan menyokong parti haprak cap keris telanjang.

Tahun ini aku tidak menggantung bendera dan terpikir untuk menggantung bendera terbalik! Tapi kerana ada rasa sayang kepada negara, biarlah aku tidak menggantung bendera sebagai tanda protes!

Aku tak boleh tahan dengan segala ketidakadilan ynag berlaku, segala rasuah dan salah guna kuasa ynag berlaku. Aku muak dengan kesombongan yang ditunjukkan oleh pemimpin malaun dari parti cap keris. Walaupun rakyat menolak, tapi masih terus mengugut rakyat. Rakyat masih digula gulakan macam budak sekolah!

Ekonomi makin merudum, tapi pemimpin cap dacing masih tidur. Harga barang naik menggila, minyak naik, tol naik, tambang nas sekolah naik. Hampir semuanya Barang Naik. Tapi PM kita terus zzzzzzZZZZZZZZZZZ!

Friday, September 12, 2008

Relevankan politik perkauman yang sempit?

Sekarang Malaysia dihantui oleh hantu hantu perkauman. Hantu hantu ini bukannya datang dari hutan. Tapi hantu perkauman ini bertuan - bertuankan parti cap dacing dan cap timbang! Perkauman ini adalah hantu hantu yang akan dilepaskan untuk menghisap darah apabila tuannya mula merasa terancam, tersepit atau tak mampu melawan secara anak jantan!

Maka ramailah yang tidak berdosa diganggu oleh hantu hantu ini. RPK, wartawan Sin Chew dan Teresa Kok adalah diantara orang orang yang di"target" oleh tuan hantu hantu ini.

Untuk penyakit yang disebabkan oleh hantu hantu ini bukan senang. Kita perlu langkah tegas seperti Islam mngharamkan arak dan judi, begitu juga hantu perkauman ini mesti diharamkan!

Yang paling kau kesalkan ialah dimana ulama ulama Islam yang melalak tentang keindahan Islam? Yang melalak mengatakan Islam itu adil, Islam itu untuk semua, Islam itu meliputi cara hidup? Yang bertegang leher diatas pentas bersurah tentang Islam?

Selain dari konsep tauhid, islam ada konsep keadilan. keadilan yang perlu dijalan kan walau dimana,dan keatas sesiapa pun. Konsep keadilan dalam Islam tidak membolehkan kita mengambil hak orang lain. Islam tidak akan menghukum tanpa bukti yang kukuh. Lihat sahaja hukum hudud - setiap kes mesti ada saksi, saksi pula bukakan boleh diambil dari si haprak - kalau sipenuduh tidak dapat memberikan bukti, sipenuduh akan dikena kan hukuman yang berat!

Aku berharap ada ulama, mufti, ustaz, pak Haji, Pak Lebai dipihak kerajaan akan tampil dan membuat fatwa yang ISA itu haram, perkauman itu haram kerana ia bertentangan dengan semangat keadilan yang ditiupkan oleh Islam! Aku harap ada petisyen dari mufti-mufti, ada petisyen dari badan Islam, NGO Islam yang berani kehadapan untuk menentang ketidakadilan,menentang penahanan tanpa bukti, menentang ISA! Bak kata orang tua tua, jangan jadi ayam jantan - kokok berdegar degar tapi ekor penuh tahi!

Masyarakat islam mendambakan ulama/sahabat yang seperti Abu Dzar AlGhirafi. Begitu berani menyanggah Muawiyah kerana kemewahannya. Menolak segala habuan dunia yang ditawarkan oleh Muawiyah. Dan beliau meninggal ditepi jalan dengan sehelai sepinggang.

Thursday, August 7, 2008

Masaalah Babi vs Masaalah Rasuah

Hari ini dalam NST keluar satu berita: "Relocate pig farms to island, says group".
Gesaan ini adalah dari Malaysia Muslim Solidarity Movement, oleh Pengerusinya Datuk Zulkifli Mohamad.

Melayu ni, kalau sebut babi - sensitif sungguh! Kotor! najis! jijik! Tapi dalam masa yang sama, orang Melayu lah juara rasuah, juara HIV, juara berzina, Juara minum arak, juara pecah amanah dan macam macam juara lagi. Tak ada pulak NGO yang menghantar memorandum kepada menteri dan membuat gesaan yang perasuah, penzina, peminum arak diasingkan disebuah pulau kerana jijik dengan orang orang seperti ini!

Walhal, yang jijik kepada babi kerana Islam, bukan kerana Melayu (Melayu Bali makan babi) islam menempatkan rasuah adalah dosa besar, disebat 80 kali,masuk neraka, orang yang berzina akan direjam sampai mati, tapi setahu aku, orang yang makan babi tak pulak akan dihukum rejam sampai mati (?) Jadi mana lebih besar, makan babi/pegang babi atau menerima rasuah/berzina?

Kita dah tahu, orang bukan Islam makan babi. Hampir 45% rakyat Malaysia adalah bukan islam dan makan babi! Kalau Selangor/KL mungkin 50% rakyatnya makan babi! Nabi tak pernah menegah Orang kafor dari makan babi! Jadi mereka boleh bela babi. Yang kita tak mahu adalah, menternak babi secara traditional mencemarkan alam. Jadi apakah salahnya kalau kita perketatkan undang undang menternak babi (atau binatang lain - ayam sekalipun) supaya ianya tidak mencemarkan alam. Kumpul tempat menternak babi disatu kawasan, ketat kan undang-undang dan gunakan satu kaedah moden. Jadi tak dalah pencemaran berlaku, tak adalah JI berlaku. Tak adalah babi berterabur dimerata rata tempat.

Jadi apa yang salah? Sudah tiba masanya Melayu sedar yang masaalah rasuah, zina, akhlak adalah lebih besar dari isu babi. Jangan terlalu sensitif tak bertempat!

Friday, July 25, 2008

Perbincangan, Muzakarah ..........

Terlalu banyak yang diperkatakan sekarang tentang muzakarah PAS dan UMNO. UMNO mempergunakan kesempatan ini untuk mengelirukan penyokong Pakatan Rakyat. Terlalu banyak analisis analisis yang berbelit belit tentang issue ini.

Bagi saya, perkara ini mudah dan perlu dimudah kan. Tak payahlah bak kata orang putih "paralysis by analysis". Kesimpulan dari kenyataan Pemimpin PAS dan UMNO adalah:

1. UMNO dalam keadaan tersepit dan mahu mengekalkan kuasa. Kita tahu UMNO memang tak ada prinsip, mereka akan buat apa saja untuk memerintah - termasuk berbincang dengan PAS (musuh ketat UMNO) untuk memperkasakan cengkaman mereka (tipu tak tipu itu belakang kira)

2. Peringkat awal perbincangan adalah sebaik saja selepas mengetahui BN kalah di Selangor dan Perak. Satu satunya cara untuk mengekal kan kuasa adalah melalui kerajaan campuran. Satu satunya cara adalah menghubungi pemimpin PAS bagi maksud tersebut (logik bukan?). Tak kan nak talipon Anwar kot?

3. Perbincangan adalah tentang kuasa (UMNO) bukan tentang Islam. (tak kan nak bincang pasal Islam "during the last eleven hours!). Jadi yang diperkatakan tentang Melayu dan Islam itu adalah bunga bunga saja - bukan perkara pokok.

4. Tidak salah bagi UMNO untuk menggunakan talian hayat terakhir dengan menghubungi PAS untuk memujuk PAS untuk berkongsi kuasa.

Tetapi, seluruh peristiwa diatas:
1. Menyerlahkan kan kematangan, kesetiaan kawan, dan prinsip PAS yang tegap - semasa susah dan semasa senang terhadap kawan kawan pembangkang. Susah senang sentiasa bersama PKR dan (DAP?) walaupun DAP suka memperlekeh kan PAS disaat PAS ditekan.

2. PAS tidak gila kuasa. Ini kerana kalau PAS memang gila kuasa, perkara termudah ialah mengatakan "ya" terhadap tawaran UMNO dan PAS dah jadi menteri besar di Perak dan Selangor serta kedah!

3. Keterbukaan PAS (UMNO kata PAS jumud). PAS sentiasa terbuka kepada sesiapa, boleh berbincang dengan sesiapa saja, tanpa menggadaikan prinsip.

Jadi apa yang nak dikecoh kecoh kan tentang perjumpaan PAS dan UMNO. Semakin UMNO cuba memutar belit kan isu ini, makin nampak kedangkalan pemimpin pemimpin UMNO dan semakin menyerlahkan kematangan dan keluhuran Pemimpin PAS.

Buang segala emosi - fikirlah dengan hati! Biarkan UMNO gila talak untuk Dulu, Kini dan Selama lama nya!