Saturday, September 13, 2008

Apa yang merdeka?

Tahun lepas, aku kuatkan semangat untuk menggantung bendera Malaysia. Aku cuba memisahkan antara menggantung bendera dan menyokong parti haprak cap keris telanjang.

Tahun ini aku tidak menggantung bendera dan terpikir untuk menggantung bendera terbalik! Tapi kerana ada rasa sayang kepada negara, biarlah aku tidak menggantung bendera sebagai tanda protes!

Aku tak boleh tahan dengan segala ketidakadilan ynag berlaku, segala rasuah dan salah guna kuasa ynag berlaku. Aku muak dengan kesombongan yang ditunjukkan oleh pemimpin malaun dari parti cap keris. Walaupun rakyat menolak, tapi masih terus mengugut rakyat. Rakyat masih digula gulakan macam budak sekolah!

Ekonomi makin merudum, tapi pemimpin cap dacing masih tidur. Harga barang naik menggila, minyak naik, tol naik, tambang nas sekolah naik. Hampir semuanya Barang Naik. Tapi PM kita terus zzzzzzZZZZZZZZZZZ!

Friday, September 12, 2008

Relevankan politik perkauman yang sempit?

Sekarang Malaysia dihantui oleh hantu hantu perkauman. Hantu hantu ini bukannya datang dari hutan. Tapi hantu perkauman ini bertuan - bertuankan parti cap dacing dan cap timbang! Perkauman ini adalah hantu hantu yang akan dilepaskan untuk menghisap darah apabila tuannya mula merasa terancam, tersepit atau tak mampu melawan secara anak jantan!

Maka ramailah yang tidak berdosa diganggu oleh hantu hantu ini. RPK, wartawan Sin Chew dan Teresa Kok adalah diantara orang orang yang di"target" oleh tuan hantu hantu ini.

Untuk penyakit yang disebabkan oleh hantu hantu ini bukan senang. Kita perlu langkah tegas seperti Islam mngharamkan arak dan judi, begitu juga hantu perkauman ini mesti diharamkan!

Yang paling kau kesalkan ialah dimana ulama ulama Islam yang melalak tentang keindahan Islam? Yang melalak mengatakan Islam itu adil, Islam itu untuk semua, Islam itu meliputi cara hidup? Yang bertegang leher diatas pentas bersurah tentang Islam?

Selain dari konsep tauhid, islam ada konsep keadilan. keadilan yang perlu dijalan kan walau dimana,dan keatas sesiapa pun. Konsep keadilan dalam Islam tidak membolehkan kita mengambil hak orang lain. Islam tidak akan menghukum tanpa bukti yang kukuh. Lihat sahaja hukum hudud - setiap kes mesti ada saksi, saksi pula bukakan boleh diambil dari si haprak - kalau sipenuduh tidak dapat memberikan bukti, sipenuduh akan dikena kan hukuman yang berat!

Aku berharap ada ulama, mufti, ustaz, pak Haji, Pak Lebai dipihak kerajaan akan tampil dan membuat fatwa yang ISA itu haram, perkauman itu haram kerana ia bertentangan dengan semangat keadilan yang ditiupkan oleh Islam! Aku harap ada petisyen dari mufti-mufti, ada petisyen dari badan Islam, NGO Islam yang berani kehadapan untuk menentang ketidakadilan,menentang penahanan tanpa bukti, menentang ISA! Bak kata orang tua tua, jangan jadi ayam jantan - kokok berdegar degar tapi ekor penuh tahi!

Masyarakat islam mendambakan ulama/sahabat yang seperti Abu Dzar AlGhirafi. Begitu berani menyanggah Muawiyah kerana kemewahannya. Menolak segala habuan dunia yang ditawarkan oleh Muawiyah. Dan beliau meninggal ditepi jalan dengan sehelai sepinggang.

Thursday, August 7, 2008

Masaalah Babi vs Masaalah Rasuah

Hari ini dalam NST keluar satu berita: "Relocate pig farms to island, says group".
Gesaan ini adalah dari Malaysia Muslim Solidarity Movement, oleh Pengerusinya Datuk Zulkifli Mohamad.

Melayu ni, kalau sebut babi - sensitif sungguh! Kotor! najis! jijik! Tapi dalam masa yang sama, orang Melayu lah juara rasuah, juara HIV, juara berzina, Juara minum arak, juara pecah amanah dan macam macam juara lagi. Tak ada pulak NGO yang menghantar memorandum kepada menteri dan membuat gesaan yang perasuah, penzina, peminum arak diasingkan disebuah pulau kerana jijik dengan orang orang seperti ini!

Walhal, yang jijik kepada babi kerana Islam, bukan kerana Melayu (Melayu Bali makan babi) islam menempatkan rasuah adalah dosa besar, disebat 80 kali,masuk neraka, orang yang berzina akan direjam sampai mati, tapi setahu aku, orang yang makan babi tak pulak akan dihukum rejam sampai mati (?) Jadi mana lebih besar, makan babi/pegang babi atau menerima rasuah/berzina?

Kita dah tahu, orang bukan Islam makan babi. Hampir 45% rakyat Malaysia adalah bukan islam dan makan babi! Kalau Selangor/KL mungkin 50% rakyatnya makan babi! Nabi tak pernah menegah Orang kafor dari makan babi! Jadi mereka boleh bela babi. Yang kita tak mahu adalah, menternak babi secara traditional mencemarkan alam. Jadi apakah salahnya kalau kita perketatkan undang undang menternak babi (atau binatang lain - ayam sekalipun) supaya ianya tidak mencemarkan alam. Kumpul tempat menternak babi disatu kawasan, ketat kan undang-undang dan gunakan satu kaedah moden. Jadi tak dalah pencemaran berlaku, tak adalah JI berlaku. Tak adalah babi berterabur dimerata rata tempat.

Jadi apa yang salah? Sudah tiba masanya Melayu sedar yang masaalah rasuah, zina, akhlak adalah lebih besar dari isu babi. Jangan terlalu sensitif tak bertempat!

Friday, July 25, 2008

Perbincangan, Muzakarah ..........

Terlalu banyak yang diperkatakan sekarang tentang muzakarah PAS dan UMNO. UMNO mempergunakan kesempatan ini untuk mengelirukan penyokong Pakatan Rakyat. Terlalu banyak analisis analisis yang berbelit belit tentang issue ini.

Bagi saya, perkara ini mudah dan perlu dimudah kan. Tak payahlah bak kata orang putih "paralysis by analysis". Kesimpulan dari kenyataan Pemimpin PAS dan UMNO adalah:

1. UMNO dalam keadaan tersepit dan mahu mengekalkan kuasa. Kita tahu UMNO memang tak ada prinsip, mereka akan buat apa saja untuk memerintah - termasuk berbincang dengan PAS (musuh ketat UMNO) untuk memperkasakan cengkaman mereka (tipu tak tipu itu belakang kira)

2. Peringkat awal perbincangan adalah sebaik saja selepas mengetahui BN kalah di Selangor dan Perak. Satu satunya cara untuk mengekal kan kuasa adalah melalui kerajaan campuran. Satu satunya cara adalah menghubungi pemimpin PAS bagi maksud tersebut (logik bukan?). Tak kan nak talipon Anwar kot?

3. Perbincangan adalah tentang kuasa (UMNO) bukan tentang Islam. (tak kan nak bincang pasal Islam "during the last eleven hours!). Jadi yang diperkatakan tentang Melayu dan Islam itu adalah bunga bunga saja - bukan perkara pokok.

4. Tidak salah bagi UMNO untuk menggunakan talian hayat terakhir dengan menghubungi PAS untuk memujuk PAS untuk berkongsi kuasa.

Tetapi, seluruh peristiwa diatas:
1. Menyerlahkan kan kematangan, kesetiaan kawan, dan prinsip PAS yang tegap - semasa susah dan semasa senang terhadap kawan kawan pembangkang. Susah senang sentiasa bersama PKR dan (DAP?) walaupun DAP suka memperlekeh kan PAS disaat PAS ditekan.

2. PAS tidak gila kuasa. Ini kerana kalau PAS memang gila kuasa, perkara termudah ialah mengatakan "ya" terhadap tawaran UMNO dan PAS dah jadi menteri besar di Perak dan Selangor serta kedah!

3. Keterbukaan PAS (UMNO kata PAS jumud). PAS sentiasa terbuka kepada sesiapa, boleh berbincang dengan sesiapa saja, tanpa menggadaikan prinsip.

Jadi apa yang nak dikecoh kecoh kan tentang perjumpaan PAS dan UMNO. Semakin UMNO cuba memutar belit kan isu ini, makin nampak kedangkalan pemimpin pemimpin UMNO dan semakin menyerlahkan kematangan dan keluhuran Pemimpin PAS.

Buang segala emosi - fikirlah dengan hati! Biarkan UMNO gila talak untuk Dulu, Kini dan Selama lama nya!

Saturday, July 19, 2008

Munajat Tok Guru Nik Aziz

Doa dari seorang Tok Guru yang meruntun hati. Kecuali bagi orang yang buta hati.


 Semoga Allah memberikan pertolongan kepada kita. Insya'Allah...

WAHAI Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepadamu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepadamua yang menyampaikan kami ke syurgamu, dan berilah dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia."

"Wahai tuhan kami berilah kami kenikmatan pendengaran, penglihatan dan kekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami.



"Wahai Tuhan kami, kami pohon perlindungna dengan nur kesucian engkau dan berkat kebersihan dan keagungan sifat jalal engkau, dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik

"Wahai tuhan kami, engkaulah penolong kami, maka kepada engkau kami mohon pertolongan. Wahai tuhan kami, engkaulah tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada engkaulah kami pohon selamat. Wahai tuhan bagilah kelemahan dan kehinaan yang mana segala tengkuk pembesar dunia."

"Dan tunduk kepadanya segala urusan dan kebesaran raja-raja Firaun, selamatkan kami dari penghinaan dan hukuman siksamu, ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat."

"Dan kamu hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka dan Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi,"

"Tiada tuhan bagi kami melainkan engkau demi kebesaran wajah engkau dan kemuliaan kesucian engkau, hindarkanlah kami dari segala kejahatan hamba-hamba engkau, berilah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari engkau wahai tuhan yang maha pemurah."

"Wahai Tuhan sama ada engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan kamu menundukkan mereka seperti seperti kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun kamu lipat balik rancangan jahat mereka supaya berpatah balik ke atas mereka sendiri."

"dan kamu hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka dan Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi."

"Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya, Wahai Tuhan yang mempunyai keagungna dan kemuliaan, sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu."

"Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat ke atas junjungna kami Nabi Muhammad S.A.W yang dengannya dapat mengubati hati dan menjadikan penawar, menyihatkan badan yang menyembuhkannya, menjadi cahaya bagi pandangan mata dan menyinarkannnya dan limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada keluarga dan para sahabat baginda sekalian."

Saturday, June 21, 2008

Gejala Sosial Yang Melanda Umat Melayu

Jenuh diperkatakan tentang masaalah sosial yang melanda orang melayu (bukan orang Islam - Melayu tak semestinya 100% Islam - Islam baka). Berjuta juta duit, berjam jam masa di habiskan untuk berbincang tentang sebab dan musababnya. Tak ada penyelesaian. Ramai yang berkata kembalilah kepada Islam, tapi tak ada yang menguraikan bagaimana? Islam itu maha luas, yang mana satu yang boleh digunakan untuk penyelesaian?

Jawaban nya - kembali lah kepada asas Islam! Buka surah Albaqarah ayat 3. Pahaminya (bukan setakat baca!) - Iaitu mereka yang beriman kepada yang "ghaib" ... Dalam mengtafsir kan "ynag ghaib" disini adalah "yang tak dapat ditangkap oleh pancaindera. Percaya kepada yang ghaib adalah mengiktikadkan adanya sesuatu yang maujud - ynag tidak dapat ditangkap oleh panca indera. Dikalangan perkara ghaib yang wajib di "iktikad" (bukan setakat diulang ulang) adalah dalam rukun Iman. Dan diantara perkara ghaib yang semakin ditak dipercayi oleh orang islam sendiri adalah konsep dosa pahala, Syurga dan neraka!

Jikalau umat Melayu meng"iktikatkan" konsep pembalasan ini, aku percaya tak ada yang berani melakukan rasuah - perasuah yang memberi dan yang menerima akan dimasukkan kedalam reraka! Tak akan ada yang berani berzina - Penzina akan dihumban kedalam neraka - kemaluan mereka akan disumbat dengan besi panas yang bernyala nyala! Persoalannya berapa kerat yang mengiktikatkan neraka itu ujud?

Celik bijik mata kita dialunkan dengan benda benda meterialistik. Macam mana nak kaya, macam mana nak kuat, macam mana nak cantik.. Mak bapak hantar anak kesekolah dengan tujuan untuk cemerlang dalam pelajaran -- dapat semua 'A" dapat masuk U, dapat kerja bagus dan dapat jadi kaya raya!

Tetapi kita terlupa megajarkan anak anak kita tentang perkara perkara ghaib. Mereka membesar dengan tidak mengiktikadkad perkara perkara dosa-pahala, syurga-neraka! Jadi bila dikatakan sesuatu itu berdosa, mereka tidak dapat menggarap apa itu berdosa dan apa akibatnya. Dosa itu cuma dianggap sebagai lelucon - lawak bodoh. Kalau tahu pun tak sampai kehati. Mereka lebih tahu Guatanamo bay dari neraka; dan mereka lebih tahu Disneyland dari Syurga. Mereka tidak memahami dan mengiktikad kan konsep "abadi" - Akhirat itu adalah abadi. Percaya lah kalau ditanya anak anak Melayu, apa jadi lepas mati; mereka akan berkata - tanam lah! reput jadi tanah!

Perkara ghaib ini mesti titekan kan dalam pembelajaran formal dan tak formal. Semasa aku kecil dulu, hari hari ustaz aku menekan kan konsep dosa-pahala, syurga neraka. Ibu-bapa aku pun akan sentiasa mengingatkan tentang dosa-pahala, syurga neraka. Sebut saja berzina - takut! terbayang bagaimana kita dalam laut api dibakar - kemaluan kita akan disumbat dengan api neraka - ngeri! takut! tak mahu buat! Nak dekat dengan perempuan pun takut! Ibu aku pula akan mngingatkan - jangan mencuri - tuhan sentiasa nampak, nanti berdosa, akan masuk neraka! - Jadi aku takut untuk mencuri - ngeri dengan neraka yang menanti! Hari-hari aku dididik dengan konsep benda benda ghaib - dosa-pahala, syurga-neraka. Kalau mak pabak sekarang ini - jangan mencuri - nanti polis tangkap! Jangan berzina - nanti kena Aids! Jadi, konsep mempercayai benda benda ghaib ini semakin pupus. Anak anak tak percaya lagi tentang balasan syurga dan neraka.

Benda benda ghaib ynag diajar dan memang digalakkan serta dihebah hebah kan cuma peryaca kepada pontianak, bunian, toyol, dan macam macam hantu lagi. Lihatlah dengan pamiran, filem dan majalh majalah ringan yang dijual.

Mendidik anak anak tentang benda benda ghaib ini bukan mudah - Kita sentiasa berlawan dengan apa yang ada disekeling kita. Marilah kita ingatkan anak anak kita dengan konsep dosa-pahala, syurga-neraka. Bila anak anak kita melakukan sesuatu ingatkan mereka dengan dosa-pahala, syurga-neraka.

Monday, May 19, 2008

Melayu Yang Bertuan

Satu isu yang tak berapa cerdik telah mula dicanangkan oleh parti cap keris - isu ketuanan Melayu. Setahu aku, yang bertuan itu adalah binatang ternakan atau hantu. Jadi pada pendapat orang parti cap keris ni orang Melayu ni kena bertuan, jadi orang Melayu ni pada pendapat mereka sama seperti binatang ternakan atau pun hantu!

Dari satu lagi segi ialah - kalau dah menjadi tuan (parti cap keris) maka mereka bebas lah berbuat apa saja - sebab dah jadi tuan termasuklah merogol budak bawah umur, jual tanah orang melayu, mengambil duit rakyat (hamba), rompak duit royalti minyak Terenganu dan macam macam. Sebab jadi tuan kan!

Sebenarnya si parti cap keris ni sibuk nak jadi tuan, bukannya nak tolong rakyat (hamba), tapi nak meneruskan agenda mereka memperhambakan rakyat - untuk mengisi tembolok mereka! Itulah sebenarnya agenda disebalik Melayu nak jadi tuan!

Pelik bin Ajaib juga orang parti cap keris ni. Apa nak sibuk sibuk pasal orang Melayu nak jadi tuan? Tak ada sapa pun nak menyanggah raja raja melayu. Cuma orang cap keris saja yang berani menyanggah raja raja Melayu - ingat apa yang telah dibuat simamak dari Kedah tu?

Pada aku, dari melalak kehulu kehilir, menghabiskan duit beribu-ribu untuk bayar hotel utuk cakap pasai agenda Melayu, lebih baik duit tu digunakan masuk tabung untuk mendidik orang melayu menjadi bangsa yang berilmu. Zaman ini kalau setakat melayu kat kad pengenalan tu tidak secara automatik jadi tuan! Zaman ini cuma orang yang pandai saja yang jadi tuan! tak percaya? tengoklah saudagar IT si Bill Gates tu!

Kalau Melayu nak jadi tuan, kenalah jadi orang yang pandai, kena ada ilmu, kena ada disiplin. kena masuk University yang terkenal bukan nya masuk Akademi Fantasia!. Tutup saja rancangan hiburan yang tah apa apa - bagi duit kat orang melayu supaya belajar! nak jadi tuan, kena lebih pandai dari orang lain; bukan lebih samseng dari orang lain!!