Showing posts with label nik aziz. Show all posts
Showing posts with label nik aziz. Show all posts

Saturday, January 12, 2013

Kontrovesi Allah

Polemik terbaru tentang penggunaan istilah Allah begitu hebat diperkatakan. Dulu dah sekali, sekarang ada puak puak desperate yang cuba untuk menangguk diair keruh. Puak puak ini tanpa rasa malu segan dan tanpa rasa tanggung jawap terus memainkan sentimen agama dan kaum untuk kepentingan sendiri. Yang memperkatakan tentang issu Allah ini adalah party cap ayam, tetapi di media media mereka memperkatakan yang memulakan kontrevesi ini adalah PR. Cuma nak tanya satu soalan, apa untungnya PR memainkan issue ini? Kembali kepada isu pengunaan Allah, Nabi dah kata, kalau kita berbantah bantah, rujuklah kepada AlQuran. Apa Allah kata dalam Alquran? Aku sokong ustaz Hadi dan Tok guru Nik Aziz yang sangat konsisten dalam isu ini - tiada larnagn untuk orang Islam menggunakan perkataan Allah. Lalu ditimbulkan pulak issue budaya (Fathul Bari) yang berhujah bahawa dari segi budaya adalah salah untuk orang yang bukan Islam menggunakan perkataan Allah. Jadi saya nak tanya untaz yang bijak bukan alang kepalang ini, antara Alquran dan budaya, yang manakan boleh dijadikan sumber hukum? Sedih aku bila uztaz ini yang berbuih berzikir siang malam, menurunkan darjatnya serendah darjat Raid Yatim - menteri budaya, yang pernah memperolok olokkan sunnah nabi bahawa orang Melayu tak perlu berpakain seperti Arab. Tapi yang dia tu, berbaju kot, siang malam pagi petang tu tak lah pulak salah? Kenapa tak berbaju Melayu dan bertanjak,hatta untuk kekedai runcit? Otak dungu! Dari segi lojiknya, cuma ada satu tuhan sahaja - Allah (tidak beranak dan diberanakkan, ia ujud dgn sendiri dan tiada sesuatupun yang serupa dgnNya - Surah AlIkhlas). Dalam Quran juga mengatakan org Kristian itu melakukan syirik yang besar bila mereka mngatakan Isa (Jesus) ibnu Maryam itu adalah anak Allah. Jadi, rumusannya, orang Kristian itu mengaku bahawa tuhan itu Allah, cuma mereka sudah mensyirikkan Allah dan mengatakan Allah itu beranak! Timbul pulak hujjah yang mengatakan kalau org bukan Islam menggunakan istilah Allah,orang Islam akan keliru.Orang Islam yang mana? Tentulah orang Islam yang setengah tiang - yang menjadikan agama suku dan politik suku. Orang Islam yang mantap akidahnya tidak akan keliru! Kenapa kita menjadi defensif? Kalau orang Kristian menggunakan istilah Allah tridakkan itu sebahagian dari dakwah? Tidakkan ini akan membangkitkan rasa ingin tahu orang Kristian terhadap Islam? Dalam hal ini, kita rujuk kepada kebijaksanaan Rasullullah didalam perjanjian Hudaibiah - nampaknya secara mata kasar macam menguntungkan orang musyrik Mekah, tetapi secara halusnya ia menguntungkan pihak Islam. Allah itu adalah bijak - God works in mysterious ways! Jadi,kembalilah kepada apa yang Alquran kata. Tak payah nak mencampur adukkan nya dengan alasan budaya dan sebagainya.Kepada para mufti dan alim ulama, anda adalah benteng yang mempertahankan kebenaran. Jadi, katakanlah kebenaran itu walaupun ianya pahit!

Friday, July 15, 2011

Bila Ularmak tidak amanah

Seketika aku mendengar khutbah di masjid KLCC hari ini aku teringat khutbah miggu lepas yang menyindir BERSIH. Melebel BERSIH dgn lebel yang buruk. Agen porak peranda dan macam macam. Aku jadi pelik...

Sebagaimana aku diajar sedari kecil, Islam adalah agama yang benar. Islam itu adil.Islam menuntut penganutnya membuat yang baik dan mencegah yang mungkar. Kita harus melawan yang jahat dgn tangan (kuasa) dan selemah lemah iman adalah dgn hati (dgn tidak suka).

Bagi aku, tuntutan BERSIH adalah selari dgn tuntutan Islam yang mahukan keadilan. Menolak penipuan. Jadi apa yang tidak Islamnya BERSIH sehingga difitnah diatas mimbar jumaat?

Sementelah BERSIH diketuai seorang yang bukan Muslim, yang baik menjadi haram? Apakan keadilan itu cuma perlu memihak kepada orang Islam sahaja? Kita tau Islam diturunkan untuk menjadi rahmat sekelian alam. Hatta kepada yang bukan Islam. Jadi Islam itu memang untuk masyarakat Islam dan bukan Islam. Islam untuk semua.

Tapi Islam telah dihijack oleh UMNO. menjadikan Islam untuk Melayu. Hatta Islam cuma untuk Melayu UMNO sahaja.

Berbalik kepada persoalan pokok. Aku langsung hilang keyakinan diatas orang yang kononnya mempertahankan Islam.. Alim ulama dari JAIS, JAWI, JAKIM... Sepatutnya lah, orang ini dgn gelaran ulamak ini yang akan duduk dibarisan hadapan untuk melawan segala penipuan oleh UMNO. Islam itu jelas. Yang betul adalah betul, yang batil adalah batil. Tiada timbul alasan yang batil menjadi hak dalam suasana apa pun. Jadi bila para mufti menjadi bisu, orang yang tahu agama mempertahan kan UMNO, aku jadi keliru. kenapa? kenapa orang yang diharapkan untuk mempertahankan kebenaran mencari cari alasan untuk menghentam BERSIH? Kenapa benteng terakhir untuk rakyat mendapat pembelaan mengkhianati amanah yang tuhan berikan kepada mereka? Apakah JAKIM, JAIS, JAWI dan macam macam lagi organisasi dipenuhi munafik? Yang cuma mementingkan untuk mendapatkan wang gaji dihujung bulan?

Apakah akhlak mereka ini adalah akhlak Islam? Akhlak mereka ini bertentangan dgn apa yang aku pelajari tentang Islam. Aku jadi keliru. Merasa aku dikhianati. Munafik munafik berjubah inilah yang mencemarkan Islam. Munafik berjubah ini lah yang menyebabkan Islam dipandang serong. Munafik berjubah inilah menjauhkan manusia dari Islam. Munafik inilah yang manjadi tembok menghalang cahaya Islam dari bersinar.

Buya Hamka ada menulis buku bertajuk "dibawah lindungan Kaabah" yang mengkritik munafik berjubah ini. Bagaimana munafik berjubah ini menggunakan agama untuk menginiayai seorang wanita dari mendapat keadilan. Permohonan wanita ini untuk mendapat fasakh dari suaminya yang kejam di halang oleh munafik bejubah yang bersekongkol dengan Belanda. Akhirnya wanita ini tiada pilihan lain, selain dari keluar dari Islam untuk membebaskannya dari suaminya. Wanita tersebut memilih untuk murtad. Tapi wanita itu telah masuk kedalam Islam balik. Tindakan desperatenya itu adalah akibat dari perbuatan munafik berjubah. Sindiran Buya Hamka dalam bukunya itu adalah berat. Munafik berjubah ini boleh merosakkan akhlak, dan agama.

Selepas memikirkan hal ini, aku jadi sedih. Namum begitu penawarnya adalah dengan kehadiran ulama seperti Tok guru Nik Aziz. Seorang yang adil yang sentiasa bersedia untuk menyatakan yang hak dan yang batil walaupun dikritik hebat oleh munafik munafik berjubah. Semoga Allah melahirkan ramai Nik Aziz untuk berdepan dengan munafik berjubah.