Tuesday, February 17, 2009

Siapa Yang Menggadaikan Tanah Melayu di Perak?

Dato' Seri Ir.. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin berkata :

Sebenarnya dalam mesyuarat exco kerajaan PR Perak ini ada di hadiri oleh 3 orang pegawai kanan yang cukup berpengalaman sebagai Ex-Officio. Ini dibuat bagi membimbing serta menasihati semua ahli MMK supaya tidak buat keputusan yang berlanggaran atau bercanggah dengan setiap perundangan dan ketetapan negara dan negeri.Oleh yg demikian setiap keputusan yang dibuat adalah melalui proses yang menyeluruh dan merujuk kepada mereka.

Kedua ,Semua ketua jabatan teknikal negeri memberi komen dan input tentang setiap permohonan terutama hal ehwal tanah, perlombongan, pelaburan dsbnya. Mereka juga akan menasihati jemaah exco dalam membuat keputusan.

Ketiga, setiap kali sebelum bermesyuarat exco, semua kertas baru untuk kelulusan atau penolakan akan dipersembahkan kepada kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak atau Raja Muda , Raja Dr Nazrin Shah. Lagipun, setiap keputusan yang dibuat pada mesyuarat exco sebelumnya juga akan dibentang minitnya kepada DYMM Sultan.

Tohmahan mengenai "gadai tanah" kepada Cina atau seumpamanya tidak berasas sama sekali dan hanya menunjukan kurang hemah serta bijak dalam membuat dakwaan tersebut. Sekali gus memperkecilkan kewibawaan semua institusi kerajaan yang terlibat.

Untuk pengetahuan semua, saya ingin menyatakan sedikit maklumat yang mana puluhan ribu ekar tanah kerajaan serta tanah rizab Melayu yang di gadai dan dijual kepada kaum lain oleh kerajaan terdahulu sebagaimana UMNO menggadaikan Singapura, Pulau Pinang, Batu Putih, Sebahagian Pulau di Langkawi atau Pulau Pangkor Baru. Sebahagian tanah kerajaan dan rizab melayu yang melayang ketangan Cina akibat kecerdikan kerajaan terdahulu ialah:

1-22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung.
2-5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
3-12,000 ekar kepada semua petani cina di Coldstream , Bikam, Bidor Dan banyak lagi jumlah kecilan diseluruh negeri.
4-200 ekar tapak kilang simin Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Hiway!

Kerajaan PR berjaya menghentikan penggadaian tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial ditengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak Tengah pada pertengahan bulan Mac 2008, tarikh kerajaan PR ambil alih, oleh kerana tanah tersebut telah dijanjikan kepada towkay- towkay jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).

Sebenarnya penganugerahan hak milik selamanya kepada 102,000 lot kampong tersusun (kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru (kebanyakan cina) dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli), adalah janji PAS dalam manifesto PRU-12.Bukan janji DAP!.

DAP tiada manifesto ketika itu di Perak. Seandainya semua keluarga kampong baru (47,000) menerima anugerah hak milik selamanya, ianya hanya melibatkan sejumlah tanah tak lebih dari 3000 ekar . Ya! tak lebih tiga ribu ekar.

Oleh kerana tanah lot di kampong baru jauh lebih kecil saiznya. Kerajaan akan memperolehi tambahan revenue (oleh kerana kenaikan kadar premium tanah ) sejumlah RM330 juta.

Nilaian tanah akan menjadi RM1.6 billion dipasaran dan tanah tersebut boleh disandarkan ke bank komersial oleh tuan milik jika di tukar kepada hak milik selamanya.

Mereka boleh buat pinjaman dan membina rumah yang kekal dan cantik kerana tiada kebimbangan tanah mereka akan dirampas dimasa akan datang.

Ini cuma kampong baru, belum lagi kampong tersusun! Cuba bandingkan dengan jumlah keluasan tanah yang digadai oleh kerajaan dahulu.!

Kerajaan Perak tiada dapat apa-apa bahkan kerugian berjuta-juta dan putih biji mata kita orang melayu sebagaimana melihat "kecerdikan " pimpinan UMNO gadai Singapura, Penang dll.

Saya amat berharap menghebahkan perkara sebenar kepada rakyat Perak khususnya kaum saya orang melayu, akan pengkhianatan pimpinan UMNO sewaktu mereka berkuasa dahulu. Namun hajat ini tidak kesampaian kerana TM Radio Perak FM tak bagi kerana di milik UMNO, (agaknya!).

http://alhusseyn51.blogspot.com

Wednesday, February 11, 2009

Sajak untuk rakyat Perak dan para reformis

Sajak ini aku dapat dari buku Azizi Haji Abdullah - Harga Sebuah Maruah - yang dipetik dari sajak Marzuki Ali dari Terengganu. Aku tujukan khas kepada rakyat Perak yang bangun menentang kezaliman BN di Kuala Kangsar dan diseluruh Perak:

Rakyat itu selalu diam
Tapi ia pencatat tak pernah lupa
Rakyat itu seperti naga
Melingkar dengan berat badan dan diam dalam keheningan sendiri
Pancainderanya tajam
Kuat instuisinya dengan akal budi
Lalu jangan sekali kali melukakan
Jangan melukakannya berkali kali
kerana sekali ia bangkit
Rosaklah segala apa-apa

Rakyat itu mampu sabar
Seperti ular besar yang perutnya berisi
Tapi kalau ia kelaparan
Bumi lingkarannya akan bergegar
Rakyat itu seperti binatang purba
Tidak berasa sakit meski diinjak
Jangan biarkan rakyat lapar
Jangan bodohkan rakyat jelata
Jangan tindas rakyat
Kerana sifat diamnya akan hilang
Kesabaran akan lupus
Bijaksananya menjadi gila
Disebarnya air dendam yang tidak memilih siapa

Rakyat yang lapar mahunya satu
Keadilan!
Rakyat yang ditindas mahunya satu
Keadilan!
Rakyat yang diam mahunya satu
Saksama!
Rakyat yang bergerak mahunya satu,
Kebebasan!
Rakyat yang bantah mahunya satu
Ketelusan!

Sunday, February 8, 2009

Sultan Perak patut mengambil iktibar dari Silalatus Salatin

Kebetulan aku memang meminati karya karya Melayu klasik dalam bentuk hikayat hikayat lama kerana bahasanya begitu indah.

Aku membeli satu naskah Sulalatus Salatin dari Kikokinuya di KLCC - cuma RM 13.00 sahaja.

Menurut hikayat tersebut, tujuan Salalatus Salatin ditulis adalah untuk:
"hamba dengar ada hikayat Melayu dibawa orang dari Goa; barang kita perbaiki kiranya dengan istiadatnya, supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita, dan boleh dingatkan oleh segala mereka itu. Dan adalah beroleh faedah ia daripadanya"

Antara pelajaran ynag boleh dipelajari oleh para Raja dai hikayat ini:
1. Pesanan supaya Raja menjadi adil terhadap rakyat:
Titah Sultan Mansur Shah kepada paduka anakanda baginda Raja Hussein, ketika baginda sedang gering - "Hei anakku, ketahuilah oleh mu, bahawa dunia ini sekali kali tiada kekal adanya. Yang hidup itu sedia akan mati juga sudahnya; iman yang sempurna dan pekerti yang baik, itulah yang kekal disebut orang selama lama nya. Adapun sepeningalan aku ini, hei anakku, hendaklah engkau berbuat adil sangat sangat, dan jangan engkau mengambil hak orang tiada sebenarnya. Makan hadqu'ladam terlalu besar dosanya, tiada diampuni Allah SWT; melainkan dengan izin yang empunya hak juga; dan jangan khali engkau keluar dihadap orang, kerana hamba Allah sekalian banyak berserah kepadamu; jikalau kesukaran baginya; hendaklah segala kesakitan itu segera engkau tolong; jikalau terinaya ia, hendaklah engkau periksa ia baik baik, supaya di akhirat jangan diberatkan Allah atasmu, kerana sabda nabi SAW segala kamu yang mengembala dunia lagi akan ditanyai daripada kebelaan kamu; ertinya segala raja raja di akhirat lagi akan ditanyai Allah SWT daripada segala rakyat. Sebab demikianlah, maka sebaiknya engkau berbuat adil saksama, supaya disana jemah diringankan Allah Taala kira kiramu; dan hendaklah engkau muafakat dengan segala menteri dan segala orang besarmu, kerana raja itu, jikalau bagaimana sekalipun bijaksana dan tahunya, jika tiada muafakat dengan segala pegawai, dimana akan dapat ia melaksanakan kebijaksaannya itu? Dan tiada akan sentosa kerajaannya; kerana api itu tiada akan nyala jikalau tiada kayu; Seperti kata Farsi, rakyat itu umpama akar, dan raja umpama pohon; jikalau tiada akar nercaya pohon tiada akan dapat berdiri. Demikianlah raja itu dengan segala rakyatnya. hei anakku, hendaklah engkau turut seperti amanatku ini; supaya beroleh berkat diberi Allah"
2. Menghukum tanpa periksa dengan teliti
Ini digambarkan dalam hikayat bagaimana fitnah segala orang besar besar Melaka terhadap Hang Tuah kerana perasaan dengki orang orang besar terhadap Hang Tuah. Hang Tuah dihukum mati hanya kerana percayakan fitnah para pembesar yang berhati busuk. Akibatnya kecelakaan menimpa kerajaan Melaka
3. Raja bertindak berdasarkan nafsu
Diceritakan dalam hikayat bagaimana Sultan Mahmud menghukum mati keluarga Bendahara Tun Mutahir karana percayakan fitnah oarng besar kononnya Bendahara mahu merampas kuasa dan juga kerana nafsu Sultan Mahmud mahu memperisterikan Tun Fatimah nak bendahara Tun Mutahir. Akibatnya Portugis dapat mengalahkan Melaka kerana tiada lagi bendahara yang bijaksana yang mampu mengekang kebuasan Portugis. Kerajan Melaka hancur dijajah Portugis dan kuasa barat pada tahun 1511 sehingga tahun 1957 - hampir 500 tahun!

Semoga Raja raja dan pemerintah dapat megambil iktibar dari Sulalatus Salatin supaya tidak berulangnya kekejaman yang mengakibatkan kejatuhan sesebuah kerajaan!

Saturday, February 7, 2009

Permohonan rakyat yang terinaya

TUANKU, KENAPA TUANKU PERCAYA SEMBAH DUSTA SI GILA KUASA ???
Dilulus terbit pada Saturday, February 07 @ 09:57:32 MYT oleh TokPenghulu

Bahan Rencah Oleh tutuhjang

"Segerombolon lembaga bertopengkan manusia,

Datang menghadap tuanku,

Merapak sembah takzim penuh tawaduk,seakan-akan

Malaikat baru turun dari langit

Muka seperti bayi baru lahir,

Tutur madah penuh tengguli,

Seringainya bak senyum dara sunti


Ampun tuanku,

Padahal tuanku amat arif akan gerombolan ini

Telah masyhur seantero ceruk rantau, gerombolan ini

Di mana mereka berada,

Disitu ikan mati berkaparan

Di mana mereka angkat bicara

Di situ musibah akan melanda

Di mana mereka meludah

Di situ bumi gersang sepanjang masa



Ampun tuanku beribu ampun,

Sembah patik harap diampun,

Tuanku sultan dan anakanda tuanku

Sultan terbilang di alam Melayu

Raja arif lagi bijaksana

Terkilas ikan di air, tuanku tahu jantan betinanya

Pada lahir, tuanku sudah terbayang batinnya

Pada awal, tuanku sudah nampak akhirnya.



Ampun tuanku, sembah patik harap diampun

Kenapa tuanku percaya sembah dusta si gila kuasa ???

Kenapa tuanku terpesona kilauan kaca, lalu

Mencampakkan permata delima

Kenapa tuanku ibarat membelah betung,

satu diinjak, satu diangkat

Kenapa tuanku, limau masam seulas



Patik teramat terkilan, tuanku

Jika patik digantung tinggi

Jika patik dibuang jauh

Tuanku juga yang akan kerugian.



Ampun tuanku, beribu ampun,

Sembah patik harap diampun.


Kota Kinabalu 2

Feb 2009


TUTUH JANG

Thursday, February 5, 2009

Lawak Bodoh BN dan agensi pro-BN

Bila kita minta "transparent" election - BN bagi transparent ballot box (transparent apa?)

Bila kita kata ada pengundi hantu akan mengundi - SPR kata, jamin tak ada pengundi hantu sebab semua pengundi adalah berdaftar. Kita bukan takut hantu akan mengundi, tapi yang dipersoalkan kenapa nama hantu ada dalam senarai?

BN kata tak nak lompat - Kalau betul tak suka lompat lompat, kenapa terima orang yang suka melompat? Kenapa tubuhkan kerajaan lompat?

Runtuhnya kerajaan Rakyat di Perak

Hari ini melakarkan sejarah yang amat hitam dalam sejarah Perak. Peristiwa hitam ini adalah yang terburuk selepas campur tangan Inggeris di negeri Perak yang berdaulat.

Tercatatlah dalam sejarah Perak tentang pengkhianatan 4 ekor wakil rakyat yang tidak bertulang belakang yang mengkhianati amanah rakyat. Rakyat menyokong mereka dahulu bukan kerana mereka itu beruk A, beruk B, beruk c dan beruk D. Tapi mereka dipilih kerana mereka mewakili aspirasi rakyat Perak yang mahukan perubahan. Rakyat mahukan sebuah kerajaan yang ehsan, yang sentiasa rela mendengar keluhan rakyat. Bukat sebuah kerajaan yang sombong, yang sanggup meggadaikan hak demi untuk mencapai matlamat!

Harapan aku supaya Sultan dapat memahami kehendak rakyat turut hancur lebur. Keyakinan terhadap kewibawaan sultan terbarai. Terbukti Sultan cuma mendengar badut sarkas yang empat ekor, tapi tidak peka terhadap kehendak rakyat yang sepatutnya diwakili oleh empat ekor badut tersebut.

Adakah lagi harapan diMalaysia ini ynag boleh diharapkan untuk melindungi hak rakyat. Hatta institusi istana pun tidak lagi memikirkan keinginan rakyat

Friday, January 9, 2009

Hudud Lagi!

Hari ini aku pergi kekedai untuk membeli surat khabar. Aku memang tidak suka membeli surat khabar bila tiba menjelang pilihan raya - muak dengan propaganda murahan. Sesekali aku Metro - kerana banyak cerita kemasyarakatan. Aku sudah tidak membeli surat khabar melayu seperti Berita Harian dan Utusan - kerana rencana didalamnya cuma layak dibaca oleh orang yang cacat mental. Surat khabar ini cuma layak untuk dibuat bungkus belacan!

Aku memeng sudah lama tak menonton TV3 apatah lagi berita RTM. Perut ku mual dan jiwa ku memberontak setiap kali mendengar propaganda murahan.

Hari ini timbul lagi polemik tentang hudud. Pada orang Islam yang masih ada iman (walaupun sekelumit), hudud itu adalah sebahagian dari sistem perundangan Islam. Kalau mempertikaikan hudud - seperti bawa kereta, tapi tiada tayar! Hudud itu adalah mulia bagi orang orang yang beriman. Tetapi, bila ianya dipertikaikan sebegitu rupa, menjadikan seolah olah hudud itu najis - setaraf anjing dan babi. Untuk semua orang ini, berhentilah dari menjadi jahil - buangkan sikap prejudis dari hati dan cuba faham. Pertama hudud (undang undang jenayah Islam) cuma untuk orang Islam. Ianya tidak menyentuh hak hak perundangan untuk orang orang bukan Islam. Period! Jadi apa yang nak bising? Kenapa perlu cabar mencabar? kenapa perlu menyakitkan hati dan menyentuh orang orang Islam yang beriman (walaupun sekelumit).

Aku tak salahkan DAP MCA dan MIC, kerana mereka tak paham dan tak akam mahu paham. Tapi barua UMNO inilah yang aku tak faham, keran meroka inilah yang bermati matian berjuang untuk memberikan label yang nista terhadap hudud. Barua barua ynag sama yang didalam masjid dan didalam majlis agama yang selalu berkokok dan menyeru orang orang Islam untuk kembali kepada Islam, mengamalkan ajaran Islam. Barua yang sama yang begitu suka kepada hukum zakat (kerana zakat secara terang terang meguntung kan mereka). Tetapi apabila untuk menegakkan sesuatu yang tidak sealiran dengan pemikiran sekular mereka seperti hudud - mereka akan menentang babis habis.

Inilah yang dikatakan nabi didalam hadis bahawa ada orang yang mengaku Islam, tapi siangnya mereka beriman, malamnya mereka kufur atau malamnya mereka beriman, siangnya mereka kufur. Dalam bahasa senangnya seperti kata Tuan Guru Nik Aziz - Dunia Suku agama suku. Bila tok Guru Nik Aziz berkata begitu - melenting. Tapi itulah hakikatnya.

Pelik kenapa puak puak UMNO ni menentang hudud - mungkin kerana hudud ini begitu keras terhadap penjenyah kot? Kerana mungkin dalm UMNO ini banyak perompak, pencuri dan penzina?

Jadi, barua barua UMNO - berhentilah. Setiap kali kamu menyanggah hudud maka berjatuhan lah iman kamu dan akidah kamu dari hati kamu.

Untuk yang bukan Islam - hormatilah hak hak kami, seperti kami menghormati kamu untuk menjalani kehidupan kamu tanpa gangguan dari kami.